Gempar!!Saintis Ini Mengaku Boleh Menghidupkan Orang Mati

on Sunday, August 4, 2013

Gempar!!Saintis Ini Mengaku Boleh Menghidupkan Orang Mati


Sam Parnia, 41, doktor saintis di Perubatan Universiti Stony Brook, New York, Amerika Syarikat mengaku boleh menghidupkan orang yang baru saja meninggal.

Dalam bukunya Menghapus Kematian dia berkata: Kita boleh menyelamatkan orang dari kematian selama beberapa jam, atau bahkan lebih lama setelah mereka benar-benar meninggal, "seperti dipetik dari majalah Der Spiegel, dua hari lalu.

Menurut Parnia, dalam satu dekad terakhir ilmu perubatan telah menunjukkan banyak kemajuan. Dengan ubat-ubatan ketika ini, manusia boleh dihidupkan selama dua jam, bahkan lebih lama selepas jantung mereka berhenti berdenyut. "Di masa hadapan kita boleh menyuntik ubat yang boleh melambatkan proses kematian sel di otak atau organ lain," katanya.

Ketika Parnia masih mahasiswa 20 tahun lalu, seorang pesakit yang dia kenali telah meninggal. Peristiwa itu mendorong dia untuk mengetahui proses kematian dan cuba melawannya.


Panas!!Goreng telur di atas jalan raya !!

Panas!!Goreng telur di atas jalan raya !!

Seorang kanak-kanak menggoreng telur dan udang di tepi jalan ketika tengah hari dalam timur wilayah Shandong, China.

ANDA tidak perlukan dapur serta api untuk menggoreng udang atau telur.  Di China, penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan.

Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China.

Malah, suhu panas yang berlaku selepas 140 tahun itu menyebabkan beberapa papan iklan lebuh raya terbakar dengan sendirinya.

Pihak berkuasa pula, buat julung-julung kalinya mengisytiharkan kepanasan melampau di China berada pada 'tahap 2' yang digunakan untuk mengkategorikan peringkat bahaya taufan dan banjir.

Gelombang haba mendadak itu menyerang Shanghai dan beberapa bandar di wilayah timur dan selatan sejak awal Julai lalu yang dijangka membakar China sehingga pertengahan Ogos ini.

Setakat ini, kawasan ditimur Fenghua dicatatkan paling panas dengan suhu 42.7 darjah Celsius, Julai lalu.

Ngeri!! 13 Besi Tertusuk Di Paha (7 gambar)

Ngeri!! 13 Besi Tertusuk Di Paha (7 gambar)


impalement5.jpg


impalement4.jpg


Impalement2.jpg


impalementa1.jpg
impalement1.jpg


impalement1a.jpg


impalement3.jpg 


Wang Chang'an, adalah seorang pekerja ladang di Xi'an, China, berumur 24 tahun. Salah satu mesin kilang rosak dan hancur berselerak. Besi-besi mesin tersebut bertaburan keluar dan  menusuk pekerja yang saat itu sedang mengawasi mesin tersebut. 13 Besi menusuk paha Wang Chang'an yang mengakibatkan Wang terus di hantar ke hospital unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Ke tiga belas besi tersebut mempunyai panjang 80 cm (terpanjang) dan 40 cm (terpendek) dengan diameter 6mm sampai 8mm. Bayangkan, besi-besi besar sejumlah 13 biji masuk dan menusuk ke paha.

Gempar!!Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia Di Temui

Gempar!!Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia Di Temui

Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita. Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.

Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.



Amalan Rasulullah S.A.W Pada Hari Raya Aidilfitri



Amalan Rasulullah S.A.W Pada Hari Raya Aidilfitri | Tinggal beberapa hari lagi untuk kita bertemu Syawal yang di nanti. Pasti lepas nih kita akan merindui Ramadhan yang penuh barakah ni kan. Macam mana persiapan hari raya semua pembaca? Harap semuanya dah siap sedia lah yek, tunggu nak balik kampung jek la. Puteri ada terbaca satu artikel untuk di kongsikan untuk semua. Iaitu amalan yang dapat dipraktikkan pada Aidilfitri yang bakal tiba nanti.

Amalan Rasulullah S.A.W Pada Hari Raya Aidilfitri

  1. Solat sunat tasbih: Rasulullah menyarankan kepada kita melakukan solat sunat tasbih pada tiap-tiap malam. Andai kata tidak mampu, sekali seminggu. Andai tidak mampu jugak, sekali sebulan. Andai tidak mampu lagi, sekali setahun. Andai tidak mampu2 lagi, kerjakanlah sekali seumur hidup.
  2. Qiamullail: Imam syafie pernah menyebut dalam kitabnya Al-um, bahawasanya ada 5 malam yang mana sangat mustajab untuk berdoa. 1) malam jumaat 2) malam aidil fitri 3) malam aidil adha 4) malam awal bulan rejab 5) malam nisfu syaaban.
  3. Mandi sunat aidil fitri: ianya sangat mudah untuk dilakukan. Sebelum mandi mestilah berniat seperti ‘sahaja aku mandi sunat hari raya fitrah kerana Allah taala. Ia bukanlah terbatas setakat itu sahaja, bahkan segala apa sahaja amalan yang kita lakukan jika diniatkan kerana Allah, nescaya ianya akan dikira sebagai ibadah.
  4. Makan sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri: ada riwayat yang menceritakan bahawa sebelum pergi bersolat sunat aidilfitri nabi akan makan buah tamar. Dan buah tamar yang dimakan oleh nabi adalah dalam bilangan ganjil. Ada yang menyebut 3. Ada jugak yang menyebut 5. Wallahua’lam.
  5. Memakai pakaian yang suci: ia merupakan lambang kepada kemenangan seorang muslim selepas Berjaya menahan dugaan dan nafsu selama sebulan. Sesetengah ulama berpendapat bahawa jubah putih dan serban putih adalah pakaian hari raya yang terbaik. Namun begitu, pakaian yang lain tidaklah dilarang untuk dipakai asalkan ianya adalah pakaina terbaik yang dimiliki.
  6. Memakai wangi-wangian: ia disunatkan kepada lelaki sahaja. Wanita tidak boleh memakai wangian yang baunya keterlaluan kerana boleh menjadi fitnah.
  7. Banyakkan bertakbir: sebaik saja masuknya malam pertama bulan Syawal kita digalakkan untuk bertakbir sehingga imam mengangkat takbir sembahyang raya. Ini kerana selepas solat sunat fitrah stidak lagi disunatkan untuk bertakbir seperti mana sebelumnya.
  8. Menunaikan zakat fitrah pada pagi hari raya: nabi pernah bersabda bahawa waktu yang paling afdhal untuk menunaikan zakat fitrah ialah pada pagi hari raya fitrah. 0leh sebab itu solat sunat hari raya sunat dilambatkan bagi memberi peluang menunaikan zakat fitrah.
  9. Pergi ke masjid melalui jalan yang berlainan dengan jalan pulang ke rumah: islam adalah agama yang mementingkan ukhuwah. Tujuan nabi pergi ke masjid melalui jalan yang berbeza dengan jalan pulang ke rumah adalah untuk berjumpa dengan lebih ramai orang untuk bermaaf-maafan. Lihatlah betapa senangnya untuk memperoleh pahala tetapi semuanya bergantung kepada ilmu seseorang.

MENARIK RAMADHAN - KELUARGA BESAR SALIH YAACOB

Gambar terkini Salih Yaacob berbuka puasa bersama anak dan empat isterinya yang bernama Norliza Mamat, Noraha Hamat, Nor Farawahida Sulaiman dan Emi.

Pastinya setiap kali ramadhan dan menjelangnya hari raya, Salih merupakan suami paling sibuk untuk menyediakan keperluan keluarga. Yalah... dah kahwin banyak, apa nak buat? Kenalah berlaku adil sesama mereka, tambah-tambah dalam keperluan zahir dan batin. Heh.





Takziah : Rosnah Mohd Noor ,Pelakon Era 80-an Meninggal Dunia

Rosnah Mohd Noor

Takziah : Rosnah Mohd Noor ,Pelakon Era 80-an Meninggal Dunia | PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, iaitu Rosnah Mohd Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini.

Menurut rakannya, Zaridah Ishak, Allahyarham meninggal dunia di wad Onkologi hospital itu kira-kira pukul 2.55 petang Ahad.

"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online kira-kira pukul 3.30 petang Ahad.

Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ Subang Jaya sejurus selapas anak sulung Allahyarham iaitu Wan Ramada Agus Putra tiba dari Australia.

Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.

Gambar fail yang dirakamkan pada Februari lalu menunjukkan Rosnah bersama keluarganya di Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranyaHantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).

Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra,24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.

Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.

Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.

Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu