Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

BAHAYA MAKAN HATI AYAM!

on Friday, August 16, 2013







KEBURUKAN MAKAN HATI AYAM | Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.



Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

MasyaAllah!!Kasihannya,Penyakit Ngeri Kanak2.

on Friday, August 2, 2013

MasyaAllah!!Kasihannya,Penyakit Ngeri Kanak2.


definisi
Penyakit jangkitan (cancrum oris) yang merosakkan rangkaian orofasial (mulut) serta struktur sekitarnya dengan penyebabnya kuman Fusobacterium necrophorum pada kanak-kanak dengan gangguan imuniti (kekebalan tubuh).

epidemiologi
Angka kejadian di Afrika adalah kira-kira 2-4 kes setiap 10,000 kanak-kanak, di Senegal 2,8-8,4 kes setiap 10,000 kanak-kanak berusia 1-5 tahun, di Nigeria 7-14 kes setiap 10,000 kanak-kanak berusia 0-6 tahun.

gejala Klinikal
Pesakit datang dengan adanya defek pada bibir, tepi mulut, hidung, pipi, dan kadang kelopak mata bahagian bawah, yang didahului dengan riwayat luka yang menghitam. Kerosakan otot pengunyah juga boleh menyebabkan trismus. Pesakit yang datang pada keadaan yang lebih awal boleh didapati gingivitis akut (radang gusi), nekrosis mukosa, dan ulser mukosa mulut yang luas.

Noma merupakan penyakit yg berasal dari mulut. umumnya menyerang kanak-kanak berusia 2-6 tahun.Beberapa faktor yg membantu timbulnya penyakit ini antara lain: kurang menjaga kebersihan, terutama mulut. Malnutrisi yg menyebabkan daya tahan tubuh lemah serta penyakit seperti malaria dan hiv Aids yg turut mempercepatkan penurunan daya tahan tubuh.

penyakit noma ketika ini:
menyerang 100000 kanak-kanak pertahun
menjadi endemi di afrika, asia dan amerika selatan, namun yg terbanyak di afrika
tanpa rawatan, 70-90% kes noma boleh berakbat fatal
sama seperti lepra, pesakit noma mengalami penolakan.


ISU BEDAK TANAKA NORA DANISH DIHARAMKAN DI MALAYSIA!






NORA DANISH KECEWA KERANA BEDAK SEJUK TANAKANYA DIHARAMKAN | Agak kecoh bebrapa hari lalu tentang bedak Tanaka ini. Ada yang cakap bedak ini tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dah banyak yang dirampas oleh pihak berkuasa.

Apa kata Dora Danish pulak??



Pelakon Nora Danish terpaksa menghentikan sementara penjualan produk bedak sejuk ‘Tanaka’ kerana mahu

BAHAYA MENJILAT SAMPUL SURAT DAN SETEM!

on Sunday, July 28, 2013



JANGAN SESEKALI MENJILAT SAMPUL SURAT DAN SETEM | Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan surat sebagai salah satu cara untuk berhubung. Cara yang paling cepat untuk melekatkan sampul surat adalah dengan menggunakan span basah.



Kisah menarik mengenai seorang wanita yang menggunakan lidah untuk menggantikan span basah bagi melekatkan sampul surat dan stem.



Pada suatu hari, seorang

KENAPA PERLU BERHATI-HATI SEMASA MEMBELI MAKANAN McD?

on Sunday, July 21, 2013







BERHATI-HATI SEMASA MEMBELI BURGER McD | Kalau anda membeli makanan di McD seperti burger di dalam gambar, pastikan ianya masak kerana daging yang mentah berisiko mengandungi bakteria yang boleh mengancam kesihatan. Kalau kejadian yang sama menimpa anda, terus mintak tukar dengan yang baru dan pastikan jangan ambil gambar dan post dekat laman sosial.



HE! HE! HE! HE!






P/s : Yang

CACING 3KG DALAM PERUT SEORANG BUDAK!

on Saturday, July 20, 2013






GAMBAR CACING 3KG DALAM PERUT KANAK-KANAK | Satu kejadian pelik telah berlaku dan boleh dikatakan heboh satu Indonesia. Seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 10 tahun mengadu kepada ayahnya bahawa beliau tidak boleh membuang air besar selama 4 hari.



Pada ketika itu perut kanak-kanak ini susah kelihatan besar dan kembung, dengan segara ibubapanya menghantar kanak-kanak itu ke

GADIS CANTIK INI MENGANGIS AIR MATA DARAH!

on Monday, July 15, 2013







DARAH KELUAR SETIAP KALI GADIS INI MENANGIS | Gadis Berusia 20 tahun Yaritza Oliva bagaikan hidup mimpi ngeri. Gadis dari Purranque, Chile ini, setiap kali ia menangis akan keluar air mata darah dan setakat ini tiada siapa yang dapat menjelaskan keadaan misteri beliau.



Yaritza mula-mula perasan air mata darah yang keluar dari matanya kira-kira dua minggu lalu, tetapi oleh kerana keadaan

Jenis Makanan yang Mengatasi Masalah Perut Buncit

on Thursday, July 11, 2013

Assalamualaikum dan Salam Ceria !

Coklat Gelap

Siapa yang tidak menyukai coklat gelap ( dark chocolate )? Lebih lebih lagi kini kita mengetahui ia boleh membantu kita mengatasi masalah perut buncit. Coklat gelap mengandungi egen perangsang yang memberi kesan positif terhadap pembakaran lemak. Ia juga mempunyai lapan kali anti oksidan jika dibandingkan dengan strawberi. Malah coklat gelap juga terbukti sihat untuk jantung.

contoh dark chocolate ^^

Mentega Kacang 

Jika dilihatkan kepada teksturnya yang kelihatan spt 'lemak berkrim' dan juga enak dimakan, memang ramai yang beranggapan bahawa mentega kacang menggemukkan. Namun tahukah anda ia penuh dengan mineral dan lemak sihat yang membantu anda berasa kenyang untuk jangka masa panjang ? Anda juga boleh mencuba dengan variasi kacang spt badam dan walnut ketika bersarapan.

Bijirin Oat

Gantikan makanan tengah hari anda dengan bijirin oat dan anda akan berpuas hati dengan keputusannya. Cuma anda perlu berhati hati dengan cara memasaknya. Elak menambah gula ataupun susu pekat dan masak di atas api yang perlahan.

Kayu Manis

Penyelidik menemui sejenis anti oksidan dalam kayu manis yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. Keseluruhannya tiada ruang untuk perut buncit.

Cili Merah

Makanan yang digemari kebanyakan negara di rantau Asia ini mempunyai sejenis bahan aktif iaitu capsaicin. Capsaicin membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan juga membakar lemak berlebihan.

Teh Hijau

Menurut sebuah institusi nutrisi di Amerika Syarikat, ekstrak teh hijau mampu meningkatkan daya metabolisme badan pada siang hari. Kandungan anti oksidannya yang tinggi juga membantu membakar lemak dalam perut.

Sayur Sayuran

Sayur sayuran hijau seperti brokoli dan kubis bunga mengandungi vitamin yang membantu melawan keinginan terhadap sesuatu makanan.

Telur

Mengandungi agen pembakar lemak iaitu vitamin B6,B12,A,D,E dan K , folat, kalsium,zat besi dan Omega 3, telur mampu membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Lebih elok jika anda mengamalkan telur ayam kampung sebagai makanan harian.

Bijirin setanding viagra dicipta Saintis Amerika

on Monday, July 8, 2013

Bijirin setanding viagra dicipta Saintis Amerika | Los Angeles: Jika anda menjadi lebih bersemangat dengan makan bijirin sarapan, tentu anda boleh lupakan Viagra.

Memperkenalkan ‘Sexcereal’, sarapan pertama dunia membantu pembeli rasa teruja dengan memakan bijirin campuran termasuk erm, oat, bijirin chia dan serbuk maca.Pencipta ‘Sexcereal’, Peter Ehrlich berkata: “Sexcereal mesti memberi kesan yang baik, berzat dan sedap.

Bijiran lelaki, wanita berbeza

“Kemesraan yang intim dan perasaan cinta adalah sesuatu yang hebat. Jangan dengar cakap orang yang menafikannya.”Dicipta sekumpulan saintis Amerika Syarikat, penciptanya juga membezakan bijirin untuk lelaki dan wanita.

