Iklan Yang Menyebabkan kemarahan Orang Yahudi

on Thursday, August 1, 2013


Selepas beberapa hari semenjak tersebarnya video yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya mereka terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah iklan oleh sebuah syarikat pembuat pil.

Gambar mengerikan mangsa kem tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi.

Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.

Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!"

Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem.

Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika. 

Harry Styles Tepis Dituduh Biseksual

Harry (kanan) memberitahu dia tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan Nick dan mereka hanya rakan baik.

PENYANYI kumpulan One Direction iaitu Harry Styles menafikan dakwaan bahawa dirinya seorang biseksual gara-gara hubungan baiknya degnan DJ Nick Grimshaw.

Harry menegaskan hubungannya dengan Nick hanya sekadar rakan baik dan menganggap tuduhan itu sebagai mengarut.

"Kami tidak bercinta dan hanya sebagai kawan. Saya biseksual? Tidak mungkin dan dakwaan itu adalah pembohongan," katanya ketika ditemu bual oleh majalah GQ.

Sejak kebelakangan ini namanya sering dikaitkan dengan lelaki tersebut kerana kelibat mereka berdua sering menghabiskan masa bersama-sama di kelab.

Harry sebelum ini sempat bercinta dengan penyanyi Taylor Swift selama beberapa bulan sebelum berpisah.
sumber : http://mstar.com.my/

Almy Nadia Mengaku Pernah Buat Ibu Menangis



Almy Nadia Aminuddin Shah mengakui pernah membuatkan ibunya, Roshida Hashim menitis air mata gara-gara luahan hatinya untuk tidak mahu mempunyai insan bernama lelaki lagi dalam diari hidupnya
Almy Nadia Mengaku Pernah Buat Ibu Menangis

Kata-kata itu diluahkan selepas hubungan cintanya dengan pelakon Fizz Fairuz kecundang di tengah jalan.

“Apa yang berlaku membuatkan saya menangis kerana saya tidak kuat untuk menghadapinya. Malah, saya juga pernah terfikir untuk tidak mahu ada lelaki lagi dalam hidup saya. Namun, kata-kata saya itu telah membuatkan ibu saya menangis kerana ibu memberitahu jika kita sakit, kita perlu insan yang bernama suami atau lelaki untuk menjaga kita,” ujar Almy.

Almy ketika ditemui di Rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini juga turut memberitahu dia sudah melupakan kisah yang berlaku antaranya dengan bekas kekasih dan mengakui kini menerima Fizz sebagai kawan.

“Saya pernah meletakkan Fizz Fairuz sebagai musuh saya dalam industri, namun saya berfikiran positif dan menerimanya sebagai kawan. Saya tak nak bermusuh dengan sesiapa kerana sebagai hamba Allah, saya kena berkawan dan berbuat baik dengan semua orang. Saya kurang berkawan dengan rakan artis yang lain. Tetapi sebab dia bekas kekasih saya, saya berkawan saja.

Alhamdulillah, kami tiada masalah untuk berkawan. Malah, kami juga turut bekerjasama dalam program 'Seiring Sejalan Raya',” ujar Almy memberitahu tidak terfikir untuk kembali semula kepada Fizz.

“Tidak pernah terlintas langsung soal kembali balik kerana jika terlalu memikirkan mengenai hal ini, macam meletakkan harapan saja. Saya serah kepada Allah kerana jika terlalu mengharap kita boleh kecewa. Lagipun, soal kembali balik ini benda yang ke-100 saya nak fikir sebab banyak lagi perkara lebih penting seperti keluarga serta kerjaya yang perlu saya fikirkan,” ujar Almy lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan, Almy Nadia yang bakal meraikan sambutan Aidilfitri di kampung halamannya, Pulau Pinang ini turut menganggap apa saja yang berlaku dalam kehidupannya sejak kebelakangan ini sebagai kehendak Ilahi.

“Satu persatu dugaan yang menimpa saya. Selepas putus cinta, rumah keluarga saya terbakar, ibu saya terjatuh di bilik air sehingga tulang rusuk kanannya patah dan baru-baru ini, anak saya pula demam panas. Namun, Alhamdulillah dugaan ini membuatkan saya lebih kuat.

Jika saya tidak berfikiran positif, saya rasa boleh jadi gila agaknya. Saya sentiasa letak dalam fikiran yang Allah bagi dugaan ini sebab tahu saya boleh menghadapinya.”
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Muka Cantik Gadis Ini Dibedah Terus Jadi Tak Cantik



# 2

After she has jaw (or chin) job and eyes bags? do you think?
# 3
Before and after picture of Kelly


# 4



# 5



# 6

korang perasan tak kat mana kecacatannya?

Tertangkap Sedang Mencabuli Pesakit Perempuannya, Doktor Ini Mengamuk



ROMA - Kamera tersembunyi sebuah stesen televisyen, berjaya merakam aksi doktor mengambil kesempatan kepada pesakitnya di Rom, Itali.

Si doktor kelihatan sedang meraba-raba pesakit perempuannya. Kamera tersembunyi memang sengaja dipasanga oleh kru televisyen, untuk sebuah program bernama 'striscia la notizia'.

Diwartakan Daily Mail, Jumaat (8/6/2012), acara ini berniat membongkar tindakan doktor paruh baya yang praktik di sebuah klinik peribadi.

Saat si doktor sedang asyik 'mendiagnosis' pesakitnya, Jimmy Ghione, reporter stesen televisyen itu, langsung menceroboh masuk ke ruang amalan. Tak ayal, si doktor mesum yang marah dan malu, langsung menyerang Ghione.

Acara ini di-setting untuk memerangkap si doktor. Pesakitnya pun diduga salah satu kru acara yang menyamar. Pesakit masuk ruang doktor dan berbaring di tempat tidur ruang praktik. Si doktor kemudian mengangkat atasan dan bra pesakit.

"Saya mencium dengan mulut yang tepat. Jangan bergerak, saya takkan membuat anda hamil dengan cara ini," bisik si deokter sambil meraba tubuh si pesakit.

Si doktor dan mengurut dada pesakitnya, lantas menunduk untuk mencium payudara si pesakit. Saat si doktor hendak mencium bibir, si pesakit menolaknya.

Saat berusaha mencium lagi, si pesakit tetap menolak, dan doktor menepuk tubuh si perempuan, agar bangun dari tempat tidur.

Nah, saat itulah, si reporter masuk ruang periksa, dan memergoki si doktor yang birahinya belum surut.

Doktor berusaha merebut kamera dan memukul para kru, termasuk Ghione. Pertengkaran terus berlanjutan hingga ke luar klinik. Belum jelas bagaimana nasib si doktor setelah aksi lucahnya ditelanjangi. - 
tabekpuang.blogspot.com

Gila! Selamba remaja ini potong jari rakannya

v






v






v






v






v

Bayi Gergasi 6.1 Kilogram Pecah Rekod

Bayi-Gergasi-Pecah-Rekod-565x423 (1)
BERLIN – Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.
Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.
Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.
Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.
Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.
Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.
Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.
George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain.
Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.
“Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.
“Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat,” katanya.
Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.
Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian. – Agensi