Supermodel Mathira Khan |
Sekatan tersebut dilakukan atas desakan orang ramai yang membantah tayangannya. Pakistan Electronic Media Regulatory Authority mengarahkan mana-mana media untuk tidak menerbitkan video iklan kondom tersebut.
Gulf News melaporkan, iklan yang berdurasi 50 saat itu menampilkan pelakon dan model Pakistan, Mathira sebagai seorang pengantin yang baru bernikah hingga menyebabkan jiran-jirannya merasa cemburu. Jiran lelakinya kemudian bertanya apa rahsia si suami yang berpewatakan agak pelik tapi dapat memikat si jelita, Mathira.
"Bring Josh into your life" kata si suami.
Ianya menjadi satu taboo dalam masyarakat yang majoritinya Islam berbicara mengenai hubungan kelamin secara terbuka di Pakistan.
Kondom Josh dipasarkan di Pakistan oleh DKT International, sebuah NGO yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang bertujuan untuk mempromosikan perancangan keluarga dan mengelak dari jangkitan HIV/AIDS di kalangan negara membangun.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment