Showing posts with label Info Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Info Tempatan. Show all posts

Cerita penuh murtadnya Hartina Kamaruddin

on Sunday, March 24, 2013


Sudah lebih 10 tahun Hartina Ka­maruddin meninggalkan keluarganya untuk mengikut suami, Rajeswaran ke Australia dan menetap di san. Kebim­bangan atas keselamatan anak menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berhijrah. Sejak itu saya tidak pernah dengar suaranya dan bersua muka. Saya sudah tidak ada perasaan langsung terhadapnya walaupun dia anak saya.

Perasaan rindu sudah tidak wujud lagi di dalam diri saya. Kalau kata sayang... saya lebih sayangkan Islam berbanding anak saya. Di dalam usia yang hampir mencecah 60, tidak ada apa lagi yang diharapkan, hanya menumpukan kepada ibadat dan mengukuhkan keimanan. Soal anak yang telah jauh perginya, biarkanlah itu takdir Tuhan. Bukannya tidak berusaha untuk memulihkannya, malah lebih daripada itu telah dilakukan. Dihina, dipukul, semuanya sudah dilalui namun inilah yang dikatakan takdir.

Setiap saat doa kami tidak per­nah berhenti agar dia kembali kepada Islam. Dan jauh di sudut hati ini dapat merasakan, dia akan kembali kepada kami dengan kepercayaan asalnya suatu hari nanti. Selagi Tina masih di dalam keadaan sekarang, saya tidak pernah terfikir untuk bertemu dengannya atau mengharapkan dia kembali.

Hati emak Tina, Kalsom Ghani memang sudah cukup keras untuk di­cairkan. Pujuklah apa saja, dia tidak akan berganjak dari keputusannya. Dia hanya akan mengaku anak setelah Tina memeluk Islam. Selagi masih memegang kepada kepercayaan baru dia tidak akan mengingati malah tidak mahu ambil tabu langsung tentang anak kesayangannya itu.

Dulu, Tina adalah anak yang paling disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Bayangkanlah jarak usia antara Tina dengan adiknya Azliza adalah enam tahun. Dia memang man­ja dan kami sayang sangat pada dia. Kini, dialah yang paling dibenci sekali sampaikan emaknya yang mengandung dan melahirkannya pun tidak mahu menyebut nama Tina.

Sudahlah saya tidak mahu fikir-fikir lagi tentang dia tapi jika dia kembali ke Malaysia dengan Islam, saya teri­manya dengan sepenuh hati. Bukan sedikit onar yang telah dibuat oleh Tina kepada keluarga. Dah banyak kesengsaraan yang ditanggung hanya untuk mempertahankan akidah.

Mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada 1996 memang amat menyakitkan. Namun digagahkan hati untuk bercerita sebagai teladan kepa­da ibu bapa yang lain. Kepercayaan saya pada Tina memang tidak pernah berbelah bagi apabila dia mendapat tawaran bekerja di bank di Jalan Klang lama, saya izinkan. Malah saya belikan dia sebuah rumah di Taman Sri Sento­sa, Jalan Klang Lama supaya dia tidak perlu menyewa. Setiap kali ada kesem­patan, saya dan isteri akan berkunjung ke rumahnya untuk melihat keperluan­nya.

Semuanya berjalan seperti biasa. Tina anak yang taat, sembahyang dan mengamalkan ajaran Islam sepenuh­nya. Tidak ada satu pun perlakuannya yang mencurigakan saya. Dia tetap macam dulu-dulu ketika masih tinggal dengan saya di Kampar. Cuma hubu­ngan jadi renggang sikit kerana ber­jauhan. Saya percaya penuh kepadanya dan tidak pernah terfikir pada perkara yang lain.

Pada suatu hari saya di datangi oleh seorang yang boleh dikatakan berpangkat, bertanyakan tentang Tina. Saya kenal lelaki itu adalah salah seorang yang berpengaruh juga di Perak berbangsa India. Ketika lelaki itu bertanya tentang Tina dan pernah terlihatnya di dalam satu majlis keagamaan, perasaan saya sudah tidak sedap. sebelum lelaki itu melangkah pergi, dia sempat ber­pesan supaya hati-hati dan tolonglah tengok-tengok sikit keadaan Tina di Kuala Lumpur. Ketika itu terasa berde­rau darah naik ke muka, perasaan jadi tidak menentu.

Sebenarnya seminggu sebelum lela­ki itu bertemu dengan saya, Tina ada pulang ke rumah iaitu pada hari raga. Kami sembahyang jemaah bersama­ sama, tidak ada perubahan. Setelah Tina kembali ke Kuala Lumpur baru­lah lelaki itu bertemu dengan saya untuk memberi klu bahawa ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku kepada Tina.

