Home > All posts
Pelik Dan Ajaib!!Ayam Hidup Tanpa Kepala Selama 18 Bulan!!
Posted by TerbaikLaH at 12:47 AM
Pelik Dan Ajaib!!Ayam Hidup Tanpa Kepala Selama 18 Bulan!!
Setelah kepalanya disembelih, ia terus cuba mematuk makanan. Akhirnya, ia hidup tidak berkepala selama 18 bulan...
Mr Olsen terkejut memutuskan untuk terus merawat dan memelihara ayam yang sudah tidak berkepala itu,setelah sembuh luka Mr Olsen memberi makanan campuran susu dan air melalui penitis mata, dia juga diberi makan biji-bijian yang kecil dan juga jagung.Ayam ajaib ini di namakan "Mike".Mike ayam tanpa kepala ini juga boleh berkokok walaupun kedengaran bunyinya dari dalam tekak,Mike juga menghabiskan masanya dengan berdandan dan cuba mematuk makanan dengan lehernya.
Pada bulan Mac 1947, di sebuah motel di Phoenix di persinggahan semasa dalam perjalanan pulang dari lawatan, Mike mula tercekik di tengah-tengah malam,mereka tidak dapat menyelamatkan Mike. Sumber-sumber lain, termasuk Guinness Book of World Records, mengatakan bahawa trakea ayam itu terputus tidak dapat bernafas dengan baik dan oleh itu tercekik mati di motel.Kisah "Mike"tetap dalam kenangan petani Loyd Olsen Fruita sekeluarga.Mike si ayam tanpa kepala hidup selama 18 bulan bersama keluarga Olsen.
GEMPAR!!MANUSIA MENANGIS AIR MATA DARAH WUJUD!
Posted by TerbaikLaH at 5:30 PM
GEMPAR!!MANUSIA MENANGIS AIR MATA DARAH WUJUD!
Ungkapan "Air mata darah" Sering di ucapkan dalam drama dan filem melayu, Tetapi ungkapan itu telah menjadi kenyataan pada masa kini. Seorang gadis di Chile mengejutkan doktor perubatan apabila dia dilaporkan menangis air mata darah.Yaritza Oliva, 20, memberitahu, keadaan pelik tersebut mula berlaku pada awal bulan ini dan sejak itu matanya boleh mengeluarkan darah beberapa kali dalam tempoh sehari.
Jelasnya, dia cuba mendapatkan rawatan daripada doktor, namun hanya dibekalkan ubat titis mata selepas matanya didapati tidak menghadapi jangkitan.
"Doktor hanya memberi saya ubat mata untuk mengurangkan kesakitan," katanya.
Oliva berkata, setiap kali menangis air mata darah, dia akan merasa terlalu sakit.
Ibu dan bapa gadis itu yang muncul dalam rancangan berita televisyen tempatan, memohon jasa baik orang ramai untuk menderma kepada mereka bagi menampung kos rawatan Oliva.
Berdasarkan keadaannya, Oliva dikatakan mengidap penyakit yang jarang berlaku iaitu haemolacria yang menyebabkan pesakit mengeluarkan air mata darah.
Buat masa ini, hanya ada tiga kes sama dilaporkan, berpunca daripada paras tinggi hormon kesuburan wanita atau mungkin merupakan tanda-tanda penyakit serius dan barah. - AGENSI
Sumber
KISAH SEBENAR ISU CINA BUDDHA SEMBAHYANG DALAM SURAU!
Posted by TerbaikLaH at 5:12 PM
KISAH SEBENAR DI SEBALIK ISU VIDEO CINA BUDDHA SEMBAHYANG DALAM SURAU | Isu video yang menunjukkan satu kumpulan menjalankan upacara sembahyang Budhha terjawap juga akhirnya.
KAMI menemui satu lagi video berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah
Gempar!!!Subhanallah..Bayi Lahir Dengan Kaki Kambing
Posted by TerbaikLaH at 12:58 PM
Gempar!!!Subhanallah..Bayi Lahir Dengan Kaki Kambing
Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan berwajah manusia berkaki kambing tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.Menurut sumber berita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.
Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini
Sumber