Zizan bergambar dengan Nora Danish

on Sunday, July 14, 2013


Zizan bergambar dengan peminatnya


Zizan bersama abangnya


Beginilah Keadaan Bibir Manusia Selepas Disengat Oleh Lebah.

Keadaan Bibir Manusia Selepas Disengat Oleh Lebah.

Ini bukan masalah salah pembedahan plastik tetapi adalah sengatan lebah - See more 












Aku benci Tok Guru dan Kelantan.


UNTUK MSYRAKAT YG XTHU . SY SYG TOKGURU . BACA SAMPAI ABIS .T JWAB PEPERIKSAAN XLULUS . 


Aku benci beliau, 2 tahun yang lepas. Ya, aku sangat membenci insan ini... aku pernah merasakan beliau sesat, gila kuasa, ekstemis agama dan sebagainya..aku benci orang Kelantan, sebab negeri Kelantan berdasarkan cerita yang kudengar di TV sebuah negeri yang mundur, kotor, rakyatnya sombong, dsbgainya.


sbelum masuk u, aku dah dapat pesanan, jangan berkawan dengan orang2 Kelantan ni...diorang sangat assabiah dan tak boleh dibuat kawan..bila kita susah diorang akan tinggalkan kita.

dulu aku merasakan cukuplah sekadar Islamku sekadar solat, puasa dan zakat... tapi setelah kukenali insan ini, setelah kuketahui apa perjuangan PAS dan matlamat hidup ini.. aku jadi malu dengan insan yang pernah ku benci ini.. semoga ALLAH menemukan aku dengan insan mulia ini kerana aku mahu memohon maaf kepada beliau. Ulama' yang kusanjungi kini.

setelah bebas drpda kejahilan yg panjang, aku jadi malu sendiri.. Kelantan walaupun dikatakan mundur tiada pembangunan, namun kaya dengan pembangunan jiwa rakyatnya... kalaupun tiada masjid2 yang indah seperti yang lainnya, tapi tetap subur dengan kuliah agama dan jamaah yang hadir membanjirinya. Ya, kaki ini belum pernah menjejaki bumi Kelantan, tapi sudah cukuplah gambar dan akhlak2 penduduk dan pemimpinnya menceritakan segalanya.

Kelantan sebuah ikon negara Islam..kaya dengan majlis2 ilmu, ramai 'ulama dilahirkan di sana..dan 'ulama yang kukatakan sesat ini, sungguh lebih hebat daripada yang kujangkakan.

ALLAH...panjangkanlah usia Tok Guru Nik Aziz ini. Amin.

Kemalangan Ngeri Depan Mata | Kemalangan di sifatkan sebagai Malang tidak berbau atau pun di gelar kecelakaan. Sebagai pemandu kita haruslah berwaspada sepanjang masa.


Kemalangan Ngeri Depan Mata | Kemalangan di sifatkan sebagai Malang tidak berbau atau pun di gelar kecelakaan. Sebagai pemandu kita haruslah berwaspada sepanjang masa.


Memandu perlahan tidak semestinya selamat, akan tetapi memandu laju kebarangkalian tidak selamat adalah besar berkemungkinan. Adakalanya kerosakkan teknikal kenderaan menjadi punca utama terjadinya kemalangan. Oleh itu berwaspadalah selalu dengan kelajuan anda.

Perhatikan Video Kemalangan ngeri di depan mata di bawah

KISAH SEDIH JEP SEPAH SEBELUM BERGELAR PELAWAK!



KISAH BENAR KEHIDUPAN JEP SEPAH SEBELUM MENJADI PELAKON DAN PELAWAK | Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.


Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.