Showing posts with label Isu Hangat. Show all posts
Showing posts with label Isu Hangat. Show all posts

Panas!!! Damia Izara Dipersilakan Bogel Keliling Kuala Besut, Terengganu

on Tuesday, July 30, 2013




Nampaknya trend membuat cabaran hebat-hebat di facebook yang bermula dengan nama Johari Pain dulu kembali.



Kali ini seorang pengguna FB dengan nama Damia Izara pula membuat janji untuk bogel keliling Kuala Besut andai Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil (PRK) di sana.

Well…semua dah tahu bahawa BN bukan sahaja menang, tetapi majoriti juga bertambah.

Jadi persoalannya apakah Damia akan berbogel sekarang? Atau seperti biasa status seperti itu cuma untuk publisiti murahan.

Sebelum itu, penulis nak mintak la…kalau Damia ni memang seorang awek yang cun..oklah… Kuala Besut akan kembali meriah dan sewa rumah serta hotel akan meningkat lebih mahal lagi berbanding masa PRK menjelang hari Damia mahu berarak bogel.

Namun, kalau Damia ini akaun palsu milik Ah Beng cybertrooper… takpelah… janji Ah Beng tidak perlu ditunaikan! Mahu ramai yang terbatal puasa pasal muntah hijau nanti.

** Dengar kata ada sorang nama Zul Nas pun buat cabaran yang sama….takpelah…kalau yang dah sah jantan…tak perlu ulas lanjut. - SUMBER

Padah Bomoh Tua Kemaruk Seks Cabul Bini Orang

on Saturday, July 27, 2013

PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...

https://www.facebook.com/notes/boost-fanpage/perkhidmatan-pantas-dan-berkualiti-untuk-boost-kan-fanpage/239451646193147


Gara-gara ingin mendapatkan zuriat, seorang kerani sebuah syarikat swasta yang menjalani rawatan tradisional dicabul seorang bomoh, Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mangsa berusia 31 tahun itu dipercayai dicabul suspek kira-kira jam 6.15 petang di dalam bilik air rumah mangsa di Muadzam Shah. 

Menurutnya, suspek berusia 62 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu ketika sedang memandikan mangsa, kononnya sebagai rawatan pemulihan. 
“Semasa memandikan mangsa, suspek memeluk, meraba dan mencium mangsa sebanyak dua kali,” katanya. 

Bagaimanapun Johari berkata, wanita terbabit tidak berani melawan kerana menganggap ia sebagai prosedur yang perlu dijalaninya bagi mendapatkan rawatan tersebut. 

“Mangsa yang berasa curiga kemudiannya mengadu kepada suaminya yang dia dicabul bomoh tersebut dan setelah berbincang mereka memutuskan untuk membuat laporan polis,” katanya. 

Johari berkata, mangsa dan suaminya itu membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah pada jam 2.30 petang, Rabu lalu. 

Beliau berkata, polis kini menahan reman suspek dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Budak couple seminggu punya hal,orang tua yang bergaduh sakan

on Wednesday, July 17, 2013

Semenjak kebelakangan ini, video ‘Budak Couple Seminggu’ menjadi viral di laman-laman sosial.
Mana tidaknya, video tersebut menjadi bualan ramai apabila umum tidak menyangkakan perhubungan yang baru terjalin selama seminggu sedia dihebahkan.


Tambah menarik, semalam gadis comel bernama Puteri Awani itu telah memuat naik video ‘gwiyomi’ menerusi laman sosial Youtube.
Tidak sampai 24 jam video tersebut dimuat naik, hampir 10 ribu penonton telah menonton video berkenaan.




Seperti biasa, pastinya akan terpacul dari mulut-mulut komentator sama ada komen positif mahupun negatif.

Bukan sekadar memberi komen, malah ada juga dalam kalangan komentator yang bergaduh di dalam laman sosial tersebut.


Ada pihak yang terus menghentam serta mengkritik tindakan Puteri Awani itu, pada masa yang sama ada juga mereka yang ‘back up’ gadis tersebut.


Terlintas juga di fikiran, kenapa yea perlu bertekak bersungguh-sungguh disebabkan oleh sebuah video?

Bagi penulis, itu menjadi hak peribadi kepada mana-mana pihak untuk memuat naik sebarang video di laman sosial.

Namun awas!

Si pembuat video harus sedar bahawa video dimuat naik di laman sosial, maka akan adalah jutaan manusia memerhati dan juga meluahkan komen-komen mereka.

Sumber

Gempar! Bayi bermata satu yang dilahirkan di Israel

Suatu masa dahulu, kita digemparkan dengan bayi lahir bermata satu,yang disebut-sebutkan sebagai dajjal di Israel. Tetapi adakah benar yang lahr itu dajjal??adakah kita pasti bayi itu dajjal?

Telah lahir bayi bermata satu di Israel diantara orang Yahudi yang disebut-sebut sebagai DAJJAL.

Dajjal adalah seorang muda yang berkulit merah, pendek, berambut keriting, dahinya lebar, pundaknya bidang, matanya yang sebelah kanan buta, dan matanya ini tidak menonjol keluar juga tidak tenggelam, seolah-oleh buah anggur yang masak (tak bercahaya) dan matanya sebelah kiri ditumbuhi daging yang tebal pada sudutnya. Di antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf, fa’, ra’ secara terpisah, atau tulisan “kafir” secara bersambung / berangkai, yang dapat dibaca oleh setiap muslim yang boleh menulis mahupun yang tidak boleh menulis. Dan di antara tandanya lagi ialah mandul, tidak punya anak. 

Disebutkan bahwa dajjal memiliki dua mata, matanya yang sebelah kanan buta. Jadi bukan satu.
Bayi itu bukanlah dajjal seperti yang diperkatakan banyak orang.


Bayi tersebut dilahirkan dengan hanya memiliki satu mata dan tanpa hidung.
Kakitangan perubatan yang membantunya lahir percaya bahawa keadaan bayi itu disebabkan oleh ubat eksperimen anti kanser. Penyebab lain ditulis dalam laporan hospital itu adalah boleh juga merupakan hasil dari kelainan kromosom. Bayi perempuan itu didiagnosis mengalami kelainan kromosom yang jarang, yang disebut cyclopia. Dia dilahirkan dengan satu mata di tengah kepala bahagian depan, tidak memiliki hidung, dan otaknya berkumpul dalam satu belahan saja. Dengan segala kelainan ini, sungguh suatu mukjizat jika bayi perempuan ini boleh bertahan hidup. Bayi malang ini akhirnya meninggal beberapa hari kemudian. 


Mengenai dajjal sendiri, dia memang sudah ada, hanya kemunculannya mendekati kiamat. Dia hidup lama sekali. Umurnya sekitar ratusan tahun.

Kepada semua saudara Islamku, marilah kita perkuatkan iman dan kepercayaan kita kepada Allah swt agar kita kembali ke jalan-Nya. Kadang kala kita alpa serta lalai. Jadi ingatlah yang akan menolong kita di hari akhir nanti, yakni di hari penghakiman hanya Allah.

Setiap kejadian itu pasti ada sebabnya. Pasti ada hikmah disebaliknya. Apa-apa pun,kita hendaklah kembali kepada Allah yang satu.

Sumber