'Si Dia' Belum Tahu Isi Hati Cinta Zizan

on Friday, August 2, 2013

Zizan Razak

Pelakon Zizan Razak mengakui wanita yang begitu rapat dengannya sehingga membuatkan dia terpaut hati sejak beberapa bulan lalu masih lagi tidak tahu tentang isi hati selama ini.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, berkata, dia masih lagi belum bersedia untuk meluahkan perasaan terhadap wanita yang enggan didedahkan identitinya itu.

"Itulah, sehingga sekarang wanita itu tidak tahu perasaan cinta saya kepadanya. Saya tidak bersedia lagi, tetapi saya tetap akan beritahunya kelak," katanya.

Pada April lalu, Zizan mendedahkan dia menyukai seorang wanita bukan daripada kalangan selebriti yang dikenalinya sejak lama dahulu.

Walaupun menjelaskan wanita tersebut bukan daripada kalangan selebriti, ramai yang membuat spekulasi mengaitkan Zizan dengan artis yang rapat dengannya seperti Emma Maembong dan Kaka Azraf.

Spekulasi itu sehingga kini masih menjadi teka teki dan Zizan sendiri berpendirian tidak mahu mendedahkan siapa wanita tersebut sehinggalah hubungan kedua-dua mereka lebih serius.

Ditanya adakah dia menyesal dengan tindakan meluahkan perasaannya tanpa pengetahuan si dia, Zizan berkata, wanita berkenaan tidak terasa apa-apa kerana apa yang dilakukannya sekadar ingin berkongsi kisah peribadinya kepada peminat.

"Saya tidak menyesal pun mendedahkan hal tersebut walaupun orang membuat pelbagai spekulasi siapakah wanita yang dimaksudkan itu.

"Apa yang saya nyatakan sekadar berkongsi sedikit hal peribadi kepada umum, bukannya cerita lebih mendalam pun. Bagi saya persoalan timbul kerana orang sayangkan saya dan mereka mahu tahu lebih tentang diri saya," ujarnya.
sumber : http://mstar.com.my/

Nakhrom Jadah: Gay Melayu Minta Restu Di Facebook




Aduh ada lagi yang cari penyakit, tak faham betul aku -.- . Bagi nak mengelak kan isu Perkauman Gay bukan Melayu shj, Cina, India dan lain-lain kaum pun ada gay juga.. 

#Nakhrom Jadah says : Semoga mereka diberi hidayah… Nabi tak mengaku umat macam ini
Sumber 

Serius ~ Honda Accord Naik Beca

Seorang pemilik beca di utara China mengejutkan ramai pengguna jalan raya apabila beliau mengayuh becanya itu dengan membawa sebuah kereta di atasnya.

Di fahamkan, kereta Honda Accord yang remuk dengan berat melebihi 1.5 tan diimbangkan dan diikat di bahagian penumpang.

Pembawa beca itu hanya mengayuh becanya untuk membawa kenderaan berkenaan di sepanjang jalan raya di Shijiazhuang, wilayah Hebei. 
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Wanita Ini Putus Jari Kerana Membuang Sampah! (5 Gambar)

Gara-gara sikap suka membuang sampah, gadis yang dikenali sebagai Zhou Ting ini putus jari hantu beliau kerana dikelar oleh seorang tukang sapu sampah di salah satu kawasan di negara China.



Jari Zhou Ting telah dikelar oleh Guo Nengfang dalam pertelingkahan sebaik sahaja Zhou Ting membuang sampah dari dalam kenderaan yang dinaikinya di kawasan Guo Nengfang telah bersihkan. Kawan benganglah 'kan!


Tapi sebelum pertelingkahan, Guo Nengfang dah suruh Zhou Ting kutip semula sampah yang dia buang tapi berdegil dan akibatnya Zhou Ting naik berang.



Akhirnya Guo Nengfang ditahan polis tapi tidak diambil tindakan dan dibebaskan. Guo Nengfang kembali kepada tugasnya menyapu di kawasan jalan yang sama.


Gempar: Bilal Surau Di Bangi Meninggal Ketika Sujud!


BANGI – Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi dekat sini ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit di sini hari ini. 
Kejadian di bulan suci Ramadan Al Mubarak itu menggemparkan penduduk setempat Sebelum ini kejadian seumpama itu hanya dilihat berlaku di negara luar yang boleh disaksikan menerusi laman Youtube semata-mata. Pastinya inilah antara kematian yang dimimpikan kesemua umat Islam. Apapun, 
semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmat dariNya. Al-Fatihah 

Anjing Anjing Baham Zakar Tuan Sendiri

Anjing

Little Rock (Arkansas) – Biasanya tidak ramai yang dapat membayangkan anjing boleh menjadi musuh yang paling menakutkan sehinggalah keadaan sudah terlewat.

Nasib malang itu menimpa seorang lelaki lumpuh beberapa hari lalu.
Media semalam melaporkan lelaki terbabit tinggal di Trumann, Arkansas dan baru saja membela seekor anjing tanpa tuan dengan harapan dapat menjadi temannya.
Bagaimanapun anjing itu terpaksa dibunuh selepas ia membaham hingga putus satu daripada buah zakar lelaki terbabit ketika mangsa tidur pagi kelmarin.
Polis berkata, lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah menyebabkan dia tidak rasa sakit di bahagian berkenaan.
Sejurus kemudian, kata sumber polis, lelaki terbabit terjaga daripada tidur dan berasa seperti “terbakar” pada kemaluannya.
“Dia terkejut apabila mendapati anjing yang baru tiga minggu dipelihara itu berada di celah kangkangnya dengan kesan darah di kaki dan mulut,” katanya.
Mangsa yang berusia 39 tahun itu mengaku tidur berbogel. – Agensi

Video Klip Pencuri Seluar Dalam Wanita Di Kawasan Sri Petaling!

curi seluar dalam

Ramai di antara kita pasti pernah mendengar dan wanita mungkin pernah menjadi mangsa apabila seluar dalam yang dibasuh di letak di jemuran hilang dicuri.
Hal begini biasanya terjadi di rumah-rumah wanita bujang, namun yang sudah berkahwin pun tidak terlepas kerana jenayah tidak mengenal sesiapa.
Pelaku hampir pasti 100 peratus lelaki yang mempunyai masalah psikologi seks.
Dalam video di bawah yang dimuat naik pihak Malaysian Crime Awareness Campaign memperlihatkan seorang lelaki dengan penuh selamba mencuri seluar dalam di kawasan Sri Petaling.
Salah sebab yang mudah untuk lelaki itu bertindak mungkin kerana pagar rumah tidak dikunci. Jadi untuk mengelakkan kejadian seperti ini, pertimbangkanlah untuk mengunci pagar rumah bila keluar.
Kepada penduduk sekitar Sri Petaling pula … apakah anda cam lelaki ini?
   

Mynewshub