Merriam Bellina Bergaya Persis Orang Muda

on Wednesday, July 31, 2013


Jika di Hollywood, Madonna pernah dikecam kerana berpakaian tidak mengikut usia, ada ramai lagi artis veteran lain yang juga berpakaian ‘tak agak-agak’.

Antaranya di Indonesia. Baru-baru ini, Meriam Bellina tampil dengan gaya bak gadis muda di khalayak dengan mengenakan blaus kuning, hot pants denim dan sneaker putih.

Tahun ini, usia Merriam sudah mencecah 48 tahun.

Di Malaysia, Merriam boleh dikira antara pelakon Indonesia yang terkenal juga di sini. Antara sinetron lakonannya yang pernah dan sedang ditayangkan adalah Mutiara, Aishiteru dan Dewi.
sumber : http://www.informasi.my/

Kes Mat Yo Dengan KAFA Kini Selesai


Baguslah macam tu. Ini tidak aku tengok tuntutan KAFA awal musim lalu amat mengarut kerana hinggakan majlis perkahwinan Mat Yo pun nak claim juga...

 Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan, kes saman antara pihaknya dengan bekas penyerang The Red Warriors musim lalu Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo sudah selesai.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azman berkata, kes saman tersebut telah diselesaikan di luar mahkamah dan pihaknya berharap isu tersebut tidak akan dibangkitkan selepas ini.

"Kes ini telah di selesaikan di luar mahkamah dan berharap tidak akan ada lagi sebarang isu yang timbul berhubung perkara berkenaan selepas ini," katanya. 
sumber : http://puakasatelit.blogspot.com/

SEDIH : Anak Berstatus Muflis ‘BUANG’ Ibunya Kerana Anggap Membawa Sial


HANYA kerana dianggap malang dan pembawa sial, seorang wanita berusia 90-an, Seni Aisyah Abdullah yang kini menderita kesunyian selama tujuh tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya.

Seni kini menjadi salah seorang penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas dan gembira menjalani kehidupan baru disana.Mesra dipanggil mami oleh penghuni, dia berkata telah dibuang oleh anak-anaknya dan dihantar ke rumah itu oleh anak lelakinya yang menganggap dirinya pembawa sial dan punca kegagalan perniagaan anaknya itu.

Dia yang mengalami masalah sakit tua turut nyanyuk dan hanya mengingati beberapa perkara semasa usia mudanya.“Selama tujuh tahun saya disini, saya dijaga dengan baik oleh sukarelawan, jadi saya tidak mahu ingat lagi apa yang berlaku sebelum ini”, jelasnya yang berasal dari Kinrara, Puchong.

Katanya, keadaannya yang uzur membuatkan dia tidak lagi berfikir mengenai anak-anaknya dan tidak berharap untuk kembali kepangkuan anak-anaknya lagi.

“Sekarang saya sudah tidak lagi ingat mereka dan kehidupan disini sekarang adalah lebih baik berbanding sebelumnya.

Menurut Pengasas Pusat Jagaan itu, Muji Sulaiman, Mami mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan dan mereka semuanya berada di sekitar Kuala Lumpur.

“Dulu semasa tahun pertama Mami berada di sini, selama 20 hari sepanjang Aidilfitri dia asyik termenung di luar pintu menunggu kedatangan anaknya, tapi kini sudah tujuh tahun dia menyambut Hari Raya bersama rakannya yang lain.

Muji yang juga bekas jururawat turut berkata ketiga-tiga anak Mami tidak pernah datang menziarah ibu mereka selepas menyerahkan Mami kepada pihaknya tujuh tahun lalu.

“Dulu, saya pernah cuba untuk mencari mereka tapi kini tidak lagi, dan 99 peratus daripada penghuni disini adalah ditinggalkan dan dibiarkan oleh waris mereka sehingga meninggal”, jelas Muji yang turut membiayai Pusat Jagaan dan Rawatan itu secara persendirian.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Sungai Yang Tersembunyi Di Dalam Dasar Laut (7 Gambar)

Sungai Yang Tersembunyi Di Dalam Dasar Laut | Apa yang korang lihat ini seolah-olah mustahil untuk digambarkan, tetapi gambar-gambar yang diambil oleh Anatoly Beloshchin ini menceritakan sebuah kisah sungai tersembunyi di dalam Semenanjung Yucatan Mexico yang dipanggil Cenote Angelita atau "Little Angel".

Sebenarnya sungai ini adalah satu ilusi hasil daripada fenomena yang dipanggil halocline, di mana air dengan tahap yang berbeza takat kemasinan membentuk lapisan kerana mengalami perubahan dalam ketumpatan. Menurut Beloshchin, Cenote Angelita terdiri daripada air tawar sehingga kira-kira 29 meter apabila ia beralih ke lapisan 1-meter hidrogen sulfida, dan selepas itu bahagian bawah gua keseluruhan dipenuhi dengan air masin dari 30 hingga 60 meter. Jadi, realiti "sungai" sebenarnya hanya lapisan tebal air masin yang berada di bahagian bawah gua.





Laut sangat misteri bagi kami kerana ia terlalu luas dan pastinya banyak benda yang tak dapat dirungkaikan oleh manusia.
sumber : http://www.hairanblog.com/

Gempar!!Ranting Kayu Sepanjang 38 Cm Tercucuk Leher

Gempar!!Ranting Kayu Sepanjang 38 Cm Tercucuk Leher



London: Seorang penunggang basikal tertusuk ranting kayu sepanjang 38 sentimeter di lehernya.Kejadian berlaku selepas Adrian Wood, 34, terjatuh ketika menunggang basikal.Ranting itu tertusuk pada vena jugular, peti suara dan esofagus bapa dua anak itu.


Dia bernasib baik kerana ranting itu tidak mengena arterinya yang boleh menyebabkan dia mengalami pendarahan teruk hingga meragut nyawanya.WOOD berhasrat untuk menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan.

Wood dikejarkan ke hospital Petersborough oleh rakannya dan doktor memberi harapan 50-50 untuk dia diselamatkan.Bagaimanapun, pakar bedah berjaya membuang ranting itu dalam pembedahan yang memakan masa lima jam.Wood kini semakin pulih dan berharap dapat pulang ke rumahnya tidak lama lagi.

"Saya akan menunggang semula secepat mungkin. Dan saya akan menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan," katanya. - Agensi

Allahuakbar!!Hebatnya Kekuasaan Allah, Kejadian Alam Mengganas (26 Gambar)

Allahuakbar!!Hebatnya Kekuasaan Allah, Kejadian Alam Mengganas (26 Gambar)

Bencana alam sesuatu peristiwa yang mungkin membuatkan kita hilang segala-galanya sekelip mata jer tapi bagi penggemar terhadap fotografi bencana alam adalah sesuatu yang ditunggu untuk merakamkan sesuatu yang jarang terjadi.
Cukup merbahaya kan? Jom kita tengok hasil-hasil fotografi alam yang mengganas nie.

Kena Tangkap ~ Pengawal Keselamatan Menangis, Merayu Takut Isteri?

Seorang pengawal keselamatan menangis dan merayu meminta polis melepaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin.

Menurut kata Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.

Katanya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.

"Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.

“Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat," katanya kepada wartawan.

Tambah Ghuzlan lagi, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.

Menurutnya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.

"Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.

"Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah," katanya.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/