Showing posts with label RAGAM. Show all posts
Showing posts with label RAGAM. Show all posts

(Gambar) Membeli belah hingga payudara terdedah...!

on Saturday, July 27, 2013

Seorang pelayar web Stomp.sg, Chen sangat terkejut dengan pakaian seorang wanita di sebuah pusat beli belah di Singapura, Jurong Point ketika melihat demonstrasi produk mop.

Menurut Chen, pemakaian wanita itu telah menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di situ.

Chen menulis:

"Apa sudah jadi dengan fesyen zaman sekarang?

"Saya terlihat seorang wanita di Jurong Point.

"Beliau sedang melihat demonstrasi mop sambil orang ramai pula melihat 'demonstrasi aset dadanya'!

"Ada satu ketika beliau sendiri mengambil mop tersebut dari jurujual untuk mencuba.

"Beliau tunduk. Mop ke kira dan ke kanan, habih semua terdedah.'
Stomp.sg

(Video) Sekumpulan gadis menari k-pop dalam masjid sambil bertelekung

on Friday, July 26, 2013

Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni. Walaupun dari video di atas bukanlah dari Malaysia, tapi agama serumpun masih lagi Islam. Memang memalukan umat betul!

Harap gadis-gadis di Malaysia tidak sebegini perangainya

(Gambar) Pasangan bertekak di tengah jalan sambil berbogel

BEIJING, KOMPAS.com — Pasangan yang bertengkar di tempat umum mungkin sudah sering terlihat. Namun, pasangan di China ini melakukan hal yang agak pelik. Mereka bertengkar di tengah jalan raya sambil menanggalkan pakaian hingga berbogel.

Pasangan yang tidak disebutkan namanya itu berdiri di tengah jalan sambil bertekak antara satu sama lain.

Pasangan muda itu seolah-olah cuba meredakan kemarahan pasangan masing-masing dengan menanggalkan pakaian mereka.

Si lelaki membuka pakaiannya terlebih dahulu, kemudian diikuti teman wanitanya. Mereka langsung tidak peduli dengan pemandu atau orang yang lalu lalang di Dongguan, Provinsi Guangdong.

Hebatnya, tak ramai orang yang menyaksikan adegan itu, walaupun ketika si perempuan berdiri telanjang bulat di tengah jalan.

Namun, seorang saksi bernama Jiang Dayu mengabadikan adegan itu melalui telepon bimbitnya.

"Pasangan itu mulai bertengkar di tepi jalan, kemudian ke tengah jalan," kata Jiang seperti dikutip Daily Mail, Rabu (24/7/2013).

"Mereka benar-benar tidak pedulikan arus lalu lintas meskipun orang membunyikan hon dan bergerak perlahan di sekitar mereka."

Walau pertengkaran itu berlangsung panas, pasangan akhirnya menyelesaikan perselisihan mereka. Keduanya kemudian saling memeluk dan meninggalkan tempat kejadian bersama-sama.
Si perempuan masih tidak mengenakan memakai pakaiannya di saat meninggalkan lokasi, entah apa alasannya.

(Video) Iklan kondom ini dilarang tayangannya...

Supermodel Mathira Khan
Lembaga penapisan media Pakistan telah menyekat tayangan iklan komersial jenama kondom Josh yang turut dibintangi model jelita dari negara tersebut, Mathira pada Selasa lepas kerana dilaporkan 'tidak senonoh'.

Sekatan tersebut dilakukan atas desakan orang ramai yang membantah tayangannya. Pakistan Electronic Media Regulatory Authority mengarahkan mana-mana media untuk tidak menerbitkan video iklan kondom tersebut.

Gulf News melaporkan, iklan yang berdurasi 50 saat itu menampilkan pelakon dan model Pakistan, Mathira sebagai seorang pengantin yang baru bernikah hingga menyebabkan jiran-jirannya merasa cemburu. Jiran lelakinya kemudian bertanya apa rahsia si suami yang berpewatakan agak pelik tapi dapat memikat si jelita, Mathira.

"Bring Josh into your life" kata si suami.

Ianya menjadi satu taboo dalam masyarakat yang majoritinya Islam berbicara mengenai hubungan kelamin secara terbuka di Pakistan.

Kondom Josh dipasarkan di Pakistan oleh DKT International, sebuah NGO yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang bertujuan untuk mempromosikan perancangan keluarga dan mengelak dari jangkitan HIV/AIDS di kalangan negara membangun.