Terkini!!Ibu kepada suspek serah Wan Aisyah kepada polis!

on Monday, August 5, 2013

Terkini!!Ibu kepada suspek serah Wan Aisyah kepada polis!

KEMASKINI:Adik Wan Aisyah Wan Exzan yang hilang sejak 2 Ogos kerana dipercayai diculik, telah diserahkan ke Balai Polis Sungai Nibong oleh ibu suspek pagi tadi.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah.

Mazlan berkata Wan Aisyah berada dalam keadaan yang sihat.

“Kami sudah maklumkan perkara ini kepada Balai Polis Rawang. Pihak Polis di sana akan mengaturkan maklumat perjalanan ibu Wan Aisyah ke sini untuk mengambil anaknya,” katanya kepada Astro Awani.

KUALA LUMPUR:Berita tentang kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun telah mendapat perhatian meluas di laman media sosial apabila orang ramai menggesa tindakan pantas pihak polis untuk mencarinya.

Berita kehilangan adik Wan Aisyah Wan Exzan mula disebarkan kepada umum oleh ibunya yang dikenali sebagai Cikgu Arbaiyah di Facebook, apabila beliau memuatnaikkan gambar anak beliau yang sedang didukung oleh suspek.

Kejadian itu dikatakan berlaku di pasaraya Jaya Jusco di Rawang.

Gambar itu telah dikongsikan dengan meluasnya di laman Facebook dan Twitter dengan harapan dapat menolong keluarga Wan Aisyah untuk mencarinya.

Ibu Wan Aisyah juga turut menulis di Facebook bahawa keluarganya sudah puas menangis sejak kehilangan Wan Aisyah dan mereka kini amat merinduinya.


Satu "hashtag" yang dipanggil #findaisyah juga menjadi topik perbualan di laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang mengesahkan kejadian itu, berkata ibu Wan Aisyah telah membuat laporan polis sehari selepas kehilangannya pada 2 Ogos.

Abdul Rahim berkata dalam laporan polis itu, ibu Wan Aisyah yang merupakan guru sekolah SMK Sg Choh telah berkenalan dengan suspek melalui Facebook pada bulan Mei tahun ini.


“Ibunya yang telah bercerai, berkawan rapat dengan lelaki itu dan kedua mereka telah berjumpa sekurang-kurangnya empat kali sebelum kejadian ‘penculikan’ itu.

“Lelaki itu telah berjanji untuk berkahwin dengan ibu Wan Aisyah selepas Hari Raya dan telah berjanji untuk membawa keluarga itu untuk berbulan madu. Ibu Wan Aisyah juga telah membantu menjana perniagaan lelaki itu dengan memberikan RM25,000 kepadanya.

“Pada 2 Ogos, lelaki itu telah meminta kebenaran ibu Wan Aisyah untuk membawa kanak-kanak itu ke Jabatan Imigresen, kononnya untuk membuat pasport. Wan Aisyah hilang selepas itu,” kata Abdul Rahim.

Abdul Rahim berkata pihak polis kini sedang menjejaki lokasi suspek.

Sementara itu, orang ramai turut mencurahkan rasa simpati dan harapan untuk keluarga Wan Aisyah bertemu semula dengannya.


Baju Raya Rozita Che Wan 30 Pasang!

Hari Raya dah semakin dekat, debarannya kian terasa bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bahkan persiapan juga tidak kurang hebatnya. 

Dari golongan biasa sehinggalah golongan selebriti. Rozita Che Wan atau Che Ta juga tidak ketinggalan dalam persiapan Hari Raya nya kali ini

Beraya dengan bakal suami, Zain Saidin dan juga Hari Raya terakhir sebagai seorang yang berstatus janda sebelum menjadi isteri pada bulan Disember nanti. 

Anda jangan terkejut, jika dikatakan berapa helai pakaian yang Rozita sediakan Raya tahun ini.

Ini adalah wawancara ringkas yang dipetik dari portal Beritaharian.
Ketika ini saya lebih teruja nak beraya. Mungkin lepas raya baru nak terasa debarnya kot. Iyalah ada yang mengusik ini tahun terakhir saya menyambut Syawal dengan status solo. Persiapan raya untuk anak dan diri sendiri, saya macam biasa siapkan sebelum puasa lagi.

Tahun ini saja saya sediakan baju raya termasuk kurung dan kebaya sekitar 20 ke 30 pasang. Bayangkan tiap-tiap malam naik teruja mencuba baju raya yang ditempah. Jumlah baju raya ini termasuk yang disediakan untuk majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan. -Che Ta

12 pemain bola dunia yang handsome

Thiago Alcantara (Bayern)

Messi (Barcelona)

Alexis Sanchez (Barcelona)

Ronaldo (Real Madrid)

Callejon (Real Madrid)

Iker Casillas (Real Madrid)

David Villa (Atletico Madrid)

Mario Gomez (Fiorentina)

Aguero (Man City)

Robert Lewandowski (Borussia Dortmund)

Robin Van Persie (Man U)

!@#$%^&*()
Rooney (Man u)

PERHATIAN – Aisyah Diculik Di Rawang – Sebarkan Gambar Suspek

Kes Culik

Dari malam semalam hingga ke hari ini kecoh di laman-laman sosial berkenaan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dikenali sebagai Aisyah.
Di Twitter, kini ‘trending’ #FindAisyah
Aisyah atau nama sebenarnya Wan Aisyah Wan Exzam disyaki diculik oleh seorang lelaki di sebuah pusat membeli belah di Rawang.
Dalam poster yang tersebar meluas di laman-laman sosial, menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan sebagai suspek, Shahrizal Yusuf (690301-14-5221).
Suspek dikatakan memandu kereta jenis Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftaran BLC1894.
Pihak MyNewsHub cuba untuk menghubungi ibunya, Cikgu Arbaiyah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kejadian tersebut namun gagal.
Beberapa persoalan timbul berkenaan kejadian tersebut.
1. Bagaimana maklumat diri suspek begitu cepat dikenalpasti? Hingga nombor kad pengenalan juga berjaya dikesan.
2. Adakah suspek ada kaitan/kenal mangsa atau ibu mangsa?
Bagaimanapun, pihak MyNewsHub berharap agar berita kehilangan Aisyah ini dapat disebarkan serta merta.
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjadi mata dan telinga pihak Polis dalam menyelesaikan kes jenayah di Malaysia.
Semoga adik Aisyah selamat dan dapat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes kehilangan Aisyah, sila hubungi balas polis berhampiran. Mynewshub

Terkini!!Cerita Sebenar tentang Kehilangan Budak

Terkini!!Cerita Sebenar tentang Kehilangan Budak



[Mstar] PETALING JAYA: Di saat bahang sambutan Aidilfitri semakin terasa, seorang ibu memohon bantuan rakyat Malaysia dalam usaha mengesan anak perempuannya berusia tiga tahun, Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang di Rawang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.

Walupun hanya mengenali lelaki tersebut selama beberapa minggu, Arbaiyah, seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya itu di bawah jagaan suspek pada 30 Julai.

Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.

Ibu kanak-kanak itu turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.

"Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.

"Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.

Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.

Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak.

Abdul Rahim berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.

Sementara itu, #findaisyah tersebar pantas di laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh negara menggunakan medium tersebut untuk mencari kanak-kanak tersebut selepas berita penculikannya disebarkan dalam laman media sosial awal pagi Isnin.


P/s: Simpati! Mengapa mudah sangat percaya kepada orang?

Bantu ibu ini mencari anaknya dan dalam masa yang sama, jadikan kes ini sebagai satu pengajaran!

Gempar!!Curi Mayat Untuk Jadikan Pengantin

Gempar!!Curi Mayat Untuk Jadikan Pengantin

gambar hiasan

Di China, empat orang dilaporkan telah dipenjarakan kerana menggali mayat-mayat untuk dijual sebagai pengantin wanita, dalam apa yang mereka namakan sebagai tradisi perkahwinan hantu, dimana lelaki tunggal yang meninggal dikubur bersama mayat seorang wanita sebagai jodohnya di akhirat.
 

Perkahwinan hantu sudah semakin jarang, tapi masih diamalkan oleh beberapa keluarga yang anak lelakinya meninggal dunia sebelum sempat berkahwin.

Biasanya pekara ini diluluskan antara kedua-dua keluarga dari yang meninggal, tapi Xian Evening News melaporkan, kumpulan empat orang itu. mencuri beberapa mayat wanita, dan setelah memandikannya, mereka menipu data perubatan dari orang yang meninggal dan menjualnya dengan harga yang tinggi.

Mahkamah di Wilayah Shaanxi mengganjar keempat orang itu dengan hukuman penjara antara 28 hingga 32 bulan, dan berkata, mereka memanfaatkan "tradisi buruk" perkahwinan hantu di beberapa kawasan Shaanxi dan di Wilayah Shanxi yang bersebelahan.

Mahkamah, laporan itu mengatakan, keempat orang tadi mengaut keuntungan 240,000 yuan dari jualan 10 mayat. semoga tidak ada lagi kejadian kes sama berlaku.


Kejam!!Gambar Makan Bayi di Jepun!

Kejam!!Gambar Makan Bayi di Jepun!


Kejam dan tidak berperikemanusian..Mayat bayi boleh di buat macam ni..siap makan lagi!!makanan terhangat..hmm..dunia2..