Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Warga emas terkejut jumpa seikat wang

on Saturday, July 27, 2013

PENTING Anda ada page bisnes di FB ? Jom tingkatkan like page dengan murah dan pantas !
 Likes ialah trafik, 'nyawa' anda dalam menjalankan pemasaran di Internet & FB ni.
 klik / copy link ini untuk maklumat lanjut...

https://www.facebook.com/notes/boost-fanpage/perkhidmatan-pantas-dan-berkualiti-untuk-boost-kan-fanpage/239451646193147

Warga emas terkejut jumpa seikat wang
Sejumlah duit yang ditemui seorang penoreh getah di tepi jalan utama dekat Kampung Padang Tenggala, Seberang Temerloh.
TEMERLOH - Seorang penoreh getah terkejut apabila menemui seikat wang kertas bernilai ribuan ringgit di tepi jalan utama ke bandar Temerloh dekat Kampung Padang Tenggala, di sini, tiga hari lalu.

Lelaki warga emas itu yang enggan dikenali berkata, dia menemui wang terbabit ketika menunggang motosikal melalui jalan berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya, dia terpandang satu bungkusan kertas di tepi jalan, namun tidak menghiraukannya.

“Ketika dalam perjalanan pulang, saya melalui jalan yang sama dan masa itu terdetik rasa hati untuk memberhentikan motosikal.

“Saya terkejut apabila melihat sejumlah besar duit bersama beberapa nota yang saya percaya ia adalah rekod urus niaga pemiliknya, saya terus mengambilnya dan berbincang dengan rakan,” katanya.


Menurutnya, dia mengambil keputusan menyimpan wang berkenaan dan menyerahkan kepada Sinar Harian untuk menghebahkan perkara itu kepada umum.

Katanya, pihak yang mahu menuntut mesti menyatakan dengan tepat jumlah wang itu sebelum berjumpanya di Kampung Bangau Parit.

Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan sejumlah besar wang dalam tempoh seminggu ini  supaya menghubungi Ketua Balai Polis Temerloh, Inspektor Irwan Sapawi untuk dibawa berjumpa lelaki yang menemui wang tersebut.

Lahad Datu: Pengganas Sulu Mengganas , Harta Penduduk DImusnahkan

on Monday, April 1, 2013



Lahad Datu: Pengganas Sulu Mengganas , Harta Penduduk Dimusnahkan | Kehidupan kira-kira 1,400 penduduk di Kampung Tanjung Labian di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka terpaksa menghadapi masa depan suram dan beban hutang gara-gara pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu.

Selepas sebulan meninggalkan rumah dan menghuni pusat pemindahan ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu, sebahagian penduduk dibawa memasuki kawasan kampung itu sebelum dikejutkan dengan penemuan banyak harta masing- masing yang musnah terbakar atau dirosakkan.

Tidak cukup dengan rumah, kedai runcit dan bengkel kenderaan, peralatan untuk mencari sesuap nasi seperti bot nelayan turut dimusnahkan.

Sedih dengan apa yang dilihat, beberapa orang penduduk meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir.

Siti Aminah Hiya, 21, berkata, kehidupannya kini sudah tidak bermakna apabila rumah yang dihuni beberapa tahun lalu musnah.

Lebih memburukkan keadaan apabila bot dan enjin yang diguna oleh suami ke laut menangkap ikan turut terbakar.

“Bot dan enjin ini saya dapat hasil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM1,500 beberapa bulan lalu dan baru sekali saya bayar balik pinjaman.

“Sekarang bot sudah hancur, bagaimana saya dan suami hendak mencari rezeki bayar balik pinjaman? Rumah juga dibakar dan apa yang ada sekarang hanyalah baju yang kami pakai ini,” katanya.

Gambar : JUHRAH (kanan) bersama Betty menangis di atas tangga rumah mereka, semalam.

Lahad Datu: “Tiada apa lagi yang saya miliki sekarang melainkan hanya tangga di rumah ini. Semuanya musnah menjadi arang,” kata suri rumah, Juhrah Jowak, 48, yang meratap kesedihan apabila rumah papan didudukinya sejak 10 tahun lalu musnah terbakar akibat insiden pencerobohan pengganas.

“Semuanya jadi arang. Banyak barangan saya musnah… wang tunai, katil, mesin jahit, televisyen, peti ais, sofa, mesin basuh dan dokumen diri… semuanya terbakar,” katanya.

Gambar : PENDUDUK Kampung Tanjung Labian membaca doa sebelum membuat penilaian kerosakan ke atas rumah mereka.


Lahad Datu: Kegembiraan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian, di sini yang dibawa memasuki perkampungan mereka semalam, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.
Ini menyebabkan sebahagian penduduk yang memasuki rumah masing-masing bertempiaran lari untuk berkumpul di kawasan lapang berhampiran dengan masjid yang ada di Kampung Tanjung Batu.

Bunyi tembakan dari arah penempatan tepi laut dipercayai 500 meter dari masjid itu kedengaran sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira 30 minit selepas pasukan keselamatan membenarkan mereka memasuki penempatan itu.

Susulan itu, anggota pasukan keselamatan yang bertugas mengawal kedua-dua kampung bersebelahan dikerah menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang berada di tempat kejadian menjelaskan, tembakan itu dilepaskan oleh pasukan keselamatan sebagai amaran.


MUTAKHIR!!!! DATO' SERI KELUARKAN KENYATAAN RASMI BERHUBUNG ISU LAHAD DATU

on Sunday, March 31, 2013



MUTAKHIR!!!! DATO' SERI KELUARKAN KENYATAAN RASMI BERHUBUNG ISU LAHAD DATU | Assalamualaikum, Ayahanda Dato Seri' Muhammad Ridhwan Bin Sulaiman Merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia akan membantu pihak Polis berkaitan siasatan Operasi Isu Pencerobohan Lahad Datu, Sabah.


Gambar 5 (PALING JELAS) : Dato' Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman






Untuk pengetahuan, Ayahanda Tidak berkaitan Dengan Pengganas mahupun Jamalul Kiram III. Beliau Hanya Mengenali SULTAN MUEDZUL-LAIL TAN KIRAM merangkap Raja Muda (Crown Prince) yang disahkan oleh Kerajaan Filipina. Tujuan beliau menolong adalah hanya untuk membantu Umat Islam yang tidak berkemampuan Di Sulu.


Diminta pihak-pihak tertentu supaya Tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan Isu ini. Ikuti Perkembangan Melalui Media Massa dari semasa ke masa. 


Amar Maaruf Nahi Mungkar,


Sekian, Harap Maklum.

Sumber :



Mengaku Islam, Tidak Tahu Mengucap

on Saturday, March 30, 2013

MAYAT seorang pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Mengaku Islam, Tidak Tahu Mengucap | SEMPORNA – Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.

“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.



Lahad Datu: Mayat Pengganas Dipenuhi Tatu Al-Quran



Lahad Datu: Mayat Pengganas Dipenuhi Tatu Al-Quran | KUMPULAN pengganas dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan."Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut, namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.


Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.  
                                                                                                   
 Ada juga tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila rata-rata mereka mati ditembak oleh Pasukan Keselamatan Malaysia.

Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran

[VIDEO]Kejam! Ibu Diikat Seperti Anjing Ketika Dibawa berjalan



[VIDEO]Kejam! Ibu Diikat Seperti Anjing Ketika Dibawa berjalan | Sungguh kejam seorang anak apabila mengikat ibunya seperti anjing ketika dibawa berjalan-jalan. Dalam video yang tersebar luas di internet itu, seorang anak mengikat pinggang ibunya dengan tali dan lelaki itu menjadikan ibunya seperti anjing.

Walaupun ibunya itu beberapa kali jatuh tetapi anaknya langsung tidak membantu. Tindakan lelaki itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kelakuannya dirakam dan video itu dimuat naik di internet.

Pihak berkuasa Taiwan menyiasat kejadian itu apabila ramai pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kejam seorang anak yang memperlakukan ibunya seperti anjing. Ikuti video rakaman dibawah untuk melihat secara lebih jelas perlakuan kejam seorang anak kepada ibunya.


NSK Supermarket Selayang Jual Babi?

on Friday, March 29, 2013



NSK Supermarket Selayang Jual Babi? | Berita ini sebenarnya kecoh sejak semalam lagi.Tetapi admin baru tergerak hati untuk berkongsi dengan anda semua.Mohon kerjasama kepada anda yang mengetahui kisah sebenar untuk tampil memberi maklumat.Kisah ini diceritakan oleh salah seorang dari ratusan ribu pelanggan NSK.Admin tidak mengubah apa-apa ayat,Jom kita baca,anda tentukan.sama-sama kita bincangkan.


Salam semua.
ini adalah kisah benar. semalam 8am sy ke NSK selayang mencari keperluan anak2 utk simpanan stok biskut n sabun ke asrama. sy jarang pegi sgt ke NSK, last pegi masa rombongan cik kiah membeli brg2 utk projek CSR corporate services dulu tu…(tak hengat ker)….
sy masuk ke kawasan pasar segar NSK ni…cuba tgk kat bawah apa yg sy nmpk????? jeng jeng jeng
Binatang yg bernama BABI ni dok parking dlm troly tanpa berbalut, not only tt..boleh pulak lepak kat sebelah booth daging lembu. masa sy ambil gambar ni ramai jgk pekerja myanmar tu bising bising….(ntah­ apa yg dia ckp tak tahu la). Pd pendapat sy…Binatang BABI ni dia tgh tunggu turn utk dia di potong menjadi kepingan kepingan kecil. sy rasa kepingan daging BABI basah tidak ada di jual di NSK (sy tk penah trpdg plak…sbb jrg sgt masuk kawasan pasar segar nsk ni) tetapi sy pasti yg Binatang BABI berkenaan di potong mnggunakan PEMOTONG yg sama dgn daging lembu n ayam.
klu Binatang BABI ni tdk bertujuan utk di potong @ di jual d NSK…ape kejadahnya dia nak lepak2 kat situ????? tk boleh nk buat lawatan sambil belajar pun sbb kepala hotak dia dh tak ada….tak caya ker? g tgk gambar kt bawah.
tolong war warkan pada rakan2…. selepas ni g cari brg masak tempat lain ye. mmg certain bende d Nsk ni harganya mampu beli, tp tak kan sanggup kita nk menggadai aqidah kita melalui pemakanan hnya kerana harga brgannya murah. pelbagai cara kafir laknatullah ni utk merosakan iman kita….dan mereka sama shj spt para IBLIS yg setiap saat ingin cuba menyesatkan Umat Muhamad.
Saidina Ali pernah berkata “Tidak akan namanya kebaikan jika diakhirnya adalah NERAKA, tidak akan namanya Kejahatan jika diakhirnya adalah SYURGA.
wallahualam.

sumber asal

Update : Berikut adalah jawapan dari pihak NSK Selayang berhubung kes ini,sila klik >>disini<<

Kisah Benar Inspektor Hasnal Yang 21 Jam Menahan Sakit Ditembak, Ditetak Pengganas Sulu!

on Wednesday, March 27, 2013



Kisah Benar Inspektor Hasnal Yang 21 Jam Menahan Sakit Ditembak, Ditetak Pengganas Sulu! | PUTRAJAYA –  Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan pada Selasa, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.

“Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.

“Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri,” katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira ‘Operasi Daulat’ oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.

Menurut Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.

“Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.

“Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran,” katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.

Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.

“Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan,” katanya.

Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar.

Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.

“Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.

“Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh,” katanya.


Bantuan tiba kira-kira pukul 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan.

Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.

Anak kelahiran, Felda Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.

Mohamad Hasnal hadir bersama balu dan waris yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna pada majlis itu.

Dua anggota polis terkorban di Lahad Datu pada 1 Mac dan enam di Semporna Sabah pada 2 Mac.

Beberapa orang lagi cedera dan seorang anggota tentera turut gugur dalam satu lagi pertempuran di Lahad Datu.

Seorang anggota tentera terbunuh dalam kemalangan mengikuti konvoi Operasi Daulat itu.

Suasana pilu turut dirasakan pada majlis itu, apabila syair bertajuk “Ayahku Seorang Perwira” hasil nukilan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNKK Datuk Ruhaidini Abd Kadir, dilagukan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin.-BERNAMA

TERKINI: Siapa Dari Sabah Kirim Wang Pada Pengganas Sulu Di Filipina??

on Tuesday, March 26, 2013



TERKINI: Siapa Dari Sabah Kirim Wang Pada Pengganas Sulu Di Filipina?? | LAHAD DATU – Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.

Beliau berkata, perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

“Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata, seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.

Beliau berkata, 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.

Dalam pada itu, Khalid berkata, 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.

Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.

Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.

“Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap,” katanya. – BERNAMA

Komando 69 Kongsi Kisah Pertempuran Yang Mengorbankan Pegawai, Anggota Mereka



Komando 69 Kongsi Kisah Pertempuran Yang Mengorbankan Pegawai, Anggota Mereka | KUALA LUMPUR – ‘Ibarat hujan peluru’ itulah ungkapan angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas.

Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie.

Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.




“Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.

“Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripadaKomander untuk melepaskan tembakan.

” Pihak pengganas yang sebelum itu memberi amaran ‘berambus Tiger, balik’ (kepada kami) telah melepaskan tembakan kerana kami tidak mahu berundur,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

“Mereka (pengganas) cuba rapat dengan kami dan mengacukan senjata serta melepaskan tembakan bertubi-tubi dalam jarak kira-kira 10 meter,” katanya.

Pertempuran yang berterusan selama sejam itu mengorbankan dua anggota polisiaitu ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabaruddin Daud, 46.

Pasukan keselamatan menembak mati 15 musuh.


Azwanazlee berkata dalam pertempuran di kawasan kelapa sawit yang berpaya itu, beliau mendapati beberapa anggota pengganas sukar ditumpaskan walaupun ditembak bertubi-tubi.

“Kami rasa mereka seolah-olah memakai ilmu kebal kerana walaupun telah ditembak berkali-kali tetapi tidak jatuh. Arahan untuk menembak di bahagian kepala diterima dan ia akhirnya berjaya menumpaskan pengganas itu,” katanya.

Berkongsi pengalaman sama, Kpl Muhammad Imran Abd Talib, 28, yang diaturgerak dalam satu lagi pasukan iaitu sektor Alpha di Kampung Tanduo, berkata beliau dapat menumpaskan pengganas dalam jarak yang paling dekat iaitu kira-kira dua meter.

“Saya masuk kampung Tanduo pada 28 Feb dan pada pagi 1 Mac saya dan rakan lain diletakkan dalam keadaan siap siaga. Ketika itu kami sedang menyediakan makanan sebelum mendengar bunyi tembakan di kawasan sektor Bravo,” kata anak bekas komando itu.

Beliau berkata pokok kelapa sawit menjadi tempat perlindungan daripada serangan pengganas.


“Bertempur dalam hutan tidak sama dengan bertempur di kawasan ladang kelapa sawit dengan binaan rumah yang tidak banyak.

” Pemandangan menjadi lebih luas dania mudah untuk dilihat musuh, itu antara cabaran yang harus ditempuhi ketikaitu.

“Selepas bertempur saya lihat tempat perlindungan saya dipenuhi kesan tembakan. Saya bersyukur kerana peluru yang datang seperti hujan itu tidak mengenai saya,” katanya.

Muhammad Imran yang terpaksa menangguhkan pertunangannya, berkata beliau bangga kerana dapat menyumbang kudrat demi mempertahankan negara

SEMENTARA itu, dalam keadaan musuh menyerang bertalu-talu dan anggota pasukan komando VAT69 ini membalas tembakan mempertahan diri dan negara, dalam insiden 1 Mac lepas, Kpl Mohamad Asrul Osman tidak sedar rakan di sebelahnya gugur dalam pertempuran selama sejam itu.

Beliau berkata laungan ‘Allahhuakbar’ menjadi perisai ketika diserang musuh yang jaraknya agak dekat dalam insiden pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah.


“Ketika pertempuran saya meniarap bersebelahan arwah (Sjn Sabaruddin Daud, 46)…Kami diserang bertalu-talu dan angin daripada tembakan itu memang jelas dirasai betul-betul di sebelah telinga saya.

“Saya tidak sangka tembakan itu mengenai Sabaruddin dan hanya mengetahuinya apabila saya menepuk belakang beliau untuk berundur, tetapi beliau sudah kaku ketika itu,” katanya .

Mohamad Asrul, 33, berkata beliau cedera pada cuping telinga dan kolar pakaian seragamnya koyak rabak dalam pertempuran yang turut mengorbankan ASP Zulkifli Mamat.

“Meskipun hati sebak melihat rakan gugur, ia tidak menjadi kekangan pada saya untuk meneruskan perjuangan demi membela tanah air,” katanya.

Semangat juang yang ditunjukkan pasukan keselamatan negara itu berjaya membunuh 15 musuh.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang hingga keesokannya harinya (2 Mac) semua pegawai dan anggota diletak dalam keadaan siap siaga bagi menumpaskan pengganas.

“Sehingga kini saya masih terbayang kejadian menimpa Allahyarham,” katanya.

Beliau berkata pengalaman bertempur dengan pengganas yang merupakan pengalaman pertama baginya itu, mendidiknya menjadi lebih berani dan sanggup mempertaruh nyawa sendiri demi menjaga kedaulatan negara.

“Saya masuk Komando pada 2003, insiden pencerobohan di Lahad Datu memberi peluang kepada saya merasai sendiri apa apa yang telah orang lama ceritakan mengenai pertempuran dengan komunis dan bagaimana perasaan bertempur dalam
situasi sebenar,” katanya.

Mengambil pendekatan untuk tidak merisaukan orang tersayang, Mohamad Asrul berkata beliau memberitahu ibunya bahawa beliau sedang mengikuti kursus.

“Isteri saya pula hanya dimaklumkan bahawa saya terlibat dalam pertempuran ini tetapi tidak pernah memberitahunya apa yang saya lalui termasuk kecederaan yang saya alami,” katanya.

-BERNAMA



Rakan Maut,Laungan Allahuakbar Jadi Perisai - Komando VAT69



Rakan  Maut,Laungan Allahuakbar Jadi Perisai - Komando VAT69 | Kuala Lumpur, 25 Mac - Dalam keadaan musuh menyerang bertalu-talu dan anggota pasukan komando VAT69 ini membalas tembakan mempertahan diri dan negara, dalam insiden 1 Mac lepas, Kpl Mohamad Asrul Osman tidak sedar rakan di sebelahnya gugur dalam pertempuran selama sejam itu.

Beliau berkata laungan 'Allahhuakbar' menjadi perisai ketika diserang musuh yang jaraknya agak dekat dalam insiden pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah.

"Ketika pertempuran saya meniarap bersebelahan arwah (Sjn Sabaruddin Daud, 46)...Kami diserang bertalu-talu dan angin daripada tembakan itu memang jelas dirasai betul-betul di sebelah telinga saya.

"Saya tidak sangka tembakan itu mengenai Sabaruddin dan hanya mengetahuinya apabila saya menepuk belakang beliau untuk berundur, tetapi beliau sudah kaku ketika itu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini

Mohamad Asrul, 33, berkata beliau cedera pada cuping telinga dan kolar pakaian seragamnya koyak rabak dalam pertempuran yang turut mengorbankan ASP Zulkifli Mamat.

"Meskipun hati sebak melihat rakan gugur, ia tidak menjadi kekangan pada saya untuk meneruskan perjuangan demi membela tanah air," katanya.

Semangat juang yang ditunjukkan pasukan keselamatan negara itu berjaya membunuh 15 musuh.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang hingga keesokannya harinya (2 Mac) semua pegawai dan anggota diletak dalam keadaan siap siaga bagi menumpaskan pengganas.

"Sehingga kini saya masih terbayang kejadian menimpa Allahyarham," katanya.

Beliau berkata pengalaman bertempur dengan pengganas yang merupakan pengalaman pertama baginya itu, mendidiknya menjadi lebih berani dan sanggup mempertaruh nyawa sendiri demi menjaga kedaulatan negara.

"Saya masuk Komando pada 2003, insiden pencerobohan di Lahad Datu memberi peluang kepada saya merasai sendiri apa apa yang telah orang lama ceritakan mengenai pertempuran dengan komunis dan bagaimana perasaan bertempur dalam
situasi sebenar," katanya.

Mengambil pendekatan untuk tidak merisaukan orang tersayang, Mohamad Asrul berkata beliau memberitahu ibunya bahawa beliau sedang mengikuti kursus.

"Isteri saya pula hanya dimaklumkan bahawa saya terlibat dalam pertempuran ini tetapi tidak pernah memberitahunya apa yang saya lalui termasuk kecederaan yang saya alami," katanya.- BERNAMA

Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amir Bahar Sempat Main Facebook Sebelum Ditangkap!

on Monday, March 25, 2013



Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amir Bahar Sempat Main Facebook Sebelum Ditangkap! | MENGEJUTKAN…dalam dok godek2 facebook cari cerita mengenai Jamalul Kiram, Agendadaily terjumpa satu profail dengan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram.

Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu.

Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai ‘Menteri Pertahanan Sulu’ ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.

Dengan tertangkapnya Amirbahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.

Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou dimana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.



Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.

Dari facebooknya dipercayai Amirbahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.

Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.

Amir Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya, pada jam 1.30 pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori, fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu Cina yuan.

Jika tinjau gambar pada facebook Amirbaha ini adalah beberapa keping yang dimuat naik pada 5 Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada breafing yang dibuat oleh Datu Amirbahar Hushin Kiram ini pada sekumpulan lelaki.



Untuk rekod, puak yang dakwa ‘tentera kesultanan Sulu’ ini mula ceroboh Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak berkuasa 12 Febuari.

Selain gambar baik punya dok breafing itu, ada juga gambar macam bekalan logistik baru sampai, selain gambar Datu Amirbahar Hushin Kiram bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.

Mereka tengah mengaminkan doa yang dibawa oleh orang lain.

Ada juga gambar ayah pada Amirbahar, Ismail Kiram, seorang ahli perniagaan bersama beberapa tokoh politik Filipina termasuk bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.

Kerajaan Filipina sebelum ini mengaitkan bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan kerajaan Arroyo sebagai antara individu yang disiasat berikutan pencerobohan Lahad Datu.

Facebook yang hanya mempunyai 182 orang kenalan itu rata-rata adalah keturunan Kiram, dan dari semakan Agendadaily, ada juga yang tulis menetap di Kuala Lumpur dengan nama Datu Amir Ali Kiram.



Tidak banyak kemaskini di dalam profail tersebut, kecuali gambar-gambar, dan beberapa kenyataan pro penceroboh termasuk desak kuasa-kuasa asing ambik tindakan terhadap kerajaan Malaysia pada 5 Mac lalu.

Amir Bahar yang dicekup bersama isterinya baru-baru ini mungkin boleh rungkai apa sebenarnya yang terjadi disebalik kejadian pencerobohan Lahad Datu. Sama-sama kita tunggu…

Sementara itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber melaporkan AmirBahar dan Azimuddin adalah antara beberapa orang yang dicari oleh polis sebelum serangan berdarah yang mengorbankan enam anggota polis termasuk penguasa penguasa dan pembantu di Kampung Sri Jaya Siminul pada 2 Mac.

Selain dari Amir, pasukan keselamatan telah mencari Azimuddin dan seorang lagi bernama Alianapiah, tetapi lelaki telah melarikan diri dari kampung.

Sumber berkata polis teruk memperhebatkan gerakan memburu Alianapiah, yang dipercayai masih di negeri ini.

Jamalul, Esmail, Alianapiah dan Azimuddin adalah antara enam saudara keluarga Kiram yang mendakwa mereka adalah keluarga pemerintah kesultanan Sulu.

Esmail,yang berkelulusan doktor falsafah dan dikatakan yang paling terpelajar di kalangan adik-adiknya, kali terakhir dilaporkan berada di Sabah pada November tahun lepas.

Difahamkan bahawa tiga orang lain, yang hanya dikenali sebagai Haji Kiram, Haji Kaluang dan Aidani, turut diburu ekoran pembabitan dalam pencerobohan Lahad Datu.

Haji Kiram dikatakan telah sebelum ini tinggal di Sandakan dan dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang berkahwin dengan kakitangan kerajaan.

Haji Kaluang, ahli “Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), didakwa salah satu pembiaya pencerobohan.

Orang ketiga, Aidani, yang merupakan penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna.” -Agendadaily.com via mynewshub




EKSKLUSIF: Dalang ‘Sebenar’ Insiden Lahad Datu Makin Jelas?



EKSKLUSIF: Dalang ‘Sebenar’ Insiden Lahad Datu Makin Jelas?  | STATISTIK terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah seramai 108 orang termasuk lapan yang telah dituduh di Mahkamah Tinggi Tawau.

Selain itu, tangkapan kes-kes lain kini bertambah kepada 285 orang (Akta Imigresen-283 orang, Akta Pendaftaran Negara-1 orang dan Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya-1 orang)

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 30 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 63 orang.

Bilangan pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera parah adalah sama iaitu 10 orang terkorban dan 10 orang cedera parah.

Yang pasti, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini sedang giat mengumpul bukti di lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Menurut sumber, cabang perisikan dalam PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sedang melipatgandakan usaha mereka termasuk menjalin kerjasama dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.



” Apa yang boleh kita katakan, dalang ‘sebenar’ insiden ini makin jelas hasil daripada siasatan dan risikan yang dibuat termasuk yang dari soal-siasat ke atas mereka yang kita tangkap.

” Namun masih awal untuk memperkatakannya, banyak lagi yang perlu kita lakukan, tunggu masa dan ketikanya saja, buat masa sekarang biarlah kami lakukan apa yang terbaik, kita akan buru mereka yang bertanggung jawab hingga ke lubang cacing,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Menurut sumber itu, operasi penggempuran, siasatan dan risikan berjalan serentak.

Katanya, semua aspek sentiasa diambil kira terutama dalam menganalisis maklumat yang diperoleh agar ia mempunyai ‘kredibiliti’ sekaligus bagi membolehkan tindakan selanjutnya dibuat.

” Kita bertanggungjawab mengumpul dan memproses risikan keselamatan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam serta mengekalkan keamanan dan keselamatan bukan saja di Sabah tetapi meliputi semua negeri.

” Tugas ini telah diamanahkan kepada kami jadi mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikannya…anda boleh semak Seksyen 3(3) dan Seksyen 20(3) Akta Polis 1967 dan anda akan faham apa yang kami maksudkan,” katanya lagi – MyNewsHub.my

EKSKLUSIF: Anak ‘Mat Bom’ Berjaya Ditahan, Satu Lagi Kejayaan Besar!

on Sunday, March 24, 2013



EKSKLUSIF: Anak ‘Mat Bom’ Berjaya Ditahan, Satu Lagi Kejayaan Besar! | SETELAH mendapat berita gembira yang ‘Menteri Pertahanan’ Sulu, Datuk Amir Bahar Hushin Kiram berjaya ditahan di Semporna, Sabah semalam, kami mendapat satu lagi berita terkini yang cukup melegakan.

Ali, anak kepada seorang kepada penduduk kampung yang dipercayai tali barut kepada pengganas Sulu, Mat Bom, juga berjaya ditahan.

Menurut sumber, tangkapan dibuat di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu. Ali ditahan bersama isterinya.

” Ketika ditangkap, kedua-duanya dalam keadaan terkejut dan tidak sempat bertindak balas,” katanya eksklusif kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Untuk rekod, Mat Bom antara orang kampung yang terawal ditahan oleh pasukan polis kerana dipercayai menjadi dalang mengatur pergerakan pengganas Sulu di sekitar Lahad Datu.

Justeru penahanan Ali yang juga anak lelakinya ‘hidup-hidup’ semalam, merupakan satu lagi kejayaan besar pihak keselamatan negara dalam memburu ‘dalang’ di sebalik pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Tahniah pasukan keselamatan negara!

* Gambar di atas adalah antara suspek militan Sulu yang dibawa ke mahkamah sebelum ini.


[Gosip] Benarkah Nurul Syuhada Sudah Meletak Jawatan?

on Thursday, September 6, 2012

Salam diucapkan kepada semua pembaca,petang ini heboh satu gosip yang mengatakan pengacara TV3 kesukaan ramai,puan Nurul Syuhada Nurul Ain sudah meletak jawatan,betulkah cerita ini atau hanya sekadar cerita dipetang hari?
Menurut laporan dari blog mynewshub,dipetik dari satu sumber yang diperolehi,Nurul sudah menghantar satu notis perletakan jawatannya yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.Berikut adalah maklumat dari sumber itu.
“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.
Baru-baru ini Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul agar membuat permohonan maaf secara terbuka diatas kenyataannya semasa   mengacarakan satu program lintas langsung stesen itu yang mengatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan yang daif.
Berikutan dari kesilapan atau kenyataan itu,Nurul telah mendapat kencaman yang hebat.

Bagaimanapun,apa yang saya respek,beliau tetap tenang dan bersikap profesional biarpun berdepan dengan dugaan itu dan telah membuat permohonan maafnya dengan mengakui tersilap cakap.
Manakala pihak majikan Nurul,iaitu TV3 juga sudah membuat tindakan yang sama,iaitu memohon maaf.
Tindakan atau kesilapan Nurul itu kemudiaannya telah diterima oleh semua pihak masyarakat termasuklah penduduk Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.

nota : Tidak ada sesiapa pun yang sempurna didunia ini,kita sebagai manusia tidak boleh lari dari melakukan kesalahan yang penting kita sedar akan kesalahan kita dan memperbaiki kesalahan tersebut.Pandangan peribadi dari saya,saya juga terima permohonan maaf Nurul kerana rasanya benda ini tidak perlu diperhebohkan lagi.Biarlah ianya menjadi satu pengalaman hidup bagi Nurul dan kita semua.amin



[Panas] Nurul Syuhada Nurul Ain Dan Isu Bintulu Daif

on Tuesday, September 4, 2012

Dalam minggu nie mesti korang semua ada terbaca/terdengar/terlihat di blog/tv mahupun radio berkenaan isu panas,berpunca dari kesilapan pengacara MHI TV# Nurul Syuhada Nurul Ain(gambar) yang tersilap cakap berkenaan isu Bintulu.

Semuanya bermula semasa Nurul Syuhada bersama Fedtri yang mengacara siaran langsung MERDEKA 55 di TV3 dan telah menyebut statement seperti dibawah:-


Berikut ialah ulasan hos Nurul Syuhada dan Fedtri dalam konteks Bintulu sebagai lokasi Sambutan Hari Malaysia.

Syuhada, " Pastinya selepas sambutan Hari Kemerdekaan ini, satu lagi yang turut ditunggu-tunggu ialah pada 16 September iaitu Hari Malaysia yang akan diadakan di Sarawak...

Fedtri, " Di Bintulu jadi lokasi kerana dalam usaha transformasi ini untuk mencari satu daerah yang tidak hanya tipikal di bandar besar tapi jelajah masuk ke negeri lain dan juga di tempat yang jarang dibuat satu acara yang besar. Bintulu menjadi pilihan, kawasan yang dilihat jauh dari Kuching....

Syuhada, " kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan...berjaya dan terus mengangkat bandar itu sendiri....



Statement dari pengacara tersebut telah membangkitkan kemarahan penduduk Bintulu yang bandarnya merupakan kawasan perindustrian berimpak besar dan tinggi melibatkan minyak dan gas sejak tahun 1960-an lagi.Isu ini telah menjadi isu hangat baik dari media sosial facebook,twitter,dan juga di media-media elektronik.
Nurul Syuhada telah diminta agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penduduk Bintulu khususnya.Tetapi sehingga hari ini,Nurul Syuhada cuma memohon maaf dari twitter beliau dan memohon maaf merujuk kepada followers twitter beliau sahaja dan bukan kepada masyarakat Bintulu khususnya.
Tetapi pihak TV3 telah memberikan permohonan maaf dan disiarkan dalam buletin utama,dan video tersebut telah dicapture dan dimuat naik ke dalam youtube oleh saudara blogger oleng84 seperti dibawah :-



Jika ada diantara anda yang mempunyai update terkini berkenaan isu ini bolehlah suarakan dikotak komen dibawah,kita berharap agar isu ini tidak akan menjadi isu panas lagi dan tidak akan merencatkan perjalanan seni dan karier Nurul Syuhada.
Sebelum menutup artikel kali ini,saya ingin mengingatkan pembaca semua dengan satu peribasa melayu,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya..sekian.sehingga bertemu lagi dilain artikel - mediasiber

info terkini : nurul syuhada sudah memohon maaf berkenaan isu bintulu daif.untuk membacanya sila ke http://mynewshub.my/2012/09/02/bintulu-daif-nurul-syuhada-mohon-maaf/

Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan

on Tuesday, August 14, 2012

Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia.

"Allahuakbar"

- Kelantan Negeri Serambi Mekah

Buat maksiat setelah penat membeli-belah untuk raya

on Monday, August 13, 2012

Wanita berkemban dengan tuala dicekup bersama pasangannya yang menyorok dalam tandas.


KUALA LUMPUR – Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penatmembeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam.
Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.
“Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas,” katanya.
Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah.
“Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta,” katanya.
Dalam operasi yang berasingan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sepasang kekasih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dicekup khalwat di sebuah hotel berasingan.
Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu sudah berkahwin, manakala pasangannya berusia 18 tahun tidak mempunyai pekerjaan.
“Pasangan berkenaan juga memberi alasan membeli-belah sempena Aidilfitri. Pada awalnya lelaki berkenaan memberi alasan gadis terbabit merupakan tunangnya,” katanya.
Kedua-dua pasangan terbabit antara 23 individu yang dicekup khalwat di lima hotel bajet sekitar ibu kota.
Beliau menasihati ibu bapa memantau anak mereka kerana kebanyakannya yang dicekup khalwat memberi alasan membeli-belah bersama pasangan di sini.
“Ibu bapa harus bertanggungjawab, jangan memberi kelonggaran dan kebebasan terhadap anak mereka kerana khuatir mereka akan terlanjur di hotel bajet,” katanya.
Operasi selama empat jam itu dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. – Sinar Harian

PR ramal Najib panggil PRU bulan merdeka

on Tuesday, August 7, 2012

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil kesempatan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Najib akan mengumumkan tarikh PRU-13 dalam bulan kemerdekaan dan tariknya mungkin pada bulan September atau November.
Menurutnya, PR telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya ini walaupun tarikhnya masih menjadi keraguan semua pemimpin politik.
"Najib akan ambil kesempatan dengan Hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan kembali imej dan umumkan tarikh PRU.
"Apa pun tarikh PRU kita (PR) telah bersedia untuk menghadapinya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada akhir Jun lalu, ketika mengumumkan tema Hari Kemerdekaan 'Janji Ditepati', Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, Sarawak akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September manakala sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Kuala Lumpur.
Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.
"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," kata Rais.
Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dimulakan pada 11 Julai lalu.
Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas.
Pada 17 Julai, Perdana Menter merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak.

sumber asal : sinarharian

Disebalik Tabir Kisah Pengislaman Hana Tajima

Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil. 

Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah. 

Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim. 

Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.
Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.
Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.
Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.

Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.


Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya.


Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.


SUMBER: Laman Kongsi dan zamani84