ISU MAT LUTHFI KONGSI GAMBAR KONTROVERSI DI PAGI SYAWAL!

on Friday, August 9, 2013






ISU MAT LUTHFI KONGSI GAMBAR KONTROVERSI MELAWAT KATEDRAL MILIK ANGLO-KATOLIK DI PAGI RAYA | Mat Luthfi yang popular di laman youtube dengan pelbagai video yang penuh dengan isi tersirat dan tersurat dikecam peminatnya di 1 syawal kerana telah berkongsi gambar beliau melawat Katredal milik Anglo-Katolik.





Tidak beraya di masjid pagi ini kerana ada site visit di sebuah katedral milik

Tak Berhati Perut!!Ibu Dianggap Pembawa Sial

Tak Berhati Perut!!Ibu Dianggap Pembawa Sial

Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Kerana kekayaan, ibu di buang.
Itulah yang terjadi kepada seorang ibu dari Bandar Kinrara yang dibuang oleh anaknya ke rumah orang tua-tua, kerana dianggap pembawa sial, menyusahkan serta tidak mendatangkan sebarang kebaikan untuk perniagaannya.

Dan sejak di hantar ke situ, tujuh tahun lalu, ia tidak pernah dipedulikan oleh keluarga dan tiga orang anak mak cik.

Semoga kedatangan aidil fitri kali ini membawa berita gembira buat ibu tua ini. Pada yang masih punya ibu, hargai mereka. Jangan sesekali sisihkan mereka dari hidup kita, kerana tiada keberkatan untuk mereka yang melakukanya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Sumber

Gempar!!Simpan Jasad Anak Kesayangan Dalam Peti Sejuk

Gempar!!Simpan Jasad Anak Kesayangan Dalam Peti Sejuk


Seorang ayah di China melakukan hal yang membuat  semua jirannya.terkejut Lelaki bernama Tian Xueming itu mendedahkan kepada jirannya selama enam tahun terakhir ia menyimpan jasad anaknya, yang meninggal ketika berusia 18 tahun, di dalam peti sejuk atau penyejuk beku. Anaknya yang bernama Qinyuan meninggal kerana mengidap lukemia.

"Itu membuatku merasa kalau anak ku tidak pernah meninggalkanku. Ketika aku dan isteriku ingin bercakap denganya, kami mengambil tempat duduk, membuka pintu peti sejuk dan bercakap kepadanya seolah-olah dia tidak pernah diambil dari kami." kata lelaki berusia 54 tahun itu seperti yang dipetik dari Daily Star..


Tian mengaku nekad melakukan itu kerana tidak sanggup berpisah dari anaknya. Ia juga menolak permintaan orang-orang di sekitarnya untuk memindahkan jasad tersebut ke perkuburan keluarga. Tian sendiri melengkapkan rumahnya dengan beberapa penambah kuasa elektrik tambahan, untuk mencegah anaknya mencair jika terpuuts bekalan elektrik.

Awas!Jangan Sesekali Menggoncang Bayi Anda!!

Awas!Jangan Sesekali Menggoncang Bayi Anda!!


Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

Minta bantuan orang lain. Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Rujukan

Gempar!!Manusia Bersayap Ditemui!!

Gempar!!Manusia Bersayap Ditemui!!

CERITA makhluk seakan manusia mempunyai sayap sering kita dengar atau lihat melalui filem atau drama televisyen.Tetapi, seorang pengamal perubatan alternatif, Khairul Syakirin Abdul Wahab yang berasal dari Kemaman, Terengganu mendakwa pernah berjumpa dan berbual dengan makhluk seakan manusia bersayap.

Katanya, peristiwa itu berlaku tiga tahun lepas.

“Kejadian itu berlaku di Kemaman semasa sedang merawat seorang remaja berumur 14 tahun yang dirasuk jin.

“Kejadian itu menyebabkan keluarga remaja itu sanggup datang dari Johor Bahru, Johor untuk merawat anaknya,” katanya.

Tutur Khairul, dia berkesempatan berbual-bual dengan makhluk tersebut.

Menurut cerita lisan sebelum manusia mendiami bumi ini, terdapat makhluk lain yang mendiami bumi dulu. Mereka ini dikenali sebagai bangsa Polip.Bangsa Polip hidup di bumi jutaan tahun dahulu sebelum manusia.
Uniknya, mereka bukan jin, malaikat atau manusia tetapi fizikalnya seakan-akan manusia cuma mempunyai sayap untuk terbang seperti seekor burung. Khairul memberitahu, makhluk itu memperkenalkan namanya sebagai Mizari.

“Mizari mendakwa telah wujud sebelum manusia tetapi kerana mengingkari perintah Tuhan mereka dihukum tidak mempunyai zuriat selain tidak akan mati.

“Katanya, jumlah mereka sekitar 7,000. Mizari sendiri mendakwa telah hidup selama empat juta 130 ribu tahun,” katanya.

Namun, akhirnya Mizari bersetuju untuk keluar daripada dalam badan remaja tadi tetapi dengan satu syarat iaitu bersalaman dengan kedua-dua ibubapa mangsa terbabit sebagai tanda memohon maaf.

Khairul memberitahu, dia berkesempatan berjumpa dengan Mizari beberapa hari selepas itu.


“Badannya dipenuhi dengan bulu berwarna putih, berwajah manusia yang cukup tampan serta bersayap. Tetapi, saya anggap semua ini mungkin mimpi atau gangguan jin semata-mata.

