MAT REMPIT TUNJUK LAGAK MAUT DI TEMPAT KEJADIAN | Georgetown: Aksi  sekumpulan mat rempit menunjukkan lagak di jalan raya berakhir dengan  tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di  Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi  kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal  ditunggangnya merempuh belakang kereta  
Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari  rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa  meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku.
Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit  cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di  sekitar kawasan itu.
“Ketika itu, polis mengarahkan mereka beredar, tetapi kumpulan remaja  berkenaan berdegil dan masih mahu menunjukkan aksi lagak ngeri. - mazeermohamad


 
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment