Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts
Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts

Terkini!!Malaysia Bakal Di landa Fenomena Hujan Meteor

on Monday, August 12, 2013

Terkini!!Malaysia Bakal Di landa Fenomena Hujan Meteor


http://s1.ibtimes.com/sites/www.ibtimes.com/files/styles/v2_article_large/public/2012/10/04/2011/08/15/146878-perseid-meteor-shower.jpg
Pancuran Meteor Perseid

Malaysia bakal menyaksikan Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus pada malam Isnin 12hb 8 2013 sehingga subuh pada Selasa. Pancuran meteor Perseid ini adalah antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid pula, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer.

Menurut Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam Isnin.


sumber

Terbaru!!Rakaman Wajah Pembunuh Upahan di CCTV

on Thursday, August 1, 2013

Terbaru!!Rakaman Wajah Pembunuh Upahan di CCTV

 
 Wajah Suspek

Setelah dua hari kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, pihak polis telah mengenalpasti identiti Pembunuh Upahan melalui rakaman CCTV berhampiran Lorong Ceylon Kuil Kuan Yin. Lelaki yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di sekitar Kuala Lumpur.

Semasa kejadian Najadi sedang berjalan ke kereta bersama dengan isterinya selepas berunding mengenai perjanjian harta tanah di sebuah kuil. Seorang lelaki datang tiba-tiba datang dari belakang dan menembak beliau. Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan. Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah teksi.
Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

Motif pembunuhan itu adalah dendam dan dipercayai berkaitan dengan pembelian harta tanah, yang dilakukan oleh mangsa.

p/s: tengok muka suspek, macam relax je..tak sangka ada misi besar.


Sumber

Gempar!Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Kemalangan

 Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Kemalangan

Gambar Chua Boon Huat Pemain Hoki Negara Maut Kemalangan


Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Kemalangan | Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut dalam satu kemalangan ngeri selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi tadi. 





Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Chua Boon Huat yang berumur 33 tahun antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. – bHarian


Sumber

Jawapan!Norsiah Enggan Komen Kenyataan Farid Kamil

Jawapan!Norsiah Enggan Komen Kenyataan Farid Kamil

Norsiah Enggan Komen Kenyataan Farid Kamil |  IBU kepada aktres Diana Danielle, Norsiah Ramli enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan terbuka yang dikeluarkan oleh menantunya, Farid Kamil menerusi pihak media semalam.

Farid mengatakan ibu mertuanya itu perlu terlebih dahulu berjumpa dengannya sekiranya Norsiah ingin bertemu dengan anak dan cucunya yang kini masih berada di Australia.

Antara kenyataan terbuka aktor itu sebelum ini ialah, "saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

"Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati," katanya menerusi mStar.

Tindakan Farid yang dilihat cuba menjarakkan hubungan di antara kedua ibu kandung dan anaknya itu bagaimanapun kurang disenangi sebahagian besar peminat industri hiburan tanah air yang terang-terangan mencemuh perbuatan Farid di laman-laman blog dan sosial seperti Facebook dan Twitter.-mynewshub

Gempar!!Bayi 13 Bulan Nyaris Maut Kerana Kuih Raya

on Sunday, July 28, 2013

Gempar!!Bayi 13 Bulan Nyaris Maut Kerana Kuih Raya

Bayi 13 bulan tersepit mesin pengadun kuih
Anggota bomba membantu mengeluarkan tangan bayi tersebut

Penangan kuih raya. Kejadian bayi/kanak-kanak cedera terkena mesin, minyak panas dsb, banyak kita dengar menjelang hari raya. Kadang-kadang bila terlalu asyik buat persediaan, ada di antara kita yang mengabaikan aspek keselamatan.

Kejadian yang terbaru melibatkan seorang bayi, Mohd Uqshah Iman Ramli, berusia 13 bulan yang nyaris maut atau kehilangan jari apabila tangan kirinya tersepit pada mesin pengadun kuih di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, Muar. Dalam kejadian jam 10.30 pagi, beliau dipercayai bermain bersendirian berhampiran mesin pengadun yang dikendalikan oleh ibunya yang berada di atas lantai.

Bayi 13 bulan tersepit mesin pengadun kuih
Maznah cuba memujuk anaknya yang menangis kesakitan

Bayi tersebut bernasib baik kerana tindakan pantas seorang pekerja yang segera menutup suis mesin berjaya menyelamatkan beliau dari maut atau kelhilangan jari kiri. Namun, tangan kiri serta mulutnya bengkak serta berdarah kerana semasa kejadian, badan beliau bergerak sama mengikut mesin itu yang sedang berpusing menyebabkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.

Tiga anggota bomba yang datang membantu terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka skru sebelum tangan anak berjaya ditarik keluar.

p/s: Hati-hati semua. Jangan nanti hanya kerana kuih raya, ada yang menyesal seumur hidup.

Sumber

TERKINI! 'Undang-undang Islam dicabar'!!

on Saturday, July 27, 2013

TERKINI! 'Undang-undang Islam dicabar'!!



Anna Lim (kanan) ketika mengadakan pertemuan bersama Che Mat, kelmarin

'Undang-undang Islam dicabar' | KUALA LUMPUR - "Satu demi satu undang-undang Islam dicabar hari ini. Orang Islam sewenang-wenangnya dicabar. Saya amat sedih dan kecewa kerana ada orang Islam sendiri yang mencabar. Cabar sesama Islam, cabar pihak berkuasa."

Demikian keluhan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dalam reaksinya terhadap pertikaian keputusan Majlis Fatwa yang mengharamkan wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik.

Menurutnya, keputusan Majlis Fatwa tidak boleh dipertikaikan, justeru sebarang kenyataan yang hendak dibuat perlu ambil kira keputusan dibuat mufti dan perlu dihormati.

"Saya bimbang isu cabar mencabar ini tidak kira sama ada antara bukan Islam dengan orang Islam, atau sesama Islam sendiri akhirnya akan mewujudkan suasana yang  mana orang ramai tidak lagi menghormati undang-undang,"katanya mengulas isu empat peserta Islam dilarang menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 2 Ogos ini berikutan keputusan Majlis Fatwa yang menegah penglibatan wanita Islam dalam acara seumpama itu.

Malangnya, ada dalam kalangan wanita itu yang dilaporkan mempertikaikan larangan tersebut yang sekali gus boleh dianggap menghina undang-undang Islam.

Meskipun akhbar kelmarin sudah menyiarkan kenyataan mereka yang terbabit memohon maaf selain menjelaskan mereka tidak bermaksud menghina agama, Che Mat berkata, siasatan terhadap mereka sudah dibuka mengikut Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menyifatkan kenyataan itu sebagai menghina Islam.

Individu yang disabitkan dengan kesalahan mengikut akta itu boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Jika mereka terus ambil bahagian dalam pertandingan ini, mereka dianggap melanggar Seksyen 9 akta sama, sekali gus menghina pihak berkuasa, mengingkari, melanggar dan menghina perintah Yang di-Pertuan Agong.

"Mereka yang persenda fatwa, yang menyertai pertandingan kedua-duanya diambil tindakan,"katanya.

Che Mat berkata, dalam tempoh dua hari sejak kelmarin, ada antara empat wanita terbabit hadir ke pejabat Jawi untuk lengkapkan proses mengambil keterangan dan siasatan.

"Mereka dipanggil ke pejabat Ketua Penguatkuasa Jawi sebelum dibawa kepada Pendakwa Syarie. Siasatan dijangka siap sebelum Aidilfitri dan keputusan tindakan akan dibuat selepas Aidilfitri," katanya.

Che Mat bagaimanapun enggan mendedahkan siapa daripada empat wanita itu yang sudah hadir.

Ditanya mengenai permohonan maaf mereka terbabit sudah disiarkan akhbar, Che Mat berkata, pihaknya sedang meneliti tindakan lanjut selepas berunding dengan penguatkuasa.

"Mereka mahu jumpa dan bincang untuk permohonan maaf dan sebagainya, tetapi tindakan dan keputusan belum dibuat," katanya.

Ditanya lagi sama ada keempat-empat bekas peserta pertandingan ratu cantik itu akan dipanggil untuk sesi kaunseling supaya tidak timbul salah faham mengenai undang-undang Islam, Che Mat berkata, perkara itu hanya akan diputuskan selepas siasatan selesai.-sinar harian

Gempar!!Isu makan di bilik persalinan,Guru Besar terima 2 ugutan bunuh!

on Friday, July 26, 2013

Gempar!!Isu makan di bilik persalinan,Guru Besar terima 2 ugutan bunuh!


Sebahagian murid Sekolah Kebangsaan Seri Pristana bukan beragama Islam makan di kantin selepas ia dibuka semula ketika tinjauan BH, semalam. - Foto Mior Azfar Mior Kamarulbaid

Isu makan di bilik persalinan: Guru Besar buat laporan polis bimbang keselamatan diri, keluarga

Sungai Buloh: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana (SKSP), Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis selepas menerima dua ugutan bunuh, dipercayai berkaitan isu penggunaan bilik persalinan dijadikan kantin sementara di sekolah berkenaan.

Laporan dibuat di Balai Polis Saujana Utama, di sini pagi semalam.

Mohamad Nasir memberitahu BH beliau menerima dua ugutan bunuh oleh individu tidak dikenali selain dikecam dengan kata-kata kesat di laman sosial yang mengganggu emosinya dan keluarga.

“Laporan polis dibuat demi keselamatan saya dan keluarga. Malah, orang ramai turut menghukum saya melalui laman sosial berdasarkan maklumat yang tidak benar.


Terkini!!Sazzy Falak Nafi Tuduhan Sokong ‘Blogger’ Seks Di Facebook

on Thursday, July 25, 2013

Terkini!!Sazzy Falak Nafi Tuduhan Sokong ‘Blogger’ Seks Di Facebook | KUALA LUMPUR: Pelakon Sazzy Falak menafikan menyokong perbuatan penulis blog Alvin dan Vivian yang mempersendakan umat Islam dengan berkongsi gambar pasangan tersebut di laman sosial Facebook miliknya.

Sazzy atau Sazlini Shamsul Falak, 32, berkata, akaun Facebook peminat (fan page) miliknya itu berkemungkinan telah disalahgunakan oleh pihak pengurus akaun yang ditugaskan untuk menjaganya.

"Saya jarang mengemas kini akaun Facebook saya, selalunya tugas itu ada pihak pengurusan yang menjaganya.

"Saya sendiri terkejut dan tidak tahu tentang perkara itu, sumpah saya tidak melakukan perkara itu," katanya ketika ditemui pada program rakaman Melodi Raya, di sini, Selasa.


Sazzy berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya berkongsi gambar dengan status menyokong pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan umat Islam apabila memuat naik gambar mereka dengan kapsyen berbuka puasa bersama Bak Kut Teh (makanan berasaskan sup herba dan khinzir).


Akaun Facebook milik Sazzy yang mencetuskan kontroversi apabila menyokong tindakan pasangan kekasih Alvin Tan dan Vivian Lee dimuat naik pada Selasa.

Tambah Sazzy, dia masih sedar dalam menjaga sensitiviti masyarakat, budaya dan agama bangsa lain.

"Jika benar perkara itu berlaku dan ada yang berkongsi gambar tersebut di Facebook saya, saya minta maaf kalau saya telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

"Walaupun saya tidak beberapa jelas dengan perkara itu, namun pendirian saya ialah tidak berpihak kepada pasangan itu," katanya.


Dalam pada itu, Sazzy berkata dia enggan memperbesarkan hal tersebut dan menganggap sebagai salah faham.

"Saya tak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Sebab, saya ada banyak hal lagi untuk diuruskan. "Tapi apa-apa pun saya akan rujuk pihak yang menguruskan Facebook saya bagi mendapatkan penjelasan sebenar", katanya.-mstar


Bonus raya sebulan gaji untuk Selangor

Selangor umum bonus raya sebulan gaji




SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri sempena Aidilfitri tahun ini.
   
Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan itu dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.
   
"Pemberian bonus ini akan diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan...namun sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini," katanya pada sidang media di sini.
   
Ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri untuk mengekang ajaran syiah di Selangor, Abdul Khalid berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
   
"Jais akan mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya perlu diambil tindakan ke atas pihak yang mengamalkan ajaran itu, mereka (Jais) akan buat apa yang perlu," tambahnya. - Bernama

Sumber

Mrkopilekat ulas : Rezeki rakyat Selangor,Kerajaan Pusat bagi bonus,Kerajaan Negeri bagi sebulan gaji..

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut

on Wednesday, July 24, 2013

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut



KUALA BESUT - Barisan Nasional (BN) mendahului Pas dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut hari ini dengan majoriti 2,600 undi, demikian menurut kiraan tidak rasmi sehingga pukul 9.15 malam ini. - Bernama

Sumber

JERTIH: Keputusan terkini empat pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mendahului calon PAS, Endot @ Azlan Yusof dengan majoriti 1,968 undi


Keputusan Rasmi Calon BN,Tengku Zaihan menang dengan majoriti 2592
Tengku Zaihan,BN               = 8288
Endot@Azlan Yusof,Pas    =5696
Majoriti                                  =2592

Bantuan RM500 kepada penjawat awam diumum PM

Bantuan RM500 kepada penjawat awam diumum PM


KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama

Sumber

Sazzy Falak Dibelasah Peminat Isu Alvin dan Vivian

Sazzy Falak Dibelasah Peminat Isu Alvin dan Vivian


Cubaan Sazzy Falak untuk menjadi hero dan macam nampak bijak serta moden dalam isu pasangan porno Alvin dan Vivian di Facebook mengundang padah apabila dia ‘disekolahkan’ para pengguna FB yang lain.

Sazzy telah berkongsi sebuah rencana yang ditulis seorang blogger di wall miliknya.

Ramai yang menegur sikap Sazzy yang gagal memahami konteks perilaku berkenaan yang terjadi di negara yang mempunyai pelbagai kaum dan masyarakat.
Contoh yang diberikan penulis blog yang sama tidak berapa bijak itu tidak boleh dijadikan sandaran di Malaysia.

Mungkin Sazzy mahu semua orang tidak memberikan reaksi yang keterlaluan terhadap bahan jenaka, namun dia gagal faham bahawa jenaka yang bodoh  jika dibiarkan akan menjadi-jadi di hari yang mendatang.

Kita kena mencegah…atau merawat kanser di peringkat awal…bukannya di peringkat akhir.

Hari ini kalau kita biarkan Alvin dan Vivian, esok lusa yang lagi teruk pada itu akan muncul… yang Islam akan balas, yang bukan Islam pun membalas… apa akan jadi akhirnya?

Sensitiviti agama dan budaya sangat tinggi dalam masyarakat Malaysia… ada faham ke Sazzy? Atau tinggi sangat kenyataan mudah itu?

Jadi kepada Sazzy, fahamilah isu dalam konteks yang menyeluruh sebelum cuba nak tunjuk bijak.

Sumber

Kejam!!8 lelaki rogol budak 14 tahun bergilir-gilir!

Kejam!!8 lelaki rogol budak 14 tahun bergilir-gilir!


MARAN - Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun malang buat rakan mangsa, juga berusia 14 tahun apabila dirogol bergilir-gilir lapan lelaki terbabit di atas susunan tiang elektrik di kawasan semak berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan semak dalam keadaan mencurigakan.

Ketika memasuki jalan tidak bertar kurang 300 meter dari jalan utama untuk melakukan pemeriksaan, beberapa lelaki cuba melarikan diri dengan motosikal masing-masing sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis.

Seorang daripada mangsa ditemui terbaring tanpa pakaian di atas susunan tiang elektrik, manakala rakan mangsa dikurung dalam kereta salah seorang lelaki terbabit.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tinggal di sebuah tanah rancangan Felda dalam daerah ini keluar dari rumah masing-masing seawal jam 1 pagi tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Kedua mangsa dikatakan mahu ke rumah teman lelaki salah seorang daripada mereka di Temerloh, namun tidak mempunyai kenderaan sebelum menghubungi seorang rakan lelaki (suspek) untuk meminta pertolongan.

Selepas diambil dengan menaiki sebuah kenderaan, lelaki yang membantu mereka itu berhenti di sebuah stesen minyak berdekatan lokasi kejadian untuk berjumpa dengan rakan suspek lain.

Mangsa kemudiannya dibawa ke lokasi kejadian sebelum salah seorang daripada mereka dirogol bergilir-gilir dipercayai membabitkan lapan lelaki tidak dikenali.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, pemeriksaan kesihatan mengesahkan salah seorang daripada remaja malang itu dirogol bergilir-gilir.

Menurutnya, tiga suspek berusia 16 hingga 19 tahun berjaya ditahan untuk membantu siasatan manakala rakan mereka yang lain sedang diburu pihak polis.

Tergempar!!Haiwan pelik dan unik ditemui!


Tergempar!!Haiwan pelik dan unik ditemui!

Ismail memegang haiwan pelik yang ditemuinya di atas daun nipah di kawasan hutan berdekatan Kampung Alor Tuman



MARANG - Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.

Seniwati Datin Umi Kalthum meninggal dunia pagi tadi

Seniwati Datin Umi Kalthum meninggal dunia pagi tadi


Datin Umi Kalthum

KUALA LUMPUR: Seniwati Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di kediaman anak sulungnya di Taman Melawati, jam 4 pagi tadi. -  Sama2lah sedekahkan Al-Fatihah.. semoga berada dalam golongan orang2 beriman..Amin

Kurang Ajar!!Dakwa Fatwa Ratu Cantik DAH LAPUK,Bakal Terima HUKUMAN Dunia!

Kurang Ajar!!Dakwa Fatwa Ratu Cantik DAH LAPUK,Bakal Terima HUKUMAN Dunia!



 Seorang peserta ratu cantik Sara Amelia Bernard mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.

Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu "lapuk" dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.

Sara Amelia dalam tulisannya di Facebook menjelaskan, penganjur pertandingan berkenaan telahpun meminda peraturan untuk membenarkan peserta berpakaian sopan bagi memberi kesesuaian kepada peserta wanita beragama Islam.

"Saya telah diberitahu bahawa sebagai peserta beragama Islam, saya tidak akan memakai pakaian renang dalam pusingan baju renang sebaliknya hanya perlu berpakaian sederhana sama ada baju renang dengan seluar atau pakaian sukan.

"Saya juga telah diberitahu bahawa pertandingan akhir peringkat antarabangsa akan diadakan di negara Islam jiran kita, Indonesia," tulisnya.

Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Bali dan Jakarta pada bulan September di tengah-tengah ancaman protes oleh kumpulan konservatif agama. – MALAYSIAKINI.COM

Bakal Terima HUKUMAN Dunia


4 wanita Islam berkeras mahu sertai ratu cantik akan didakwa, hadapi denda RM3,000 atau 2 tahun penjara

Kuala Lumpur: Wanita Islam yang mempersoalkan fatwa mengharamkan mereka menyertai pertandingan ratu cantik selepas digugurkan daripada penyertaan merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 baru-baru ini, dijangka menghadapi tindakan kerana menghina Islam.

Ini berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan terhadap mereka semalam.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali, berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina.


Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

“Kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan akhbar BH menyatakan kekecewaan peserta dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik. -Berita Harian


I've always wanted to join Miss Malaysia, and was so excited to receive news that Muslim girls would be able to participate in Miss Malaysia World this year. It was finally an opportunity to show the world what true Malaysian beauty is. A beauty queen is not merely a pretty face but is intelligent, cultured, well-spoken, kind hearted, warm and friendly. She uses her title to help others and participates in various charities worldwide. The idea of working with underprievelaged children and the less fortunate motivated me deeply.

I went for the auditions where I first met the pageant organizer, Miss Malaysia Universe 1990, Datin Anna Lim. She's the type of lady who has a smile that can light up an entire room, a real beauty queen who radiates happiness and warmth wherever she goes. I was told that as a Muslim participant, I would not wear a bikini in the swimsuit round and instead be required to wear something more modest- either a swimsuit with pants or sports attire. I was also informed there that the international grand finals would be held in our Muslim neighbouring country, Indonesia.

At the auditions, I was given an autobiography book written by Datin Anna. In it were amazing tales of her life's adventure. It seems that we were both from Ipoh! I smiled when I flipped through the pages of photographs of her with orphaned children, cancer patients, Miss Universes's from other nations… I was even more impressed to learn that after the competition, she studied in London and became a stock broker! In fact, she also started her own interior designing firm. A true example of beauty with brains! That night I dreamed of following in her footsteps.

The next day, I received a call informing me that I had made it into the Top 20 Finalists! I was estatic and overjoyed. A few days later I joined the other girls for a photoshoot and press launch.

Just as news that 4 Muslim girls were participants had made headlines, however, it was published that a 'fatwa' existed banning Muslim women in Malaysia from participating in beauty pageants. Wawa, Miera, Kathrina and I were disqualified!

Today I am saddened, disappointed and outraged that in 2013 the country's largest ethnic race cannot participate in Miss Malaysia.

The reason why the 'fatwa' was created in 1996 no longer exists. Competition rules allow Muslim girls to dress modestly. Even if not, shouldn't religion be a personal choice? The first Muslim girl won Miss World USA in 2010, and in UK similarly many years ago.

Miss world pageant isn't about parading women to entice lust in men but to show the elegance and inner beauty of a woman since the organizations aim to help others through charities.

Why prevent us from making the country proud? If wearing tight attire is such a sin, why not ban swimming and gymnastics too?

As I type the last lines to this note, I just received a message from Datin Anna Lim who has made so much effort and braved to fight for our rights:

Please to inform you Dato' Anna Lim has been trying to arrange for a meeting with Datuk Wan Zahidi 'why muslim girls are illegal and sinful to participate in beauty pageants'? She wants to know which part of the Quran states that and hope to have a favourable explaination to this matter. But unfortunately her request on the meeting to discuss this matter has not be granted and no further explaination was made.

Please help our fight for justice, Malaysia. We're standing up against discrimination as this outdated 'fatwa' needs to be ammended.

Thanks everyone for all the love and support!

#missmalaysiaworld

Sumber -Pelbagai

Gempar!!'Doktor kurang hajar maki babi, bodoh'

Gempar!!'Doktor kurang hajar maki babi, bodoh'

Roslan (tengah) bersama pesakit yang tidak berpuas hati dengan layanan doktor pada sidang media di Kepala Batas, semalam.
Warga tua antara enam pesakit terima layanan kasar di Hospital Kepala Batas

Kepala Batas: “Temu janji saya untuk mendapatkan rawatan lambat lagi, tetapi anak saya nampak muka saya sudah lain dan perlu segera ke hospital. Tetapi bila pergi hospital, kena maki pula dengan doktor yang kata saya ini babi dan bodoh,” kata Hamid Salleh, 66.

Hamid adalah antara enam pesakit dari pekan ini yang mendakwa menerima layanan kasar dan tidak memuaskan, termasuk dicemuh dengan kata-kata kesat oleh doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas, baru-baru ini.

Tak patuh jadual rawatan

Hamid mendakwa, ketika dia ingin mendapatkan rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan, seorang doktor mengeluarkan kata kesat iaitu ‘babi dan bodoh’ terhadapnya disebabkan tidak mengikut jadual rawatan yang betul.

“Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, dia (doktor itu) tidak patut berkata begitu. Apatah lagi, saya ini orang tua yang dia kena hormat. Jadi, saya minta perkara ini disiasat kerana ia bukan perkara remeh. Ia membabitkan maruah dan kerjaya yang dianggap mulia oleh masyarakat,” katanya pada sidang media di Penang Golf Resort, di sini, semalam.

Sidang media itu dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin, bagi menampilkan empat pesakit yang mengaku menerima layanan buruk daripada doktor di hospital kerajaan di negeri ini.

Selain Hamid, tiga lagi pesakit lain yang hadir semalam ialah Mariani Mansor, 22, Shahidah Saad, 27 dan Nor Zawani Zakaria, 28.
Kehadiran mereka bagi membuktikan perkara yang dibangkitkan Roslan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini adalah benar.

Tiada etika kedoktoran

Roslan berkata, mereka adalah antara enam pengadu yang memaklumkan ada doktor yang tidak mematuhi etika kedoktoran kerana bertindak kasar dengan tidak memberi rawatan sewajarnya kepada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan.

Katanya, beliau mengetengahkan perkara berkenaan untuk perhatian wakil rakyat serta meminta Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan menyiasat perkara itu sama ada benar atau tidak.

“Beberapa pesakit menemui saya mengadu mengenai perkara ini dan saya mengambil kesempatan mengemukakan perkara ini pada sidang DUN untuk perhatian wakil rakyat, namun mendapat tentangan wakil rakyat pakatan pembangkang,” katanya.

Kredit

Aduyaii!! Dua Pasangan Pelajar IPTA Dicekup Khalwat

on Monday, July 22, 2013






Aduyaii!! Dua Pasangan Pelajar IPTA Dicekup Khalwat


 Pegawai Penguatkuasa JAJ sedang menyoal siasat pelajar IPTA yang ditangkap berkhalwat.


Dua Pasangan Pelajar IPTA DiCekup Khalwat | KLUANG - Dua pasangan kekasih yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara yang ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel bajet, awal pagi kelmarin.

Kedua-dua pasangan itu ditahan bersama pasangan masing-masing pada jam 4.10 pagi hasil daripada operasi yang dijalankan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor berkata, operasi yang dijalankan itu melibatkan lapan kakitangan JAJ bersama-sama dengan empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang bermula jam 1 hingga 6 pagi.

"Pasangan tersebut antara tujuh pasangan yang ditahan ketika serbuan dilakukan di hotel bajet dan bilik sewa di sekitar bandar Kluang.

"Ketika soal siat dilakukan, kedua-dua pasangan tersebut berusia antara 20 hingga 21 tahun itu memberi alasan ketiadaan bas untuk pulang ke rumah kakak salah seorang daripada penuntut IPTA tersebut yang terletak di Pekan Paloh.


"Kesemua yang ditahan ditangkap dalam bilik berasingan tetapi hotel bajet yang sama. Hasil pemeriksaan lanjut, mereka berempat mempunyai sebuah kereta yang digunakan untuk balik daripada Melaka ke Kluang sempena cuti Hari Kemerdekaan kelmarin," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, tindakan yang dilakukan oleh mereka itu membuatkannya rasa kesal kerana mereka merupakan pelajar IPTA dan sanggup melakukan perbuatan sedemikian hingga tidak tahu bezakan antara perbuatan itu buruk ataupun sebaliknya.

"Sepatutnya sebagai pelajar IPTA, mereka menjadi contoh terbaik masyarakat," katanya.

Katanya, kesemua pasangan itu akan dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarga masing-masing dan akan di dakwa di bawah seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman Denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.-sinar harian

Abby menikah di Thailand, mahu cepat elak maksiat

 Abby menikah di Thailand, mahu cepat elak maksiat



Selain perkahwinan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah yang didedahkan minggu lalu, pernikahan Abby Abadi dan seorang pemuda berusia 24 tahun juga menjadi bahan bualan ramai peminat hujung minggu lalu.

Dengan situasi pernikahan beliau yang nampak tergesa gesa, ada yang timbulkan spekulasi mengatakan Abby Abadi dan suaminya itu bernikah di selatan Thailand sebagai jalan mudah.

"Ya saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah," ujar Abby Abadi berterus terang kepada Harian Metro.

"Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT — maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik"

"Jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan. Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa," tambah Abby Abaid lagi.

Suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar pula kongsikan yang majlis persandingan mereka akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini manakala di Tumpat, Kelamtan pada 6 September depan.

GEMPAR!!Adlin Binti Abd Jalil(Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara) kini kembali aktif menghina agama Islam

on Sunday, July 21, 2013

Adlin Binti Abd Jalil(Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara) kini kembali aktif menghina agama Islam



Antara kata-katanya dalam Facebook..

Assalamualaikum dan selamat pagi sayang-sayangku! Bangun pagi jangan nak harap tonggek 2 rakaat jer! Orang yang rajin bangun untuk menonggek 2 rakaat tak gerenti sihat. Kalau nak betul-betul sihat, bangun pagi toksah jaga hati si dewa bulan Arab keparat si A**** swt tuh. Lebih elok berlatih berlari pantas untuk melintasi titian siratul mustaqim. Ini buktinya makcik boleh lari dan melintas lebih pantas dari si nabi keparat Babi M********! 


Ini link Facebook Makcik Hajjah Sitt Al-wuzara atau nama sebenar Adlin Binti Abd Jalil
Kita sebagai umat Islam xkan nak tengok saja benda ni berleluasa..
jom ramai2 report,samada di FB atau dengan pihak berkuasa..
SEBARKAN!!

                                                                                                                                          KREDIT