Sudah lebih 10 tahun Hartina Kamaruddin meninggalkan keluarganya untuk mengikut suami, Rajeswaran ke Australia dan menetap di san. Kebimbangan atas keselamatan anak menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berhijrah. Sejak itu saya tidak pernah dengar suaranya dan bersua muka. Saya sudah tidak ada perasaan langsung terhadapnya walaupun dia anak saya.
Perasaan rindu sudah tidak wujud lagi di dalam diri saya. Kalau kata sayang... saya lebih sayangkan Islam berbanding anak saya. Di dalam usia yang hampir mencecah 60, tidak ada apa lagi yang diharapkan, hanya menumpukan kepada ibadat dan mengukuhkan keimanan. Soal anak yang telah jauh perginya, biarkanlah itu takdir Tuhan. Bukannya tidak berusaha untuk memulihkannya, malah lebih daripada itu telah dilakukan. Dihina, dipukul, semuanya sudah dilalui namun inilah yang dikatakan takdir.
Setiap saat doa kami tidak pernah berhenti agar dia kembali kepada Islam. Dan jauh di sudut hati ini dapat merasakan, dia akan kembali kepada kami dengan kepercayaan asalnya suatu hari nanti. Selagi Tina masih di dalam keadaan sekarang, saya tidak pernah terfikir untuk bertemu dengannya atau mengharapkan dia kembali.
Hati emak Tina, Kalsom Ghani memang sudah cukup keras untuk dicairkan. Pujuklah apa saja, dia tidak akan berganjak dari keputusannya. Dia hanya akan mengaku anak setelah Tina memeluk Islam. Selagi masih memegang kepada kepercayaan baru dia tidak akan mengingati malah tidak mahu ambil tabu langsung tentang anak kesayangannya itu.
Dulu, Tina adalah anak yang paling disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Bayangkanlah jarak usia antara Tina dengan adiknya Azliza adalah enam tahun. Dia memang manja dan kami sayang sangat pada dia. Kini, dialah yang paling dibenci sekali sampaikan emaknya yang mengandung dan melahirkannya pun tidak mahu menyebut nama Tina.
Sudahlah saya tidak mahu fikir-fikir lagi tentang dia tapi jika dia kembali ke Malaysia dengan Islam, saya terimanya dengan sepenuh hati. Bukan sedikit onar yang telah dibuat oleh Tina kepada keluarga. Dah banyak kesengsaraan yang ditanggung hanya untuk mempertahankan akidah.
Mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada 1996 memang amat menyakitkan. Namun digagahkan hati untuk bercerita sebagai teladan kepada ibu bapa yang lain. Kepercayaan saya pada Tina memang tidak pernah berbelah bagi apabila dia mendapat tawaran bekerja di bank di Jalan Klang lama, saya izinkan. Malah saya belikan dia sebuah rumah di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama supaya dia tidak perlu menyewa. Setiap kali ada kesempatan, saya dan isteri akan berkunjung ke rumahnya untuk melihat keperluannya.
Semuanya berjalan seperti biasa. Tina anak yang taat, sembahyang dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Tidak ada satu pun perlakuannya yang mencurigakan saya. Dia tetap macam dulu-dulu ketika masih tinggal dengan saya di Kampar. Cuma hubungan jadi renggang sikit kerana berjauhan. Saya percaya penuh kepadanya dan tidak pernah terfikir pada perkara yang lain.
Pada suatu hari saya di datangi oleh seorang yang boleh dikatakan berpangkat, bertanyakan tentang Tina. Saya kenal lelaki itu adalah salah seorang yang berpengaruh juga di Perak berbangsa India. Ketika lelaki itu bertanya tentang Tina dan pernah terlihatnya di dalam satu majlis keagamaan, perasaan saya sudah tidak sedap. sebelum lelaki itu melangkah pergi, dia sempat berpesan supaya hati-hati dan tolonglah tengok-tengok sikit keadaan Tina di Kuala Lumpur. Ketika itu terasa berderau darah naik ke muka, perasaan jadi tidak menentu.
Sebenarnya seminggu sebelum lelaki itu bertemu dengan saya, Tina ada pulang ke rumah iaitu pada hari raga. Kami sembahyang jemaah bersama sama, tidak ada perubahan. Setelah Tina kembali ke Kuala Lumpur barulah lelaki itu bertemu dengan saya untuk memberi klu bahawa ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku kepada Tina.
Selepas pertemuan dengan lelaki itu, saya terus mengambil keputusan bersama isteri untuk ke Kuala Lumpur melihat keadaan Tina. Semasa saya sampai di rumahnya, dia tidak ada di rumah. Dengan menggunakan kunci pendua, saya masuk ke dalam rumahnya. Bila petang barulah Tina balik tapi bersama seorang lelaki berbangsa India. Selama ini saya tidak tahu pula ada lelaki tinggal dengan Tina. Lelaki itu kata Tina adalah isterinya, pelik pula bila masanya mereka menikah.
Kemudian Tina tunjukkan surat sumpah yang mengatakan bahawa dia sudah tidak mempraktikkan lagi ajaran Islam dan telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran. Sijil pendaftaran menunjukkan, perkahwinan berlangsung pada 24 Mac 1996. Luluh hati saya mendengarkan pengakuan itu. Bagaimana anak yang saya bela selama 21 tahun tiba-tiba mengambil keputusan sendiri menukar pegangan hidup.
Ketika kejadian itu. usia Tina 21 tahun seminggu. Bila saya membuat laporan di balai polis, mereka kata tidak boleh buat apa-apa kerana usianya sudah 21 tahun dan berhak untuk buat keputusan. Saya balik semula ke Kampar mencari surat beranak Tina tapi tidak ada. Barulah saya perasan, beberapa minggu sebelum itu, Tina pulang ke rumah kerana bercuti selama seminggu. Mungkin ketika itu dia sedang menyiapkan segala dokumen untuk pertukaran nama.
Saya laporkan pada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) tentang Tina. Semasa mereka mengadakan majlis kahwin di rumah Rajeswaran di Mambang Di Awan, JAIP datang menangkap Tina.
Dengan takdir Tuhan, saya akhirnya berjaya membawa keluar Tina lalu membawanya ke Kelantan.
Tujuan saya untuk mencari tempat perlindungan bagi Tina kerana setiap pergerakan saya sentiasa diekori. Saya rasa tidak selamat jika menyimpan Tina di Perak. Sampai di Kelantan, hati saya tidak dapat menahan marah. Saya pegang parang yang saya bawa dari Kampar. Kali ini saya memang nekad untuk menetak Tina sampai cacat. Saya bukan hendak membunuh tetapi hanya hendak mencacatkannya agar lelaki itu tidak mahu lagi kepada Tina.
Mujurlah isteri dan adik-adik sempat menyabarkan, saya sejuk kembali dan tidak jadi menetak Tina.
Selama 11 hari saya dan keluarga duduk menumpang di rumah seorang kenalan sementara mencari rumah perlindungan untuk memulihkan akhlak Tina. Setelah diberi air penawar dan berubat secara Islam, Tina kembali sembahyang. Bagaimanapun atas desakan kewangan dan masing-masing perlu bekerja, kami sepakat untuk ke Pulau Pinang, rumah adik ipar saya.
Adik ipar saya berjanji akan menjaga Tina. Saya memberi keizinan kerana memikirkan Tina sudah berubah. Saya balik semula ke Kampar dan meneruskan perniagaan sate yang telah ditinggalkan sejak dua bulan lalu. Beberapa hari saja berada di bawah jagaan adik ipar, Tina dilarikan lagi. Sejak hari itu saya tidak pernah bertemu lagi dengan Tina.
Saya masih cuba berusaha untuk kembalikan Tina kepada keluarga walaupun tidak tahu di mana dia tinggal. Saya terpaksa meminta adik saudara yang berniaga, di Kuala Lumpur mengintip Tina untuk mengetahui tempat tinggalnya. Setelah pasti dimana dia tinggal, saya melaporkannya pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menangkapnya pada 1998 kerana lelaki itu telah menggugat akidah anak saya. Polls dan JAIS menetapkan 15 September 1996 untuk menyerbu rumah tersebut.
Bila nampak kami datang lelaki itu terus bawa Tina ke bilik dan menguncinya. Lelaki itu tidak berganjak dari pintu bilik itu. Berkali-kali saya memohon dan merayu kepada lelaki itu dan mengizinkan dia mengambil Tina asalkan dia terlebih dahulu memeluk Islam.
Sebaliknya saya pula yang dimaki hamun, lelaki itu menghina dan mengutuk Islam dengan perkataan yang lucah. Malah dia mencabar saya bawa kes itu sampai kepada kerajaan. Dia kata kerajaan tidak akan mampu membantu saya. Ketika itu perasan marah saya sampai ke penghujungnya. Saya capai pisau pemotong buah di atas meja dan terus saya kelar leher lelaki itu. Saya ingatkan jika mati lelaki itu anak saya akan kembali kepada saya. Ini kerana yang menjadi penghalang besar adalah lelaki itu.
