Arwah Datin Umi Kalthum Tinggalkan Nota 5 Syarat.

on Friday, August 2, 2013



KUALA LUMPUR: Sekeping nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu.


Nota yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarham hasil perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang disimpan dan perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia.

Noor Kumalasari sedang menabur bunga di pusara arwah ibunya.
Cucu dari suami pertama Allahyarham iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang disimpan Allahyarham sebagai wasiat.

“Saya terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah letakkan di atas meja mekap.

Arwah semasa dizaman kegemilangannya
"Dia seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya,” jelas Amir Noor kepadamStar Online di sini pada Rabu.

Allahyarham Umi Kalthum meninggal dunia pada usia 81 tahun dalam tidur kira-kira pukul 4 pagi di rumah anak hasil perkahwinan pertamanya dengan individu yang dikenali sebagai Jaafar di Ukay Prima di sini pada Rabu.

Beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit hasil dua perkahwinannya termasuklah dengan pelakon Datuk S Roomai Noor.

S Roomai Noor meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan umrah pada 16 Mac 1996 akibat paru-paru berair.

Selain aktres Noorkumalasari, Allahyarham Umi Kalthum turut memiliki seorang anak tiri iaitu penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan terdahulu S Roomai Noor dengan pelakon Siput Sarawak.

Dalam pada itu Amir Noor berkata, lima perkara yang dicatatkan oleh neneknya itu ialah kelengkapan bagi menguruskan jenazahnya iaitu; kain batik untuk menutup dan memandikan jenazah, dua helai kain ihram termasuk milik S Roomai Noor sebagai kain kapan dan selendang putih menutup muka.

Turut ditulis ialah sarung bantal bagi kegunaan melapik kepala jenazah dan dua helai kain putih yang perlu diikat pada batu dan diletakkan di simpang jalan sebagai tanda ada orang meninggal dunia.

Kesemua kelengkapan jenazah itu disimpan rapi dalam sebuah almari dan digunakan sebagai memenuhi impiannya.

Allahyarham juga turut berpesan agar mengebumikan jenazahnya di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang di sini iaitu berdekatan dengan kubur arwah ibunya.

Arwah juga kata Amir Noor pernah melahirkan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah ataupun pada bulan Ramadan.

“Alhamdulillahlah... hajat nenek untuk meninggal dunia pada bulan Ramadan seperti yang diimpikan telah dimakbulkan Allah,” katanya.

Dalam pada itu rakan seangkatan Allahyarham iaitu Datuk Maria Menando, 81, berkata, dia amat terkejut dengan berita kematian itu kerana Umi Kalthum masih dilihat cergas walaupun ketika usianya sudah lanjut.

Katanya, kali terakhir mereka berjumpa ketika menziarahi jenazah Allahyarham Latifah Omar yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.

“Umi seorang rakan yang sangat baik dari segi tutur kata dan tingkah lakunya. Selama mengenalinya, saya amat senang berkawan dengan dia,” kata Maria.

Pelakon Salmah Ahmad, 76, pula berkata, Allahyarham ada berpesan kepadanya agar menjaga kesihatan sebaik mungkin selain mengadu sakit dada.

“Dua hari lepas dia ada telefon saya. Dia nak ajak saya bercuti ke Jakarta. Saya kata tak ada masalah. Kemudian dia bertahu, dadanya sakit sehingga kadang-kadang nak tarik nafas pun susah.

“Kerana masalah itu dia banyak kali supaya saya menjaga kesihatan dengan baik,” katanya yang pernah berlakon dengan Allahyarham dalam filem Yatim Mustapha pada tahun 1961.

Sepanjang hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Watak jahat iaitu Putih yang dipegangnya dalam Bawang Putih Bawang Merah pada tahun 1959 pernah menyebabkan dia dibenci peminat kerana sering mendera adik tirinya iaitu Merah lakonan Latifah Omar.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate selepas solat Zuhur pada Rabu.

Turut menziarahi Allahyarham ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sarimah Ahmad, Aspalela Abdullah, Zalifah Ibrahim, Hayati Tasrip dan Mariani. - mStar

Menakjubkan, Gurun Pasir Yang Boleh Bergerak Di Perancis.



The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis,adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumukpasir ini adalah sangat besar - berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut. Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.

Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutanbelakangnya untuk 'menelan' rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.

Kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter).


Sepanjang 57 tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.






ISU TIZ ZAQYAH MALU DENGAN FARID KAMIL!







SAYA MALU DENGAN FARID KAMIL - TIZ ZAQYAH | Di matanya, aktor bernama Farid Kamil adalah seorang pelakon yang cukup dikagumi. Dalam erti kata lain, gadis putih gebu ini sangat meminati gaya lakonan sekaligus dan menyifatkan suami kepada pelakon Diana Danielle itu sebagai seorang bintang filem hebat.



