Cara lelaki miang intai skirt yang dipakai awek seksi

on Thursday, August 1, 2013


Korang nak tahu tak bagaimana seorang lelaki yang memang betul-betul gatal nak skodeng seorang perempuan ? Kalau nak tahu,kornag boleh lah tengok di bawah ni....













SUMBER

Ketumbuhan pelik pada badan gadis china

Sungguh sedih tetapi pelik, seorang gadis yang digelar manusia penyu telah membingungkan para doktor dengan ketumbuhan-ketumbuhan aneh dan pelik pada badannya.
Tumor itu yang terjadi dari bengkak secara pukal pembuluh darah atau kelenjar limpa – membuatkan Tian Yunting yang berusia 23 tahun ini tampil dengan kulit bersisik yang keras.
Namun pada kenyataannya, keadaan perubatan yang jarang berlaku ini bererti bahawa sekecil apa pun mengetuk atau menyentak boleh meletupkan pembuluh darah yang bengkak itu dan dia akan berdarah terus sehingga yang mungkin boleh membawa maut.
Tian juga telah terpaksa berhenti kuliahnya kerana perjalanan bas di atas jalan beralun yang belum dirapikan boleh membunuhnya.
“Walaupun saya dapat sampai ke sana saya tidak boleh duduk kerana kerusi yang keras akan meletupkan saya,” jelasnya.
Doktor di Zhangjiajie, selatan China, mengatakan keadaan ini disebabkan oleh kekurangan genetik yang jarang berlaku yang disebut angiomas – tetapi belum pernah melihatnya pada skala yang besar seperti itu.
“Ianya dapat dikawal dengan membuang tumor tu secara tetap tetapi ianya harus dilakukan di hospital kerana akan berlaku banyak pendarahan. Ini adalah kes terburuk yang pernah kami lihat,” kata salah seorang ahli bedah.

Aksi Tentera Di Medan Perang ( 19 gambar ).

Kita sedia maklum, untuk menjadi tentera kita sudah semestinya mampu bertahan dalam apa juga keadaan.
Jom kita tengok aksi-aksi tentera di medan perang. Memang cool gambar diorang.


Dapur Api Tradisional Dari Finland ( 12 Gambar ).

Mari lihat dapur api tradisional dari Finland. Siapa nak cuba? Senang je nak buat dapur api ini.

Khir Rahman Sebak Terkenang Arwah Ibu



Hujung April lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian penyanyi pop yeh yeh 60an, Datin Azizah Mohamad, akibat penyakit kanser pangkal rahim dan Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada usia 66 tahun.

Pemergian arwah Datin Azizah ini sekaligus membuatkan pelakon dan pengarah terkenal iaitu Khir Rahman menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri tanpa ibu tersayang.

Sewaktu diminta untuk mengulas mengenai pengalamannya pertama kali menyambut Ramadhan tanpa arwah ibu, Khir hanya mampu menahan sebak dan menyatakan bahawa dia lebih sedih apabila melihat ayahnya, Dato A. Rahman Hassan yang kini keseorangan, tanpa peneman setia seperti sebelumnya.

Kami lalui Ramadhan tanpa mak. Sebelum ini setiap kali pertama Ramadhan kami akan bersahur dan berbuka bersama sebagai satu keluarga, jadi bila mak dah tak ada, terasa juga kehilangan sebab kita tahu kerusi mana yang dia selalu duduk.

Tapi saya lalui perkara ini seadanya dan saya lebih sedih apabila melihat abah.

Maklumlah selama ini 44 tahun mereka hidup bersama. Sepanjang hayat mak, ke mana sahaja abah pergi dia mesti akan bawa mak sekali. Mungkin sebab itulah buat abah rasa lebih kehilangan.



Dato A. Rahman Hassan & arwah Datin Azizah

Berkongsi lebih lanjut mengenai ayah tersayang, pelakon filem Rock Oo ini turut menyatakan bahawa sejak kehilangan arwah ibu, dia dan adik-beradiknya lebih banyak meluangkan masa bersama ayah berbanding sebelum ini.

Abah dilatih dengan ketenangan dan dia ok je, cuma kami adik-beradik akan selalu buat inisiatif untuk selalu mengisi masa terluang dengan abah. Kalau dulu kami jarang balik rumah jumpa abah, sekarang ini tidak. Setiap kali ada masa terluang kami akan selalu teman abah.

Dalam pada itu, pelakon ini turut mengakui dia sebak apabila teringat kenangan bersama ibunya dan menyatakan bahawa arwah ibunya adalah satu-satunya tempat rujukan untuk dia melakukan sesuatu perkara, sama ada dari segi kerjaya mahupun peribadi.

Bila arwah mak dah tak ada, dua perkara kita tak akan dapat cari lagi selepas ini, pertama mak adalah tempat rujukan. Sebelum ini apa sahaja perkara yang saya nak buat, saya akan tanya mak dulu dan pernah juga banyak kali saya melawan cakap dia. Setiap kali melawan, saya akan rasa akibatnya sendiri.

Yang kedua, saya tak akan dapat rasa lagi pelukan mak. Saya rasa sentuhan dia adalah bagaikan syurga.
sumber : http://www.ohbulan.com/

EKSKLUSIF: GAMBAR NOSTALGIA ERRA FAZIRA

Bagaimanakah rupa Erra Fazira yang kita ketahui comel molek itu ketika kecil? Myartis menyiarkan kembali gambar-gambar nostalgia Erra yang kami pernah siarkan sekitar tahun 2000 khas untuk anda... enjoy!!

Klik untuk imej besar...


Biodata:
Wan Fazira atau lebih dikenali sebagai Erra, memang mempunyai minat menyanyi dan menari sejak kecil. Dia merupakan seorang yang aktif di sekolah dan mengikuti banyak persatuan seperti Pramuka, St Ambulans, Kelab Kebudayaan, dan bahasa Inggeris. Erra juga aktif dalam bidang olahraga dan pernah mewakili sekolah dalam netball. Bagaimanapun, Erra sering pindah sekolah disebabkan hal-hal yang tidak dapat dihindarkan. Antara sekolah yang pernah dimasukinya adalah:

TK Jalan Pahang
Sekolah Rendah Kebangsaan Setapak Kuala Lumpur
Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor
Sekolah Kebangsaan Gombak, Selangor.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia Selangor
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Labu Baru (asrama), Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Sentul, Kuala Lumpur.

Erra akhirnya menjadi artis rakaman Polygram Records untuk mengembangkan bakatnya sebagai penyanyi. Setelah itu, dia menceburi pula bidang perfileman melalui filem pertamanya, 'Sembilu' yang diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam.

Erra telah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim pada tahun 2003. Namun tidak lama kemudian mereka bercerai. Selepas beberapa tahun, Erra mengambil keputusan untuk berkahwin semula dengan Engku Emran.