Kejam!!Nyaris Maut Hanya kerana Sebatang Pensel

on Saturday, August 3, 2013

Kejam!!Nyaris Maut Hanya kerana Sebatang Pensel


 http://fathiyahandini.files.wordpress.com/2012/11/pensil-warna-kayu.jpg
 Pensel Warna

Kejam. Hanya kerana sebatang pensel warna dibeli oleh bapanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila didera bapa kandungnya sendiri selama hampir dua jam dalam kejadian di rumah mereka di Sentul Utama, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilaporkan dirotan, dicekik, disepak sebelum dipijak di bahagian perut. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut ditumbuk sebelum kepalanya dibotakkan bapanya yang berusia 30-an itu. Lelaki tersebut hanya berhenti mendera anaknya selepas melihat mangsa dalam keadaan lemah.

Akibat perbuatan keji si bapa, kanak-kanak terbabit bukan sekadar trauma sebaliknya mengalami kecederaan serius di tangan kiri, paha kanan dan kepala.
p/s: Nampaknya bila syaitan diikat di bulan puasa, ramai pulak manusia yang nak mengambilalih tugas syaitan.

Sumber

Hilang Akal!!Kerana Cinta Gadis Sanggup Toreh Tangan!

Hilang Akal!!Kerana Cinta Gadis Sanggup Toreh Tangan!

Memang sedih!!! mungkin dikecewa telah up date status bahawa telah menoreh tangannya hingga berdarah kerana cinta.Sekadar nasihat untuk para pembaca sekelian memang agak sukar menerima hakikat bahawa si dia telah curang atau minta putus tambahan pula semuanya telah diberikan kepadanya.Namun janganlah bertindak bodoh hingga sanggup cederakan diri sendiri sedikit hadis yang perlu kita fahami

Jadi bermuhasabah diri ada hikmah disebaliknya.Anggaplah ini adalah ujian Maha Esa.Yakinlah kepada Allah dan berubahlah insyaAllah anda akan merasai tenang dan lapang,


Sumber

Gempar!!Guru terkejut akaun bank ada RM30.59 bilion

Gempar!!Guru terkejut akaun bank ada RM30.59 bilion


KOLKATA, India - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).
"Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.
Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).
Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.
Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.
"Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.
"Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya. - AFP

* Sumber

Gempar!!Anak pengasas Ambank Berhad dedah punca sebenar ayah ditembak!

Gempar!!Anak pengasas Ambank Berhad dedah punca sebenar ayah ditembak!

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh meminta Pascal Najadi, anak pengasas Ambank Hussain Ahmad, kembali ke Malaysia untuk membantu siasatan kes pembunuhan bapanya.

"Kembalilah ke Malaysia dan bekerjasama dengan pihak polis supaya kita boleh tahu apa yang sebenarnya berlaku," kata Mohmad kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Masjid India malam tadi.

Mohmad (kiri) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dari Malaysiakini berhubung penafian Pascal yang kematian bapanya ada kaitan dengan satu urusan hartanah.

Semalam, Pascal Najadi dilaporkan berkata bahawa pembunuhan bapanya bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapanya ditangkap.

Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, (kiri) terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan sebuah tokong di Lorong Ceylon di ibunegara.

Mahmod berkata Pascal tidak berada di Malaysia dan mungkin dia tidak mengikuti perkembangan berhubung perkara tersebut.

"Dia membuat penafian di luar negara. Dia bukan di Malaysia tetapi di Rusia," kata Mohmad sambil menambah bahawa penafian tersebut tidak akan menyelesaikan kes itu.

Oleh itu, beliau mengulangi bahawa Pascal yang juga timbalan pengerusi Arab Investments for Asia Kuwait Limited (AIAK) patut pulang ke Malaysia.

'Suspek masih di negara ini'

Mengenai perkembangan terkini siasatan kes tersebut, Mohmad berkata suspek utama, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di negara ini.

"Kami sedang berusaha untuk mengesannya dari semua sumber, termasuk rakan-rakannya, keluarganya dan jiran-jirannya," katanya.

Kejam!!! Bayi Perempuan Berusia 1 Tahun Dibakar,Perut Terburai

Kejam!!! Bayi Perempuan Berusia 1 Tahun Dibakar,Perut Terburai


Memang kejam!!! apa perasaan korang bila melihat keadaan bayi seperti ini? pastikan tersangat sedih.Info ini sudah lama namun sekadar peringatan untuk kita bersama apakah dosa bayi ini? kepada pasangan hangat bercinta sebelum terlanjur lihatlah gambar bayi ini sanggupkah anda buang bayi yang tidak berdosa sekiranya mengandung? fikir-fikirkanlah

Kurang Ajar! Dua Individu Dicekup Di Bulan Ramadan!!

Kurang Ajar! Dua Individu Dicekup Di Bulan Ramadan!!


BESUT– Dua individu termasuk seorang wanita ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan secara terbuka di tempat awam pada bulan Ramadan serta menjual makanan kepada orang Islam tidak berpuasa, kelmarin.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ibu tunggal berusia 40-an itu diberkas di rumahnya di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut oleh sepasukan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut setelah mendapat maklumat orang awam.

Menurutnya, dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita terbabit dipercayai sedang menjual nasi bungkus kepada beberapa pelanggan di rumahnya.

"Bagaimanapun, penguat kuasa gagal memberkas pelanggan yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa, sementara wanita terbabit ditangkap dan sebanyak 10 bungkus nasi turut dirampas," katanya.

Menurut Azmi, pihaknya telah melakukan intipan selama beberapa hari sebelum menyerbu rumah wanita terbabit.

Katanya, wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 19(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syarie (takzir) negeri Terengganu kerana tidak menghormati bulan puasa (menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa).

Sementara itu katanya, dalam operasi yang turut disertai Penguat kuasa Majlis Daerah Besut itu, pihaknya menahan seorang lelaki beragama Islam berusia 56 tahun di dalam sebuah kedai milik lelaki bukan Islam pada jam 10 pagi, hari yang sama.

"Lelaki terbabit ditahan selepas anggota penguat kuasa yang menyerbu kedai tersebut mendapati dia menghisap rokok di situ dan akan didakwa di bawah Seksyen 19 (b) enakmen yang sama kerana tidak berpuasa," katanya.

Azmi berkata, tangkapan tersebut yang pertama sepanjang Ramadan ini dan pihaknya akan melakukan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan bagi menjaga kesucian Islam.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 10 premis membabitkan premis perniagaan dan rumah termasuk sebuah rumah di Kampung Pangkalan Sentul, Jertih diperiksa.

Sumber

Hebat!!28 Tahun Bersembunyi Dalam Gua Bawah Tanah !

Hebat!!28 Tahun Bersembunyi Dalam Gua Bawah Tanah !

 
Shoichi Yokoi (横 井 庄 一 Shoichi Yokoi?, March 31, 1915 - September 22, 1997) adalah seorang sarjan Jepun dalam Tentera Imperial Jepun (IJA) semasa Perang Dunia Kedua. Beliau adalah antara yang terakhir tiga holdouts Jepun selepas berakhirnya permusuhan pada tahun 1945, yang ditemui di kawasan hutan di Guam pada bulan Januari 1972, hampir 28 tahun selepas tentera AS telah kembali menguasai pulau itu pada tahun 1944.

Pada mulanya, Yokoi berkhidmat dengan Bahagian Infantri ke-29 di Manchukuo . Pada tahun 1943, beliau telah ditukarkan ke Rejimen ke-38 di Kepulauan Mariana . Beliau tiba di Guam pada Februari 1943. Apabila  tentera Amerika yang berjaya menguasai pulau di 1944 Battle of Guam , Yokoi bersembunyi dengan sepuluh tentera Jepun yang lain. Tujuh daripada sepuluh asal akhirnya berpindah dan hanya tiga kekal di rantau ini.Mereka berpisah, tetapi mereka melawat antara satu sama lain sehingga kira-kira tahun 1964, apabila kedua-dua yang lain mati dalam banjir. Lapan tahun yang lalu dia hidup bersendirian.

Yokoi terselamat dengan memburu, terutamanya pada waktu malam. Dia menggunakan tumbuhan asli untuk membuat pakaian, katil, dan melaksanakan penyimpanan, yang berhati-hati dia bersembunyi di dalam gua itu.

Bagai mana dia dijumpai?

Pada 24 januari 1942 dia dijumpai oleh Yesus Dueñas dan Manuel De Gracia, dua orang tempatan yang sedang memeriksa perangkap udang mereka sepanjang sungai kecil di TALOFOFO. Mereka awalnya menganggap bahawa Yokoi adalah warga desa dari TALOFOFO,tetapi Yokoi menyangka hidupnya berada dalam bahaya dan menyerang mereka. Mereka berjaya menundukkan dia dan membawa dia keluar dari hutan dengan lebam kecil.




Selama dua puluh lapan tahun, beliau telah disembunyikan dalam hutan gua bawah tanah , takut untuk keluar dari bersembunyi walaupun selepas mencari risalah mengisytiharkan Perang Dunia II telah berakhir,dan mempercayai mereka menjadi propaganda Bersekutu palsu.


Nama: Shoichi Yokoi 横 井 庄
Lahir: March 31, 1915 di Saori, Aichi Prefecture, Japan
Meninggal: September 22, 1997 (aged 82)
Kesatuan: Tentera Jepun
Tahun Pengabdian :1941-1972
Pangkat: Sarjan
Peperangan: PD II, Perang GUAM I, PERANG GUAM II