Showing posts with label Info Seram. Show all posts
Showing posts with label Info Seram. Show all posts

[3 Foto] Misteri Patung Menari Yang Menyeramkan

on Monday, March 18, 2013

Patung??? bagi sebahagian orang melihat patung merupakan hal yang biasa saja. Namun Patung juga dapat dikatakan memiliki kekuatan magis apabila dapat bergerak dan melakukan sesuatu.

Di Bali beberapa patung masih sangat dipuja. Setiap hari atau di hari-hari tertentu patung di Bali diberikan sajian kerana patung tersebut disucikan atau dikeramatkan. 
Namun berbeza di sebuah daerah di Manado, dua buah sosok patung yang terdapat di sebuah bangunan museum di kota Manado ini dikhabarkan dapat bergerak melakukan sebuah tarian sendiri pada jam-jam tertentu. Patung tersebut merupakan sosok patung lelakidan Wanita yang sedang menari!!. 

Bagaimana Kisah lengkapnya?? 

Patung ini memperlihatkan seorang lelaki (bahasa minahasanya Tole) dan 1seorang wanita (bahasa minahasanya Keke)

Mereka di gambarkan sedang menari tarian khas Minahasa "Maengket"

Patung ini terletak di halaman Gedung Taman budaya manado berhampiran dengan Gedung Pameran nya.

Menurut sumber dan sesh orang sekitar, Patung ini dibangun kira kira sejak tahun 80-an. Khabar mengatakan bahwa patung ini akan bergerak pada jam-jam tertentu, dan kedua patung ini akan menari dengan sangat tersusun.

Menurut beberapa warga yang tinggal di daerah itu, patung ini nanti akan bergerak setelah jam 12 malam ke atas dan hanya akan bergerak jika suasananya sepi, memang daerah tempat patung ini berada terkenal angker, bukan sedikit orang yang hilang secara misterius di daerah ini.

Ini adalah gerakan sang patung yang pernah terlihat:
Lokasi tempat patung ini berada, adalah dikawasan daerah angker

Kejadian Aneh Berlaku Di Padang Golf Ketika Azan

on Friday, January 25, 2013

Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang difwdkan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.

PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan laju.

Marsyal itu menjawab: “Datuk…. flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.

Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.

Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa akan terjadi.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.

“Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.

“Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah,” katanya.

Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.

Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya ‘sesat’ apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12.

“Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak. ”

Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang,” katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.

Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’ (out-bound).

Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.

“Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ,” katanya yang terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.

Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia ‘tercampak’ semula ke arah fairway.
Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.

Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?
Jawab Zubaidah, “Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

“Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”

Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk ‘Kisah misteri alam roh beri pengajaran berguna.’

Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila koma.

Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: “Seorang kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya. Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia bercerita mengenai kejadian misteri. ”

Dia mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini,” katanya.

sumber

Menangis Teresak-Esak di Sisi Mayat Isteri

on Wednesday, January 23, 2013

IPOH: Seorang suami tergamam sejurus melihat isterinya maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis dan diseret sebuah treler berhampiran persimpangan Jalan Raja Musa Aziz, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi, mangsa yang juga jururawat, Liew Suet Foong, 50, membonceng motosikal bersama suaminya ke tempat kerja.

Kejadian ngeri itu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian, manakala suaminya, Cheow Seng Yee, 62, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata kemalangan berlaku apabila pemandu treler terbabit tidak menyedari kehadiran motosikal pasangan itu sebaik membelok masuk di tempat kejadian.

“Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Silibin ke tempat kerja di sebuah klinik swasta di Jalan Raja Ekram bergesel dengan tayar lori treler terbabit.

“Akibatnya kedua-dua mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh. Ketika itu mangsa yang tidak sempat bangun dirempuh bahagian belakang treler itu menyebabkan dia diseret,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang parah di beberapa bahagian anggota tubuh termasuk kepala maut di tempat kejadian.

“Suami mangsa bagaimanapun terselamat dan hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, pemandu treler berusia 46 tahun ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Polis meminta saksi kejadian tampil memberi maklumat atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan,” katanya.

10 Gambar Jelmaan Hantu Yang Pernah Menggemparkan Negara Dahulu Hingga 2012

Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump. 

2. Hantu Kereta Remuk
Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka. 

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap 
Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers. 

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan 
Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok. 

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal 
Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini. 

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan 
Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka. 

7. Pocong Di Kawasan Kilang 
Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit. 

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada 
Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud. 

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin 
Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam. 

10. Wanita Kebaya Merah 
Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

Wajah Sebenar Hantu Jepun (Real!!)

Korang pernah tengok hantu Jepun? Pernah terjumpa dengan hantu? Kalau belum pernah tengok,jom kita ramai-ramai tengok gambar dekat atas ini. Jangan tengok saja. Tenung dalam-dalam pada matanya tanpa beralih ke mana-mana dalam masa 5 minit.

Semasa korang tenung tu,sebut dan niat dalam hati yang korang nak tengok hantu jepun. Ini bukan kurafat ke apa ke. Just nak test korang punya pancaindera jer.

Aku tak jamin kalau hantu jepun ni kacau atau ikut korang balik. Semuanya tanggungjawab korang sendiri la ek.hehe…hahahahah!!

Mengikut info yang aku dapat, gambar ini di lukis oleh seorang wanita Jepun yang telah mati bunuh diri.

Wajah sebenar HANTU gadis jepun itu dapat dilihat jika namanya “fuk Yu” disebut dalam hati.

Korang tenung je pada matanya. Tenung 5 minit dan ia akan muncul. Korang macam mana? Sudah try? Ok ke?

Kalau berani, cubalah!

Fenomena dan Fakta Sumpah Pocong

on Tuesday, January 22, 2013


Sumpah pocong yang konon merupakan tradisi masyarakat pedesaan adalah sumpah yang dilakukan oleh seseorang dengan kondisi terbalut kain kafan layaknya orang yang telah meninggal.
Sumpah ini diamalkan dengan tata cara yang berbeza, misalnya pelaku sumpah tidak dipocongi tapi hanya diselubungi kain kafan dengan posisi duduk.
Sumpah pocong biasanya dilakukan oleh pemeluk agama Islam dan dilengkapi dengan saksi dan dilakukan di rumah ibadah (masjid). Di dalam hukum Islam sebenarnya tidak ada sumpah dengan mengenakan kain kafan seperti ini. Sumpah ini merupakan tradisi tempatanyang masih kental menerapkan norma-norma adat. Sumpah ini dilakukan untuk membuktikan suatu tuduhan atau kes yang sedikit atau bahkan tidak memiliki bukti sama sekali.

Smpah ini dikenal sebagai sumpah mimbar dan merupakan salah satu pembuktian yang dijalankan oleh pengadilan dalam memeriksa perkara-perkara perdata, walaupun bentuk sumpah pocong sendiri tidak diatur dalam peraturan Hukum Perdata dan Hukum Acara Perdata. Sumpah mimbar lahir kerana adanya perselisihan antara seseorang sebagai penggugat melawan orang lain sebagai tergugat, biasanya berupa perebutan harta warisan, hak-hak tanah, hutang-piutang, dan sebagainya.

Dalam suatu kes perdata ada beberapa tingkatan bukti yang layak diajukan, pertama adalah bukti surat dan kedua bukti saksi. Ada kalanya kedua belah pihak sulit menyediakan bukti-bukti tersebut, misalnya soal warisan, turun-temurunnya harta, atau hutang-piutang yang dilakukan antara almarhum orang tua kedua belah pihak beberapa puluh tahun yang lalu.

Bila hal ini terjadi maka bukti ketiga yang diajukan adalah bukti persangkaan iaitu dengan meneliti rentetan kejadian di masa lalu. Bukti ini agak rawan dilakukan. Bila ketiga macam bukti tersebut masih belum cukup bagi hakim untuk memutuskan suatu perkara maka dimintakan bukti keempat iaitu pengakuan. Mengingat letaknya yang paling akhir, sumpah pun menjadi alat satu-satunya untuk memutuskan sengketa tersebut. Jadi sumpah tersebut memberikan kesan langsung kepada pemutusan yang dilakukan hakim.
Sumpah ada dua macam iaitu Sumpah Suppletoir dan Sumpah Decisoir. Sumpah Supletoir atau sumpah tambahan dilakukan apabila sudah ada bukti permulaan tapi belum boleh meyakinkan kebenaran fakta, kerananya perlu ditambah sumpah. Dalam keadaan tanpa bukti sama sekali, hakim akan memberikan sumpah decisoir atau sumpah pemutus yang sifatnya, menyelesaikan perkara. Dengan menggunakan alat sumpah decisoir, putusan hakim akan semata-mata tergantung kepada bunyi sumpah dan keberanian pengucap sumpah.

Agar memperoleh kebenaran yang hakiki, kerana keputusan berdasarkan semata-mata pada bunyi sumpah, maka sumpah itu dikaitkan dengan sumpah pocong. Sumpah pocong dilakukan untuk memberikan dorongan psikologis pada pengucap sumpah untuk tidak berdusta.

[32 Foto Eksklusif] Suara Ghaib dan 'Bayangan' di Rumah Tinggal

on Sunday, January 20, 2013

Tepat jam 10.30 malam, kenderaan KIA K5 dipandu oleh Jet menjalar laju di jalanraya, menuju ke lokasi sasaran, berikutan hasil aduan kami terima.

Kru Penyingkap Fakta hanya berminat meninjau lokasi didakwa menyeramkan sekaligus menakutkan ahli masyarakat setempat.
Setengah jam kemudian saya, Jet, Razali dan Boy, tiba di hadapan rumah kelihatan gelap dan muram. Kami tercegat sambil memerhati ke arah rumah itu dengan penuh debaran.

"Masih ada bekalan elektrik," bisik Razali.

Tanpa berlengah kami bertemu keluarga tinggal bersebelahan rumah teres dua tingkap terbabit.

Lalu kisah lampau dikongsikan oleh mereka.

"Rumah di kawasan ini terbengkalai kira-kira 9 tahun sebelum diduduki. Sejak mula dihuni pelbagai kejadian ganjil dan seram kami tempuh. Lembaga menyerupai wanita tua, bersanggul, tiba-tiba masuk ke rumah dan menghilangkan diri. Anak kami tidur di bilik atas belakang pernah terlihat objek seperti kepala manusia sedang mengintai mereka melalui tingkap," kata Hassan, 46 tahun.
"Pernah sekali, saya keluar dari rumah pada waktu malam dan terlihat kelibat seperti kepala di atas tembok simen. Sekali imbas sahaja dan kemudian hilang dari pandangan. Dahulu memang ada pokok kayu ara di tempat itu tetapi kemudian telah ditebang," sampuk isteri Hassan, Salmi, 40 tahun.

Tiba-tiba terasa bulu roma meremang.
Sebelum ini, kelibat wanita tua berambut panjang mengurai juga didakwa pernah dilihat oleh beberapa penduduk taman sama.

"Sebilangan penduduk pernah ternampak wanita itu bak berkeliaran di belakang rumah. Manakala apabila kami berada di rumah, selalunya bermacam bunyi kami dengar. Antaranya, bunyi seperti sofa ditarik dan bunyi guli melantun di atas lantai simen," celah Hassan.

Hassan kemudian meminta kami menumpukan perhatian kepada langsir di tiga tingkap bilik atas.
"Kedudukan langsir itu, sering berubah, kekadang terbuka kecil, kekadang besar. Walhal tiada siapa tinggal di rumah ini. Lazimnya sebelum masuk ke rumah pada waktu tengah malam, selepas bekerja, saya pandang ke tingkap itu terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah," ujar Hassan yakin.

Kami difahamkan, rumah menggerunkan itu tidak pernah disewakan kepada orang ramai.

"Sebelum ini, halaman rumah semak kerana di tumbuhi lalang tinggi, bukan seperti sekarang ini, lapang," tambah Salmi.
Kru Penyingkap Fakta kemudian cuba meninjau rumah terbabit dari dekat kerana pintu pagar dibiarkan tanpa dikunci.
"Semua tingkap berkunci," bisik Boy.

"Eh! Bagaimana pula boleh berkunci sedangkan sebelum ini, saya hanya tolakkan sedikit sahaja tingkap sebab terbuka," ujar Hassan kehairanan.

"Confirmed?," soal saya.

"Ya," balas Hassan ringkas.

Melihat tingkah-laku Hassan, kami tahu dia berada dalam ketakutan namun mencuba berkongsi fakta bersama kami.
Beberapa kali Boy cuba menolak perlahan satu daripada tingkap terbabit namun gagal. Pada awalnya kami bercadang untuk menggantungkan kamera pengesan pergerakan infrared di tingkap itu dan dihalakan ke dalam rumah ditinggalkan sejak 15 tahun lalu.

"Berdiri bulu roma," bisik Razali.

Jarang benar Razali mengungkapkan kenyataan sebegitu sewaktu menyertai puluhan tinjauan ke pelbagai lokasi didakwa berpuaka sebelum ini.

Saya ketepikan perasaan takut di dalam diri dan terus merakamkan gambar tanpa henti.
Pada masa sama, Jet menggunakan penguat suara parabolik untuk mendengar sekiranya terdapat audio aneh di sekitar rumah itu.

"Saya dan isteri banyak kali terdengar bak suara orang ramai sedang bersembang, riuh-rendah di sebelah rumah kami. Ada waktunya kami berdua cuba menumpukan sepenuh pendengaran tetapi langsung tidak berupaya memahami bahasa digunakan oleh 'mereka'," dakwa Hassan.

"Suara bagaimana?," tanya saya secara spontan.

Hassan memandang ke arah Salmi.

"Suara seperti orang ramai bercakap kalau kita berada di shopping mall namun hairannya tidak pula kelihatan sesiapa di sekitar. Suara ghabi. Sejak pokok kayu ara ditebang, sudah tidak kedengaran lagi, Alhamdulillah," kata Salmi.
Kami kemudian beredar ke kawasan belakang rumah sama dan memasang kamera perakam pergerakan infrared bersama kamera video.
"Besarnya pokok pisang dan kelihatan hidup subur," tegur Jet secara tiba-tiba.

Spontan Razali menjeling Jet.

"Jet perasan atau tidak, kawasan rumah ini berasa panas?," katanya.

Pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara itu menganggukkan kepala.
Perakam audio kemudian diletakkan di atas para berhampiran pokok berjurai di lokasi sama.
Secara tenang dan teratur, kami kemudian memasang kamera video infrared menggunakan bekalan elektrik disalurkan dari rumah Hassan.

Lazimnya, kamera dipasang selama dua jam di satu lokasi kami kunjungi.
Selesai tugasan itu, kami kemudian bergerak semula ke bahagian hadapan rumah dan menunggu sehingga jam 2.15 pagi.

Sementara kru lain menikmati minuman, saya merakamkan banyak gambar di lokasi itu.
Berikut status penemuan terkini kami :
Tahap keseraman : 6/10
Hasil rakaman kamera perakam pergerakan infrared : Tiada.
Hasil rakaman audio : Tiada.
Hasil rakaman kamera video infrared : Sedang dianalisa.

Kami berdoa agar Hassan sekeluarga sentiasa berada dilindungi oleh Allah daripada segala gangguan tidak diingini.

Amin.

Jika berminat menyertai tinjauan kami seterusnya, sila hubungi Razali Harun di talian 016 231 5812.

Fakta Dicatatkan Oleh Mazidul Sidik

Terkini!!! Asrama UiTM Lendu Diganggu Kehadiran ORANG MINYAK & PONTIANAK!!!

Mendapat info dari adik ipar yang sedang belajar di uitm lendu aku bahawa memang betul kehadiran org minyak dan puntianak di blok2 laki dan perempuan di sana.. keadaan agak seram di sana buat masa ini katanya lagi..

Terbaru, dengarnya kejadian sebegitu semakin menjadi-jadi di UITM, Lendu, Melaka.

Dalam sebuah laman blog, http://theruzannapages.wordpress.com, penulisnya yang juga penuntut di situ mendakwa kejadian tersebut boleh dikatakan berlaku setiap hari di situ.

” Semakin hari berlaku kejadian menakutkan di Lendu ini, setiap malam ada saja kes kecurian, kena rasuk dan pukau.

” Kita ingat bila masuk biliknya semuanya baik, kemudian kita baru perasan ada saja benda yang hilang diikuti ada nota yang bertulis : “Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.” .
” Malah ada pelajar perempuan di tingkat saya yang tiba-tiba menari, menjerit, ketawa dan berjalan mundar mandir seperti kena rasuk!,” katanya dalam blog berkenaan.

Kita tidak pasti sejauh mana ‘teruknya’ keadaan tersebut namun kita berharap pihak pentadbir di situ memandang serius kejadian ini sekiranya ia benar-benar berlaku.

Untuk rekod, histeria atau apa saja keadaan yang sepertinya berlaku bila syaitan merasuk dan menguasai tubuh manusia, kemudiannya syaitan itu akan bertindak atau mengganggu yang boleh menyebabkan mangsanya sasau (gila) atau mencetus perilaku histerikal.