Saran makan tiga sudu sehari

Selepas ujian, laporan menyatakan, bijirin berkenaan ‘agak kuat’ dan anda disarankan hanya makan tiga sudu sehari dicampur dengan susu atau dadih.Bagi lelaki, bijirin itu mengandungi oat, wheat germ, gula kelapa, biji chia, biji sesame hitam, biji labu, blueberry (dimaniskan dengan jus epal), kacang cacao, beri goji, bee pollen, serbuk maca dan camu-camu.Campuran itu bertujuan meningkatkan tahap testosteron dan tenaga.

Imbangi hormon wanita

Bijirin wanita pula dicipta untuk mencetuskan serta meningkatkan rangsangan dan mengimbangkan hormon.Bezanya, selain kandungan yang sama dengan lelaki, ia juga ada biji bunga matahari, biji flax, almond dan serbuk halia.Serbuk maca dihasilkan daripada satu akar yang ditanam di Peru dan dipercayai dapat membantu merangsang tubuh menghasilkan hormon seks. - AGENSI BH

Pergh..Restoran 'bela' lipas diarah tutup serta merta!!

on Wednesday, July 3, 2013

Restoran 'ternak' lipas ditutup | BANDARAYA MELAKA - Dua restoran yang ditakungi air dan dijadikan tempat ‘ternakan’ lipas di Melaka Sentral diarahkan tutup serta-merta dalam operasi bersepadu dijalankan Jabatan Kesihatan negeri di sini, semalam.



Air bertakung di bahagian dapur dan lipas yang ditemui dalam bekas kedap udara yang sudah tidak lagi digunakan juga boleh dilihat 'merayap' pada dinding premis ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 11.30 pagi.Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Mohd Khaidir Abd Hamid, kedua-dua premis berkenaan antara tujuh yang diperiksa dalam operasi bersepadu yang disertai 30 anggotadari Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).



“Selain masalah makhluk perosak, premis tersebut turut melakukan pelbagai kesalahan membabitkan kebersihan termasuk pengendalian makanan dan keadaan dapur yang tidak diselenggara.“Dua premis itu diarahkan tutup serta-merta selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan pemilik premis melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum dibenarkan untuk beroperasi sekiranya pihak kita berpuas hati dengan tahap kebersihan mereka,” katanya.



Mohd Khaidir yang mengetuai operasi itu berkata, kesemua premis yang telah menjalankan perniagaan lebih lima tahun di terminal bas dan teksi itu turut melakukan kesalahan apabila pekerja atau pengendali makanan tidak memakai apron serta penutup kepala.“Lima premis lain keseluruhannya memuaskan namun hanya diberi arahan kerja pembetulan seperti pemakaian pelindung, pelupusan sampah lebih teratur dan penyelenggaraan di dapur.

“Mereka turut diberi teguran dan amaran mengenai penyediaan kemudahan premis seperti lantai pecah yang memerlukan penambahbaikan,” katanya.Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan premis makanan di Melaka Sentral dan akan terus membuat pemantauan berterusan selari dengan arahan kementerian.

“Operasi akan terus dilakukan iaitu kira-kira dua kali sebulan bagi memantau tahap kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan untuk dijual kepada orang ramai.“Amalan kebersihan dan pengendalian makanan yang baik boleh membantu mengekalkan dan meningkatkan imej bersih negeri Melaka,” katanya.Sumber.


18sx!!Kajian paling tepat mengukur genital lelaki!

on Saturday, June 29, 2013

Hanya jari telunjuk paling tepat mengukur genital lelaki


Terdapat pelbagai mitos atau kepercayaan dalam mengetahui ukuran alat kelamin seseorang lelaki atau ukuran vagina wanita. Kerana bahagian itu cukup peribadi bagi individu, ramai yang ingin mengetahuinya dengan membuat jangkaan melalui kaedah tertentu.

Biasanya ukuran alat kelamin lelaki baik dari segi diameter mahupun panjangnya dikaitkan dengan ukuran kasut, hidung, jari dan beberapa bahagian tubuh lain, entah betul atau tidak tiada siapa tahu

Perkara ini menarik perhatian pakar urologi untuk membuat kajian. Hasil kajian para pakar urologi mendapati hanya ukuran jari telunjuk yang boleh menjadi petunjuk paling tepat bagi ukuran alat kelamin lelaki. 2 pakar urologi United Kingdom cuba membuktikan kepercayaan masyarakat di negara itu yang mengatakan bahawa semakin besar dan panjang telapak kaki seseorang, semakin besar dan panjang ukuran genitalnya. Seramai 104 lelaki mengambil bahagian dalam kajian ini. Ternyata hasilnya menunjukkan sama sekali tak ada kaitan antara ukuran kasut dengan penis. Ada lelaki yang genitalnya besar dan panjang walaupun ukuran  sepatutnya kecil, sedemikian pula sebaliknya.

