Showing posts with label Isu Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Isu Ngeri. Show all posts

18++(Gambar) Kilang Pemprosesan Mayat Yang Mengerikan

on Tuesday, July 23, 2013





Memang Pelik dan Jelik!!! Sebelum ini admin tidak pernah terfikir ada kilang yang proses mayat.Kebiasaannya tidak kiralah apa agamanya bila meninggal atau mati mayat tersebut akan ditanam adakalanya bagi india mayat tersebut akan dibakar.


Namun selepas berkunjung ke blog thegeekhubs.blogspot.com.Agak pelik dan terkejut apabila mayat manusia diproses untuk dijual.menurut sumber, kilang yang beroperasi untuk memproses mayat terletak di Rusia tersebut sememangnya wujud di dunia ini dan aktif memproses organ mayat-mayat yang tidak dituntut.

Namun, lebih mengejutkan apabila kilang tersebut mencuri buah pinggang, kornea mata dan lain-lain bahagian tubuh mayat untuk dijual. Hasil jualan organ itulah yang menjadi sumber pendapatan mereka bagi membiayai gaji kakitangan yang menguruskan operasi kilang tersebut.

Kilang ini kelihatan sangat ngeri di mana mayat-mayat akan dihimpunkan dalam satu bilik dalam keadaan berselerak dan seolah-olah tidak berharga lagi. Mayat-mayat tersebut hanya dibiarkan terlentang di mana-mana saja sebelum operasi membedah untuk mengeluarkan organ dilakukan.

Suasana seperti ini sungguh kejam bukan? Pastinya kilang ini dipenuhi dengan bau-bauan yang kurang enak!. Dan tidak mustahil juga menjadi kilang paling menyeramkan di dunia.

Sudah semestinya keberanian, semangat yang kuat serta memiliki hati yang keras untuk para pekerja yang berada di kilang itu. Jika lemah semangat mana mungkin mereka mampu untuk memproses mayat-mayat tersebut.

Mayat-mayat tersebut sebenarnya (mangsa) adalah mayat-mayat yang dikutip daripada pemandu mabuk yang telah meninggal dunia akibat kemalangan, orang yang tinggal bersendirian dan mati kesejukan, penjenayah yang ditembak mati dan mayat-mayat yang tidak dituntut oleh ahli keluarga. Malah, golongan kanak-kanak juga turut menjadi sasaran mereka.

Seterusnya, selain daripada organ-organ dalaman beberapa bahagian badan juga akan dijual kepada beberapa universiti di seluruh dunia. Tulang pula akan dieksport kepada farmasi di Ireland manakala negara Jerman membeli tulang-temulang manusia itu untuk membuat gigi tampalan.

Namun, bukan hanya Rusia, negara India juga dikatakan mempunyai kilang yang serupa iaitu untuk memproses organ-organ manusia untuk eksport. Mungkin juga kerana bilangan penduduk yang ramai maka mayat-mayat sering tidak dituntut atau gagal disempurnakan dengan baik.

Tidak mustahil juga jika ada ahli keluarga yang menjual mayat kerana tidak mampu untuk mengadakan majlis pengebumian. Hal ini terbukti kerana terdapat mayat-mayat dibiarkan hanyut di Sungai Gangga begitu sahaja kerana tidak mampu diuruskan oleh ahli keluarga.



Keadaan Mayat Yang Dikumpulkan Dalam Bilik



Mayat yang terbiar.




Pekerja bekerja tanpa rasa takut.



Biji mata yang telah dibotolkan.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah andai kita berada di luar negara kerana pelbagai ancaman boleh terdapat di mana-mana malah tidak mustahil juga berlaku di negara sendiri. Elakkan berjalan berseorangan terutamanya pada waktu malam khasnya kaum wanita malah tidak mustahil berlaku kepada lelaki juga.

* Akan ada insan yang cuba mematahkan semangatmu.

* Akan ada insan yang cuba menghalang perjalananmu.

* Akan ada insan yang cuba merampas kebahagiaanmu.

Tetapi yakinlah, sesuatu yang Allah takdirkan menjadi milikmu, tidak akan Allah biarkan menjadi milik orang lain. Teruskanlah melangkah mencari kekuatan, jangan lemah dan tabahlah.

Sumber

Ngeri! TUNJUK AKSI SAMPAI MATI!

on Sunday, July 21, 2013



MAT REMPIT TUNJUK LAGAK MAUT DI TEMPAT KEJADIAN | Georgetown: Aksi sekumpulan mat rempit menunjukkan lagak di jalan raya berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta
Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku.
Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di sekitar kawasan itu.
“Ketika itu, polis mengarahkan mereka beredar, tetapi kumpulan remaja berkenaan berdegil dan masih mahu menunjukkan aksi lagak ngeri. - mazeermohamad

Ngeri! Remaja Mati dikepit pintu lif (2 GAMBAR)

on Friday, July 19, 2013


Ngeri! Remaja Mati dikepit pintu lif (2 GAMBAR) | Kuala Lumpur: “Saya terkejut melihat kanak-kanak itu terus mendiamkan diri sebaik kepala dan badannya dari paras pinggang ke atas tersepit di pintu lif,” kata Mohd Nor Asyraf Saifuddin, 17, saksi kejadian ngeri meragut nyawa, Khairul Amir Azri Lani, 11, dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak, Sungai Besi, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sekolah bersama 17 yang lain berada di dalam lif untuk naik ke tingkat tiga kerana mahu ke rumah neneknya.Asyraf berkata, kanak-kanak itu cuba memanjat tembok apabila lif tiba-tiba rosak antara tingkat dua dan tiga sebelum ia tiba-tiba terhempas menimpa mangsa.

Katanya, lif itu pada awalnya mahu terhempas, tetapi berhenti sebelum pintu terbuka menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengambil keputusan untuk melompat keluar.

ANGGOTA paramedik memeriksa keadaan jenazah Khairul Amir di dalam lif.

“Pada awalnya ada seorang kanak-kanak lain yang mahu melompat keluar, tetapi saya sempat menariknya sebelum mangsa nekad keluar.

IBU Khairul, Nor Hazilah Mat Zain pengsan sebaik mayat anaknya dikeluarkan dari dalam lif.

sumber

Gempar!!! Bakal Pengantin Maut Selepas Jawab Telefon Guna iPhone5

on Tuesday, July 16, 2013



China – Apple melancarkan siasatan selepas seorang wanita yang juga bekas pramugari China Southern Airlines, Ma Ailun, meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika menjawab panggilan dengan menggunakan iPhone 5.
Ailun rebah ke lantai sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon.
Ketika itu iPhone 5 tersebut sedang dicaj di rumahnya, Khamis lalu.
Dia yang berusia 23 tahun dan bakal berkahwin pada 8 Ogos ini, dikejarkan ke hospital di Xinjiang, namun doktor gagal menyelamatkannya.

Menurut anggota keluarganya, Ailun membeli iPhone 5 itu daripada kedai Apple pada bulan Disember lalu.
Mereka sekeluarga telah menyerahkan telefon pintar itu dan aksesorinya kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, jurucakap Apple memaklumkan bahawa pihaknya berasa sedih dengan insiden yang menimpa Ailun.
“Kami akan menjalankan siasatan penuh dan dalam masa sama memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa,’’ katanya.
Insiden malang yang menimpa Ailun itu mendapat perhatian banyak pihak di China malah orang ramai menulis dalam media sosial Weibo menggesa supaya pengguna iPhone tidak menjawab panggilan telefon ketika telefon itu sedang dicaj. Sumber