Kemeriahan Aidilfitri disambut sederhana oleh AC Mizal yang tidak lupa menziarahi pusara keluarga tercinta. Mereka juga mengenakan pakaian sedondon tanda 'satu ikatan' antara mereka.
Home > All posts
SYAWAL SANA SINI - AARON AZIZ & FAMILY
Posted by TerbaikLaH at 2:21 PM
Sebagaimana artis lain, Aaron Aziz dan isterinya Diyana Halik turut beraya di kampung halaman di Singapura termasuk Malaysia. Pasangan ini memang nampak romantik dan sering bersama walau ke mana sahaja berbanding segelintir artis lain yang bimbang hilang 'saham' selepas berkahwin. Heh.
13 GAMBAR - PRA PERKAHWINAN LEE CHONG WEI
Posted by TerbaikLaH at 2:20 PM
Setelah menjuarai banyak pertandingan dan bergelar pemain badminton No 1 dunia, akhirnya Datuk Lee Chong Wei akan mengahwini kekasihnya Wong Mei Choo. Majlis tersebut akan diadakan pada 9 dan 10 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Lebih 1000 jemputan VIP antaranya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal meraikan perkahwinan mereka berdua. Tahniah..!
Lebih 1000 jemputan VIP antaranya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal meraikan perkahwinan mereka berdua. Tahniah..!
SYAWAL SANA SINI - MEMEY, NORMAN & FAMILY
Posted by TerbaikLaH at 2:19 PM
Tahun ini, Hari Raya bagi Memey, isteri kepada Norman Hakim bertambah meriah dengan dengan kehadiran anak sulung mereka bernama Mohamed Darwisz Hakim. Seperti pasangan lain, mereka juga mengenakan pakaian sedondon iaitu berwarna kuning.
SYAWAL SANA SINI - ZAIN SAIDIN & FAMILY
Posted by TerbaikLaH at 2:17 PM
Gambar menarik Zain Saidin, kakaknya Sasha Saidin dan ahli keluarga mereka di hari raya. Rasanya tak lama lagi, jumlah keluarga mereka akan bertambah ramai dengan kehadiran Rozita Che Wan dan anak-anaknya. Heh.
Restoran Dalam Sungai Di China
Posted by TerbaikLaH at 2:11 PM
Anda mahu merasa pengalaman makan di dalam sungai. Kita mungkin biasa melakukan perkara itu apabila berkelah dengan keluarga di air terjun ataupun kawasan jeram.
Sebuah restoran di Chongqing di Selatan China memang unik kerana namanya pun Kafe Sungai. Pengusaha restoran ini memiliki idea yang kreatif dalam menarik pelanggan dengan meletakkan meja makan di dalam air.
Ia membolehkan para pelanggannya makan sambil menikmati bunyi aliran sungai dan juga merendamkan kaki di dalam air sungai yang nyaman.
Biasanya di sana, suhu ketika musim panas boleh mencecah 40 darjah celsius menyebabkan ramai warga China mencari cara baru dalam memastikan mereka sentiasa sejuk.
Kafe Sungai Chongqing menjemput warga tempatan dan pelancong untuk menanggalkan kasut mereka untuk makan di meja di dalam sungai di bawah pohon yang rendang.
Sudahlah air sungai itu kelihatan tidak bersih, dengan botol minuman hanyut dari entah di mana. Tetapi ia tetap mampu menarik pelanggan dek kerana tahap kepanasan melampau akibat musim panas.
Rupa restoran Chongqing ini menyerupai sebuah restoran air terjun di Filipina iaitu Vila Escudero.