Saya kena gari dan ditahan di lokap selama seminggu. Kemudian saya dibebaskan tanpa lepas dengan ikat jamin. Peluang saya untuk berjumpa dengan Tina sudah tidak ada lagi. Saya pelik bagaimana Tina masih boleh diam melihat saya merayu-rayu. Kalau dia tidak sayangkan saya tidak mengapa tapi tolonglah kasihan kepada emaknya yang mengandung dan melahirkannya.
Lagi satu yang saya pelik, Tina telah menukar kembali namanya kepada nama hindu. Kali pertama dia menukar namanya pada 30 September 1995, kemudian saya menukarkannya kepada Islam ketika berada di Kelantan pada 30 April 1996. Tetapi dia menukar kembali namanya pada 27 Mei tahun yang sama. Bayangkan bertapa pantas mereka buat kerja dalam masa dua minggu dari tarikh dia melarikan diri dari rumah bapa saudaranya pada 9 Mei.
Setelah gagal dengan semua usaha itu saya kembali ke Kampar dan mulakan hidup baru, menyambung perniagaan. Selang beberapa bulan, ketika saya sedang bersiap-siap untuk memulakan perniagaan, Tina dan lelaki itu datang ke gerai berhampiran untuk minum. Perasaan saya ketika itu bagaikan dibakar melihat Tina, saya hilang pertimbangan sekali lagi.
Apa tujuan mereka datang susah susah sekadar untuk minum berhampiran kedai saya dari Kuala Lumpur. Saya tahu mereka memang hendak menunjuk-nunjuk bahawa mereka kuat dan menang. Saya pergi dapatkan Tina untuk memujuknya kembali. Sebaliknya lelaki itu terus menyerang saya, melihatkan kejadian itu anak bongsu saya Syukur Yazit mengambil parang dan menetak kepala lelaki itu. Tina hanya tunduk saja melihat saya ditendang terajang oleh lelaki itu dan kawan-kawannya.
Selama sebulan saya terlantar di hospital kerana tulang rahang retak dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengikat kembali tulang tersebut. Di dalam tempoh itu juga saya langsung tidak boleh makan nasi hanya minum susu saja. Sepanjang saya duduk di hospital rupanya Tina telah membuat laporan polis bahawa saya menyerangnya. Sampai hati Tina melakukan itu pada saya. Selepas keluar dari hospital saya terus ditahan di lokap selama lapan hari. Kemudian saya dibebaskan dengan ikat jamin.
Selepas peristiwa itu saya hanya duduk di rumah kerana keadaan kesihatan pun tidak mengizinkan. Selepasbeberapa bulan berehat saya dipanggil semula ke balai, kali ini saya tidak faham atas alasan apa. Rupanya polis mendapat laporan bahawa Rajeswaran ditembak dua das di leher dari jarak dekat semasa pulang dari kerja. Saya adalah orang yang paling disyaki.
Saya minta izin balik dulu ke rumah salin baju sebelum ditahan di lokap. Semasa hendak ke balai polis isteri dan anak saya ada menemani. Rupanya bukan saya saja yang ditahan Yazit pun terlibat sama ketika menghantar saya ke balai, dan isteri saya pun disoal siasat. Dari balai polis Kampar saya dibawa ke Kuala Lumpur oleh tiga orang pegawai polis bangsa India.
Semasa di dalam kereta memang teruklah saya dikerjakan dan pelbagai penghinaan dilemparkan. Kebetulan ketika itu saya baru balik dari umrah, saya adalah simpan janggut sikit. Janggut saya ditarik, kemudian diperlekehkan menghina Islam. Macam-macam kata-kata kesat yang mencerca Islam dilemparkan tetapi saya tetap berdiam diri kerana tidak mahu terjadi perkara buruk.
Saya ditahan lagi selama seminggu, setelah tidak ada bukti saya dilepaskan. Semasa ditahan semua akaun saya diperiksa untuk melihat jika ada aliran wang keluar yang mencurigakan tapi tidak ada kerana memang saya tidak buat. Sampai hari ini saya tidak tahu siapa yang menembak Rajeswaran dan untuk tujuan apa?
Setelah 14 tahun berlalu peristiwa itu masih segar di dalam ingatan. Kalau dia tidak balik sekali pun tidak mengapa kami sekeluarga sudah tidak kisah. Kami sudah buang semua kenangan dengannya, hati emaknya cukup keras untuk menerima Tina kembali.
Tina pernah telefon adik ipar saya di Pulau Pinang untuk bercakap dengan emaknya. Tapi hati emak yang sudah terluka tidak mahu langsung mendengar suara anak walaupun yang sangat disayangi. Dia tidak mahu ambit tahu langsung tentang anaknya walaupun untuk menyebut namanya. Malah gambar-gambar Tina pun tidak mahu disimpan.

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment