Pelik Tapi Benar!Derita Budak Berbulu Berakhir

on Tuesday, August 6, 2013

Pelik Tapi Benar!Derita Budak Berbulu Berakhir

SHANGHAI – Kisah pilu seorang kanak-kanak berumur enam tahun yang menghidap sejenis penyakit kulit pelik iaitu 60 peratus badannya ditumbuhi bulu hitam, di China bakal berakhir.

Gadis comel, Liu Jiangli telah ditawarkan rawatan oleh pakar-pakar di Shanghai yang akan cuba memulihkan keadaan kulitnya yang ditumbuhi bulu atau rambut di bahagian
muka dan badan sejak dilahirkan.


Lebih menyedihkan, semasa berumur dua tahun ibu bapa Jiangli bertindak meninggalkannya di sebuah pusat jagaan kanak-kanak sehingga memaksa pusat berkenaan menyiarkan berita meminta saudara terdekat tampil menuntutnya dan enam bulan kemudian, Jiangli dituntut sepupu datuknya.

Sehingga kini, Liu Mingying menggalas tanggungjawab memelihara dan menjaga Jiangli di kediamannya di bandar Guiyang, wilayah Guizhou.

Namun sepanjang tempoh membesar, kanak-kanak ini dibuli rakan-rakan sepermainan.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan terhadap Mingying kerana anak kecil itu akan sentiasa dicemuh tambahan pula Jiangli kini agak sukar dirapati teman-teman sepermainan yang takut dengan rupanya itu.

Pakar mendedahkan keadaan kulit Jiangli dikenali sebagai sindrom Hypertrichosis Universalis yang mana menyebabkan kulit seseorang itu diliputi sepenuhnya dengan rerambut dan hanya terjadi kepada satu dalam sejuta manusia.- SH

Allahurabbi!Bayi Aneh Lahir Di Mesir

Allahurabbi!Bayi Aneh Lahir Di Mesir

Kadang kita dihadapkan kepada sebuah realiti kelahiran yang aneh yang ada di sekitar kita baik kelahiran yang dialami oleh binatang maupun manusia. Kelainan pada kelahiran boleh disebabkan oleh banyak hal seperti misalnya kelainan genetik ataupun akibat radiasi. Beberapa waktu yang lalu masyarakat Mesir dikejutkan sebuah kelahiran bayi laki-laki dengan struktur wajah yang agak luar biasa. Adakah ianya benar?Anda boleh melihat luar biasanya bayi tersebut dalam foto-foto dibawah ini:










Kesahihan cerita ini,hanya Allah Maha Mengetahui...Kita sebagai hamba-Nya kena terus berusaha untuk mendapat keredhaan-Nya..kena tingkatkan darjat kita di sisi Allah swt..Pasti ada hikmah di sebalik kejadian...

KISAH BENAR YANG HARUS DIJADIKAN PENGAJARAN!



KISAH BENAR BUAT IKTIBAR SEMUA | Kisah yang bakal anda baca ini bakal membuka mata dan minda anda akan kehidupan yang bakal dan anda lalui kelak. Semoga kita semua mendapat sedikit manfaat dan iktibar dari kisah yang dikongsikan ini.



1. WALAU SESUDAH KEMATIANNYA…



Kami berbual tidak panjang. Hanya seketika dia menghabiskan catatan dalam buku harian kerjanya, mungkin. Dan saya menunggu

KISAH BENAR SESAT SOLAT DI BILIK MAYAT!



KISAH SERAM SESAT SOLAT DI BLIK JENAZAH | Nama saya Hidayah saya ada dua kisah yang saya ingin saya kongsikan di sini…kejadian ni terjadi pada tahun 2009. Saya tidak ingat tarikhnya tetapi hari itu adalah hari ahad. Pada masa itu saya bertugas mengajar di sekolah tahfiz..disebabkan hari ahad tiada kelas, saya telah mengajak beberapa pelajar tahfiz melawat rumah salah seorang pelajar tahfiz juga

DITANGKAP BERASMARA TANPA PAKAIAN DI MALAM-MALAM TERAKHIR RAMADHAN!

on Monday, August 5, 2013








DITANGKAP BERPELUKAN TANPA PAKAIAN DI MALAM-MALAM TERAKHIR RAMADHAN | DUNGUN – Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.



Gadis terbabit yang difahamkan

Aida (AF9) Kemalangan Teruk, Kereta Berpusing 3 kali



Berita terkini dari selebriti yang meningkat naik melalui rancangan realiti Akademi Fantasia (AF), Aida atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat telah mengalami kemalangan teruk di Lebuhraya Duke dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Menurut Zuan dari rancangan Melodi, kemalangan ini berlaku apabila Aida yang baru sahaja habis menjalani penggambaran mahu menuju pulang ke rumah. OHBULAN! difahamkan, Aida memandu kereta model Mazda seorang diri apabila dia secara tidak sengaja tertidur lalu kemalangan. Keretanya dikatakan berpusing sebanyak 3 kali sebelum melanggar pokok di tepi jalan.



Namun, apa yang mengejutkan OHBULAN! ialah selepas kemalangan berlaku, duit dan telefon bimbit model Samsung Tab Aida turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Aida kini dilaporkan dalam keadaan stabil di HKL dan masih menerima rawatan. Ahli keluarganya termasuk Fina turut dilihat hadir melawat di hospital.

Berikut adalah foto keadaan Aida dan juga keretanya yang remuk :




Aida Kemalangan-4

Aida Kemalangan-5

Aida Kemalangan-2

sumber : oh bulan

Lagi Ucapan Raya Bersama ‘HALAL DOG’

Hina Islam

Apabila menjelang Syawal, kanak-kanak terutamanya akan tunggu dihadapan rumah jikalau ada posmen yang akan menghantar kad raya.
Dunia dah maju, zaman dah berubah.
Kecanggihan teknologi membuatkan kad raya seperti tidak lagi wujud.
Ucapan raya kini lebih banyak dihantar menerusi aplikasi telefon mahupun email.
Tetapi sejak kebelakangan ini, lain pula jadinya.
Ucapan berbuka puasa dihiasi bak kut teh (sup babi).
Video ucapan raya diraikan dengan anjing-anjing peliharaan.
Hari ini kami menerima sekeping gambar yang menunjukkan sebuah keluarga yang saya yakin beragama Islam mengeluarkan gambar ucapan Aidilfitri bersama anjing.
Walaupun kita lihat tiada sentuhan ‘direct contact’ di dalam gambar tersebut, tetapi kapsyen ucapan raya tersebut mungkin akan mengguris hati umat Islam.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Maaf Dzahir Bathin. – Dari August AlKalb The Halal Dog dan Julie The Cat.”
Sekejap.. Apakah yang dimaksudkan dengan AlKalb The HALAL DOG?
HALAL DOG? LIKE SERIOUSLY ‘HALAL’?
Kakak-kakak dalam gambar ni jangan main-main isu halal haram.
Apa motif utama muat naik gambar bersama anjing dengan ucapa hari raya sebegitu?
Suka untuk saya berkongsi petikan daripada artikel kami sebelum ini berkaitan sudut pandang agama Islam berkaitan anjing.
Cubalah jadi penganut agama Islam yang ‘lebih sensitif’ terhadap isu-isu sebegini supaya tidak mencetuskan kegelisahan dalam kalangan penganut agama yang sama.
Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia sebahagian besar berpegang dengan mazhab al-Syafie.
Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).
Lagi hujah ingin dikongsikan, daripada Abdullah bin Umar dia berkata: “Aku mendengar Baginda bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: “Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (Riwayat Muslim)”
Justeru, kita sebagai umat Islam harus sedar dan berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadith.
Sebelum ini kecoh apabila seorang wanita bergelar jurutera, Maznah Mohd Yusof @ Chetz memuat naik video dia bersama anjing-anjing belaannya menyambut Aidilfitri dalam bersama ucapa raya.
Video tersebut turut diselangi dengan takbir raya yang menyebabkan ramai umat Islam di Malaysia ini rasa terhina dengan video tersebut.
Semoga selepas ini tiada lagi isu-isu berkaitan halal haram serta hukum-hukum di dalam Islam dijadikan isu gelak tawa. Mynewshub