NIAT SEBELUM CIUM AWEK?

on Thursday, August 1, 2013






DOA SEBELUM KISS AWEK | Doa sebelum cium pasangan yang bukan muhrim pun ada rupanya. Tak pastilah sama ada gadis ini melawak ataupun mereka sebenarnya mempraktikkan niat yang sedemikian rupa. Kecewa dengan remaja zaman sekarang yang ambil mudah perkara yang boleh menjatuhkan agama sendiri.



BACA NIAT DOA SEBELUM KISS AWEK KAT BAWAH.



|

|

|

|

|

|

|

|

|



|

|

|

|

|

|

|

|

|

Unik ! Bayi Gergasi Pecah Rekod Dunia!!

Unik ! Bayi Gergasi Pecah Rekod Dunia!!

Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.
Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.
Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.

Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa. 


PETUGAS hospital memeriksa Jasleen yang mempunyai berat 6.1 kilogram

Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.
Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.

Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.

George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain.

Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.

"Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.

"Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat," katanya.

Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.

Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian.


Zizan Razak Akui Kekok `Beristerikan` Lisa Surihani Dalam Cicakman 3



Pelawak dan pelakon, Zizan Razak akui kekok apabila diberikan watak suami, lebih-lebih lagi menjadi suami kepada aktres, Lisa Surihani di dalam filem Cicakman 3.

Zizan berkata, lebih kekok apabila Lisa Surihani adalah isteri kepada pengarah filem yang dibintanginyaitu iaitu Yusry Abdul Halim.

"Sebenarnya saya memang kekok kalau hendak berlakon dengan wanita, lebih-lebih lagi watak suami isteri ni. Bukan dengan isteri orang saja, dengan pelakon yang bujang pun saya dah rasa kekok.

"Tapi bila sudah bercakap dan kami mula brainstorming, saya dapati Lisa seorang yang senang untuk dibawa berbincang dan dia pandai buat saya masuk dalam watak itu sehingga saya benar-benar jatuh cinta kepada watak Lisa iaitu Linda.

"Lagipun, kami dah kenal lama dan Lisa orangnya sangat terbuka sehingga kami senang untuk memberi atau membawa watak itu bila berbincang," katanya selepas sidang media Cicakman 3, baru-baru ini.

Selain Lisa dan Zizan, Cicakman 3 yang menggabungkan usahasama tiga studio penerbitan filem gergasi tanahair iaitu KRU Studios, Grand Brialiance dan Astro Shaw Sdn Bhd itu turut dibintangi oleh Fizz Fairuz sebagai pelakon utama.

Apabila ditanya, bagaimanakah watak suami yang cuba ditonjolkan di dalam Cicakman 3 itu, Zizan berkata dia cuba elak daripada bersentuhan dengan Lisa sebaliknya menggunakan cara lain untuk menunjukan kasih sayang suami isteri.

"Pada saya jika membawakan watak suami isteri ini, saya boleh gunakan cara atau kaedah lain daripada yang biasa barat lakukan seperti berpelukan dan bersentuhan.

"Demi menghormati adat melayu kita saya akan lebih banyak gunakan ayat dan cara percakapan serta gesture badan untuk menujukan kasih saying sebagai seorng suami," ceritanya lagi.

Cicakman 3 yang bakal menjalani penggambaran bermula 15 ogos ini dijangka ditayangkan di seluruh pawagam di seluruh Malaysia pada 29 Mei 2014.

Secara ringkas, Cicakman mengisahkan mengenai Man yang merupakan peminat tegar Cicakman yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan isterinya Linda dan anaknya Boboy. Dia kemudian cuba membuktikan yang dia mampu berubah.

Keadaan semakin tertekan apabila Adam, bekas rakan sekolahnya cuba memenangi hati Linda. Kehidupan Man berubah apabila dia menemui sebuah kotak rahsia peninggalan Cicakman dan Malah belajar menjadi Cicakman yang baru. Bagaimanakah kehidupan baru Man selepas itu? Nantikan kemuncualn Cicakman 3 pada 29 Mei tahun hadapan.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Jawapan!Norsiah Enggan Komen Kenyataan Farid Kamil

Jawapan!Norsiah Enggan Komen Kenyataan Farid Kamil

Norsiah Enggan Komen Kenyataan Farid Kamil |  IBU kepada aktres Diana Danielle, Norsiah Ramli enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan terbuka yang dikeluarkan oleh menantunya, Farid Kamil menerusi pihak media semalam.

Farid mengatakan ibu mertuanya itu perlu terlebih dahulu berjumpa dengannya sekiranya Norsiah ingin bertemu dengan anak dan cucunya yang kini masih berada di Australia.

Antara kenyataan terbuka aktor itu sebelum ini ialah, "saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

"Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati," katanya menerusi mStar.

Tindakan Farid yang dilihat cuba menjarakkan hubungan di antara kedua ibu kandung dan anaknya itu bagaimanapun kurang disenangi sebahagian besar peminat industri hiburan tanah air yang terang-terangan mencemuh perbuatan Farid di laman-laman blog dan sosial seperti Facebook dan Twitter.-mynewshub

Kemaluan anak putus gara-gara digigit bapa!!

Kemaluan anak putus gara-gara digigit bapa!!


BEIJING: Orang ramai terkejut apabila seorang bapa menggigit hingga putus zakar anaknya yang baru berusia enam tahun sebelum memuntahkannya di tepi jalan, semalam.
 Saksi berkata, lelaki berusia 32 tahun itu berjalan bersama mangsa yang berbogel serta adik perempuannya yang berusia empat tahun
Pada satu ketika, kata saksi, si bapa mengarahkan budak lelaki itu menjilat kemaluannya tetapi dia enggan, menyebabkan dia berang.
 “Lelaki itu membaham kemaluan anak lelakinya dan menggigit zakar mangsa,” katanya.
 Akhbar City Post semalam menyiarkan gambar mangsa terbaring di hospital di Shenzhen, wilayah Guangdong dengan bahagian sulitnya berbalut.
 Media melaporkan, doktor gagal menyambung kemaluan mangsa, tetapi terlalu awal menjangkakan bagaimana keadaannya selepas ini. Polis percaya lelaki terbabit mengalami penyakit mental.
 Selain kerap berjudi, dia juga didapati menanggung hutang yang banyak selepas bisnesnya gagal. – Hmetro

67 Kebakaran Dalam Masa 48 Jam Di Makkah

Riyadh - Sebanyak 67 kebakaran di beberapa kawasan di Makkah dalam tempoh 48 jam menyebabkan puluhan orang cedera.

Pengarah Pertahanan Sivil, Brigadier Jen Khalaf Al-Matrafi, berkata pasukan pertahanan sivil berjaya memadamkan semua kebakaran berkenaan.

Beliau berkata, hampir 190 kes rawatan perubatan dilaporkan termasuk membabitkan jemaah umrah.

“Ada yang cedera agak serius dan perhatian utama diberi kepada jemaah Umrah dalam Masjidilharam selain kawasan sekitar. Majoriti kes membabitkan rawatan di Pusat Pertahanan Sivil.

Mangsa dipindahkan ke hospital

“Kes yang memerlukan perhatian anggota perubatan, dipindahkan ke hospital di pusat bandar,” katanya.

Al-Matrafi berkata, jabatannya melakukan lebih 287 pemeriksaan di seluruh bandar bagi memantau dan mengesan sebarang masalah keselamatan di bangunan dan kediaman.

Pasukan pertahanan sivil juga memantau tahap pencemaran udara, pelepasan gas karbon di terowong dan tempat jemaah berhimpun.

“Ada pemilik bangunan dan kediaman yang melakukan pencabulan syarat keselamatan tetapi semua sudah diselesaikan,” katanya. 
sumber : http://bloghancus.blogspot.com/


Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa KRU Music

Majlis berbuka puasa anjuran KRU Music diadakan sekaligus untuk melancarkan dua buah album terbaru. Satu, album Oh My Raya! dan duanya, album ketuhanan berjudul Hijab Di Ufuk Barat. Berlangsung dalam suasana penuh santai dan meriah, majlis berbuka puasa ini dihadiri oleh beberapa orang selebriti yang terlibat menyumbangkan suara untuk menghasilkan kedua album ini.

Jom tengok siapa yang hadir :

Natassia MaltheAC Mizal & MawiAzmir ArifAC Mizal & MawiIla SabriSekitar Majlis Berbuka Puasa KRU MusicSekitar Majlis Berbuka Puasa KRU MusicSekitar Majlis Berbuka Puasa KRU MusicSekitar Majlis Berbuka Puasa KRU Music
sumber ; http://www.budiey.com/