Showing posts with label Kemuskilan Agama. Show all posts
Showing posts with label Kemuskilan Agama. Show all posts

Tahukah Anda 7 Keajaiban di Dunia yang Sebenarnya Adalah Salah?.

on Sunday, August 4, 2013

Taj Mahal antara yang dinamakan 7 keajaiban didunia.


Seorang guru yang mengajar sejarah disebuah sekolah telah memberikan tugas kepada anak-anak muridnya berkaitan dengan 7 keajaiban di dunia dan mengarahkan mereka menyerahkan jawapan tersebut kepadanya sebelum kelas tamat. Setelah kelas hampir tamat kesemua pelajar telah menyerahkan jawapan mereka kepada guru tadi dan yang paling akhir menyerahkan kertas jawapan tersebut ialah seorang pelajarnya yang paling pendiam didalam kelas.

Selepas makan malam dirumahnya, guru tersebut mengambil kertas jawapan subjek sejarah murid-muridnya tadi untuk diperiksa dan diberi markah, sambil meneliti kertas-kertas jawapan tersebut dia merasa ada yang pelik dengan jawapan yang diberi oleh murid yang paling pendiam didalam kelasnya berbeza dengan jawapan murid-murid lain. Hampir kesemua pelajarnya memberi jawapan seperti berikut :

1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Negara China
4. Menara Pisa
5. Chandi Borobudur
6. Menara Eiffel
7. Colloseum

Sehelai demi sehelai kertas jawapan yang diperiksa dan hampir kesemuanya sama kecuali urutannya sahaja tetapi bila sampai ke jawapan oleh pelajarnya yang paling pendiam guru tersebut tersentak sambil terdiam kaku. Jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut adalah seperti berikut :

Tujuh Keajaiban Dunia:

1. Bisa melihat;
2. Bisa mendengar;
3. Bisa menyentuh;
4. Bisa disayangi;
5. Bisa merasakan;
6. Bisa tertawa; dan
7. Bisa mencintai…

Setelah menyandar dikerusinya hampir beberapa minit, guru tersebut menyimpan kesemua kertas jawapan murid-muridnya dan kemudian menundukkan kepalanya sambil berdoa dan mengucap syukur buat seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelasnya, yang hari itu telah mengajarkannya sebuah perkara hebat….... iaitu tidak perlu mencari sampai ke hujung dunia untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki sebenarnya, cuma kita sahaja yang tak tahu nak cari kat mana.

Kisah Syaitan Mengajar Abu Hurairah Ayat Kursi.

on Friday, August 2, 2013



Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba munculah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun Abu Hurairah berjaya menangkapnya. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, sehingga dia merayu : “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai dan saya sangat memerlukan makanan.”Maka pencuri itu pun dilepaskan.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : “Apa yang dilakukan kepada tetamu semalam, ya Abu Hurairah?” Dia mengeluh, “Ya Rasulullah, dia seorang miskin, keluarganya ramau dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya.

“Dia berbohong ” kata Nabi Muhammad s.a.w.: “Pada waktu malam nanti dia akan datang lagi.”

Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketatkan, dan kewaspadaan pun dipertingkatkan.

Dan, benar sekali pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti semalam. Kali ini dia juga tertangkap. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” ugut Abu Hurairah, sama seperti malam sebelumnya. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.”

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun dia dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : “Pencuri itu bohong, dan malam nanti dia akan kembali lagi.”

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan dia berjaya menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Beliau kesal. Kenapa pencuri semalam itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.?

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dijaganya. “Benar, dia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. “Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.

Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : “Lepaskan saya, saya akan mengajar tuan beberapa kalimah yang sangat berguna.”

“Kalimah-kalimah apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.” Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. “Dia mengajarku beberapa kalimah yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. “Kalimah apakah itu?” tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.”

Mendengar cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap seorang pendusta.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah. “Itulah syaitan.” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

MAKLUMAT PENTING, TOLONG SEBARKAN - Surah Al-Imran, ayat 6 Didalam Al-Quran (Android) Dikelirukan.

on Wednesday, July 31, 2013


Assalamualaikum kepada semua pelawat blog ini yang beragama Islam dipohon kerjasama saudara semua supaya dapat menyebarkan maklumat penting ini.

Satu versi Al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti Ahmadiyyah/Qadiani.

Nama application itu adalah, "The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh, "Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community", telah jelas disebut dalam maklumat application dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli atau memuat turun aplikasi ini kerana didalam Surah Al-Imran, ayat 6 telah sengaja dikelirukan.

Kesalahan yang dikesan - "bil haq,bil haq,bil haq" diulang 3x sedangkan Masyaf Uthmani tiada perkataan itu.

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah/mengelirukan dan bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.

Admin berharap agar saudara semua dapat kongsikan maklumat ini kepada keluarga, rakan, jiran atau kepada sesiapa jua umat Islam supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan Androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain. InshAllah.

Anak Aset Ke Syurga Atau Neraka - Menitis Airmata Mendengar Ceramah Ustaz Don. (Video)

on Tuesday, July 23, 2013


Siapakah yang akan memandikan jenazah kita setelah kita diputuskan nyawa?

Siapakah yang akan menyembahyangkan jenazah kita, setelah kita tidak boleh berbuat apa-apa,

Siapakah yang akan mengebumikan jenazah kita, setelah kita kaku seribu bahasa?,

Adakah anak-anak lelaki kita yang akan menyempurnakan tugas terakhir untuk ayahnya?,

Adakah anak-anak kita sudah bersedia untuk menyempurnakan hajat AYAH nya?.

Doa seorang ayah ketika hayatnya hampir sampai dipenghujung nyawa.......... Semuga dimakbulkan oleh Mu, Ya Allah S.W.T. Amin.

.......... menitis airmata apabila menonton video ceramah ini.......

Hidung Tempat Berkumpul Syaitan.

on Tuesday, July 9, 2013


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Riwayat Muslim).

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa mereka suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia boleh buat. Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur, segeralah bersihkannya dengan berselawat dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana bimbang hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah S.W.T. dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

PEMBONGKARAN! - HUBUNGAN DIANTARA KIBLAT, KAABAH DAN JUGA HARI KIAMAT.

on Monday, June 24, 2013



Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 ).

Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf, Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:


1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas. Arah yang ditunjukkan arah 4 jari mewakili pusingan arah lawan jam dan arah keatas ditunjukan oleh Arah ibu jari.


2. Dengan pole ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya.

3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat? dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?

4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri

5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??

Pembongkarannya...

1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada setiap saat, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam, misal orang di sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya. Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya. Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.

2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.

3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT. Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik kelangit. Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah. Menuju Langit yang mana kemana disampaikan tu wallahualam. Yang jelas pasti tuhan telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya. Jadi selama 24Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit. Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solat dan tawaf (Kiamat?).


Kesimpulan

1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgasana tuhan selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa merenung hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah jugak. Jadi harus "Saintis dan Ulama bersama-sama berbincang diantara satu sama lain untuk mengkaji serta mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.

2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan Tuhan, sehingga jiwa alan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.

3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu ( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.

4. Allah Maha Pandai, Maha Besar dan Maha Segalanya.

5. Ini seladar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa tuhan Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi) jadi itu lebih banyak dan lebih percaya diri dalam kasih Tuahn Yang Maha Esa. Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya. Semoga bermanfaat..

Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:

1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).

2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).

3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.

4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat bererti telah merobohkan Agama.

5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Ibrahim, Musa hingga Muhammad S.A.W, Nabi Isa menyempurnakan Turat dengan Injil, dan Muhammad menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran. Sehingga kita mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu . 

Itulah kebesaran Allah SWT masih banyak lagi yang tersembunyi di dunia ini yang masih tidak terjawab. Neil Amstrong juga telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet Bumi jom ketahui dimana.


Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Reput Dan Busuk.

on Friday, June 14, 2013



Didalam hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut mengenai sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan tidak busuk, mereka akan bangkit dalam keadaan tubuh yang asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama’
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

“Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan dan buah buahan syurga.”