Ibn Masud ada meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya yang bermaksud: Apabila Rasulullah bersembahyang, baginda membaca: Wahai Tuhanku aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan syaitan yang direjam, juga daripada rasukan, daripada godaan dan disihirkan.

Rasukan adalah salah satu jenis penyakit gila yang boleh menjejaskan kehidupan seseorang insan. Namun begitu apabila si mangsa pulih, keadaannya akan pulih seperti sediakala sama seperti orang yang bangkit daripada tidur atau sedar daripada mabuk.

Menurut ahli akademik, Dr. Amran Kasimin, hadis ini boleh dijadikan dalil ataupun hujah wujudnya penyakit akibat rasukan jin terhadap manusia. Rasulullah membaca doa perlindungan (yang bermaksud di atas) untuk mengelakkan daripada terkena penyakit tersebut.

Abi Al-Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berdoa dengan doa yang bermaksud: Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kerana tua, daripada ditimpa keburukan, kecelakaan, kedukaan, kebakaran serta lemas. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada dirasuk syaitan di saat- saat menghadapi kematian. Lindungilah akan daku daripada ditikam curi (dibunuh), ketika berjihad di jalan-Mu. Dan aku berlindung dengan- Mu daripada mati dipatuk binatang bisa ? maksud hadis riwayat Abu Daud dan Am-Nasaiy.

Safiyyah binti Huyyai berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu mampu bergerak dalam tubuh anak adam melalui saluran-saluran darah Muttafaq alayh.

Ubai Ibnu Ka’ab pernah berkata: Ketika aku sedang bersama-sama Rasulullah seorang Badui telah datang menemui baginda lalu berkata:

” Wahai Nabi Allah, aku mempunyai seorang saudara yang sedang dihidapi penyakit.? Rasulullah bertanya apa sakitnya. Lelaki tadi menyatakan:

” Dia terkena sakit sasau.? Lalu baginda menyuruhnya agar membawakan saudaranya itu menemui baginda.

Pesakit dibawa menghadap dan duduk di hadapan nabi. Baginda telah berdoa memohon kesembuhan bagi pesakit tadi, lalu dengan izin Allah, sembuh.

Menurut Dr. Amran, peristiwa-peristiwa seperti ini banyak tercatat dalam hadis-hadis, membuktikan bahawa sakit seperti ini sememangnya wujud dan pernah berlaku di zaman Rasulullah juga pada zaman sahabat.

Katanya, pemahaman atau keyakinan seseorang terhadap punca penyakit itu bergantung kepada ilmu yang dimiliki dan pengalaman yang diharungi. Jelasnya, penyakit sama ada berpunca daripada gangguan fizikal atau spiritual, ia tetap mengganggu kesejahteraan seseorang.

Kemudahan teknologi moden berupaya mengatasi masalah yang berkaitan gangguan fizikal, iaitu dengan adanya hospital, klinik- klinik dan sebagainya yang dikaitkan dengan kepakaran bidang masing-masing. Sakit gangguan spiritul pula dikaitkan dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional, juga mereka yang arif tentang agama.

Ujarnya, sering berlaku sakit yang berkaitan fizikal, dibawa bertemu dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional dikatakan berpunca daripada gangguan, sihir, saka, penunggu dan sebagainya, yang menyebabkan kecelaruan di mana dalam keadaan tertentu usaha-usaha penyembuhan itu melalui laluan yang begitu panjang menyebabkan penyakit menjadi lebih serius dan sukar untuk diselamatkan.

” Perkara sebegini boleh juga terjadi akibat adanya masalah-masalah lama yang mengganggu kesejahteraan jiwa dan mental. Segala-galanya terus terpendam dalam jiwa, minda dan mental, lalu akhirnya mencetuskan tingkah laku histerikal.

“ Gangguan seperti ini juga sering berlaku pada waktu-waktu tertentu, ketika peperiksaan hampir tiba, ketika diadakan pendidikan jasmani, selepas latihan sukan dan sebagainya seperti yang berlaku di sekolah-sekolah.

” Manakala mereka yang terlibat pula kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita, sama ada pelajar ataupun pekerja kilang. Ini membuktikan bahawa histeria mudah berlaku di kalangan mereka yang lemah semangat ataupun tidak mempunyai kekuatan roh, yang mengalami depresi emosi dan mental,” ujar Dr. Amran.

Semoga penulis blog tersebut dan rakan-rakannya bersabar dan banyakkan beribadat agar tidak timbul lagi perkara sebegini.

SUMBER