Bijirin setanding viagra dicipta Saintis Amerika
Bijirin setanding viagra dicipta Saintis Amerika | Los Angeles: Jika anda menjadi lebih bersemangat dengan makan bijirin sarapan, tentu anda boleh lupakan Viagra.
Memperkenalkan ‘Sexcereal’, sarapan pertama dunia membantu pembeli rasa teruja dengan memakan bijirin campuran termasuk erm, oat, bijirin chia dan serbuk maca.Pencipta ‘Sexcereal’, Peter Ehrlich berkata: “Sexcereal mesti memberi kesan yang baik, berzat dan sedap.
Bijiran lelaki, wanita berbeza
“Kemesraan yang intim dan perasaan cinta adalah sesuatu yang hebat. Jangan dengar cakap orang yang menafikannya.”Dicipta sekumpulan saintis Amerika Syarikat, penciptanya juga membezakan bijirin untuk lelaki dan wanita.
Saran makan tiga sudu sehari
Selepas ujian, laporan menyatakan, bijirin berkenaan ‘agak kuat’ dan anda disarankan hanya makan tiga sudu sehari dicampur dengan susu atau dadih.Bagi lelaki, bijirin itu mengandungi oat, wheat germ, gula kelapa, biji chia, biji sesame hitam, biji labu, blueberry (dimaniskan dengan jus epal), kacang cacao, beri goji, bee pollen, serbuk maca dan camu-camu.Campuran itu bertujuan meningkatkan tahap testosteron dan tenaga.
Imbangi hormon wanita
Bijirin wanita pula dicipta untuk mencetuskan serta meningkatkan rangsangan dan mengimbangkan hormon.Bezanya, selain kandungan yang sama dengan lelaki, ia juga ada biji bunga matahari, biji flax, almond dan serbuk halia.Serbuk maca dihasilkan daripada satu akar yang ditanam di Peru dan dipercayai dapat membantu merangsang tubuh menghasilkan hormon seks. - AGENSI BH
Ranking: 5
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment