
Seperti yang dijangka, memang Nora Danish tiada niat ingin menunjuk-nunjuk. Kata Nora:-
Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja. Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat.
Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang ‘dia’. Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya

Hubungan kami sudah okey dan berjalan dengan baik, tetapi masih ada yang seperti cuba melaga-lagakan kami berdua. Ada sahaja cerita-cerita kurang enak tentang kami kedengaran, saya tidak mahu kerana mereka, kami nampak seperti bergaduh pula. Sedangkan kami sudah berkawan seperti biasa.
Semoga di bulan baik ini, hubungan Fasha dan Nora akan bertambah rapat dan mesra lagi. Nanti hari Raya jangan lupa kongsi gambar anda berdua. Pasti seronok melihat mereka berdua bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi Hari Raya. Tak gitu? sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment