MENARIK : Duit Malaysia yang jarang kita lihat | Asal-usul nama ringgit
Perkataan ringgit bermaksud "bergerigi" dan asalnya memaksudkan sisi bergerigi yang terdapat pada wang perak dolar Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-16 dan ke-17. Dolar Singapura dan dolar Brunei juga dipanggil ringgit dalam bahasa Melayu (namun mata wang A.S. dan Australia tetap dolar). Dengan itu, singkatan rasmi ringgit Malaysia ialah "RM".
Perkataan ringgit dan sen diterima guna sebagai nama rasmi pada Ogos 1975. Sebelum ini, ia dipanggil dollar dan cent dalam bahasa Inggeris . Di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, nilai 10 sen dipanggil satu kupang (atau "poat" dalam bahasa Hokkien), cth. 50 sen bersamaan 5 kupang (atau "5 poat" dalam bahasa Hokkien).
Sejarah
Pada 12 Jun 1967, mata wang ringgit Malaysia yang dikeluarkan oleh bank pusat yang baru, iaitu Bank Negara Malaysia, menggantikan ringgit Malaya dan Borneo British pada tara. Mata wang baru ini memelihara segala peringkat nilai pendahulunya kecuali nilai $10,000, serta mewarisi skim warna ringgit lama itu. Pada berpuluh-puluh tahun yang berikutnya, perubahan kecil dilakukan pada wang kertas dan syiling sekali, mulai pengeluaran syiling M$1 pada tahun 1967, hingga penyahwangan wang kertas M$500 dan M$1000 pada 1990-an.
Lambang "$" (atau "M$") diganti dengan "RM" sekitar tahun 1993, namun di peringkat antarabangsa, "MYR" (MY sebagai kod negara Malaysia) lebih diterima umum.
Apabila ringgit Malaysia mengambil tempat ringgit Malaya dan Borneo British pada tara, ringgit baru ini asalnya bernilai 8.57 ringgit sepaun sterling British. Pada November 1967, lima bulan selepas ringgit baru diperkenalkan, mata wang paun turun nilai sebanyak 14.3%. Mata wang baru ini tidak terjejas tetapi wang kertas dolar Malaya dan Borneo British masih ditetapkan pada 8.57 dolar sepaun; oleh itu, wang-wang kertas yang lama ini dikurangkan nilainya kepada 85 sen seringgit.
Sungguhpun wujudnya mata-mata wang baru di Malaysia, Singapura dan Brunei, namun oleh sebab Perjanjian Kesaling bolah tukaran yang dipatuhi oleh ketiga-tiga negara tersebut sebagai bekas anggota sebuah kesatuan mata wang, ringgit Malaysia juga boleh ditukar pada tara dengan dolar Singapura dan ringgit Brunei hingga 8 Mei 1973, ketika kerajaan Malaysia mengundurkan diri daripada perjanjian itu. Lembaga Kewangan Singapura dan Lembaga Mata Wang dan Kewangan Brunei masih memelihara kesalingbolehtukaran dua mata wangnya hingga kini.
Antara tahun 1995 hingga 1997, ringgit diniagakan sebagai mata wang terapung bebas pada sekitar 2.50 sedolar Amerika Syarikat, tetapi kemudian menjunam ke bawah paras 3.80 sedolar menjelang tahun akhir 1997, ekoran krisis kewangan Asia Timur pada tahun berkenaan. Pada separuh pertama tahun 1998, mata wang ringgit berubah-ubah antara kadar 3.80 hingga 4.40 sedolar, sebelum Bank Negara Malaysia menetapkan nilai ringgit pada kadar 3.80 sedolar selama hampir tujuh tahun mulai September 1998, sambil membiarkan mata wang ringgit terapung dengan mata-mata wang yang lain.
Berikut adalah koleksi wang kertas Malaysia yang jarang kita lihat:
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment