Showing posts with label Dalam Negeri. Show all posts
Showing posts with label Dalam Negeri. Show all posts

Gempar!!Cabut Batu Nisan Kerana Terima Wahyu Dari Tuhan

on Friday, August 16, 2013

Gempar!!Cabut Batu Nisan Kerana Terima Wahyu Dari Tuhan


ALOR GAJAH - Misteri batu nisan dicabut dan dipecahkan di Tanah Perkuburan Solok Zakaria, di sini, yang dikesan hujung Ramadan lalu, terungkai apabila ia didapati dilakukan dua beradik yang mendakwa menerima 'wahyu daripada tuhan'.
  
Beberapa batu nisan di kubur itu didapati pecah beberapa hari sebelumAidilfitri 8 Ogos lalu. Bilangan nisan yang pecah bertambah selepas itu.
 
Katanya, seorang penduduk melihat seorang wanita berusia 58 tahun bersama adik lelakinya yang berusia 44 tahun sedang leka memecahkan batu nisan berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi, Isnin lalu.
  
Menurut seorang penduduk yang tinggal kira-kira 50 meter dari kawasan kubur itu, Azri Ayob, 53, ketika kejadian, dia sedang memberi makan kepada ayam dan itiknya di reban di belakang rumahnya.
  
"Ketika itu saya lihat seorang perempuan dan lelaki sedang mencabut, memecahkan batu-batu nisan dengan tukul dan membuang batu-batu nisan tersebut.
  
"Saya tanya mereka mengapa buat begitu. Wanita itu berkata, dia mendapat 'alamat' daripada tuhan yang menyuruh dia mencabutkan batu-batu nisan di sini kerana tiada orang (mati) di tempat itu," katanya.
    


Azri berkata, bimbang lebih banyak batu nisan dipecahkan, dia menghubungi polis dan melaporkan perbuatan dua beradik itu.
   
Menurutnya, dia kembali semula ke kubur itu kemudian, tetapi dapati kedua adik beradik itu sudah beredar, dengan menaiki sebuah Proton Iswara Aeroback.   
   
"Saya kemudian mengekori sehingga ke rumah mereka sejauh kira-kira satu kilometer dan mencatat nombor pendaftaran kereta itu untuk diserahkan kepada polis," katanya.
   
Menurut Azri, dia menyedari batu nisan berkenaan tercabut beberapa hari sebelum hari raya ketika dia membakar rumput dan daun-daun kering di belakang rumahnya.
   
"Selepas membakar, saya sedar terdapat banyak batu nisan dilonggokkan di situ, tetapi masa itu saya tak pasti puncanya.
   
"Keesokan harinya, saya periksa tempat pembakaran itu dan melihat bilangan batu nisan bertambah. Apabila saya periksa kubur-kubur di situ, saya dapati lebih 50 batu nisan telah dicabut dan pecah," katanya.
   
Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kedua orang yang disyaki itu ditahan di rumah mereka di Kampung Jelatang, kira-kira 4.30 petang hari yang sama.
   
"Siasatan awal mendapati wanita itu menyuruh adiknya mencabut batu-batu nisan di tanah perkuburan tersebut selepas mendapat 'rahmat' daripada tuhan.
   
"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui bagaimana ia memperoleh 'rahmat' seperti didakwanya," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
   
Menurut Umar Ali, kedua-duanya kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan perkuburan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Gempar!!Disimbah Asid Di Lampu Isyarat,Wanita Cedera !!

on Tuesday, August 13, 2013

Gempar!!Disimbah Asid Di Lampu Isyarat,Wanita Cedera !!

asid

KUALA LUMPUR – Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Amapng di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa."Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini.

Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek. Katanya siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.

Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut. "Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan," katanya.- BERNAMA

Kejam!!Kaki Di hiris Penculik 3 Hari Berturut-turut

on Monday, August 12, 2013

Kejam!!Kaki Di hiris Penculik 3 Hari Berturut-turut


Kuala Lumpur: "Daging jari kaki kanan saya dihiris setiap hari manakala tangan kanan dan belakang badan ditoreh dengan pisau apabila keluarga enggan memberikan wang kepada mereka," kata pemuda hanya mahu dikenali sebagai Am, 23, yang menjadi mangsa culik kenalannya sendiri menceritakan pengalaman ngeri dialaminya ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri.

Am mendakwa diculik kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu oleh sekumpulan lima penjenayah berusia 22 dan 31 tahun yang mahukan wang tebusan RM3,000 sebelum dikurung dalam beberapa rumah sekitar ibu negara termasuk di Jalan Pahang, di sini, dan diseksa sepanjang dijadikan tawanan.

Penderitaan tiga hari Am berakhir apabila dia dapat diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Setapak, di sini, diketuai Asisten Superintendan Shan Gopal kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Malah, kelima-lima suspek turut diberkas ketika urusan pertukaran antara mangsa dan wang tebusan dilakukan di sebuah restoran di Setapak selepas pihak berkuasa menerima laporan kejadian itu, Jumaat lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, Am berkata, dia mengenali tiga daripada lima suspek melalui kenalannya sejak beberapa bulan lalu.

Sumber : Here
 

Tak Berhati Perut!!Ibu Dianggap Pembawa Sial

on Friday, August 9, 2013

Tak Berhati Perut!!Ibu Dianggap Pembawa Sial

Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Kerana kekayaan, ibu di buang.
Itulah yang terjadi kepada seorang ibu dari Bandar Kinrara yang dibuang oleh anaknya ke rumah orang tua-tua, kerana dianggap pembawa sial, menyusahkan serta tidak mendatangkan sebarang kebaikan untuk perniagaannya.

Dan sejak di hantar ke situ, tujuh tahun lalu, ia tidak pernah dipedulikan oleh keluarga dan tiga orang anak mak cik.

Semoga kedatangan aidil fitri kali ini membawa berita gembira buat ibu tua ini. Pada yang masih punya ibu, hargai mereka. Jangan sesekali sisihkan mereka dari hidup kita, kerana tiada keberkatan untuk mereka yang melakukanya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Sumber

Terkini!!Ibu kepada suspek serah Wan Aisyah kepada polis!

on Monday, August 5, 2013

Terkini!!Ibu kepada suspek serah Wan Aisyah kepada polis!

KEMASKINI:Adik Wan Aisyah Wan Exzan yang hilang sejak 2 Ogos kerana dipercayai diculik, telah diserahkan ke Balai Polis Sungai Nibong oleh ibu suspek pagi tadi.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah.

Mazlan berkata Wan Aisyah berada dalam keadaan yang sihat.

“Kami sudah maklumkan perkara ini kepada Balai Polis Rawang. Pihak Polis di sana akan mengaturkan maklumat perjalanan ibu Wan Aisyah ke sini untuk mengambil anaknya,” katanya kepada Astro Awani.

KUALA LUMPUR:Berita tentang kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun telah mendapat perhatian meluas di laman media sosial apabila orang ramai menggesa tindakan pantas pihak polis untuk mencarinya.

Berita kehilangan adik Wan Aisyah Wan Exzan mula disebarkan kepada umum oleh ibunya yang dikenali sebagai Cikgu Arbaiyah di Facebook, apabila beliau memuatnaikkan gambar anak beliau yang sedang didukung oleh suspek.

Kejadian itu dikatakan berlaku di pasaraya Jaya Jusco di Rawang.

Gambar itu telah dikongsikan dengan meluasnya di laman Facebook dan Twitter dengan harapan dapat menolong keluarga Wan Aisyah untuk mencarinya.

Ibu Wan Aisyah juga turut menulis di Facebook bahawa keluarganya sudah puas menangis sejak kehilangan Wan Aisyah dan mereka kini amat merinduinya.


Satu "hashtag" yang dipanggil #findaisyah juga menjadi topik perbualan di laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang mengesahkan kejadian itu, berkata ibu Wan Aisyah telah membuat laporan polis sehari selepas kehilangannya pada 2 Ogos.

Abdul Rahim berkata dalam laporan polis itu, ibu Wan Aisyah yang merupakan guru sekolah SMK Sg Choh telah berkenalan dengan suspek melalui Facebook pada bulan Mei tahun ini.


“Ibunya yang telah bercerai, berkawan rapat dengan lelaki itu dan kedua mereka telah berjumpa sekurang-kurangnya empat kali sebelum kejadian ‘penculikan’ itu.

“Lelaki itu telah berjanji untuk berkahwin dengan ibu Wan Aisyah selepas Hari Raya dan telah berjanji untuk membawa keluarga itu untuk berbulan madu. Ibu Wan Aisyah juga telah membantu menjana perniagaan lelaki itu dengan memberikan RM25,000 kepadanya.

“Pada 2 Ogos, lelaki itu telah meminta kebenaran ibu Wan Aisyah untuk membawa kanak-kanak itu ke Jabatan Imigresen, kononnya untuk membuat pasport. Wan Aisyah hilang selepas itu,” kata Abdul Rahim.

Abdul Rahim berkata pihak polis kini sedang menjejaki lokasi suspek.

Sementara itu, orang ramai turut mencurahkan rasa simpati dan harapan untuk keluarga Wan Aisyah bertemu semula dengannya.


Kejam!!Nyaris Maut Hanya kerana Sebatang Pensel

on Saturday, August 3, 2013

Kejam!!Nyaris Maut Hanya kerana Sebatang Pensel


 http://fathiyahandini.files.wordpress.com/2012/11/pensil-warna-kayu.jpg
 Pensel Warna

Kejam. Hanya kerana sebatang pensel warna dibeli oleh bapanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila didera bapa kandungnya sendiri selama hampir dua jam dalam kejadian di rumah mereka di Sentul Utama, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilaporkan dirotan, dicekik, disepak sebelum dipijak di bahagian perut. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut ditumbuk sebelum kepalanya dibotakkan bapanya yang berusia 30-an itu. Lelaki tersebut hanya berhenti mendera anaknya selepas melihat mangsa dalam keadaan lemah.

Akibat perbuatan keji si bapa, kanak-kanak terbabit bukan sekadar trauma sebaliknya mengalami kecederaan serius di tangan kiri, paha kanan dan kepala.
p/s: Nampaknya bila syaitan diikat di bulan puasa, ramai pulak manusia yang nak mengambilalih tugas syaitan.

Sumber

Hilang Akal!!Kerana Cinta Gadis Sanggup Toreh Tangan!

Hilang Akal!!Kerana Cinta Gadis Sanggup Toreh Tangan!

Memang sedih!!! mungkin dikecewa telah up date status bahawa telah menoreh tangannya hingga berdarah kerana cinta.Sekadar nasihat untuk para pembaca sekelian memang agak sukar menerima hakikat bahawa si dia telah curang atau minta putus tambahan pula semuanya telah diberikan kepadanya.Namun janganlah bertindak bodoh hingga sanggup cederakan diri sendiri sedikit hadis yang perlu kita fahami

Jadi bermuhasabah diri ada hikmah disebaliknya.Anggaplah ini adalah ujian Maha Esa.Yakinlah kepada Allah dan berubahlah insyaAllah anda akan merasai tenang dan lapang,


Sumber

Gempar!!Anak pengasas Ambank Berhad dedah punca sebenar ayah ditembak!

Gempar!!Anak pengasas Ambank Berhad dedah punca sebenar ayah ditembak!

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh meminta Pascal Najadi, anak pengasas Ambank Hussain Ahmad, kembali ke Malaysia untuk membantu siasatan kes pembunuhan bapanya.

"Kembalilah ke Malaysia dan bekerjasama dengan pihak polis supaya kita boleh tahu apa yang sebenarnya berlaku," kata Mohmad kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Masjid India malam tadi.

Mohmad (kiri) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dari Malaysiakini berhubung penafian Pascal yang kematian bapanya ada kaitan dengan satu urusan hartanah.

Semalam, Pascal Najadi dilaporkan berkata bahawa pembunuhan bapanya bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapanya ditangkap.

Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, (kiri) terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan sebuah tokong di Lorong Ceylon di ibunegara.

Mahmod berkata Pascal tidak berada di Malaysia dan mungkin dia tidak mengikuti perkembangan berhubung perkara tersebut.

"Dia membuat penafian di luar negara. Dia bukan di Malaysia tetapi di Rusia," kata Mohmad sambil menambah bahawa penafian tersebut tidak akan menyelesaikan kes itu.

Oleh itu, beliau mengulangi bahawa Pascal yang juga timbalan pengerusi Arab Investments for Asia Kuwait Limited (AIAK) patut pulang ke Malaysia.

'Suspek masih di negara ini'

Mengenai perkembangan terkini siasatan kes tersebut, Mohmad berkata suspek utama, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di negara ini.

"Kami sedang berusaha untuk mengesannya dari semua sumber, termasuk rakan-rakannya, keluarganya dan jiran-jirannya," katanya.

Kurang Ajar! Dua Individu Dicekup Di Bulan Ramadan!!

Kurang Ajar! Dua Individu Dicekup Di Bulan Ramadan!!


BESUT– Dua individu termasuk seorang wanita ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan secara terbuka di tempat awam pada bulan Ramadan serta menjual makanan kepada orang Islam tidak berpuasa, kelmarin.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ibu tunggal berusia 40-an itu diberkas di rumahnya di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut oleh sepasukan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut setelah mendapat maklumat orang awam.

Menurutnya, dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita terbabit dipercayai sedang menjual nasi bungkus kepada beberapa pelanggan di rumahnya.

"Bagaimanapun, penguat kuasa gagal memberkas pelanggan yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa, sementara wanita terbabit ditangkap dan sebanyak 10 bungkus nasi turut dirampas," katanya.

Menurut Azmi, pihaknya telah melakukan intipan selama beberapa hari sebelum menyerbu rumah wanita terbabit.

Katanya, wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 19(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syarie (takzir) negeri Terengganu kerana tidak menghormati bulan puasa (menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa).

Sementara itu katanya, dalam operasi yang turut disertai Penguat kuasa Majlis Daerah Besut itu, pihaknya menahan seorang lelaki beragama Islam berusia 56 tahun di dalam sebuah kedai milik lelaki bukan Islam pada jam 10 pagi, hari yang sama.

"Lelaki terbabit ditahan selepas anggota penguat kuasa yang menyerbu kedai tersebut mendapati dia menghisap rokok di situ dan akan didakwa di bawah Seksyen 19 (b) enakmen yang sama kerana tidak berpuasa," katanya.

Azmi berkata, tangkapan tersebut yang pertama sepanjang Ramadan ini dan pihaknya akan melakukan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan bagi menjaga kesucian Islam.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 10 premis membabitkan premis perniagaan dan rumah termasuk sebuah rumah di Kampung Pangkalan Sentul, Jertih diperiksa.

Sumber

Innalillah..Bilal Surau Di Bangi Meninggal Ketika Sujud!

on Thursday, August 1, 2013

Innalillah..Bilal Surau Di Bangi Meninggal Ketika Sujud!  


BANGI – Seorang Ahli Jawatankuasa yang juga bilal Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi dekat sini ditemui meninggal dunia ketika sedang bersujud di dalam surau terbabit di sini hari ini.

Kejadian di bulan suci Ramadan Al Mubarak itu menggemparkan penduduk setempat

Sebelum ini kejadian seumpama itu hanya dilihat berlaku di negara luar yang boleh disaksikan menerusi laman Youtube semata-mata.

Pastinya inilah antara kematian yang dimimpikan kesemua umat Islam.

Apapun, semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmat dariNya. Al-Fatihah

Sumber

Terbaru!!Rakaman Wajah Pembunuh Upahan di CCTV

Terbaru!!Rakaman Wajah Pembunuh Upahan di CCTV

 
 Wajah Suspek

Setelah dua hari kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, pihak polis telah mengenalpasti identiti Pembunuh Upahan melalui rakaman CCTV berhampiran Lorong Ceylon Kuil Kuan Yin. Lelaki yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di sekitar Kuala Lumpur.

Semasa kejadian Najadi sedang berjalan ke kereta bersama dengan isterinya selepas berunding mengenai perjanjian harta tanah di sebuah kuil. Seorang lelaki datang tiba-tiba datang dari belakang dan menembak beliau. Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan. Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah teksi.
Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

Motif pembunuhan itu adalah dendam dan dipercayai berkaitan dengan pembelian harta tanah, yang dilakukan oleh mangsa.

p/s: tengok muka suspek, macam relax je..tak sangka ada misi besar.


Sumber

Gegar gempita!!Pelakon Utama Drama Tertikam Diri Sendiri

on Tuesday, July 30, 2013

013, 19:39, by mediasiber



Gegar gempita!!Pelakon Utama Drama Tertikam Diri Sendiri | PELAKON utama drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran drama itu, semalam.

Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.

Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.

"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu di bahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.

"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya di tangan saya," katanya.


Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini (tadi).

Menurutnya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.

Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz.-sinar harian

Terbaik!Hukuman buat dosa dalam kereta peronda

on Monday, July 29, 2013

Terbaik!Hukuman buat dosa dalam kereta peronda
KOTA BHARU – Perbuatan keji seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor yang mencabul kehormatan seorang gadis berusia 15 tahun dan memaksanya melakukan seks oral di dalam kereta peronda berbalas apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Ishak Mahmud, 49, dari Kampung Kelubi, Pasir Puteh bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dilakukannya kira-kira empat tahun lalu.
“Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan,” kata Azman.

Sumber

Kejam!!Bayi hangus dibakar untuk hapus bukti maksiat!

on Saturday, July 27, 2013

Kejam!!Bayi hangus dibakar untuk hapus bukti maksiat!


Kalau korang tak rasa sedih tengok gambar ni..entah la..”Bayi itu hangus daripada pinggang ke bawah dan berdasarkan maklumat diterima, pihak kami percaya tong berkenaan dibakar sejak pagi semalam (kelmarin) bertujuan menghapuskan bukti,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, di sini, semalam. Pada Rabu lalu, kes buang bayi dilaporkan di Kampung Permatang Duyong, Melaka manakala sehari sebelum itu, satu kes turut berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Satu lagi kes dilaporkan berlaku di Kedah, Isnin lalu. Abdul Rahim berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya, sama ada dibunuh sebelum ataupun selepas kejadian.
Sementara itu, pekerja kontrak MDKK, Abdul Rahman Husin, 29, yang mendakwa melihat mayat bayi berkenaan di dalam tong sampah ketika melakukan rutin harian memungut sampah berkata, dia bersama dua rakan sekerjanya terkejut sebaik melihat mayat bayi berkenaan bersama longgokan sampah yang dibakar di dalam tong MDKK. Menceritakan pengalamannya, beliau berkata ketika mahu mengiringkan tong sampah berkenaan dan seakan tidak percaya bahawa objek yang bergolek di dalamnya adalah seorang bayi cukup sifat. Ketika ditemui jam 11 pagi, ia hanya melecur pada bahagian kaki dan bara api masih ada.

TERKINI! 'Undang-undang Islam dicabar'!!

TERKINI! 'Undang-undang Islam dicabar'!!



Anna Lim (kanan) ketika mengadakan pertemuan bersama Che Mat, kelmarin

'Undang-undang Islam dicabar' | KUALA LUMPUR - "Satu demi satu undang-undang Islam dicabar hari ini. Orang Islam sewenang-wenangnya dicabar. Saya amat sedih dan kecewa kerana ada orang Islam sendiri yang mencabar. Cabar sesama Islam, cabar pihak berkuasa."

Demikian keluhan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dalam reaksinya terhadap pertikaian keputusan Majlis Fatwa yang mengharamkan wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik.

Menurutnya, keputusan Majlis Fatwa tidak boleh dipertikaikan, justeru sebarang kenyataan yang hendak dibuat perlu ambil kira keputusan dibuat mufti dan perlu dihormati.

"Saya bimbang isu cabar mencabar ini tidak kira sama ada antara bukan Islam dengan orang Islam, atau sesama Islam sendiri akhirnya akan mewujudkan suasana yang  mana orang ramai tidak lagi menghormati undang-undang,"katanya mengulas isu empat peserta Islam dilarang menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 2 Ogos ini berikutan keputusan Majlis Fatwa yang menegah penglibatan wanita Islam dalam acara seumpama itu.

Malangnya, ada dalam kalangan wanita itu yang dilaporkan mempertikaikan larangan tersebut yang sekali gus boleh dianggap menghina undang-undang Islam.

Meskipun akhbar kelmarin sudah menyiarkan kenyataan mereka yang terbabit memohon maaf selain menjelaskan mereka tidak bermaksud menghina agama, Che Mat berkata, siasatan terhadap mereka sudah dibuka mengikut Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menyifatkan kenyataan itu sebagai menghina Islam.

Individu yang disabitkan dengan kesalahan mengikut akta itu boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Jika mereka terus ambil bahagian dalam pertandingan ini, mereka dianggap melanggar Seksyen 9 akta sama, sekali gus menghina pihak berkuasa, mengingkari, melanggar dan menghina perintah Yang di-Pertuan Agong.

"Mereka yang persenda fatwa, yang menyertai pertandingan kedua-duanya diambil tindakan,"katanya.

Che Mat berkata, dalam tempoh dua hari sejak kelmarin, ada antara empat wanita terbabit hadir ke pejabat Jawi untuk lengkapkan proses mengambil keterangan dan siasatan.

"Mereka dipanggil ke pejabat Ketua Penguatkuasa Jawi sebelum dibawa kepada Pendakwa Syarie. Siasatan dijangka siap sebelum Aidilfitri dan keputusan tindakan akan dibuat selepas Aidilfitri," katanya.

Che Mat bagaimanapun enggan mendedahkan siapa daripada empat wanita itu yang sudah hadir.

Ditanya mengenai permohonan maaf mereka terbabit sudah disiarkan akhbar, Che Mat berkata, pihaknya sedang meneliti tindakan lanjut selepas berunding dengan penguatkuasa.

"Mereka mahu jumpa dan bincang untuk permohonan maaf dan sebagainya, tetapi tindakan dan keputusan belum dibuat," katanya.

Ditanya lagi sama ada keempat-empat bekas peserta pertandingan ratu cantik itu akan dipanggil untuk sesi kaunseling supaya tidak timbul salah faham mengenai undang-undang Islam, Che Mat berkata, perkara itu hanya akan diputuskan selepas siasatan selesai.-sinar harian

Panas!!Penjenayah Tetap Berani Samun Biarpun Di depan Balai Polis

on Friday, July 19, 2013

Panas!!Penjenayah Berani Samun Biarpun Di depan Balai Polis 



Keadaan cermin tingkap tempat duduk penumpang sebelah pemandu yang dipecahkan suspek dalam kejadian di Simpang Lima, semalam.

Penjenayah Tetap Berani Samun Biarpun Didepan Balai Polis (2 GAMBAR) | PARIT BUNTAR - Walaupun terdapat sebuah balai polis berhampiran persimpangan lampu isyarat di Simpang Lima, di sini tidak menggentarkan sekumpulan peragut untuk memecah masuk sebuah kereta dan menyamun beg tangan milik seorang wanita, pagi semalam.

Mangsa dikenali  sebagai Eng Mooi, 29, berkata, dalam kejadian jam 10 pagi itu, dia dalam perjalanan dari rumah di Taman Pekaka ke tempat kerja di Simpang Lima, di sini sebelum memberhentikan kenderaan di kawasan persimpangan lampu isyarat apabila lampu bertukar merah.

Menurutnya, kereta jenis Honda Civic yang dipandunya berada pada kedudukan keenam dari baris hadapan sebelum didatangi sebuah motosikal ditunggang dua lelaki yang berhenti di bahagian tempat duduk pemandu.

"Saya berasa hairan tindak-tanduk dua lelaki terbabit yang memberi isyarat kepada seseorang supaya datang ke kereta saya.

"Tidak lama selepas itu, saya menyedari terdapat sebuah motosikal lain yang turut  ditunggang dua lelaki dan diberhentikan di bahagian tempat duduk penumpang hadapan kereta sebelum memecahkan cermin kereta saya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Eng Mooi berkata, selepas memecahkan cermin itu, lelaki terbabit turut memasukkan badannya ke dalam kereta melalui cermin sehingga hampir keseluruhan badan, manakala kakinya dipegang oleh penunggang motosikal berkenaan untuk menstabilkan kedudukannya.

Jelasnya, dia yang cemas melihat tindakan lelaki terbabit dan cuba menumbuk suspek beberapa kali, bagaimanapun suspek lebih pantas meragut beg tangan yang diletakkan bersebelahannya.

"Setelah berjaya mencapai beg tangan saya, suspek segera keluar dari cermin kereta dan beredar bersama tiga rakannya yang lain.

Lokasi kejadian di mana kereta mangsa berhenti di persimpangan berlampu isyarat di Simpang Lima, Parit Buntar sebelum disamun.

"Berikutan kejadian itu, saya mengalami kerugian bernilai lebih RM1,000 selain kehilangan beberapa dokumen peribadi dan kerja yang penting," katanya.

Eng Mooi berkata, dia segera membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Lima selepas berlakunya kejadian tersebut.

"Saya turut bertanyakan penduduk tempatan mengenai kekerapan kejadian tersebut dan mereka menyatakan kawasan itu merupakan antara lokasi ragut yang kerap berlaku, terutama melibatkan pemandu wanita." katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kes kejadian dan menegaskan siasatan sedang dijalankan.-sinar harian