Pelik! Panjang betul lidah ikan ni

on Wednesday, February 22, 2012

Betul-betul panjang…pertama kali lihat lidah ikan panjang begini….

Pasangan kekasih buat train ini macam dia punya saja

sumber gambar : stomp.com.sg
Berkelakuan tak senonoh ditempat awam macam sudah menjadi kebiasan
bagi remaja baik diluar mahupun dinegara kita...Adakah anda berani menegur
kelakuan mereka ini?Pengalaman aku pernah cuba menegur mereka yang berkelakuan
begini tetapi aku yang kena marah balik malahan aku di ajaknya bertumbuk.
Jadi apa yang patut kita buat???

Kanak-kanak 12 tahun bakar diri sendiri seperti superman maut

USUNG...jenazah Ramli  dibawa  ke HSNZ untuk bedah siasat, malam kelmarin.
USUNG...jenazah Ramli dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat, malam kelmarin.

MARANG: Tindakan seorang lelaki membakar diri gara-gara meniru aksi siri kartun Superman kira-kira 28 tahun lalu menjadi kenangan sukar dilupakan keluarga mangsa kemalangan maut di Kampung Kelulut, di sini, malam kelmarin.

“Kejadian itu berlaku ketika arwah berusia 12 tahun dan terlalu meminati kartun Superman hingga terikut-ikut aksi superhero itu tanpa memikirkan kesan akibat perbuatan itu.

“Bermula tragedi itu, arwah yang melecur hampir keseluruhan badan enggan bersekolah kerana malu diejek rakan berikutan wajahnya yang melecur menyebabkan arwah menghadapi tekanan perasaan dan disahkan doktor sebagai pesakit jiwa,” kata Ismail Othman, 56, bapa kepada Ramli Ismail, 40, yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam.

Ismail berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya pada Januari lalu selepas arwah pulang ke rumahnya di Kampung Durian Burong, Kuala Terengganu.

Menurutnya, dia percaya arwah ketika itu melalui kawasan berkenaan dan singgah di rumahnya untuk meminta makanan sebelum keluar semula selepas selesai makan.

Kereta dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo berharga serendah RM60,000

MODEL Tuah antara kereta konsep PROTON yang dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.
MODEL Tuah antara kereta konsep PROTON yang dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.
Kereta dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo berharga serendah RM60,000

PROTON Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru sepenuhnya, iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini, pada pertengahan bulan depan.
Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti.
“Nama rasmi model baru yang dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 turbo itu sudah pun dimuktamadkan kumpulan pengurusan PROTON, manakala pelancarannya pula dijangka akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, model baru itu juga akan merapatkan jurang segmen kereta antara Persona dan Inspira, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna memiliki kereta.

Katanya, model baru itu akan menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).

Katanya, selain ciri keselamatan, P3-21A juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini serba lengkap, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahu pun utiliti.
“Menariknya, cermin sisi model baru ini akan berfungsi secara automatik dengan melipat ke dalam setiap kali pemilik kenderaan mengaktifkan sistem penggera kereta dan ia juga akan terbuka semula sebaik kenderaan dihidupkan dan mula bergerak di bawah halaju lima kilometer,” katanya sambil menambah bonggol tengah di tengah lantai ruang kaki belakang juga lebih rendah sekali gus menjadikan ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit.

Selain itu, sumber berkenaan berkata, paparan maklumat (SID) di ruang panel pemanduan turut di naik taraf dengan dilengkapi sistem tiga bacaan kilometer iaitu Trip A, Trip B dan Trip C selain pelbagai lagi maklumat yang akan berfungsi memberi amaran jika bateri pada kunci lemah.

