Home > All posts
MENARIK SYAWAL - BILA NORA DANISH RAYA BERSAMA FASHA
Posted by TerbaikLaH at 2:29 PM
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Pepatah tersebut bertepatan sekali dengan Nora Danish dan Fasha Sandha yang dahulunya saling bercakaran, tapi kini 'kelihatan' berbaik di pagi Syawal.
Moga ikatan Silaturahim itu berkekalan hingga ke anak cucu hendaknya. Amin.
Moga ikatan Silaturahim itu berkekalan hingga ke anak cucu hendaknya. Amin.
MENARIK SYAWAL - NING BAIZURA BERAYA BERSAMA MERTUA
Posted by TerbaikLaH at 2:28 PM
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Namun pepatah tersebut tidak menjadi duri bagi Ning Baizura yang mempunyai hubungan baik dengan keluarga mertuanya di United Kingdom (UK).
Cuma mungkin di sana tidak ada ketupat atau rendang yang disediakan oleh keluarga Omar Sharif, melainkan burger atau pizza. Heh.
Cuma mungkin di sana tidak ada ketupat atau rendang yang disediakan oleh keluarga Omar Sharif, melainkan burger atau pizza. Heh.
SYAWAL SANA SINI - SAZZY FALAK & NASH IDRUS
Posted by TerbaikLaH at 2:26 PM
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Demikianlah halnya dengan pasangan bahagia Sazzy Falak dan Nash Idrus yang beraya bersama anak kembar mereka.
Mereka bukan sahaja menjadi pasangan popular, malah turut mendapat peluang bersama menjadi model iklan di sana sini. Malah Nash yang baru-baru ini berjaya survive hingga episod keenam The Apprentice Asia dengarnya menjadi perhatian banyak pihak.

SYAWAL SANA SINI - SITI NURHALIZA & DATUK K
Posted by TerbaikLaH at 2:24 PM
Memang tidak dinafikan reputasi Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza agak baik dan dihormati dikalangan artis mahupun VIP. Sebab itulah mereka tidak lekang tangan melayan tetamu atau mendapat jemputan rumah terbuka daripada kalangan VIP.
Tapi yang pasti, Datuk K kelihatan sudah sembuh daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini. Alhamdulillah.
Tapi yang pasti, Datuk K kelihatan sudah sembuh daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini. Alhamdulillah.