Maka Malaikat Ridhwan menyeru sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Haaqqah yang bermaksud :

(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!” (Surah Al-Haaqqah :24)
Sesungguhnya Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


“Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah: 237).

KASIH IBU DAN BAPA SEKALUNG BUDI ABADI - untuk pedoman. (Artikal & Video).

on Saturday, May 11, 2013



RASULULLAH menangis, hiba hatinya mendengar luahan hati seorang ayah mengenai anaknya. Lelaki tua itu berkata: “Ketika kecil, tanganku inilah yang memberimu makan. Engkau kehausan, akulah yang menuangkan. Jika kau sakit, tiada aku tidur sepanjang malam, sakitmu itu membuatku kerisauan.

Tetapi kini selepas engkau mencapai tujuan. Kulihat dalam dirimu apa yang tidak kuharapkan. Kau balas dengan kekerasan dan kekasaran. Seolah-olah nikmat dan anugerah itu engkau yang berikan.”

Berlinangan air mata Rasulullah, baginda memanggil anak itu dan bersabda kepadanya: “Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayahmu.” Hadis riwayat Ibn Majah, Imam Ahmad dalam al-Musnad, Ibnu Hibban dalam Sahihnya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan.

Kasih sayang ayah dan ibu adalah hutang yang tidak pernah dapat dibayar oleh seseorang anak. Namun ramai anak yang cuba mengungkit setiap pemberian mereka kepada kedua-dua orang tua. Tindakan sebegitu pasti amat melukakan hati kedua-duanya. Tidakkah mereka sedar kehidupan yang dikecapi sekarang bermula daripada setitis air mani ayah dan keredaan seorang ibu menanggung derita dalam kehamilan. Jika dapat dihitung segala jasa mereka, sungguh dunia dan seisi ini takkan mampu membayar balik jasa mereka.

Pada suatu hari, ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah. Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan. Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?” Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”

Bagaimana dengan berjuta nafas yang dihirup oleh seorang ibu demi bayi di dalam rahimnya? Sentuhannya, dakapan dan titisan air susunya? Sanggupkah kita membayar semua itu? Berapakah harga setiap suapan hasil titik peluh ayah? Harga didikan adab dan ilmu yang diajarkan kepada kita sehingga menjadikan kita mulia di mata manusia?.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian tiga perkara dan membenci tiga perkara: Ia mengharamkan derhaka kepada ibumu, membunuh anak perempuan, tidak mahu memberi tapi suka meminta. Ia membenci tiga perkara: Banyak bercakap kosong, banyak bertanya,” Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Dr A’id al-Qarni ketika membahaskan mengenai hadis di atas berkata: Perbuatan derhaka kepada ibu dan ayah adalah seperti memutuskan daripada menziarahi kedua-duanya, tidak memberikan nafkah kepada mereka sedangkan mereka berhak mendapat nafkah, menyakiti hati mereka dan tidak memenuhi hak mereka.

Tiada siapa yang mahu dikatakan dirinya anak derhaka. Tetapi tindakan dan sikap yang ditunjukkan oleh seseorang anak itu adalah gambaran zahir yang tidak dapat disembunyikan. Pandangan manusia boleh menilai walaupun sifatnya subjektif. Apatah lagi pandangan Allah, siapakah yang boleh menyembunyikan aibnya? Penderhakaan itu akan membekas di hati ibu bapa dan akan dibawa sampai ke mati. Tentunya kita tidak sanggup melihat keadaan ini.

Ada yang berpendapat bahawa semua itu adalah akibat salah ibu bapa mendidik. Tetapi bukankah manusia bertambah dewasa dan tahu memilih yang benar dan salah? Untuk apa akal dan hati yang Allah cipta dan kurniakan jika bukan untuk memujuk ego supaya tunduk pada ajaran yang hak?

Ada pula yang berani berkata: “Atas sebab ibu bapa derhaka kepada anak, maka anak pun membalas!” Hati jenis apakah yang sanggup membalas kekhilafan ibu bapanya dengan kejahatan dan dendam?

Maknanya jika ibu menampar wajah anak, anak pula berhak membalas tamparan itu ke wajah ibunya?.