DARJAT, PANGKAT BUKAN JAMINAN MASUK SYURGA

on Monday, February 20, 2012


RASULULLAH SAW bersabda bahawa orang fakir masuk syurga lebih dulu selama beberapa waktu daripada orang kaya. Boleh jadi, hal ini tidak berlaku umum kerana sebahagian orang kaya ada yang termasuk orang sentiasa bersyukur, memuji, mengabdi dan membenarkan Allah SWT. Mereka memiliki keutamaan yang besar serta konsisten dalam ketaatan dan pengabdian.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada Allah dalam hal orang fakir kerana pada hari kiamat, Allah SWT berfirman: Di mana makhluk pilihan-Ku? Malaikat menjawab: Wahai Tuhanku, siapakah mereka? Allah SWT berfirman: Orang fakir yang sabar dan rela terhadap takdir-Ku. Mereka akan Aku masukkan ke dalam syurga. Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya: Kemudian orang fakir itu masuk syurga lalu makan dan minum, sementara orang kaya masih sibuk dalam penghitungan amal mereka.”
Imam Tirmizi meriwayatkan hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang fakir yang berjuang di jalan Allah akan masuk syurga sebelum orang kaya, dengan jarak 500 tahun.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang fakir akan masuk syurga terlebih dulu daripada orang kaya, selama setengah hari akhirat, iaitu 500 tahun dunia.” (Hadis riwayat Tirmizi) Ia berkata hadis ini hasan sahih.
Hadis itu menunjukkan satu makna bahawa orang fakir akan masuk syurga lebih dulu. Dengan catatan mereka termasuk orang yang sabar, mengabdi kepada Allah, rela dan sabar terhadap kefakiran mereka selama hidup di dunia sehingga dari lisan mereka keluar kata-kata pujian kepada Allah bersyukur serta menghambakan diri kepada Allah.
Mereka inilah orang yang akan memperoleh kemuliaan pada hari kiamat, ketika mereka masuk syurga. Pada hari kiamat nanti Allah akan berfirman kepada orang yang sabar terhadap kefakirannya yang bermaksud: “Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu.” (Surah Al-Haqqah, ayat 24)
Ertinya, kesusahan yang telah engkau peroleh di dunia kerana fakir, benar-benar terasa perih buat kamu. Hal itu bukan cita-cita dan keinginan kamu tetapi semata-mata kehendak Allah.
Berapa banyak ayat Allah yang mendorong orang mukmin rajin menabung dengan tabungan amal kebajikan. Allah akan melipatgandakan tabungan itu selama di dunia dan mereka dapat memetik hasilnya berupa pahala yang besar di akhirat nanti.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 245)
Banyak ayat al-Quran yang mengisyaratkan adanya kelebihan dan perbezaan darjat dalam segala sesuatu, bahkan antara para malaikat Al-Muqarrabun, Nabi dan Rasul. Demikian juga, antara manusia pada umumnya. Ini ketentuan Allah (sunnatullah) terhadap makhluk-Nya dan kesempurnaan hikmah dari Allah.
Hakikat kelebihan dan perbezaan darjat ini tidak terletak pada ketakutan seseorang kepada Allah. Hal ini terjadi semata-mata kerana ilmu dan keutamaan dari Allah. Sedangkan, kelebihan manusia adalah kerana amal, ilmu, ijtihad dan kesabarannya.
Antara nabi, ada yang dikenali sebutan Ulul Azmi, sedangkan sebahagian lain tidak memperoleh sebutan demikian. Sebahagian manusia ada yang menjadi pejuang (mujahid), mempunyai keutamaan tetapi sebahagian tidak memiliki semua itu.
Oleh itu, antara manusia ada memperoleh darjat dan kelebihan dari Allah yang berbeza dengan yang lainnya. Hal ini berdasarkan ketinggian darjat manusia dan amal perbuatannya selama di dunia.

sumber

(6 GAMBAR)Norjuma Anggun Bertudung Bawal

Sebelum gaya tudung sarung moden masa kini menjadi popular, kebanyakan wanita di Malaysia memakai tudung bawal. Secara peribadi, kami sendiri lebih sukakan tudung bawal dari tudung jenis sekarang kerana mudah dibentuk dan dipakai dalam pelbagai gaya. Baru-baru ini, bekas personaliti TV3, Datin Norjuma Habib telah melancarkan koleksi Tudung Aidijuma yang terdiri dari tudung-tudung bawal dua tona, renda, polka dot dan sebagainya. Jom kita layan gambar-gambar Norjuma mengenakan tudung-tudung bawal koleksi Aidijuma ini.

Photobucket
Mungkinkah tudung bawal akan kembali popular dan menjadi pilihan utama wanita Malaysia selepas dipopularkan semula oleh Norjuma? Lagi 5 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Tudung Aidijuma.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket


sumber

Filem Azura 2012 Sekadar Kutip RM600 Ribu, Gandingan Neelofa Dan Shahrizal Gagal?

Filem Azura 2012 adalah sebuah filem Aziz M. Osman setelah lama dia menyepikan diri daripada bidang pengarahan. Suatu masa dahulu, Aziz pernah muncul dengan filem yang hebat sepet XX-Ray, Fenomena dan beberapa buah filem lain. Hampir kesemua filem sentuhan Aziz M. Osman boleh dikatakan meletup seperti bom atom.
kutipan filem azura
Namun kutipan filem Azura 2012 sehingga 6 Februari 2012 sekadar mencatatkan angka RM600 ribu. Ini satu angka yang sangat-sangat mengecewakan. Adakah gandingan Neelofa dan Shahrizal gagal untuk menarik peminat ke pawagam? Setahu Abang Nara, peminat Neelofa memang ramai dan rata-rata menyatakan keterujaan mereka untuk menyaksikan lakonan filem pertama Neelofa.
Adakah kerana kontroversi yang sering melanda Shahrizal sehingga ramai yang meluat dan tidak mahu menonton filem Azura 2012? Itu jugak satu perkara yang mustahil kerana drama-drama lakonan Shahrizal sebelum ini semuanya mendapat rating yang tinggi. Malah Shahrizal tetap menjadi idaman ramai wanita walaupun sering dilanda kontroversi dalam percintaan.
Mungkinkah kerana filem Azura 2012 adalah sebuah filem remake lantas menyebabkan daya tarikan ke pawagam berkurangan? Itu sesuatu yang logik kerana rakyat Malaysia memang dikenali dengan kebencian melihat rancangan-rancangan yang sering ditayang semula berulang kali di kaca TV. Bagi mereka, sudah tonton filem Azura yang dulu tak perlulah tonton filem remakenya pulak.
Dan daripada apa yang Abang Nara dengar-dengar, filem Azura 2012 kali ini katanya kurang menyengat daripada segi jalan cerita. Seolah-olah Aziz M. Osman tidak tahu ke mana hala tuju filem ini. Perkara ini tak mustahil kerana Aziz M. Osman pun sudah lama tidak mengarahkan filem. Orang kata, sentuhan ajaibnya mungkin sudah berkarat.

sumber