Home > All posts
Keretapi Kemalangan Depan Mata. (Video)
Posted by TerbaikLaH at 10:52 PM
Gambar Amy Search, Keluarga Bercuti
Posted by TerbaikLaH at 10:37 PM
Kalau tak silap malam ABPBH 2012 yang lalu telah menganugerahkan kumpulan Search sebagai anugerah sepanjang zaman, namun vokalisnya, Amy tidak dapat hadir bersama, rupanya masih lagi bercuti dengan isterinya, Norhasniza serta anaknya.
Selain hadiah berharga buat Nabila Huda yang memenangi anugerah yang dipertandingkan sebagai hadiah berharga seorang anak kepada ayahnya yang masing-masing berdarah seni. Tahniah kepada kedua-duanya.
Selain hadiah berharga buat Nabila Huda yang memenangi anugerah yang dipertandingkan sebagai hadiah berharga seorang anak kepada ayahnya yang masing-masing berdarah seni. Tahniah kepada kedua-duanya.
Elfira Loy Cium Randy Pangalila Kerana Terpaksa
Posted by TerbaikLaH at 10:05 PM
Dia bukan suka-suka nak buat begitu. Demi bantuan yang sangat diperlukan daripada Randy Panggalila, Elfira Loy cuba memenuhi syarat jejaka kacak itu yang mahukan ciuman manja daripadanya barulah Randy bersedia membantu. Elfira tiada pilihan, terpaksa juga dia cium Randy. Tapi Elfira bijak! Sekadar melengkapkan syarat Randy, dia menciumi tangannya sendiri yang sebelum itu dilekapkan ke pipi aktor tersebut.
Bagaimanapun, itu hanyalah salah sebuah babak yang dilakonkan mereka sebagai peneraju utama drama bersiri Dalam Hati Ada Taman arahan Michael Ang yang mana penggambarannya telah pun dilakukan di kota Paris.
Bercerita mengenai penglibatannya di dalam filem tersebut, Elfira yang ditemui baru-baru ini berkata sekali lagi dia melakonkan beberapa babak-babak romantik bersama pelakon popular Indonesia itu.
"Sebenarnya tak susah nak bekerja dengan Randy sebab kami serasi dan sekepala untuk melakukan beberapa babak di dalam filem ini. Malah hampir semua babak yang kami jayakan dilakukan dengan reaksi yang natural tanpa melakukan apa-apa rehearsal kerana kami sama-sama suka ikut flow situasi waktu itu.
"Cuma ada beberapa babak intim bersama dia yang membuatkan saya berdebar-debar kerana sungguh saya tidak pernah lagi bercinta. Malah kadang-kadang rasa kelakar pun ada bila melakukan babak romantik bersamanya,"

Ini bukan pertama kali Elfira berpeluang bergandingan bersama Randy. Mereka pernah 'dipertemukan' menerusi drama Mimpi Sampai ke Bintang.
Selain itu Elfira yang kini sibuk menumpukan perhatian pada pada pelajarannya bakal menjalani penggambaran drama epik bersama pengarah Datin Paduka Shuhami Baba tidak lama lagi.
"Kelas baru bermula, jadi saya tak ambil banyak sangat tawaran berlakon. Cuma InsyaAllah ada satu projek bersama Shumi", ujar penuntut jurusan Diploma Seni dan Hiburan ini.