Sementelah digandingkan bersama dalam drama adaptasi novel, Jodoh Itu Milik Kita, Tiz

VIDEO LELAKI KEMARUK SEKS KANTOI CURI SELUAR DALAM WANITA DI SRI PETALING!






VIDEO PENCURI SELUAR DALAM WANITA KANTOI DI KAWASAN SRI PETALING | Ramai di antara kita pasti pernah mendengar dan wanita mungkin pernah menjadi mangsa apabila seluar dalam yang dibasuh di letak di jemuran hilang dicuri.



Hal begini biasanya terjadi di rumah-rumah wanita bujang, namun yang sudah berkahwin pun tidak terlepas kerana jenayah tidak mengenal sesiapa.



Pelaku hampir pasti 100

VIDEO GURU BUAT PARODI SINDIR IBU BAPA!







VIDEO PARODI GURU SINDIR IBU BAPA KERANA FED UP DENGAN SIKAP MEREKA | Pada Selasa lepas, seorang bapa telah membuat satu laporan polis mendakwa anaknya mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusinya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah seperti diminta.


Bapa berkenaan Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian itu anaknya Nur Emilia, 12

Pelik Tapi Benar: Kilang Pemprosesan Mayat Di Russia.

 


Adakah anda percaya atau tidak di negara Rusia terdapat sebuah kilang yang beroperasi untuk memproses mayat. Tetapi itulah hakikatnya di mana kilang tersebut sememangnya wujud di dunia ini dan aktif memproses organ mayat-mayat yang tidak dituntut.

Namun, lebih mengejutkan apabila kilang yang terletak di Rusia ini akan mencuri buah pinggang, kornea mata dan lain-lain bahagian tubuh mayat untuk dijual. Hasil jualan organ itulah yang menjadi sumber pendapatan mereka bagi membiayai gaji kakitangan yang menguruskan operasi kilang tersebut.


Kilang ini kelihatan sangat ngeri di mana mayat-mayat akan dihimpunkan dalam satu bilik dalam keadaan berselerak dan seolah-olah tidak berharga lagi. Mayat-mayat tersebut hanya dibiarkan terlentang di mana-mana saja sebelum operasi membedah untuk mengeluarkan organ dilakukan.

Suasana seperti ini sungguh kejam bukan? Pastinya kilang ini dipenuhi dengan bau-bauan yang kurang enak!. Dan tidak mustahil juga menjadi kilang paling menyeramkan di dunia.


Sudah semestinya keberanian, semangat yang kuat serta memiliki hati yang keras untuk para pekerja yang berada di kilang itu. Jika lemah semangat mana mungkin mereka mampu untuk memproses mayat-mayat tersebut.


Mayat-mayat tersebut sebenarnya (mangsa) adalah mayat-mayat yang dikutip daripada pemandu mabuk yang telah meninggal dunia akibat kemalangan, orang yang tinggal bersendirian dan mati kesejukan, penjenayah yang ditembak mati dan mayat-mayat yang tidak dituntut oleh ahli keluarga. Malah, golongan kanak-kanak juga turut menjadi sasaran mereka.



Seterusnya, selain daripada organ-organ dalaman beberapa bahagian badan juga akan dijual kepada beberapa universiti di seluruh dunia. Tulang pula akan dieksport kepada farmasi di Ireland manakala negara Jerman membeli tulang-temulang manusia itu untuk membuat gigi tampalan.

Namun, bukan hanya Rusia, negara India juga dikatakan mempunyai kilang yang serupa iaitu untuk memproses organ-organ manusia untuk eksport. Mungkin juga kerana bilangan penduduk yang ramai maka mayat-mayat sering tidak dituntut atau gagal disempurnakan dengan baik.

Tidak mustahil juga jika ada ahli keluarga yang menjual mayat kerana tidak mampu untuk mengadakan majlis pengebumian. Hal ini terbukti kerana terdapat mayat-mayat dibiarkan hanyut di Sungai Gangga begitu sahaja kerana tidak mampu diuruskan oleh ahli keluarga.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah andai kita berada di luar negara kerana pelbagai ancaman boleh terdapat di mana-mana malah tidak mustahil juga berlaku di negara sendiri. Elakkan berjalan berseorangan terutamanya pada waktu malam khasnya kaum wanita malah tidak mustahil berlaku kepada lelaki juga.

GAMBAR BEG SEKOLAH MENGANDUNGI IMEJ LUCAH!



GAMBAR BEG SEKOLAH MEMAPARKAN IMEJ LUCAH MANUSIA SEDANG MELAKUKAN SEKS | Imej lucah berkenaan tidak dilihat melalui luaran sebaliknya corak berkenaan berada di bahagian dalam beg berkenaan. Pada pandangan secara kasar pun sudah boleh menampakkan begitu banyak adengan tidak senonoh di dalam bag pack berkenaan.