Yusuf Islam - Mengapa Saya Masuk Islam?.

on Friday, August 2, 2013


Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Cat Steven sebelum menganut Islam
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara seislam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Sumber 

Kisah Syaitan Mengajar Abu Hurairah Ayat Kursi.



Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba munculah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun Abu Hurairah berjaya menangkapnya. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, sehingga dia merayu : “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai dan saya sangat memerlukan makanan.”Maka pencuri itu pun dilepaskan.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : “Apa yang dilakukan kepada tetamu semalam, ya Abu Hurairah?” Dia mengeluh, “Ya Rasulullah, dia seorang miskin, keluarganya ramau dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya.

“Dia berbohong ” kata Nabi Muhammad s.a.w.: “Pada waktu malam nanti dia akan datang lagi.”

Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketatkan, dan kewaspadaan pun dipertingkatkan.

Dan, benar sekali pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti semalam. Kali ini dia juga tertangkap. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” ugut Abu Hurairah, sama seperti malam sebelumnya. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.”

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun dia dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : “Pencuri itu bohong, dan malam nanti dia akan kembali lagi.”

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan dia berjaya menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Beliau kesal. Kenapa pencuri semalam itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.?

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dijaganya. “Benar, dia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. “Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.

Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : “Lepaskan saya, saya akan mengajar tuan beberapa kalimah yang sangat berguna.”

“Kalimah-kalimah apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.” Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. “Dia mengajarku beberapa kalimah yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. “Kalimah apakah itu?” tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.”

Mendengar cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap seorang pendusta.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah. “Itulah syaitan.” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Taiyuddin Bakar Berehat Kerana Bimbang ‘Ponteng’ Puasa

Taiyuddin berehat daripada aktiviti lakonan sepanjang bulan puasa.

 Pelakon Taiyuddin Bakar mengambil keputusan untuk berehat daripada sebarang aktiviti lakonan sepanjang bulan Ramadan kerana bimbang akan meninggalkan ibadah puasa.

Taiyuddin atau nama sebenarnya, Sallehuddin Abu Bakar, 30, berkata, atas dasar itu juga dia telah menyelesaikan semua kerja-kerjanya sebelum kedatangan bulan Ramadan supaya tidak menimbulkan masalah kepada pihak lain.

"Sejak dari awal tahun saya sudah merancang jadual dan aktiviti saya supaya apabila tiba bulan Ramadan saya tidak perlu bekerja agar membolehkan saya menumpukan kepada ibadah puasa.

"Jika saya tetap bekerja dan menjalani penggambaran, saya yakin saya akan 'ponteng' puasa kerana keletihan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Taiyuddin berkata kesempatan ini juga dia gunakan untuk menghadiri majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim selain menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Akuinya, sebelum ini dia begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni sehingga tiada masa untuk bersama mereka.

"Ini adalah masa untuk saya ganti balik masa saya bersama mereka dan dapat melakukan ibadah terawih bersama-sama keluarga dan aktiviti lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Taiyuddin berkata, dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan selepas Aidilfitri dan akan terlibat dalam sebuah projek filem bersama pelakon Sofi Jikan.
sumber : http://mstar.com.my/

ISU BEDAK TANAKA NORA DANISH DIHARAMKAN DI MALAYSIA!






NORA DANISH KECEWA KERANA BEDAK SEJUK TANAKANYA DIHARAMKAN | Agak kecoh bebrapa hari lalu tentang bedak Tanaka ini. Ada yang cakap bedak ini tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dah banyak yang dirampas oleh pihak berkuasa.

Apa kata Dora Danish pulak??



Pelakon Nora Danish terpaksa menghentikan sementara penjualan produk bedak sejuk ‘Tanaka’ kerana mahu

GAMBAR KEMALANGAN MAUT CHUA BOON HUAT PEMAIN HOKI NEGARA!






GAMBAR KEMALANGAN NGERI MELIBATKAN PEMAIN HOKI NEGARA CHUA BOON HUAT | Melalui komen yang diperolehi laman facebook yang mengongsikan berita sedih ini, mangsa dikatakan terlibat dalam kemalangan jalanraya sekitar jam 3 pagi semalam.



Mengikut maklumat twitter dari harian metro, chua boon huat, 33, maut dalam kemalangan selepas keretanya melanggar sebuah lori di LDP dekat kelana jaya.



Di

Gempar: Bilal Surau Di Bangi Meninggal Ketika Sujud!





BANGI – Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi dekat sini ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit di sini hari ini.
Kejadian di bulan suci Ramadan Al Mubarak itu menggemparkan penduduk setempat Sebelum ini kejadian seumpama itu hanya dilihat berlaku di negara luar yang boleh disaksikan menerusi laman Youtube semata-mata. Pastinya inilah antara kematian yang dimimpikan kesemua umat Islam. Apapun,
semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmat dariNya. Al-Fatihah
sumber ; http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Tengkorak Berharga RM205.5 juta.


Tengkorak bertatahkan berlian ini dicipta oleh seorang artis paling kaya di Britain iaitu Damien Hirst. Dengan seberat 2.156 kg, ia dibuat menggunakan kira-kira 8600 butir batu permata asli. Dibahagian dahi tengkorak pula, diletakkan sebutir permata bersaiz agak besar dengan ketulenan 52 karat dan gigi tengkorak tersebut adalah gigi manusia sebenar.




Hasil seni yang dinamakannya 'For The Love Of God' itu adalah salah satu hasil seni termahal di dunia, dijual pada harga USD 68,500.000 atau kira-kira RM 205.5 juta.