Selepas pertemuan dengan lelaki itu, saya terus mengambil keputusan bersa­ma isteri untuk ke Kuala Lumpur meli­hat keadaan Tina. Semasa saya sampai di rumahnya, dia tidak ada di rumah. Dengan menggunakan kunci pendua, saya masuk ke dalam rumahnya. Bila petang barulah Tina balik tapi bersama seorang lelaki berbangsa India. Selama ini saya tidak tahu pula ada lelaki tinggal dengan Tina. Lelaki itu kata Tina adalah isterinya, pelik pula bila masanya mereka menikah.

Kemudian Tina tunjukkan surat sumpah yang mengatakan bahawa dia sudah tidak mempraktikkan lagi aja­ran Islam dan telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran. Sijil pendaftaran menunjukkan, perkahwi­nan berlangsung pada 24 Mac 1996. Luluh hati saya mendengarkan pe­ngakuan itu. Bagaimana anak yang saya bela selama 21 tahun tiba-tiba mengambil keputusan sendiri menukar pegangan hidup.

Ketika kejadian itu. usia Tina 21 tahun seminggu. Bila saya membuat laporan di balai polis, mereka kata tidak boleh buat apa-apa kerana usia­nya sudah 21 tahun dan berhak untuk buat keputusan. Saya balik semula ke Kampar mencari surat beranak Tina tapi tidak ada. Barulah saya perasan, beberapa minggu sebelum itu, Tina pulang ke rumah kerana bercuti sela­ma seminggu. Mungkin ketika itu dia sedang menyiapkan segala dokumen untuk pertukaran nama.

Saya laporkan pada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) tentang Tina. Semasa mereka mengadakan majlis kahwin di rumah Rajeswaran di Mam­bang Di Awan, JAIP datang menang­kap Tina.

Dengan takdir Tuhan, saya akhir­nya berjaya membawa keluar Tina lalu membawanya ke Kelantan.

Tujuan saya untuk mencari tempat perlindungan bagi Tina kerana setiap pergerakan saya sentiasa diekori. Saya rasa tidak selamat jika menyimpan Tina di Perak. Sampai di Kelantan, hati saya tidak dapat menahan marah. Saya pegang parang yang saya bawa dari Kampar. Kali ini saya memang nekad untuk menetak Tina sampai cacat. Saya bukan hendak membunuh tetapi hanya hendak mencacatkannya agar lelaki itu tidak mahu lagi kepada Tina.

Mujurlah isteri dan adik-adik sempat menyabarkan, saya sejuk kem­bali dan tidak jadi menetak Tina.

Selama 11 hari saya dan keluarga duduk menumpang di rumah seorang kenalan sementara mencari rumah perlindungan untuk memulihkan akhlak Tina. Setelah diberi air penawar dan berubat secara Islam, Tina kem­bali sembahyang. Bagaimanapun atas desakan kewangan dan masing-masing perlu bekerja, kami sepakat untuk ke Pulau Pinang, rumah adik ipar saya.

Adik ipar saya berjanji akan menjaga Tina. Saya memberi keizinan kera­na memikirkan Tina sudah berubah. Saya balik semula ke Kampar dan meneruskan perniagaan sate yang telah ditinggalkan sejak dua bulan lalu. Beberapa hari saja berada di bawah jag­aan adik ipar, Tina dilarikan lagi. Sejak hari itu saya tidak pernah bertemu lagi dengan Tina.

Saya masih cuba berusaha untuk kembalikan Tina kepada keluarga wa­laupun tidak tahu di mana dia tinggal. Saya terpaksa meminta adik sauda­ra yang berniaga, di Kuala Lumpur mengintip Tina untuk mengetahui tempat tinggalnya. Setelah pasti dimana dia tinggal, saya melaporkannya pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menangkapnya pada 1998 kerana lelaki itu telah menggu­gat akidah anak saya. Polls dan JAIS menetapkan 15 September 1996 untuk menyerbu rumah tersebut.

Bila nampak kami datang lelaki itu terus bawa Tina ke bilik dan me­nguncinya. Lelaki itu tidak berganjak dari pintu bilik itu. Berkali-kali saya memohon dan merayu kepada lelaki itu dan mengizinkan dia mengambil Tina asalkan dia terlebih dahulu memeluk Islam.

Sebaliknya saya pula yang dimaki hamun, lelaki itu menghina dan me­ngutuk Islam dengan perkataan yang lucah. Malah dia mencabar saya bawa kes itu sampai kepada kerajaan. Dia kata kerajaan tidak akan mampu mem­bantu saya. Ketika itu perasan marah saya sampai ke penghujungnya. Saya capai pisau pemotong buah di atas meja dan terus saya kelar leher lelaki itu. Saya ingatkan jika mati lelaki itu anak saya akan kembali kepada saya. Ini kerana yang menjadi penghalang besar adalah lelaki itu.

Saya kena gari dan ditahan di lokap selama seminggu. Kemudian saya dibe­baskan tanpa lepas dengan ikat jamin. Peluang saya untuk berjumpa dengan Tina sudah tidak ada lagi. Saya pelik bagaimana Tina masih boleh diam melihat saya merayu-rayu. Kalau dia tidak sayangkan saya tidak mengapa tapi tolonglah kasihan kepada emaknya yang mengandung dan melahirkannya.

Lagi satu yang saya pelik, Tina telah menukar kembali namanya kepada nama hindu. Kali pertama dia menu­kar namanya pada 30 September 1995, kemudian saya menukarkannya kepada Islam ketika berada di Kelantan pada 30 April 1996. Tetapi dia menukar kembali namanya pada 27 Mei tahun yang sama. Bayangkan bertapa pantas mereka buat kerja dalam masa dua minggu dari tarikh dia melarikan diri dari rumah bapa saudaranya pada 9 Mei.

Setelah gagal dengan semua usaha itu saya kembali ke Kampar dan mula­kan hidup baru, menyambung pernia­gaan. Selang beberapa bulan, ketika saya sedang bersiap-siap untuk memulakan perniagaan, Tina dan lelaki itu datang ke gerai berhampiran untuk minum. Perasaan saya ketika itu bagai­kan dibakar melihat Tina, saya hilang pertimbangan sekali lagi.

Apa tujuan mereka datang susah­ susah sekadar untuk minum berham­piran kedai saya dari Kuala Lumpur. Saya tahu mereka memang hendak menunjuk-nunjuk bahawa mereka kuat dan menang. Saya pergi dapat­kan Tina untuk memujuknya kembali. Sebaliknya lelaki itu terus menyerang saya, melihatkan kejadian itu anak bongsu saya Syukur Yazit mengambil parang dan menetak kepala lelaki itu. Tina hanya tunduk saja melihat saya ditendang terajang oleh lelaki itu dan kawan-kawannya.

Selama sebulan saya terlantar di hospital kerana tulang rahang retak dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengikat kembali tulang tersebut. Di dalam tempoh itu juga saya langsung tidak boleh makan nasi hanya minum susu saja. Sepanjang saya duduk di hospital rupanya Tina telah membuat laporan polis bahawa saya menyerang­nya. Sampai hati Tina melakukan itu pada saya. Selepas keluar dari hospital saya terus ditahan di lokap selama lapan hari. Kemudian saya dibebaskan dengan ikat jamin.

Selepas peristiwa itu saya hanya duduk di rumah kerana keadaan kesi­hatan pun tidak mengizinkan. Selepasbeberapa bulan berehat saya dipang­gil semula ke balai, kali ini saya tidak faham atas alasan apa. Rupanya polis mendapat laporan bahawa Rajeswaran ditembak dua das di leher dari jarak dekat semasa pulang dari kerja. Saya adalah orang yang paling disyaki.

Saya minta izin balik dulu ke rumah salin baju sebelum ditahan di lokap. Semasa hendak ke balai polis isteri dan anak saya ada menemani. Rupanya bukan saya saja yang ditahan Yazit pun terlibat sama ketika menghantar saya ke balai, dan isteri saya pun disoal siasat. Dari balai polis Kampar saya dibawa ke Kuala Lumpur oleh tiga orang pegawai polis bangsa India.

Semasa di dalam kereta memang teruklah saya dikerjakan dan pelbagai penghinaan dilemparkan. Kebetulan ketika itu saya baru balik dari umrah, saya adalah simpan janggut sikit. Jang­gut saya ditarik, kemudian diperlekeh­kan menghina Islam. Macam-macam kata-kata kesat yang mencerca Islam dilemparkan tetapi saya tetap berdiam diri kerana tidak mahu terjadi perkara buruk.

Saya ditahan lagi selama seminggu, setelah tidak ada bukti saya dilepas­kan. Semasa ditahan semua akaun saya diperiksa untuk melihat jika ada aliran wang keluar yang mencurigakan tapi tidak ada kerana memang saya tidak buat. Sampai hari ini saya tidak tahu siapa yang menembak Rajeswaran dan untuk tujuan apa?

Setelah 14 tahun berlalu peristiwa itu masih segar di dalam ingatan. Kalau dia tidak balik sekali pun tidak menga­pa kami sekeluarga sudah tidak kisah. Kami sudah buang semua kenangan dengannya, hati emaknya cukup keras untuk menerima Tina kembali.

Tina pernah telefon adik ipar saya di Pulau Pinang untuk bercakap de­ngan emaknya. Tapi hati emak yang sudah terluka tidak mahu langsung mendengar suara anak walaupun yang sangat disayangi. Dia tidak mahu ambit tahu langsung tentang anaknya walau­pun untuk menyebut namanya. Malah gambar-gambar Tina pun tidak mahu disimpan.

OPS DAULAT: 3 Sniper Sulu Ditembak Berkecai Kepala VAT69 dan Dua lagi mayat pengganas Sulu ditemui

on Friday, March 22, 2013

Dua mayat pengganas Sulu ditemui pasukan keselamatan ketika operasi penggeledahan di Sungai Nyamuk,
Lahad Datu, kira-kira jam 7.45 pagi tadi.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata turut ditemui senapang garrand dan sepucuk pistol colt .

45 terletak beberapa ratus meter daripada lokasi pertempuran semalam.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Lahad Datu, sebentar tadi..
komando 69 telah berjaya menjejaki dan telah menembak mati 3 orang pengganas sulu iaitu (2) lelaki dan (1) perempuan di mana ketiga-tiga mereka ini adalah penembak tepat atau sniper bagi kumpulan pengganas sulu yang lengkap bersenjata sniper rifle.

Sanggup Jual Diri, Mahu Hidup Mewah

on Sunday, March 17, 2013

KULIM – Hanya mahu hidup mewah dengan pendapatan lumayan setiap hari, golongan remaja hari ini rela menjual diri mereka menerusi laman web.

Pengerusi Persatuan Penguna Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, apa yang mengejutkan kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar perempuan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurutnya, pelanggan yang melayari laman web itu boleh berinteraksi bersama pelajar berkenaan dan meminta mereka melakukan apa sahaja aksi diingini.

“Sekiranya pelanggan mahu melihat pelajar itu membuka pakaian dan beraksi panas, mereka diarahkan untuk masuk ke ruangan peribadi dan membayar diantara 0.79 hingga 0.99 dollar bagi tempoh seminit,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada dalam kalangan mereka juga masih bersekolah.

Tambah Mohd Zailan, permasalahan ini mesti ditangani segera sebelum ia menjadi ikutan untuk memperoleh pendapatan sambilan yang tidak bermoral.

“Mereka yang terlibat boleh disiasat di bawah akta komunikasi. Pihak berkuasa seharusnya lebih peka terhadap permasalahan ini dan tidak mengambil sikap lepas tangan.

“Saya sangat berharap kementerian terlibat dapat menangani masalah keruntuhan akhlak golongan remaja ini dengan sewajarnya,” katanya. – Sinar Harian Online.

EKSKLUSIF: Tok ‘Pawang’ Pengganas Militan Sulu Berjaya Ditembak Mati!

KEPERCAYAAN pada amalan mistik dan karut-marut di kalangan pengganas militan Sulu bukan satu rahsia lagi.

Ini dibuktikan dengan kejayaan pihak keselamatan merampas pelbagai tangkal dan azimat daripada pengganas yang berjaya ditembak mati.

Menurut sumber, di antara 61 orang pengganas yang berjaya dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara, salah seorang daripadanya dikenal pasti individu yang cukup ‘dihormati’ di kalangan pengganas kerana ‘kemampuannya’ dalam perkara berkaitan.

Dikenali sebagai Pawang, lelaki tua itu dikatakan agak lemah dari sudut fizikal tetapi kemampuannya dalam ilmu kebal membuatkan kelibatnya cukup dihormati di kalangan pengganas yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu ini.

Malah disebabkan ‘kelebihannya’ itu jugalah, Mynewshub.my difahamkan yang Pawang dikatakan antara mereka yang terlibat dalam rundingan awal dengan pihak keselamatan ketika mereka mula-mula mendarat di Lahad Datu ini.

Namun ternyata Pawang juga manusia biasa, dia akhirnya terbunuh dalam salah satu siri pertempuran dengan pihak polis dan tentera kita.

Difahamkan, mayatnya ditemui diselimuti karpet sewaktu operasi penggeledahan dibuat.
Sementara itu menurut sumber pertahanan, tiada individu tertentu yang ditetapkan untuk menjadi ‘sasaran’ dalam setiap operasi yang dilancarkan.

” Dalam setiap operasi yang kita lancarkan, semuanya dianggap petualang dan musuh yang perlu ditangkap atau dihapuskan demi menjaga kedaulatan negara.

” Yang mati mungkin seorang komander, seorang bomoh, seorang pengikut atau sesiapa saja…maknanya di sini, selagi dia enggan menyerah diri dan berterusan untuk melanggar undang-undang, dia terpaksa menerima akibatnya!,” katanya. - Mynewshub.my

Ini Padahnya,Siapa Yang Sudi Sembahyangkan Mayat Pengganas Filipina Di Sabah?

Ramai yang terlalu emosi apabila mendapat tahu tentang tindakan kejam para pengganas yang menceroboh kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, yang memperlakukan mayat perwira-perwira negara yang terkorban lebih buruk dari haiwan.

Memang benar. Saya sendiri marah-marah dengan perlakuan tidak bertamadun oleh para pengganas dari Filipina itu. Kononnya mereka beragama Islam, tapi akhlaknya lebih buruk dari syaitan.

Pun begitu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsuddin Mat, punya pendirian yang tersendiri berhubung mayat-mayat pengganas yang berjaya ditumpaskan di dalam Ops Daulat di sana.

Misalnya, mayat-mayat pengganas Filipinan yang beragama Islam di kawasan di bawah kuasanya baru-baru ini disempurnakan dengan baik dan disembahyangkan dengan sempurna oleh Shamsuddin serta para pegawainya.

