Bakal pengantin maut nahas

on Saturday, August 10, 2013

SABAK BERNAM - Kegembiraan bakal pasangan pengantin untuk pergi beraya berakhir tragedi apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta di Kilometer 63 Jalan Klang-Teluk Intan di sini kelmarin.


Mohd. Zul Fazelin, 34, dan Sopiah Abdullah, 24, maut dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu.

Difahamkan, Mohd. Zul dan Sopiah sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin tahun depan.

Turut maut dalam kejadian itu ialah pegawai tentera, Leftenan Kolonel Ajman Bakar, 57, yang menaiki kereta jenis Naza Forte.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Iswara dipandu Mohd. Zul dari Sungai Besar ke Sekinchan dikatakan memasuki laluan bertentangan.

Pelik dan Jijik!!Wanita Suka Minum Air Kencing Sendiri!

Pelik dan Jijik!!Wanita Suka Minum Air Kencing Sendiri!

CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja.

Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam.

Wanita pertengahan umur dari Colorado Springs, Amerika Syarikat ini bertindak meminum air kencingnya sendiri sejak empat tahun lalu. Carrie akan meminum sebanyak lima gelas air kencing sendiri setiap hari dan dia menyifatkan perbuatannya itu sebagai menenangkan.

Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang alahan apabila pertama kali bertindak meminum air kencingnya. Carrie cuba mencabar diri kerana berasakan dia boleh melakukan perkara itu.

Ibu kepada empat orang anak ini disahkan menghidap kanser melanoma malignan peringkat ketiga lapan tahun lalu. Sejak itu dia berbuat apa sahaja termasuk meminum air kencingnya sendiri dengan harapan ia dapat membantunya melawan hukuman maut itu.

"Pelbagai jenis perasa yang saya dapati apabila meminum air kencing. Semuanya bergantung kepada makanan yang saya ambil. Ia tidak berbau dan rasanya berbeza berbanding empat tahun lalu.

"Kadangkala saya rasa masin dan adakalanya ia rasa seperti air lemon tetapi itu semua bergantung kepada apa yang saya makan. Saya juga dapat merasai pelbagai rasa makanan yang keluar dari badan saya melalui rasa air kencing saya itu.

"Saya gemarkan asparagus tetapi saya tidak akan memakannya lagi kerana ia membuatkan air kencing saya rasa sangat pelik," ujarnya.

Tambahnya, dia bukan sahaja meminum air kencingnya tetapi dia juga menggunakan air kencingnya itu untuk berkumur dan memberus giginya selain menjadikan air kencingnya itu sebagai minyak yang disapukan di seluruh badannya.

"Saya mendedahkan tabiat pelik saya ini bersama rakan, Denise dan dia kelihatan tenang apabila saya memberitahu rahsia itu. Saya minum hampir semua air kencing yang keluar dari badan saya.

"Apabila saya menjemputnya untuk melihat sendiri kebenarannya, Denise mengelak dan dia percaya dengan apa sahaja yang ceritakan tentang tabiat pelik itu tetapi dia tidak berhasrat untuk melihat sendiri saya meminum air kencing saya," jelasnya.

Salah seorang anak perempuannya pula memberitahu, air kencing merupakan bahan buangan daripada badan dan ia bahan yang tidak lagi diingini. Tubuh menyingkirkan segala kotoran tidak sihat
kepada badan selain ia pernah digunakan untuk tujuan perubatan oleh manusia pada Tamadun China dan India.

Bagaimanapun, dalam laporan The Independent pada tahun 2006, pakar-pakar perubatan menafikan dakwaan air kencing boleh membantu dalam proses penyembuhan dan tiada bukti yang menyokong dakwaan itu.

Sementara itu, seorang pakar pemakanan di Universiti Southampton, Britain, Dr. Michael Stroud memberitahu, dakwaan sesetengah orang yang menyatakan air kencing dapat menyembuhkan penyakit adalah sebagai mengarut dan tidak boleh dipercayai.

Wakil Persatuan Dietetik Britain, Helen Andrews pula berkata, tiada faedah kesihatan yang diperoleh dengan meminum air kencing sendiri sebaliknya ia boleh mendatangkan mudarat.