“Ini kerana tiada bukti bercetak atau rakaman video yang direkodkan mengenai makhluk ini,” ujarnya.

Realitinya, kes sebegini bukan sekadar berlaku di negara ini malah di negara Eropah dan Asia lain seperti Britain dan China.Beberapa tahun lepas, satu kejadian pelik di Derbyshire Countryside, Britain. Seorang warga tempatan menemui sejenis makhluk yang mulanya kelihatan seperti seorang bayi.Namun setelah diamati secara dekat, dia mendapati makhluk tersebut menyerupai seorang manusia tetapi mempunyai sayap.

Menurut laporan ujian makmal, makhluk pelik itu memiliki struktur tulang mirip dengan susunan tulang pada badan manusia bezanya terdapat sedikit rongga seperti serangga.Malah, entiti itu memiliki rupa bentuk mirip manusia dengan dua tangan lengkap dengan lima jari dan dua kaki.

Bahagian kepalanya pula dipenuhi rambut berwarna perang keemasan. Bagaimanapun, saintis Britain mendapati, ia hanya sejenis serangga seakan manusia. Beberapa tahun lepas di Guangzhou, China pula gempar dengan foto wanita tua bersayap yang berpakaian serba putih dan telah mati.

Ramai yang menganggap wanita itu malaikat yang jatuh dari langit. Namun, selepas dua orang mahasiswa sebuah universiti tempatan melakukan penyelidikan terhadap gambar tersebut mereka mendapati, ia palsu dan telah diubah suai. Malah, yang dikatakan sayap tiruan itu sebenarnya sayap ayam.

Misteri dan Pelik! Mayat Bayi Ditumbuhi Rambut Semula!

Misteri dan Pelik! Mayat Bayi Ditumbuhi Rambut Semula!

Seperti agak seram sebenarnya. Mana tidaknya, seorang ibu yang didatangi satu mimpi pelik. Mimpi tersebut adalah tentang anaknya yang telah mati dan meminta ibunya supaya memindahkan kuburnya ke tempat lain. Namun setelah digali apa yang mengejutkan,rambut dan kuku anaknya didapati tumbuh semula. Mengapa ya? Jom lihat gambar di bawah ini.


Cerita ini berlaku di Thailand, iaitu cerita tentang bayi yang sudah meninggal namun dari bayi ini masih saja tumbuh rambut, gigi juga kuku. Aneh bukan ..?

Ceritanya bermula apabila seorang ibu pada suatu malam bermimpi di datangi oleh bayinya yang telah meninggal beberapa hari sebelumnya. Dalam mimpinya, ibu muda ini mendapat mesej dari anaknya agar dia memindahkan tempat perkuburannya ke tempat lain.

Bayi tersebut mengatakan bahawa dia tidak selesa tinggal di tempat pengkebumiannya tersebut kerana di ganggu oleh penghuni-penghuni kubur yang lain.



Pada paginya siibu pun bergegas bercerita pada suaminya tentang mimpi yang di alami semalam. Pada mulanya si suami keberatan untuk memenuhi permintaan isterinya untuk membongkar perkuburan anaknya. Namun kerana si isteri merengek terus akhirnya permintaan isteri pun di penuhi juga.

Setelah sampai perkuburan bayi mereka, maka kubur di bongkar, namun betapa terkejutnya kedua orang tua bayi tersebut kerana didapati bayi yang telah meninggal tersebut telah tumbuh rambut, kuku dan gigi.

Hingga sekarang siibu bayi tersebut masih sering mencukur rambut si mayat bayi dan memotong kukunya. Hingga kini kejadian aneh tersebut sering jadi tontonan warga tempatan.





Pelik!!Ayam 'Melahirkan' Anak!!

Pelik!!Ayam 'Melahirkan' Anak!!



Seekor ayam betina selalu bertelur untuk membiak. Telur itu kemudian dierami sekitar 21 hari hingga menetas dan mengeluarkan anak ayam.

Namun, laman BBC melaporkan, berita media di Sri Lanka dihebohkan oleh berita seekor ayam yang membiak dengan cara 'melahirkan', bukan bertelur. Ayam betina itu mengeluarkan anak ayam hidup, seperti mamalia ketika melahirkan.

Sayangnya, ayam betina itu mati beberapa saat setelah 'melahirkan' anaknya itu. Sementara, anak ayam yang dikeluarkan itu hidup dengan keadaan sihat. Petugas dari dinas penternakan setempat mengatakan kes itu baru pertama kali terjadi di Sri Lanka. Kepala dinas penternakan tempatan, PR Yapa, memutuskan untuk meneliti fenomena aneh ini.

Bangkai induk ayam itu dibedah, diteliti sistem reproduksinya. Setelah bangkai ayam itu dibedah, baru misteri pada ayam betina itu diselesaikan. Induk ayam itu ternyata bertelur seperti ayam biasanya. Namun, telur ayam itu tidak keluar seperti biasa, melainkan tetap tertinggal di sistem reproduksi induknya.

 Hasilnya, telur itu menetas di dalam tubuh ayam betina itu. Setelah menetas, anak ayam itu keluar dari induknya. Hasil bedah itu juga menunjukkan induk ayam itu mati kerana mengalami luka di bahagian dalam tubuhnya.

Sumber