Begitu murni sungguh akhlak beliau. Meskipun dihidangkan racun berbisa, beliau dan anak-anak buahnya masih mampu bertindak sebagai umat Islam yang baik dengan menunaikan kewajipan fardhu kifayah sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

Inilah bayangan Islam sebenar. Islam tidak mengajar umatnya bertindak secara emosi dan mengikut perasaan marah.

Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis Baginda yang membawa maksud bahawa sifat amarah itu berasal dari syaitan dan kita umat Islam diseru supaya tidak terpengaruh dengan sifat mazmumah tersebut.

Siapa di antara kita yang mampu mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh Shamsuddin itu? Anda mampu mengawal emosi anda?

Biar apa pun, kita sebenarnya tidak dapat lari dari kenyataan bahawa para pengganas yang menceroboh itu beragama Islam. Sama ada Islamnya dipandang Allah SWT atau tidak, itu urusan Allah dan hambaNya.

Kita sebagai umat Muhammad SAW wajar mengawal emosi apabila berdepan dengan ujian sebegini hebat dariNya. Mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku. Namun sama ada kita mengambil iktibar atau tidak, itu terserah pada diri masing-masing, bukan?

HARUS BACA!!!! GAMBAR TERBARU BAHAWA AZZIMUDIE MASIH HIDUP !!!!

on Thursday, March 14, 2013

Lahad Datu, 13 Mac - Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Feb lepas.

"Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.

Selepas sembilan hari Operasi Daulat, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu telah dibawa keluar dari zon merah.

Seramai 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.
Sehingga kini 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang daripada anggota tentera itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku.

Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.

Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti.

"Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka.

"Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.

Mengenai kemalangan yang menyebabkan seorang anggota tentera terbunuh, Hamza berkata kenderaan tentera tiga tan itu yang menyertai konvoi dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu untuk Operasi Daulat terbabas di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku pada 7.30 pagi, semalam.

Kejadian menyebabkan pengiring kenderaan iaitu Kpl Ahmad Farhan Ruslan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu cedera. - BERNAMA

Tentera Sulu Kebal Dan Mampu Terbang Kerana Ilmu Hitam

on Wednesday, March 13, 2013

Sebak mendapat tahu berita gugurnya anggota kita.kita ingatkan dah reda..rupanya sangkaan itu jauh meleset.nampak gayanya...geng penceroboh ni memang sengajaa menempa nahas..memang sengaja menjolok sarang tebuan.dari hari pertama kita bagi peluang..kita hormati hak mereka sebagai manusia terutamanya yg seagama dgn kita..

kita hormati hak antarabangsa..kerana kita memang dikenali sgt menghormati tetangga kita.selama ini..bila negara mereka menghadapi bala bencana..tanpa fikir panjang kita akan menghulur bantuan.

tapi ini balasan mereka.bukan setakat mereka berani menidakkan hak kita mempertahankan tanah air kita..malah mereka sanggup main kotor.dan bila ada anggota kita yg gugur..ada pula yg kata mereka itu tidak syahid..kerana yg kita tentang itu saudara seagama kita.apa yg bakal admin kongsi mungkin akan mengubah persepsi kita..admin sempat bersembang dgn beberapa pegawai dan anggota yg terlibat dgn operasi ini..dan cerita yg mereka sampaikan amat meremangkan bulu roma admin.mana taknya?rasa mcm berada dlm cerita seram pulak.apa yg rakan2 kita disana hadapi adalah jauh dr jangkauan minda kita.ianya secara umum bukanlah sesuatu yg dapat kita cerna dgn mudah.
beberapa hari ini...di media massa, kita disajikan dgn gambar pelbagai tangkal yg dgunakan oleh penceroboh2 ini sbg bekalan mereka di medan perang.admin mulanya agak kurang percaya keberkesanannya..tapi mendengar sendiri cerita dr anggota..admin jd terkesima.Bayangkan...

anggota kita meronda dibawah..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah2 ranting pokok.tembakan dihambur bertalu2..sikit tak lut.seorg pegawai menceritakan bagaimana satu kelopak pelurunya dihambur..satu pun tak memberi kesan.akhirnya..dia yg mempunyai sedikit ilmu membenam peluru ke tanah,sebelum membaca beberapa surah alquran.peluru itulah yg menembusi tubuh penceroboh itu yg akhirnya tumbang menyembah bumi.

itu belum kira bermacam kesan pelik yg dialami anggota kita.tak hairanlah bila makin ramai anggota yg memastikan mereka sentiasa dlm keadaan berwudhuk semasa bertugas.
malah ada yg mula membawa quran kecil dalam poket.bukan mereka tak buat sebelum ni..tapi tak sangka sampai begini keadaan musuh yg mereka hadapi.yg bukan beragama islam..menggunakan cara mereka sendiri. tak cukup dengan itu..mereka guna taktik kotor..menembak curi dan mengakali pasukan kita dgn beberapa kali tawaran serah diri yg ternyata palsu.

beginikah cara seorng muslim berperang?setahu admin..walaupun dalam islam kita berperang dgn menggunakan akal..ia tidak bermaksud kita harus menggunakan cara buruk atau kotor.itu pengecut namanya.

Mohd Lotfi Nor Gelar Polis di Lahad Datu Sebagai Anjing

on Tuesday, March 12, 2013

Semalam, seorang lelaki yang hanya dikenali Mohd Lotfi Nor telah mengeluarkan kenyataan di akaun facebooknya dengan menggelar pasukan polis negara di Lahad Datu sebagai anjing yang boleh berubah-ubah. Korang boleh baca kenyataan lelaki ini di bawah.
Nampaknya, Mohd Lotfi seperti berdendam sesuatu dengan polis? Banyak kali kena saman parking kot!!

[Terkini] Lahad Datu: Seorang Lagi Anggota Keselamatan Terbunuh

Lahad Datu – Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. “Seorang anggota keselamatan gugur,” katanya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Zulkifeli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. – BERNAMA

Penari Gelek Melayu Dibayar RM 500 Bagi Aksi 15 Minit

on Sunday, February 3, 2013

“Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.

Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.

Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong ataupun urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.

Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.


Sumber

Terkini! Proton Akan Keluarkan Preve Sapphire?

Jika diperhatikan sekali imbas, ada gaya mewah dan tampak sporty. Ramai yang mengatakan bahawa Preve Sapphire ialah bayangan kepada Proton Preve Special Edition (SE) yang mungkin akan dikeluarkan di masa akan datang. Saksikan beberapa keping gambar Proton Preve Sapphire. 

GEMPAR!! NASI AYAM MENGANDUNGI BAKTERIA KOLIFORM DI AYER KEROH

on Saturday, February 2, 2013

gambar hiasan
AYER KEROH - Gara-gara menjual makanan mengandungi bakteria koliform, dua pengusaha kantin sekolah berasingan di negeri ini dijatuhi hukuman denda masing-masing RM6,000 dan RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Tan Boon Nee, 51, dan Pang Kin Lin, 62, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap masing-masing tiga dan satu pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa.
Boon Nee yang berhadapan tiga pertuduhan, didapati menjual ayam nasi ayam yang mengandungi kiraan koliform sebanyak 9,000 cfu/g, ayam goreng (4,000 cfu/g) dan sosej ayam keju (23,000 cfu/g) kepada pegawai berkuasa, P Ganesan.

Bakteria koliform biasanya menyebabkan pesakit mengalami demam, kejang perut, cirit-birit yang ada kalanya bercampur darah serta jangkitan kuman pada usus dan uterus.

Dia didapati melakukan kesalahan itu di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Cheng kira-kira jam 9.10, 9.15 dan 9.20 pagi pada 2 Ogos 2011.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(1) yang dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 (Pindaan) 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta sama, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili pelatih dalam kamar (PDK) merayu mahkamah mengurangkan denda berikutan tertuduh janda dan perlu menyara dua anak.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan negeri, Che Saipolliza Derman meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira keselamatan murid.

“Selain membabitkan sekolah dan keselamatan kanak-kanak, saya mohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada pengusaha kantin sekolah yang lain supaya lebih menjaga kebersihan,” katanya.

Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua-dua belah pihak, Majistret Syajaratudur Abd Rahman kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau satu bulan penjara bagi setiap pertuduhan dihadapi Boon Nee.

Sementara itu, dalam prosiding berbeza, Kin Lin didakwa menjual sosej ayam mengandungi 160 cfu/g di kantin Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Malim kira-kira jam 10.05 pagi pada 2 Ogos 2011.

Kin Lin yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen yang sama turut memohon hukuman diringankan kerana kurang berkemampuan.

Syajaratudur kemudian mengarahkan tertuduh didenda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan dihadapinya.

Pesta Joget Melampau Di Terengganu Cetus Kontroversi

Baca poster neh betul2. Rujuk siapa yang turut menyokong event neh. Event neh dah lepas, dah berlalu. Sekarang yang jadi isu sebab gambar2 event neh di upload di facebook. Satu tindakan bodoh dan bangang dari pihak penganjur.

Owh oke, ko buat event yang "tah hapa-hapa". Then ko pergi pula upload di facebook. Orang2 yang mungkin menyesal kerana menyertai event neh juga akan terbabit dan terheret sama jadi cacian dan makian orang ramai. Itu kalau yang menyesal. Kalau yang tak menyesal? Kalau yang berbangga? Lagi la aku tatau nak cakap apa.

Memang parah. 
Benci dadah oke. Takde masalah. Tapi cara nak tunjuk benci tue biarlah bersesuaian dengan orang islam kita. Jangan main merepek tak tentu hala.

Aku malas nak upload gambar2 tersebut. TERUK. Siyes aku cakap, TERUK !
Sedih + kecewa = tengok sikap orang islam zaman sekarang. Jangan2 ada tak di antara mereka yang beria2 pertahankan kalimah Allah tak..? Di sini kita pertahankan kalimah Allah swt, di sana kita mengutuk dan mengherdik kristian, di situ kita berjoget sakan tak ingat dunia.. di akhirat? Lue fikirlah sendiri. Bai. 

Gambar yang dimaksudkan disini ==> Parti Melayu Hebat.

SUMBER

Rumah, Kubur Mona Fandey Jadi Sasaran Pemuja Nombor Ekor

Kes pembunuhan kejam itu berlaku 20 tahun lalu, tetapi keghairahan untuk cepat kaya menyebabkan segelintir individu sanggup ‘berkampung’ di rumah lama Mona Fandey di Kampung Peruas, Ulu Dong, di Raub, semata-mata untuk mengamalkan amalan khurafat ‘menurun’ atau ‘ngangkung’ nombor ekor.

Mona atau nama sebenarnya, Maznah Ismail, 46, bersama suami, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45, dan pembantu mereka, Juraimi Husin, 32, didakwa membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris di rumah berkenaan pada 1993.
Perkara itu didedahkan seorang pemuda dikenali sebagai Azli, 38, dari kampung berhampiran yang mendakwa pernah menyaksikan sekumpulan pemuda pergi ke rumah berkenaan kononnya untuk mendapat ‘petunjuk’ nombor ekor, sekali gus berpeluang meraih hadiah utama mencecah puluhan ribu ringgit. 

Azli berkata, dia pernah bertemu seorang kaki nombor ekor dan bertanya mengapa perlu melakukan upacara karut itu di situ, dan jawapan diterimanya ialah, ‘memuja’ Mona lebih membuahkan hasil bagi mendapatkan nombor dihajati.

“Itu yang mereka percaya, jika menurun nombor ekor di situ, lebih mujarab. Mungkin disebabkan latar belakang Mona yang juga bomoh dan kes pembunuhannya tidak lama dulu.

Pelajar Dirogol Selepas Solat

on Friday, February 1, 2013

Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak. Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.

“Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.

Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.

"Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.

“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek,” katanya.

Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.

“Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Ustaz Cabul Atas Sejadah

on Friday, January 25, 2013

Kisah yang berlaku di Dubai ini sungguh memalukan kita sebagai umat Islam.Kejadian ini dilakukan oleh seorang ustaz warganegara India.Budak yang berusia 6 tahun itu dicabul ketika ustaz itu mengajarnya bagaimana untuk sembahyang.Ustaz yang berusia 22 tahun iti telah di tangkap dan dipenjarakan selama 5 tahun.

Inilah balasan yang di terima oleh keluarga itu keatas kepercayaan yang di berikan kepada ustaz muda ini.Dia diminta untuk mengajar keluarga itu mengenai hal ehwal Islam dan mengaji Al Quran.Sepatutnya seseorang yang mempunyai didikan agama dan di gelar ustaz tidak tergamak melakukan kerja yang dia tahu dosanya.

Seperti kejadian rakaman video sex seorang ustazah dengan warden baru baru ini yag mengemparkan kita.Nafsu bila menguasai diri,habis tinggal dan tanggal gelaran 'ustaz dan usatazah' ini.Kita sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain.Sebagai pemimpin kita menjaddi contoh kepada rakyat.Jangan kita berasa bangga apabila kita melakukan kesalahan dan melanggar undang -undang.

‘Dia ni bapak hang’, anak derhaka pura-pura tak kenal

on Thursday, January 24, 2013

KULIM - “Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang,” antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.

Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka.

Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya.

Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya.

“Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya,” katanya.

Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya.

Katanya, memandangkan kasi­han­ dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu.

“Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk.

“Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya,” katanya.

Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya.

Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.

Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua.

Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.

Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka.

Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua.

[Video] Bila Satu Keluarga Turun Mencuri

Pertama sekali, penulis terperanjat melihat berapa ramai yang ada dalam kumpulan ini.

Berbelas orang rasanya. Habis seluruh kawasan jual baju itu dipenuhi dengan kumpulan berkenaan.

Ada yang masih remaja. Apa punya contoh dan didikan yang diaorang bagi pada keturunan diaorang?

Penulis yakin sebahagian besar daripada mereka ini berkeluarga.

Paling memalukan, datang dengan bertudung, berbaju kurung macam orang kampung yang tak tahu apa-apa.
Namun kepala ligan buat kerja jahat. Keluar masuk keluar masuk buat kerja mencuri.

Bayangkan, dalam masa tak sampai tujuh minit, kosong tempat peraga baju. Nyorok kat celah kangkang pulak tu!

Pastinya ini bukan pertama kali kumpulan berkenaan bertindak, nampak mereka mahir. Cuma mereka tidak menduga gerak-geri meraka sedang dirakam.

Kalau mengikut beberapa blog, kejadian itu berlaku di kedai alatan sukan Al-Ikhsan.

Bila kejadian ini berlaku, maaf penulis tidak tahu. Ada yang mengatakan ia berlaku pada bulan Ramadan tahun 2010.

Apa yang penulis tahu ia memalukan dan memeranjatkan bagaimana manusia boleh bersatu dengan begitu baik untuk buat kerja jahat.

Kisah Ayam Yang Masih Hidup Walau Sudah 9 Hari Disembelih…

Tiada sesiapa yang dapat menafikan kekuasaan yang dimiliki oleh Allah S.W.T baik manusia mahu pun makhluk-makhluk lain.

Setiap yang hidup dan mati, semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T dan ketentuan itu jugalah dapat dilakukan olehNya hatta dalam sekelip mata.

Misteri menyelubungi sebuah kampung Bukit Raya Dalam di Pendang apabila seekor ayam sabung kacukan selasih yang disembelih masih lagi hidup walaupun sudah melepasi sembilan hari ternakan itu disembelih.
Kejadian tersebut masih lagi baru di mana pemilik ayam ternakan itu, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayamnya untuk dijadikan juadah pada dua minggu yang lepas.

Selepas disembelih, Esomuddin membiarkan ayam itu mati dengan sendirinya memandangkan urat mareh dan urat leher sudah pun terputus.

Bagaimanapun, selepas dua jam dibiarkan ayam itu untuk ‘mati’, Esomuddin terkejut kerana ‘nyawa’ ayam itu masih lagi panjang.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,”

Dengan keajaiban dan misteri yang terjadi di kawasan kampung itu, ramai pula yang menawarkan harga yang tinggi untuk memiliki ayam tersebut.

Tetapi, Esomuddin menolak pelawaan tawaran yang diberikan berikutan takut sekiranya perkara misteri itu berubah menjadi khurafat.

Semalam, genap sembilan hari ayam tersebut masih lagi bernyawa. Esomuddin sendiri berasa kasihan dengan ayam itu memandangkan haiwan ternakannya itu tidak dapat makan kerana urat leher sudah diputuskan.

Namun, seorang penduduk kampung tersebut telah membacakan beberapa surah dan ayat Al-quran dan barulah ayam itu mati dengan serta-merta.

Tidaklah sukar bagi Allah S.W.T untuk menyempurnakan semula kejadian setiap makhluk setelah mengalami kereputan jasad dan tulang belakang ketika dibangkitkan atau dicipta semula.
Firman Allah S.W.T bermaksud: “Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya : “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”. Katakanlah : “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya).” – Surah Yasin : Ayat 78-79.
Subhanallah, kuasa Tuhan.

Cari Pasangan Durjana Ini – Mereka Dah Samun, Pukul Dan Bogelkan Ejen Hartanah!

on Wednesday, January 23, 2013

KUALA LUMPUR – Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang broker hartanah turut dikurung lebih 10 jam di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara, di sini, petang Khamis lalu ketika mengendalikan urusan jual beli hartanah berkenaan.

Difahamkan, wanita berusia 34 tahun itu dihubungi sepasang suami isteri dipercayai warga tempatan melalui laman web hartanah menyatakan minat untuk melihat dan membeli unit kondominium berkenaan sebelum mengadakan janji temu pada petang hari kejadian.

Bagaimanapun, sebaik tiba di unit kondominium itu, mangsa dipercayai dipukul kedua-dua suspek sebelum dibogel dan dicabul, seterusnya diikat dan dikurung dalam bilik di unit kondominium itu.

Menurut Berita Harian, mangsa hanya berjaya diselamatkan kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu oleh Polis Bantuan yang menjalankan rondaan rutin di kawasan kondominium selepas dimaklumkan penduduk yang terdengar tangisan dan jeritan wanita berkenaan meminta pertolongan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian, berkata polis terpaksa memecahkan pintu unit kondominium itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak berpakaian dengan kedua-dua tangannya diikat, selain mengalami beberapa kecederaan dipercayai dipukul.

“Mangsa juga broker hartanah dari Kepong, dihubungi suspek atas alasan mahu melihat rekaan dalaman unit kondominium itu. Bagaimanapun, suspek bertindak agresif sebaik memasuki kondominium dengan memukul mangsa, seterusnya mencabul sebelum mengikat dan mengurung wanita itu.

“Hasil siasatan mendapati suspek turut menyamun barangan berharga milik mangsa, termasuk telefon bimbit dan beg duit, selain melarikan sebuah kereta jenis Toyota Vios milik wanita itu,” katanya.

Ku berkata, polis sedang menjalankan gerakan memburu kedua-dua suspek berdasarkan kesan cap jari, selain mengenal pasti identiti mereka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium itu.

Sementara itu Facebook PDRM ini meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek-supek berkenaan agar segera menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Mohd Najeeb Mohd Esam ditalian 012-7293533 atau Balai Polis Travers atau balai-balai berhampiran.