"Setiap kali anda meletakkan ia kembali, ia akan keluar lagi dan itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh merosakkan usus," beritahu beliau. 

VIDEO BUDAK BERBAJU MELAYU KANTOI ONANI DI CYBER CAFE!





VIDEO DUA BUDAK LELAKI KANTOI MELAKUKAN PERKARA TAK SENONOH DI CYBER CAFE – BUDAK PAKAI BAJU MELAYU KANTOI MELANCAP | Di saat  kanak-kanak lain sedang bergembira menziarahi jiran dan kawan-kawan di pagi raya, dua budak ini lain pula ceritanya.

Mereka turut menyarung baju Melayu lengkap bersamping dan keluar rumah seolah-olah nak pergi beraya, tapi rupa-rupanya mempunyai agenda lain.

Malaysia vs Barcelona FC Keputusan Semasa dan Penuh

Malaysia vs Barcelona FC Keputusan Semasa dan Penuh

Aksi perlawanan persahabatan di antara pasukan pilihan Malaysia (Harimau Malaya) menentang Barcelona adalah merupakan sebahagian daripada perancangan sebagai persediaan mengharungi baki kempen kelayakan Piala Asia 2015

Perlawanan ini berlangsung di Stadium Shah Alam setelah di tukar dari Stadium Bukit Jalil yang mendapat kritikan daripada pegawai Barcelona. Perlawanan ini akan berlangsung pada malam ini, Sabtu jam 8.45 malam dan turut disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi stesen penyiaran Tv3 dan juga di Astro.


Peminat bolasepak tempatan pastinya tidak sabar-sabar lagi untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara kelab terhebat dunia, Barcelona FC menentang ke Malaysia.Admin sendiri tidak sabar-sabar lagi mahu melihat aksi lincah Lionel Messi yang sering membayangi Cristiano Ronaldo.

Barcelona FC, terkenal dengan panggilan ‘Los Blaugrana’ memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok, Rabu lepas.

Barcelona menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum pulang bagi menghadapi musim baharu Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula pada 17 Ogos.

Kopilekat menjangkakan keputusan perlawan persahabatan antara Malaysia menentang Barcelona ini adalah  berpihak kepada Barcelona dengan jaringan 7 berbalas 1.

Kami akan membawakan keputusan secara live update kepada anda sehingga tamat perlawanan. Teruskan bersama kami.
 
Berikut adalah keputusan semasa dan penuh di antara skuad Harimau Malaya melawan FC Barcelona


StatusTuan RumahvsPelawat
entri dikemaskini keputusan malaysia vs barcelona fc 10 ogos 2013 jam 8.45 mlm
Malaysia
Min-40 Amri Yahya
1 – 3Barcelona
Min - 33 Fabregas
Min - 42 Neymar
Min - 74 G.Pique



SYAWAL SANA SINI - SCHA & AWAL

Meskipun sudah lebih setahun berkahwin, namun masih belum ada tanda-tanda yang Scha Al Yahya berbadan dua. Mungkin belum ada rezeki agaknya.

Namun begitu, mereka nampak gembira beraya berdua pada syawal ini... bagai baru sahaja berkahwin layaknya.










13 GAMBAR - NING BAIZURA BAKAL BERAYA DI UK

Ketika ini, Ning Baizura, suaminya Omar Sharif, Satilah Abdullah (ibu Ning) dan anak mereka Ryan Sky Dalton sudahpun berada United Kingdom (UK). Mereka akan beraya di sana dengan keluarga belah suami yang pastinya mempunyai kelainan berbanding Malaysia.




"Alhamdulillah, dua tahun sebelum ini, kami pulang tanpa Ryan. Tahun ini, seluruh keluarga Omar menantikan kedatangan Ryan sebagai orang baru dalam keluarga mereka," demikian ujar Ning dipetik sebagai berkata.

Untuk info, mereka berangkat ke UK pada 16 Julai lalu dan akan berada di sana selama 15 hari.























4 GAMBAR - RAJA EMA KETIKA BERHINGUS

Dua keping gambar kenangan Raja Ema ketika beliau masih mentah dan berhingus. Ikhlasnya, Raja Ema kelihatan comot ketika itu dan pastinya ramai yang tidak menyangka yang beliau akan jadi cun seperti sekarang. Heh.

Jom tengok!