Kalau memang ibu bapa itu jahat, apakah mereka akan membiarkan diri kita hidup dari dulu lagi. Mereka boleh melepaskan tanggungjawab jika mahu. Mengapa disebabkan kesalahan yang sedikit, maka kebaikan yang terlalu banyak dilupakan?

Ibu bapa kita adalah sumber kekuatan diri kita. Iman tidak sempurna jika kita mencalarkan kebeningan hati mereka. Di tengah kesibukan dunia yang menenggelamkan hati dan perasaan anak, ada satu masa anak pasti berasa terseksa iaitu apabila dia mengingat kembali pelukan dan ciuman kasih ayah ibunya tetapi tiada peluang baginya untuk memohon ampun kepada kedua-duanya.

Kembalilah kepada mereka dengan hati yang ikhlas, sebelum segala berakhir dengan kesedihan dan penyesalan sepanjang hayat. “Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayah ibumu”! Satu prinsip yang diajar oleh Rasulullah sebagai ingatan bahawa kebahagiaan anak itu bermula daripada hati ibu bapa yang reda.

INTIPATI
Tanggungjawab anak

Anak perlu menjaga hati ibu dan ayah yang banyak berkorban membesarkan mereka.

Allah menjadikan manusia dengan tanggungjawab. Ketua keluarga mendidik zuriat untuk kesejahteraan di dunia dan akirat. Anak pula perlu kepada arahan orang tuanya yang tidak bercanggah dengan hukum Allah.

Jagalah kehidupan orang tua sendiri selagi hayat di kandung badan. Jasa mereka adalah hutang anak sepanjang hayat.

Sikap derhaka amat keji dan boleh merosakkan jiwa. Anak perlu matang bertindak terutama berkaitan hubungan dengan ayah dan ibu.

....... bayangkan apabila nyawa kita dicabut tetapi kita tidak sempat memohon ampun kepada kedua ibu bapa kita?.

Setelah membacanya jom kita layan video lagu Opick diibawah ini........

Zikir munajat (Ku Bisikkan Kerinduan) Ustaz Ahmad Shazili - Video

on Tuesday, May 7, 2013


Zikir munajat (Ku Bisikkan Kerinduan) Ustaz Ahmad Shazili,
Bekas Imam Masjid As Syakirin, KLCC.

- VIDEO -

BOLEHKE KITA MENALIPON ALLAH S.W.T. ATAU MALAIKAT ?.

on Monday, May 6, 2013



Assalaamu'alaikum, Saudara-saudaraku...

Pernahkah anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar rakaman ini:

"Terima kasih, anda telah menghubungi Baitullah",......

  • "Tekan 1 untuk 'meminta',
  • Tekan 2 untuk 'mengucap syukur',
  • Tekan 3 untuk 'mengeluh',
  • Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain, tetaplah sabar menunggu, panggilan anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

atau,

bisakah anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

  • Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
  • Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
  • Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sementara sedang menunggu,
  • Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat surga & neraka, silalah menunggu sampai Anda tiba di sini!!"


atau juga anda akan mendengar rakaman ini :

"Komputer kami telah merekodkan bahwa Anda telah menalipon hari ini. Silalah mencoba kembali esok hari."

atau...

"Pejabat ditutup pada hari Sabtu dan Ahad silalah menalipon kembali pada hari Isnin selepas jam 9 pagi."

Tetapi tidak kepada Allah S.W.T., Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menalipon-Nya setiap saat!!!

Anda boleh memanggilNya pada bila-bila masa dan Dia mendengar Anda. Karena bila memanggil Allah, Anda tidak akan pernah mendapat nada sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, gunakan nombor utama ini: 24434

  • 2 : solat Subuh
  • 4 : solat Zuhur
  • 4 : solat Asar
  • 3 : solat Maghrib
  • 4 : solat Isyak


Atau untuk lebih lengkapnya dan lebih banyak kemashlahatannya, gunakan nombor direct line ini : 28443483

  • 2 : solat Subuh
  • 8 : solat Dhuha
  • 4 : solat Zuhur
  • 4 : solat Asar
  • 3 : solat Maghrib
  • 4 : solat Isyak
  • 8 : solat Lail (tahajjud atau lainnya)
  • 3 : solat Witir


Info selengkapnya ada di Buku Panduan Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadist Rasul"

Anda boleh terus menalipon, tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa dikenakan bayaran. Semuanya percuma itupun ada juga manusia yang beragama islam mempermain-mainkannya.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah saluran hunting yang tak terbatas dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan informasi ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka memerlukannya,

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

  • Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  • Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  • Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
  • Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  • Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  • Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
  • Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat... mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Sekarang anda mempunyai dua pilihan :

Pertama : Samada Anda ingin membiarkan apa yang tertulis diatas selepas membacanya, Insya-Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

Kedua : Sebarkan nombor direct-line tersebut kepada keluarga Anda atau kepada sejumlah orang yang anda kenal ataupun rakan-rakan Anda. Insya-Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang Anda sebarkan nombor telefon tersebut. Gunakanlah Facebook, Twitter, My Space dan entah apa-apa lagi yang ada di internet dengan sebaik-baiknya dan bukannya untuk menonjolkan kecantikkan, kekacakkan kita atau menyakitkan hati sesiapa ataupun menyebarkan fitnah terhadap orang lain sedangkan kita hampir gagal atau gagal seumur hidup kita untuk berhubung dengan Allah S.W.T..

Tetapi kalau Anda adalah seorang yang boleh tahan kena penampar atau penumbuk atau yang paling lembut lagi penerajang cubalah beritahu orang itu secara bersemuka.........ada beranikah ?. Sendiri mau ingatlah....

Amin....

Wafaq - Amalan Syirik.

on Wednesday, May 1, 2013


Assalamualaikum kehadapan para pengunjung. Harap lihat gambar-gambar di bawah ini dengan teliti, sekiranya terdapat di rumah anda serupa dengannya....... hendaklah anda sedar bahawa ini termasuk benda-benda khurafat. Penggunaan azimat seperti ini adalah sesuatu yang boleh membawa kepada syirik terhadap Allah.

Dari Uqbah Bin Amir : Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa menggantungkan diri kepada tangkal, maka Allah tidak menyempurnakan (imannya) dan barangsiapa yang menggantungkan diri kepada azimat, maka Allah tidak akan mempercayakan kepadanya." (Riwayat Ahmad)


CONTOH WAFAQ


Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.

Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.


Huruf yang kelihatan macam kaligraphy ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama Allah, tetapi isinya ternyata bukan.

Wafaq yang dinamakan tapak Rasulullah SAW yang digunakan sebagai pelindung. Ramai yang menyimpannya di dalam kereta, atau dalam beg dan sebagainya.

Mantera seperti Mentera Gajamada ini yang tidak difahami bahasanya, diulang-ulang dengan harapan mendapat perlindungan kuasa ghaib. Ini jelas perkara yang syirik kepada Allah SWT.




























Amalan-Amalan Khurafat.


MUQADDIMAH

Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah dan syariah. Segala amalam dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadiths, Ijmak dan Qias adalah ditolak.

Namun amalan khurafat ( superstitions ) yang diwarisi oleh nenek moyang kelihatan masih terus juga bertapak di tengah masyarakat masa kini dan menjadi semacam satu masalah yang menganggu kejernihan dan kestabilan Aqidah Islami.

Pembahasan mengenai khurafat adalah terlalu luas. Dengan itu di sini kami tumpukan skop pembahasan kepada pengertian khurafat, bentuk-bentuk khurafat yang masih dipraktikan masa kini, khususnya penggunaan tangkal, azimat & wafaq dan bahaya amalan-amalan tersebut, khususnya masalah penggunaan khadam jin dan masalah saka.

Diharapkan memalaui lelaman ini, dapat digerakkan usaha membenteras amalan-amalan tersebut daripada terus menular agar masyarakat dapat diselamatkan daripada terjebak dalam bahaya syirik. Firman Allah yang bermaksud :

"..... dan siapa yang ingkar ( akan syariat Islam ) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya ( yang baik ) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." ( Al-Maidah :5 )

"..... dan sesiapa di antara kamu yang murtad ( berpaling tadah ) dari agamanya ( agama Islam ), lain dia mati sedang dia kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya ( yang baik ) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya ( selama-lamanya )" ( Al-Baqarah : 217 )

Maka itu, persoalan khurafat ini adalah satu perkara yang amat penting dan serius. Kelihatannya ia perlu difahami dengan baik dan tepat, untuk membolehkan ia ditangani secara bijaksana dan segera, agar ummah tidak perlu terus terperangkap dalam bahaya yang dibawanya, samada yang membabitkan persoalan hidup mereka di dunia ini, atau yang lebih utama lagi, yang membabitkan persoalan kehidupan mereka di akhirat kelak.


DEFINASI KHURAFAT

- Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-kharfan-khurafatan.

- Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition".

- Dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak masuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarik.




Rujukan teknikal kepada istilah ini adalah tertumpu kepada pengertian berikut :-

1. Pegangan atau iktikad yang tidak bersandarkan kepada asas realiti dan tidak juga bersandarkan asas agama, seumpama ungkapan atau perbuatan atau juga bilangan tertentu yang disangkakan boleh mendatangkan kebahagian ataupun kecelakaan.

2. Semua kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang tidak bersumber dari ajaran agama, tetapi diyakini bahawa hal tersebut memiliki dasar dari agama.

3. Dongeng, kisah, legenda, cerita, asumi, kepercayaan atau keyakinan yang tidak benar. Ia adalah iktikad yang batil, di mana lawannya ialah iktikad yang benar ( al-haq ).

4. Setiap pengajaran yang jelas bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

5. Semua perkara yang dicipta oleh manusia melalui pemikiran karutnya tanpa asas syariah atau akal sihat; kemudian diyakini pula sebagai boleh mendatangkan manfaat ataupun menolak bala.

Berdasarkan pelbagai definasi teknikal yang tercatat di atas, ciri dan skop istilah khurafat boleh disimpulkan sebagai merangkumi aspek-aspek berikut :-

1. Adanya unsur kepercayaan dan iktikad yang diyakini.

2. Ia secara jelasnya bukan datang daripada sumber ajaran agama Islam, serta bertentangan pula dengan logik akal dan realiti, dan kerana itu ia merupakan sesuatu yang batil yang langsung tidak mengandungi unsur kebenaran.

3. Ia diyakini sebagai boleh mendatangkan kebahagian/manfaat atau kecelakaan/bala.


BERTAPAKNYA AMALAN KHURAFAT DI RANTAU INI

Lembaran sejarah telah memcatatkan bahawa manusia yang menghuni rantau ini memulakan keagamaan mereka dengan menganut fahaman dinamisme-animisme.

DINAMISME

1. Fahaman dinamisme ialah suatu kepercayaan yang menyakini adanya tenaga atau kuasa ghaib yang tidak berperibadi pada tumbuh-tumbuhan, benda-benda, haiwan ataupun manusia sendiri.

2. Ia berupa prestasi luar biasa yang dimiliki. Maka itu, lelaki yang sangat berani, kayu yang paling kuat, pokok yang lebih banyak buahnya dipercayai mempunyai kuasa yang lebih banyak daripada lainnya.

ANIMISME

1. Adapun fahaman animisme pula merupakan kepercayaan akan adanya jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi kehidupan alam manusia.

2. Biasanya animisme akan menimbulkan sesuatu praktis seperti pemujaan dan perhambaan diri kepada sesuatu kuasa ghaib yang berperibadi, dengan mengharapkan perlindungan atau pertolongan bagi mendapatkan sesuatu.

3. Pertolongan makhluk halus adalah sebenarnya daripada makhluk jin.


PENGARUH HINDUISME-BUDDHISME

1. Seterusnya rantau ini dipengaruhi ajaran Hinduisme-Buddhisme.

2. Hinduisme-Buddhisme itu sebenarnya sudah mempunyai unsur-unsurdinamisme-animisme yang tersendiri dan keadaan ini menyebabkan dinamisme-animisme tidak tergugat dan terus berkembang

KEDATANGAN ISLAM

Sekalipun agama Islam merupakan agama yang cukup ketat dan cukup tegas unsur tauhidnya, namun cara dan pendekatan pendakwahan dalam proses penyebarannya di rantau kita ini adalah berlansung dalam bentuk yang penuh toleransi dengan sikap tidak mengubah, tetapi menyesuaikan :

Dari itu, upacara persembahan dan pemujaan yang diwarisi daripada fahaman animisme dan Hindu-Buddha tidak terus dihapuskan tetapi diubahsuai. Maka adat-adat persembahan dan jamuan kepada roh-roh diubah kepada kenduri tahlil yang dimakan bersama. Adat membakar kemenyan dan bacaan mentera kepada roh-roh selepas mati diubah kepada upacara tahlil dan doa dengan nada yang panjang dan sedih.

1. Dengan pendekatan dakwah bergini ramai sekali golongan manusia memeluk agama Islam tanpa perlu berlakunya pertumpahan darah.

2. Nanum amalan-amalan keIslaman menjadi bercampur-aduk dengan kepercayaan amalan-amalan yang diwarisi dari nenek moyang kita.

3. Amalan menyeru, memohon dan memuja makhluk ghaib ( dinamisme-animisme ) masih dihayati dan dipraktik, sekalipun sudah memeluk Islam

4. Perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin.

Dalam kontex ini Allah berfirman yang bermaksud :

"Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."( Al-Jin 72:6 )

1. Sekalipun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih, ini dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni. Dan tentulah akan lebih-lebih dilarang apabila jin yang berkaitan datangnya daripada golongan jin yang     kafir.

Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.


BENTUK-BENTUK KHURAFAT

Khurafat muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai samada dalam bentuk berikut :

1. Perbuatan tertentu
2. Ungkapan tertentu
3. Cerita atau kisah tertentu
4. Bilangan tertentu
5. Konsep, prinsip atau mazhab tertentu

Pembahasan mengenai bentuk khurafat adalah terlalu luas. Dengan itu kami tumpukan skop pembahasan pada penggunaan tangkal, azimat, wafaq, mentera-mentera asing dan salah-guna ilmu kebatinan, terutama dalam seni mempertahankan diri. Ini amatlah penting dibincangkan memandangkan amalan-amalan tersebut masih berleluasa dikalangan umat Islam hari ini.

Azimat, Tangkal dan Wafaq

1. Azimat, merupakan sebarang benda-benda yang dipercayai dapat menahan daripada ancaman atau dapat mencegah terjadinya musibah ke atas diri, keluarga dan harta benda.

2. Azimat juga diyakini mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya dari makhluk-makhluk ghaib.

3. Tangkal, merupakan salah satu bentuk azimat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk  diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan maksud melindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di penjuru rumah.

4. Wafaq, adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, angka, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran.

PERSOALAN :

Adakah boleh menggunakan azimat yang dituliskan padanya ayat-ayat Al-Quran, atau nama-nama Allah?

Walaupun pada ulama berbeza pendapat mengenai isu ini, namun dalil-dalil yang melarang pemakaian semua bentuk azimat adalah :

1. Kerana umum hadis yang melarang azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya.

2. Kerana boleh menjurus kepada penghinaan Al-Quran, di mana kadangkala pemakaiannya memasuki tempat-tempat bernajis ataupun sedang dalam keadaan berjunub, haid dan lain-lain lagi.

3. Menganggap remeh ayat-ayat Al-Quran dan bertentangan dengan apa yang dimuatkan didalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat.

MENTERA

1. Diantara perbuatan-perbuatan khurafat yang bertentangan dengan tauhid ialah mengucapkan kata-kata mentera yang tidak diketahui maknanya. Namun diyakini bahawa mentera itu berpengaruh menolak kejahatan atau boleh mendapatkan pertolongan khadam jin ataupun malaikat.

2. Nama-nama dan kata-kata asing yang tidak pasti ertinya dikhuatiri mengandungi nama-nama jin dan jika diulang-ulang, tentunya akan disambut seruan itu oleh jin-jin tersebut.