Hilang Kejantanan!!Zakar Hilang Di Makan Anjing!

on Wednesday, August 7, 2013

Hilang Kejantanan!!Zakar Hilang Di Makan Anjing!

SANTIAGAO - CHILE . Seorang warga emas hilang kejantanan apabila keseluruhan zakarnya ‘ghaib’ dipercayai digigit anjing di Santiago, Republik Dominican.

Nasib malang itu menimpa Geraldo Ramos, 64, ketika beliau dalam keadaan mabuk teruk sebelum pengsan di tepi jalan.

“Menurut jiran, pada malam kejadian, saya diserang sekumpulan anjing dan ditemui dalam keadaan bogel,” katanya.


Sekadar Hiasan

Beliau berkata, keesokan harinya, dia mendapati berlaku pendarahan teruk di kemaluannya dan mendapati zakarnya 'hilang'.

“Saya dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan. Sehingga kini, anjing yang didakwa menggigit zakar saya masih belum ditemui,” katanya dipetik dari laporan MailOnline.

Akibat dari peristiwa hitam itu, beliau kini nekad berhenti mengambil minuman alkohol.

Julai lalu, seorang lelaki disahkan lumpuh apabila seekor anjing dikatakan menggigit salah satu daripada bahagian zakarnya di Arkansas dan diikuti di Brazil seorang lelaki dilaporkan putus jari selepas digigit anjing peliharaannya.


Sumber

Telur Lipas Dalam Burger Samurai McDonalds ?

on Tuesday, August 6, 2013

Lepas satu, satu lagi kes pencemaran makanan yang berlaku di Malaysia. Baru-baru ini ada pengunjung restoran makanan segera McDonald’s telah menemui telur lipas di dalam burger Samurai Chicken Burger yang telah dibeli olehnya di McD cawangan Mont Kiara semalam dan gambar tersebut telah dihantar di Lipstiq.com.
Sambil sedang menikmati hidangan burger yang baru diperkenalkan oleh restoran makanan segera tersebut,dia terlihat satu objek hitam yang lebih besar saiznya dari sebiji bijan. Apabila dia melihat betul-betul, rupa-rupanya yang berada ‘cantik’ di atas roti burgernya merupakan telur lipas.
telur-lipas
Tiada kenyataan dibuat oleh pihak McDonald’s selepas gambar-gambar itu diemelkan kepada pihak HQ McDonald’s dan juga McDonald’s cawangan Mont Kiara.
Sebelum makan, perhati betul-betul! – Wanista

ISU B-POP PENYEBAB AIDIL CERAIKAN RITA RUDAINI!



B-POP PENYEBAB AIDIL CERAIKAN RITA RUDAINI | Siapa tidak kenal dengan wartawan Zubir Berita Harian (BH). Hampir saban minggu ada saja cerita sensasi dari kolum Zubir yang disiarkan di sisipan Bi-Pop menjadi bahan perbualan orang ramai.

Semalam, melalui ruangan kolumnya, Zubir telah menyiarkan komen-komen Rita Rudaini mengenai hubungan Aidil Zafuan dengan wanita yang didakwa sebagai kekasihnya

ISU UCAPAN HARI RAYA BERSAMA HALALDOG!






ISU UCAPAN RAYA BERSAMA HALALDOG | Apabila menjelang Syawal, kanak-kanak terutamanya akan tunggu dihadapan rumah jikalau ada posmen yang akan menghantar kad raya.



Dunia dah maju, zaman dah berubah.



Kecanggihan teknologi membuatkan kad raya seperti tidak lagi wujud.



Ucapan raya kini lebih banyak dihantar menerusi aplikasi telefon mahupun email.



Tetapi sejak kebelakangan ini, lain

10 INDIVIDU MENGAKU PEWARIS AGONG DITAHAN!







10 INDIVIDU DAKWA PEWARIS AGONG DITAHAN | KUALA LUMPUR - Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang hari ini.



Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah

Percaya Bomoh, Anak Dirogol


Percaya Bomoh, Anak Dirogol
Percaya Bomoh, Anak Dirogol - Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.

“Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan,” katanya.
Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

“Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama,” katanya.

Peluang kedua

Rumah Insani turut dihuni seorang remaja bekas penagih dadah. Jefri, 19, (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi kisah silamnya.
“Saya serik dengan pengalaman sebagai penagih sejak di bangku sekolah. Biarpun dibesarkan dengan kasih sayang ibu bapa.

“Saya harap peluang kedua ini, dapatdigunakan untuk hidup lebih gembira dan tenang,” katanya.
Menurutnya, semuanya bermula kira-kira 11 tahun lalu ketika tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia bersama rakan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mengamalkan gaya hidup bebas.
“Aktiviti itu diteruskan sehingga saya mengabaikan persekolahan dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Jefri berkata, dia sanggup mencuri besi, menjual tong gas apabila kesempitan wang untuk membeli dadah jenis heroin.

“Saya juga mencuri wang ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan bekalan. Saya langsung tidak ambil peduli kesusahan mereka,” katanya.
Menurutnya, kini dia tidak akan mensia-siakan ‘kehidupan kedua’ yang diberikan selepas menjalani proses pemulihan dengan menumpukan sepenuh masa kepada keluarga untuk menebus segala kesilapan lalu.

“Saya memenuhi hasrat arwah ayah agar saya dapat sambung belajar di Yaman. Saya berazam untuk bebas daripada pengaruh dadah,” katanya.
Menurutnya, namun setelah pulang kampung dan berjumpa semula rakan lamanya, dia terjerumus buat kali kedua.

“Saya berharap ini yang terakhir kerana saya ingin pulih sepenuhnya dan menjadi anak yang baik. Saya tidak sanggup untuk pulang ke kampung kerana masyarakat tidak mempercayai saya lagi,” katanya.

Rumah Insani

Sementara itu, Pengurus Rumah Insani, Ustaz Ahmad Fauzi Hussain berkata, pihaknya membantu ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah segi sosial, dadah dan mental.

“Kami berusaha menjadikan remaja terbabit sebagai insan yang bertakwa, beriman, beramal soleh, berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.

Menurutnya, kini seramai 10 pelatih lelaki dan 25 pelatih wanita yang menjalani pemulihan di Rumah Insani yang telah beroperasi sejak 2006.

“Pengasas Rumah Insani adalah Ustaz Hanafi Abdul Malek yang berusaha membantu remaja yang bermasalah. Sehingga kini seramai 600 remaja telah melalui proses pemulihan dan rawatan,” katanya.
Ahmad Fauzi berkata, antara punca remaja bermasalah faktor persekitaran, pengaruh kawan dan ibu bapa yang tidak mengawal pergaulan anak mereka. – paapaada.blogspot

LUAHAN HATI RITA RUDAINI DI INSTAGRAM!






RITA RUDAINI LUAH KESEDIHAN DI INSTAGRAM | Menjelang detik syawal yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi, sudah tentu salah seorang insan yang menyambutnya dalam keadaan sedih adalah pelakon popular, Rita Rudaini yang secara sah dicerai oleh Aidil Zafuan pada petang ahad lalu menerusi SMS.



Menerusi akaun rasmi instagram miliknya, pelakon cantik manis ini meluahkan kesedihannya