Home > All posts
Misteri lelaki mati menang pertandingan datuk bandar
Posted by TerbaikLaH on Monday, July 15, 2013 at 5:48 PM
Gadis obses cantik tidak buang make-up selama 2 tahun!
Posted by TerbaikLaH at 5:36 PM
Gadis obses cantik tidak buang make-up selama 2 tahun!
Apa yang terjadi ketika seseorang mengenakan make-upnya terus menerus selama 2 tahun? Gadis dari Korea ini sempat hadir di acara televisyen hingga kemudian dinasihati oleh doktor.
Namanya, Bae-Dal-mi. Seorang gadis berusia 20 tahun berasal dari Korea. “Saya ingin tampil sempurna sepanjang masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur,” ungkapnya.
Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari waktu ke waktu make-up yang digunakannya semakin tebal.
Ibunya yang sudah berputus asa atas perilaku Bae-Dal-mi menghubungi sebuah program televisyen di Korea dan menceritakan kisah anak gadisnya yang berkelakuan luar biasa. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk membuang make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus dilakukan, diketahui bahwa kulitnya berumur dua kali ganda dari umur gadis itu sekarang!! Sumber
Mrkopilekat ulas : Nak cantik pun berpada2 la..dan kena la pada tempatnya.. ak tido pun nak bermake up,agak ganjil di situ.. last2 bukan makin cantik,makin buruk ada..Natural beauty is da best =)
Dayana(AW) Bercinta Dengan Muslim Ahmad
Posted by TerbaikLaH at 4:38 PM
PELAKON kelahiran program realiti Anak Wayang, Dayana Roza kini dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pemain bola sepak kebangsaan, Muslim Ahmad.
Ini dikuatkan lagi dengan gambar-gambar yang dikongsikan oleh kedua-dua mereka di laman Instagram masing-masing.
Malah Dayana juga sudah dibawa berjumpa dengan ibu kepada pemain pertahanan negara itu baru-baru ini.
Semoga hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
Hubungan di antara selebriti dan atlit bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam negara kita, antara pasangan tersebut ialah Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha dan juga Tasha Shilla yang kini dikaitkan bercinta dengan Mahali Jasuli.
Zizan ‘lamar’ Kaka Jam 3 Pagi
Posted by TerbaikLaH at 3:00 PM
SELEPAS duetnya dengan Dina menerusi lagu Selamat Tinggal, rezeki Zizan Raja Lawak dalam dunia nyanyian tidak terhenti di situ saja. Zizan atau nama sebenar, Mohd Razizan Abdul Razak kembali dengan Bawaku Pergi selepas single Anggun.
Kali ini Zizan berganding dengan artis baru yang berbakat dan bermodalkan suara serak-serak basah, Nor Atiqa Noor Azraff atau Kaka.
Ternyata tawaran Zizan bagaikan pucuk dicita ulam mendatang kerana inilah peluang keemasan untuknya memperkenalkan diri sebagai pendatang baru dalam industri muzik tanah air.
Zizan mengakui jatuh cinta dengan Bawaku Pergi garapan sepenuhnya Malique (Too Phat) sebaik saja kali pertama mendengarnya kerana ia lagu yang mudah menangkap pendengaran.
“Saya tertarik dengan lagu ini kerana ia sedap pada pendengaran saya. Muzik yang disuntik dalam lagu itu sangat ringan dan tidak menyakitkan kepala mahupun telinga pendengar. Muziknya tidak terlalu berat dan lirik pula mudah difahami, sesuai untuk pasangan bercinta.
“Kemudian saya mula berfikir dan mencari-cari artis yang boleh dijadikan gandingan untuk menyanyikan lagu ini. Kemudian saya teringat Kaka, ramai memberikan maklum balas dia mempunyai suara sedap dan unik,” kata Zizan menceritakan permulaan gandingannya dengan Kaka.
Walaupun sudah menghasilkan tiga single, Zizan berkata, belum tiba masanya dia menyanyikan lagu itu secara solo, apatah lagi pada masa sekarang ini tuntutan lagu yang diberikan semuanya memerlukan dia berkolaborasi dengan orang lain.
“Saya lihat ramai penyanyi baru hadir dalam industri dan rasanya tidak salah jika saya memilih artis baru yang belum mempunyai naskhah untuk dipersembahkan kepada umum. Tambahan pula vokal dimiliki Kaka mempamerkan kelebihan ketika menyanyikan lagu itu.
“Mungkin belum tiba masanya saya menyanyikan lagu seorang diri kerana suara saya bukannya sedap sangat untuk menyanyi solo. Lagipun, saya lebih suka ‘rapping’, sebab itu saya memerlukan orang lain untuk menyanyikan bahagian korus.
“Namun jika saya mendapat lagu yang sesuai untuk saya nyanyikan seorang tanpa bantuan orang lain, saya akan cuba bawa lagu itu sebaik mungkin. Bagaimanapun, bukan dalam masa terdekat,” katanya.
Menjejaki gadis berusia 23 tahun itu bukan susah, tambahan pula Kaka mempunyai talian persaudaraan dengan penyanyi terkenal. Zizan berjaya mendapatkan nombor telefon Kaka daripada rakan dan tanpa berlengah, membuat panggilan pada jam 3 pagi.
Tidak mahu membuang masa, panggilan Zizan berbalas dan dia meminta Kaka bertemu dengannya di stesen minyak sekitar Damansara. Zizan kemudian menyuruh Kaka menyanyikan empat lagu sebelum memintanya ke studio rakaman.
Kaka mengaku terkejut pada mulanya apabila mendapat panggilan daripada Zizan pada jam 3 pagi. Bagaimanapun, dia tidak rasa ‘cuak’ kerana yakin memang Zizan yang menelefonnya.
“Pada mulanya, Zizan memang buat perangai gila dia, kemudian baru dia menyuarakan tujuan sebenarnya membuat panggilan awal pagi. Saya memang minat Zizan dan saya sangat teruja apabila dia menawarkan saya menjadi pasangan duetnya untuk single terbarunya,” katanya.
Mula menyanyi ketika berusia lapan tahun, Kaka yang menguruskan kerjaya sendiri mahu fokus terlebih dulu kepada projek kolaborasi dengan Zizan sebelum membuat kerja lain.
Agak berdebar-debar dengan reaksi pendengar nanti, Kaka berharap kemunculannya dalam industri boleh diterima dan peminat dapat menyokong perjalanan kerjayanya.
“Sebagai orang baru, saya risau dengan penerimaan orang ramai. Namun saya akan membuat yang terbaik supaya mereka dapat melihat bakat yang saya miliki.
“Bekerja dengan Zizan dan Malique sangat mudah kerana pertama kali merakam lagu di studio, banyak perkara yang perlu saya pelajari, namun mereka tidak pernah penat memberikan tunjuk ajar.
“Tambahan pula Zizan suka buat lawak, membuatkan semua orang tidak tertekan dan dapat bekerja dengan santai dalam suasana tenang.
“Seronok bekerja dengan mereka dan tidak ada pengalaman pahit pun,” kata Kaka mengenai pengalamannya merakam lagu itu selama seminggu pada Disember tahun lalu.
Mengenai kaitannya dengan penyanyi ‘rock’ terkenal, Kaka enggan bercerita panjang kerana tidak mahu dikatakan menumpang populariti ibu saudaranya.
Gadis Berlagak Gangster Dan Merokok Dalam Trend Di Singapura.
Posted by TerbaikLaH at 1:56 PM
Gadis Berlagak Gangster Dan Merokok Dalam Trend Di Singapura.
Gadis ini melipat kakinya dan menyalakan rokok dalam trend ini. Sepanjang perjalanannya, gadis ini merokok tanpa menghiraukan orang lain.
Artikel Lainnya
Gambar Artis Hollywood Yang Tidak Memakai Bra Di Tempat Awam
Paris Hilton Kantoi Membetulkan Seluar Dalamnya Ketika bercuti Di Australi
Video Pasangan Remaja Berasmara Di Taman Awam
Gadis ini melipat kakinya dan menyalakan rokok dalam trend ini. Sepanjang perjalanannya, gadis ini merokok tanpa menghiraukan orang lain.
Artikel Lainnya
Gambar Artis Hollywood Yang Tidak Memakai Bra Di Tempat Awam
Paris Hilton Kantoi Membetulkan Seluar Dalamnya Ketika bercuti Di Australi
Video Pasangan Remaja Berasmara Di Taman Awam