Kajian lain dilakukan oleh penyelidik dari Turki dengan mengukur genital 52 lelaki sihat berumur di bawah 40 tahun. Selain mengukur genital, mereka juga mengukur tinggi badan, berat, ratio pinggang dan pinggul, serta jari telunjuk.

Satu-satunya ukuran yang paling hampir dengan ukuran penis adalah jari telunjuk. Semakin besar dan panjang jari telunjuknya, semakin besar dan panjang penis lelaki tersebut. Kajian itu mendapati, rata-rata ukuran genital lelaki Turki adalah 5 inci atau 12.7cm - ANEKA TIPS

BAHAYA JEREBU-Siptom pada kesihatan manusia,panduan dan langkah mengurangkan kesan jerebu

on Sunday, June 23, 2013

BAHAYA JEREBU-Siptom pada kesihatan manusia,panduan dan langkah mengurangkan kesan jerebu

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) ialah skala bagi menentukan tahap jerebu.
Kadar penentuan jerebu berdasarkan pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya (10 Mikron ke bawah) seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogn dioksida dan keadaan zon.
Pengkelasan tahap kualiti udara mengikut IPU seperti berikut:

0 - 50               BAIK                                              HIJAU
51 - 100           SEDERHANA                               BIRU
101- 200          TIDAK SIHAT                             MERAH
201 - 300         SANGAT TIDAK SIHAT           KUNING
301 - 400         BERBAHAYA                              HITAM


401 - 500         SANGAT BERBAHAYA            HITAM
Lebih 501       DARURAT                                    HITAM

Simptom pada kesihatan manusia

Masalah kesihatan

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutama kepada:-

  • Kanak-kanak
  • Orang Tua
  • Perokok
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain seperti:
               -Asma
               -Radang paru-paru
               -Alahan
               -Penyakit jantung

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu:-


  • Iritasi (kegatalan) kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung ersumbat
  • Iritasi di mata serta merah-merah
  • Kulit terasa gatal
  • Sakit dada
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Mata terasa pedih dan berair
Panduan

Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, ajntung atau paru-paru kronik perlu ke linik atau hospital dengan segera jika keadaan bertambah buruk.

  • Golongan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti dinasihatkan
  • Orang ramai dinasihat tinggal di dalam bangunan atau rumah
  • Orang ramai perlu sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (IPU melebihi 100)
  • Minum air yang banyak
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Mereka yang berisiko tingi dinasihatkan engambil cuti di luar kawasan yang berjerebu jika keadaan berterusan pada tahap bahaya
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan semua penunggang motosikal,mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat berhabuk
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa dan sanak saudara yang berpenyakit tidak dibenarkan merokok dalam rumah
  • Jika kenderaan berhawa dingin, sentiasa guna dan elakkan membuka cermin kereta

Langkah mengurangkan masalah jerebu

  • Peningkatan kenderaan bermtor di jalan raya. Kenderaan perlu diselenggara dengan baik selain memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya
  • pembukaan tanah secara meluas bukan saja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan pengurangan pembukaan tanah
  • Hindari membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan aktiviti ini

Fakta!!

~ 19 September 1997 sarawak isytihar darurat bencana alam pertama kali apabila mencatatkan IPU 625
~1997 Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM34 billion dari sektor pertanian dan pelancongan

Sumber: Metro Ahad

Cantik..Tapi Sayang Gadis Ini Terlalu Kurus

on Wednesday, June 12, 2013

Anorexia adalah penyakit gangguan makan yang teruk yang kini banyak menimpa perempuan, khususnya perempuan remaja. pesakit anorexia sangat takut makanan boleh membuat tubuhnya gemuk. Oleh kerana itu mereka menaham lapar sampai pada tahap yang melampau.

Akibatnya tubuh para pesakit anorexia hanya tinggal tulang berbalut kulit. Dan seorang gadis pesakit anorexia yang bernama Chica mengupload bentuk tubuhnya hanya hanya tinggal tulang berbalut kulit ke internet.









Lihat Gambar Lady Gaga Tanpa Bayu Di Apartmentnya Sewaktu Di hawai Di Sini

Gambar Selebriti Hollywood Yang Kantoi Tidak Memakai Bra Dan Seluar Dalam Di Sini


Beginilah Wajah Gadis Korea Selepas Melakukan Pembedahan Plastik

on Monday, May 27, 2013

 Umum kita ketahui Korea Selatan ialah negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik tertingi di dunia sekarang. Hadiah paling kerap diberi kepada pelajar yang menghabiskan sekolah menengah ialah pembedahan plastik. Kegilaan ini memberikan inspirasi kepada jurugambar Ji Yeo untuk menghasilkan set gambar Beauty Recovery Room di bawah. Ia memaparkan gambar wanita Korea Selatan paska pembedahan plastik sebelum mereka pulih sepenuhnya.






10 Makanan Penyebab Utama Kanser

on Saturday, May 25, 2013

10 Makanan Utama Penyebab Kanser


1. GMO (Genetically Modified Organisms)
Makanan ubahsuai genetik ini memang sudah diperkatakan berulangkali akan potensi nya untuk mengakibatkan penyakit. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, hampir kebanyakan makanan seperti soya, dan jagung juga dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO. Sebagai alternatif, jika anda pengguna tegar bahan-bahan tadi, boleh lah beralih kepada tanaman asli, organik dan yang diperakui akan hasilnya.


2. Daging Proses
Kebanyakan daging proses sama ada daging dalam tin, sosej atau hot dog, mengandungi bahan pengawet untuk membantu mengekalkan rupa segar daging tersebut. Tetapi dalam masa yang sama juga boleh menyebabkan kanser! Sebagai alternatif, pastikan daging pilihan anda jenis yang tidak dirawat menggunakan nitrat ataupun datang segar dari ladang.

3. Microwave Popcorn
US Environmental Protection Agency (EPA) telah mengenalpasti bahawa asid perfluorooctanoik (PFOA) yang terkandung dalam beg popcorn tersebut mengandungi bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu bahan kimia yang terkandung dalam popcorn itu sendiri juga boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru dan juga kanser.

4. Pop Soda
Seperti daging yang diproses, pop soda juga dikatakan boleh menyebabkan kanser. Padat dengan gula, bahan kimia dan pewarna, pop soda boleh mengasidkan dan secara tak langsung membuka laluan untuk sel kanser. 

5. Makanan/Minuman "Diet"
Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan bahawa aspartame, pemanis tiruan boleh mengakibatkan penyakit seperti kecacatan kelahiran dan juga kanser. Sacharin, Suklarose (Splenda) dan pemanis tiruan yang lain juga dikatakan boleh menyebabkan kanser.

6. Tepung Putih Halus
Satu kajian yang dikeluarkan dalam Jurnal Cancer Epidemiology, Mile Markers and Prevention mendapati bahawa penggunaan berterusan karbohidrat halus boleh meningkatkan sehingga 220% potensi kepada kanser payudara dalam kalangan wanita. 

7. Gula Halus
Gula halus juga dikatakan menjadi penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus secara tak langsung dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan sel kanser.

8. Buah-Buahan Bukan Organik
Pengambilan buah-buahan yang tidak organik juga mendedahkan seseorang kepada risiko kanser. Ini kerana buah-buahan tersebut telah dicemari oleh baja dan racun serangga yang berlebihan, sehingga memindahkan kandungan toksin yang banyak ke dalam tubuh si pemakan. 

9. Salmon Yang Diternak
Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institute for Health and Environment di University Albany, ikan salmon yang diternak bukan sahaja kekurangan Vitamin D, tetapi juga tercemar dengan bahan karsinogen, PCB (polychlorinated biphenyls), racun serangga dan juga antibiotik.

10. Minyak Hydrogenated
Selalunya minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet bagi membuatkan makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membuka peluang kepada pelbagai jenis penyakit untuk singgah termasuklah penyakit kanser.

5 Bahan Mudah Untuk Bersihkan Toksin Dalam Hati

5 Bahan Mudah Untuk Bersihkan Toksin Dalam Hati

Jadi, jom kita cuci semula hati kita dengan bahan-bahan mudah yang boleh diperolehi di dapur atau pun di pasar.



1. Air Lemon Suam
Air lemon suam merupakan bahan terbaik untuk nyahtoksin daripada badan, terutamanya di waktu pagi. Ini bukan jus lemon, jadi jangan tambahkan gula atau bahan-bahan lain. Pakar pemakanan mengakui bahawa hati menghasilkan lebih banyak enzim jika bertindakbalas dengan air lemon suam.

2. Bawang Putih
Banyakkan bawang putih dalam masakan dan makanan anda lepas ini. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh membantu mengaktifkan enzim dalam hati. Ianya juga mengandungi allicin dan selenium yang diakui baik untuk melindungi hati.

3. Avokado
Buah ini memang banyak fungsinya. Satu kajian di Jepun mendapati avokado mengandungi sebatian yang dapat melindungi hati daripada kerosakan. Jika dibandingkan dengan 21 jenis buah yang lain, avokado merupakan buah yang paling berpotensi tinggi untuk melindungi hati daripada "galactosamine", iaitu bahan toksin paling kuat dalam merosakkan fungsi hati. 

4. Cilantro / Coriander
Cilantro ataupun Coriander juga dikenali sebagai Chinese Parssley, dhania. Herba ini boleh ditambahkan dalam diet pemakanan seharian kerana ianya dapat menyingkirkan logam berat dalam badan, sekaligus meringankan tugas hati semasa kerja pembersihan hati.

5. Kunyit
Satu lagi bahan penambah rasa dalam makanan yang mempunyai banyak khasiat. Kunyit bukan sekadar melindungi hati daripada rosak, tetapi juga menggalakkan penghasilan sel-sel baru hati. Ianya juga dapat meningkatkan penghasilan hempedu semulajadi, dan membantu dalam memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan bebas dari toksin.

Budak kena AIDS lepas makan NANAS!!

on Sunday, May 19, 2013



MESTI BACA ...

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun telah makan nanas kira-kira 15 hari kembali, dan jatuh sakit dari hari yang dia telah makan. Kemudian, apabila dia mempunyai kesihatan pemeriksaan kesihatan dilakukan ... doktor didiagnosis bahawa dia mempunyai AIDS. Ibu bapanya tidak percaya ...


Kemudian seluruh keluarga menjalani Pemeriksaan ... seorang pun daripada mereka mengalami Aids. Jadi doktor diperiksa lagi dengan budak lelaki itu jika dia telah makan keluar ... Budak itu berkata, "ya". Dia makan nanas petang itu. Segera, sekumpulan dari Mallya hospital pergi ke penjual nanas untuk memeriksa.

Mereka mendapati penjual nanas mempunyai kesan luka di jari ketika memotong nanas, darah beliau telah merebak ke dalam buah.

Apabila mereka mempunyai darah diperiksa ... lelaki yang mengalami AIDS ... tetapi dia sendiri TIDAK sedar.

Malangnya, apa yang dialami oleh kanak-kanak itu sekarang.

Sila menjaga semasa anda makan di tepi jalan. Dan sila KONGSI ini kepada keluarga anda.

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

on Tuesday, May 14, 2013


Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

Cara Paling Baru menghilangkan Bekas Jerawat

on Monday, May 13, 2013


Bagi anda yang masih bermasalah dengan jerawat,mungkin akan sedikit mengalami stress wajar karena bagi remaja penampilan adalah hal nomor satu, apalagi kalau jerawatnya meninggalkan bekas hitam atau wajah berlubang wow pasti bikin galau tiap memandangmu, eh memandangnya di Cermin

Nah kalau anda suka browsing banyak kok alternatif untuk menyembuhkan jerawat jadi  santai aja buat nyikapin jerawat, karena setiap orang punya masalah berbeda dengan jerawat. Di bawah ini saya akan tuliskan beberapa hal mudah yang bia anda lakukan untuk mengobati bekas jerawat yang badel di muka anda:
Demikianlah semoga dengan mengaplikasikan semua tips-tips di atas muka anda akan kemblai bersih dan bekas jerawat tidak lagi menghantui kehidupan anda Teimakasih

[AWAS]Mesti Tahu : Cara-cara Terbaru Virus HIV Tersebar

on Tuesday, March 26, 2013



[AWAS]Mesti Tahu : Cara-cara Terbaru Virus HIV Tersebar | BERIKUT adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV.

Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi 'Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapatvirus HIV. Ianya berlaku di Hawaii jadi berhati-hati... ...

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

Sila SEBARKAN maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...