Posted byTerbaikLaHon
Monday, August 12, 2013at11:17 AM
Hari Raya kali ini juga menyaksikan banyak selebriti tempatan yang berkongsi gambar-gambar kemeriahan sambutan hari raya mereka. Salah seorang daripada mereka ialah Lisa Surihani dan Yusri. Abang Nara suka dengan gambar-gambar yang dikongsi oleh Lisa di Instagramnya. Memang pasangan ini sangat comel dan cute, lebih-lebih lagi apabila memakai baju sedondon.
Seronok melihat kegembiraan Lisa dan Yusry menyambut Aidilfitri. Memang nampak meriah. Lagi 10 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Lisa Surihani.
Secara umum, banyak pihak menganggap hubungan Datuk Siti Nurhaliza dengan bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah adalah di dalam keadaan yang tidak baik. Namun begitu, kemunculan sekeping gambar di Instagram yang menyaksikan mereka berdua bersama-sama telah membetulkan persepsi tersebut. Gambar di atas diambil oleh Asyraf, anak tiri Siti Nurhaliza. Menurut Siti, hubungannya dengan Tengku Zawiyah sudah lama baik. Kata Siti:-
Gambar itu diambil Asyraf ketika Siti beraya di rumah abang Tengku Zawiyah di Kuala Lumpur, pada hari raya pertama. Suami Siti (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) nak menziarah bekas emak mentuanya yang memang berkumpul di sana. Siti pun sudah beberapa kali bertemu dengannya (emak Tengku Zawiyah). Hubungan kami memang baik dan mungkin disebabkan gambar itu baru saja tersiar menyebabkan ramai yang menyangkakan kami baru saja berbaik
Anak tiri Siti Nurhaliza, Asyraf juga turut sama teruja berkongsikan gambar kedua-dua ibunya itu. Menurut Asyraf, dia ingin memperbetulkan persepsi orang ramai. Kata Asyraf:-
Saya teruja sebab itu gambar pertama mama dan Mak Iti. Sebenarnya saya sengaja letak gambar itu sebab kadang-kadang tengok masih ada lagi orang yang bersangka buruk terhadap hubungan keduanya padahal mereka aman damai saja,
Nampaknya Hari Raya kali ini memang membawa berita gembira untuk mereka yang menyambutnya. Semoga hubungan Siti dan Tengku Zawiyah akan terus kekal mesra sehingga bila-bila. Sama-samalah kita doakan.
Terkini!!Malaysia Bakal Di landa Fenomena Hujan Meteor
Pancuran Meteor Perseid
Malaysia bakal menyaksikan Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus pada malam Isnin 12hb 8 2013 sehingga subuh pada Selasa. Pancuran meteor Perseid ini adalah antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid pula, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer.
Menurut Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam Isnin.
Gempar!!Lelaki Cuba Lepaskan Diri Daripada Jerung!!
Apabila gambar seorang lelaki berada dalam perut jerung dengan sebelah tangannya dikeluarkan memegang pisau bagi melepaskan diri daripada haiwan karnivor tersebut dipamerkan, ramai tertanya-tanya sama ada ia benar-benar gambar asli.
Jawapannya, gambar yang ditangkap oleh nelayan Australia dan dipamerkan di Hotel Metung, Victoria itu memang asli.
Tetapi yang tak betulnya adalah, jerung itu sudah ditangkap dan mati.
Nelayan yang mendapat jerung ini kemudiannya mengeluarkan isi perut ikan tersebut lalu melakukan aksi seperti dalam gambar.
Bagaimanapun di sebalik elemen berani dan lucu yang ditampilkan nelayan terlibat, ada juga yang merasakan tindakan ini tidak betul dan wajar. Mereka adalah para pencinta haiwan yang bengang melihat cara jerung itu diperlakukan.
Kejam!!Kaki Di hiris Penculik 3 Hari Berturut-turut
Kuala Lumpur: "Daging jari kaki kanan saya dihiris setiap hari manakala tangan kanan dan belakang badan ditoreh dengan pisau apabila keluarga enggan memberikan wang kepada mereka," kata pemuda hanya mahu dikenali sebagai Am, 23, yang menjadi mangsa culik kenalannya sendiri menceritakan pengalaman ngeri dialaminya ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri.
Am mendakwa diculik kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu oleh sekumpulan lima penjenayah berusia 22 dan 31 tahun yang mahukan wang tebusan RM3,000 sebelum dikurung dalam beberapa rumah sekitar ibu negara termasuk di Jalan Pahang, di sini, dan diseksa sepanjang dijadikan tawanan.
Penderitaan tiga hari Am berakhir apabila dia dapat diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Setapak, di sini, diketuai Asisten Superintendan Shan Gopal kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Malah, kelima-lima suspek turut diberkas ketika urusan pertukaran antara mangsa dan wang tebusan dilakukan di sebuah restoran di Setapak selepas pihak berkuasa menerima laporan kejadian itu, Jumaat lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, Am berkata, dia mengenali tiga daripada lima suspek melalui kenalannya sejak beberapa bulan lalu.
Kanak-kanak ini di gelar "Ninja Turtle" oleh kawan-kawan dan jiran sekampungnya. Nama sebenarnya Didier Montalvo berasal dari Colombia.
Di gelar "Ninja Turtle" kerana kanak-kanak ini menghidap satu penyakit ganjil. Di mana Setompok tahi lalat hidup dan membesar di belakang badanya betul-betul menyerupai seperti kulit kura-kura dalam filem "Ninja Turtle".
Didier ditakuti oleh kanak-kanak lain dan dilarang bersekolah. Mendengar berita malang yang menimpa kanak-kanak itu, Seorang pakar bedah Neil Bulstrode telah pergi kerumah kanak-kanak itu untuk melakukan pembedahan membuang ketumbuhan yang mirip kulit kura-kura, Dan akhirnya berjaya dalam pembedahan tersebut.
KEADAAN bayi perempuan yang lahir tanpa tempurung kepala di Hospital Medan, Sumatera Utara.
MEDAN, Indonesia - Seorang bayi perempuan anak Rudi Kusmawanti, 27 dan isterinya yang berusia 17 tahun, Sari Rianti lahir tanpa tempurung kepala, lapor akhbar Sumut Pos.
Bayi tersebut yang dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah klinik di Serdang dekat sini dibawa ke hospital besar di sini untuk menerima rawatan lanjut.
"Saya diberitahu tentang keadaan anak saya daripada bidan. Saya sangat terkejut," kata Sari.
Namun, katanya, di sebalik keganjilan itu bayinya yang seberat 2.1 kilogram berada dalam keadaan baik.
Menurutnya, dia tidak menyangka bayinya akan lahir dengan 'kekurangan' tersebut kerana semasa hamil, dia banyak minum susu dan kerap mengambil jamu untuk menjaga kesihatannya.
Mengulas mengenai keadaan bayi yang masih belum diberi nama itu, ketua hospital besar berkenaan, Dr. Masdulhaq berkata, tiada pembedahan akan dilakukan terhadapnya.
"Biasanya, bagi kes seperti ini, kami hanya akan melakukan rawatan sahaja," kata Masdulhaq. - Agensi