Kejamnya Tentera Syria: [Video] Syiah Syria Cabut Janggut Dengan Tangan.

on Wednesday, May 1, 2013


Menurut deskripsi pada video, rakaman ini menunjukkan seorang askar Syiah Syria sedang meranggut atau mencabut janggut dua orang ahli sunni yang ditangkap dengan menggunakan tangan.


Saksikan video ini..............


Gambar Mayat Terbiar di Gunung Everest.



Umum mengetahui yang Gunung Everest merupakan gunung yang paling tinggi di dunia. Disebabkan ketinggiannya itu dan kecantikan pemandangan di situ, ramai pendaki di seluruh dunia cuba untuk menawan puncaknya.

Dalam aktiviti penawanan puncak Gunung Everest ini lah, ramai pendaki yang kecundang dan mayat mereka dibiarkan sahaja di sana kerana kesukaran untuk membawa mayat-mayat itu turun. Jom kita lihat gambar mayat-mayat yang terbiar tidak dituntut di Gunung Everest.






"Terracotta Warriors", Misteri Pahlawan Makam Dinasti Qin.

 

Pada tahun 1974, seorang petani telah menemui makam Maharaja Qin, satu daripada tinggalan arkeologi terhebat semasa menggali perigi berhampiran Gunung Li di wilayah Shaanxi, China. Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM dikebumikan bersama rombongan misteri tentera terracotta (terracotta warriors).


Semenjak itu, para ahli arkeologi telah menghabiskan 40 tahun lalu dan mendedahkan secara terperinci patung pahlawan bersaiz sebenar dari lubang seluas 22 batu persegi (57 kilometer persegi).


Setakat ini, penggalian-penggalian di Museum of the Terracotta Army yang terletak kira-kira 25 batu (40 kilometer) di timur Xi'an telah menemui kira-kira 2,000 daripada 6,000 figura yang dirasakan wujud. Di samping tentera terracotta bawah tanah itu, turut ditemui kuda, kereta kuda, senjata – termasuklah akrobat untuk menghiburkan Maharaja Qin di alam kubur.



Ramai sarjana berpendapat bahawa tentera terracotta tersebut dikuburkan bersama Maharaja China pertama untuk melindunginya di alam akhirat dan ingin disembunyikan. Kini, tentera terracotta misteri yang digelar sebagai keajaiban alam kelapan ini menarik kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun.


Muzium Terracota Terbesar Di China

Senjata Terpelihara:

Ahli arkeologi telah menemui kira-kira 40,000 senjata yang diperbuat daripada gangsa di lubang terracotta itu. Daripada lembing ke kapak, busur dan anak panah, senjata menakjubkan ini terpelihara dalam saduran kromium. Meskipun Jerman dan Amerika mendakwa mencipta teknologi salutan kromium masing-masing pada tahun 1937 dan 1950, ia telahpun wujud di China sejak 2,200 tahun yang lampau.

Berwawasan Tinggi:

Semasa Maharaja Qin baru berumur 13 tahun, kerja-kerja pembinaan makam agungnya telahpun dimulakan. Menurut dakwaan sejarawan China bernama Sima Qian dalam Records of the Grand Historian, lebih daripada 700,000 orang terlibat dalam pembinaan makam selama 36 tahun. Walaupun ia merupakan satu daripada pencapaian terhebat Maharaja Qin, namun beliau juga terkenal dengan sumbangannya dalam bidang politik dan budaya.

Maharaja Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan jajahannya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan timbangan, membina Tembok Besar versi pertama dan kemudian menghubungkannya dengan bahagian taktikal.

Maharaja Kejam:

Meskipun banyak memajukan empayar, namun Maharaja Qin juga terkenal dengan kekasarannya. Ratusan rangka telah ditemui dalam makam berkenaan, kebanyakannya dipercayai tukang dan pekerja yang membantu pembinaan kubur itu. Menurut Sima Qian, para buruh ini dibunuh demi merahsiakan lokasi dan khazanahnya: "Selepas pengebumian dan penyembunyian hartanya, pintu tengah ditutup dan pintu luar dikunci untuk memenjarakan semua tukang dan buruh agar tiada yang keluar. Pokok-pokok dan rumput ditanam di serata makam untuk menjadikannya kelihatan seperti bukit," tulisnya.

Salah Ubat:

Maharaja Qin takut akan kematian dan dikatakan berusaha mencari pelbagai jenis ubat dan penawar – apa sahaja yang menjanjikan vitaliti selama-lamanya. Kononnya, Maharaja Qin telah mengutus 8,000 orang, termasuk pakar herba diraja untuk mencari penawar ajaib. Sementara menungu tonik berkenaan, Maharaja Qin mengambil tablet merkuri. Akibatnya, tabiat itu dikatakan menjadi punca kematian Maharaja Qin pada umur 50 tahun.

Peta Misteri:

Meskipun kubur Maharaja Qin belum digali, tetapi legenda mengatakan bahawa pekerjanya mengukir satu peta kerajaan Qin di lantai. Banyak replika istana, bangunan besar, termasuklah perangkap (busur untuk menembak penceroboh) dikatakan memenuhi ruang makam, sementara batu permata melambangkan langit, dan aliran raksa menggambarkan sumber air kerajaan.

Penyiasatan moden dapat mengesahkan legenda ini melalui bukti-bukti berkaitan bahan kimia. Pada tahun 2005, satu kajian yang diketuai oleh ahli arkeologi China bernama Duan Chingbo telah mengambil 4,000 sampel dari timbunan tanahnya dan mendapati semua sampel positif dengan kehadiran merkuri.

Menakjubkan, Puncak Gunung Yang Rata.

 

Gunung menakjubkan ini seluas 31 kilometer persegi. Puncaknya yang rata ini menjanjikan pemandangan yang menakjubkan. Seolah-olah kita berada di sebuah kayangan kerana di kelilingi awan memutih. Gunung Roraima juga dikenali nama Tepi. Tepi bermaksud rumah tuhan.Ia dinamakan oleh orang asli kaum Pemon yang menemuinya. Gunung ini terletak di tanah tinggi Guiana, benua Amerika Selatan. Ia i terletak di sempadan antara tiga negara iaitu Venezuela, Brazil dan Guyana. Di bawah ini adalah gambar puncak tertinggi Gunung Roraima, ianya dipanggil Maverick Rock terletak di dalam sempadan Vaneuzela dengan ketinggian 2810 meter dari paras laut. Jom lihat lagi gambar menakjubkan ini.



Batu Pelik Di "Love Valley", Turki.



Love Valley ini terletak di Cappadocia, Turkey dan ia mempunyai sebab yg tersendiri kenapa ianya dipanggil Love Valley. Korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah ni. Love Valley ini dipenuhi dengan batuan panjang yang menyerupai bentuk kemaluan lelaki. Lembah ini menarik perhatian pelancong dan ramai yg datang kesini untuk melihat sendiri dan mengambil gambar.











TAUM SAUK : EMPANGAN HIDROELEKTRIK PALING UNIK DI DUNIA.


Taum Sauk ialah sebuah empangan hidroelektrik. Ini empangan yang dibina di Gunung St Francois, Missouri ini terletak di atas bukit. Taum Sauk menyimpan air di dalam sebuah kolam gergasi dan eletrik dijanakan dengan mengalirkan air dari empangan ke sebuah stesen janakuasa yang terletak 2 kilometer di bawah bukit. Empangan ini hanya menjanakan tenaga elektrik ketika waktu puncak di waktu siang. Ia mampu menjana sebanyak 550 MW sehari. Pada waktu malam air dari Sungai Black berdekatan dipam semula naik keatas Gunung Francois untuk disimpan di dalam empangan.

Taum Sauk dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada tahun 1963. Pada tahun 2005 kolam takungan air Taum Sauk pecah sebanyak 1 Billion Gelen (4 Juta Meter padu) air terlepas keluar. Sungguhpun ia menghasilkan ombak setinggi 7 meter tiada nyawa tekorban. Kolam takungan Taum Sauk dibina semula dengan kos 450 Juta Dollar (RM 1.4 Billion) dan stesen ini berfungsi semula pada tahun 2010.





Sumber  

LIVE STREAMING CHAMPIONS LEAGUE SEMI FINAL REAL MADRID VS BORUSSIA DORTMUND


LIVE STREAMING CHAMPIONS LEAGUE SEMI FINAL REAL MADRID VS BORUSSIA DORTMUND..Live streaming akan bermula kira-kira jam 2.45 pagi waktu malaysia..selamat menonton

link 1 di sini

link 2 di sini

link 3 di sini