Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

SERAM! Misteri Bilik Hotel 202 Cherating..!

on Monday, August 26, 2013

Gambar hiasan

SERAM! Misteri Bilik Hotel 202 Cherating..! - Kisah Seram ini merupakan kisah benar yang dialami oleh beliau sendiri. Selepas tamat pengajian saya di Matrikulasi, saya berkerja sambilan di salah sebuah hotel di Cherating, Pahang sementara menunggu panggilan untuk menyambung pengajian di Universiti tempatan.. Saya bekerja sebagai F & B dan ditugaskan bekerja di restoran yang berdekatan dengan pantai.. Saya bekerja di shif pagi.. Dan apa yang membuatkan saya berasa sangat pelik, kebanyakkan pekerja di sini tidak mahu bekerja di shif malam (overnite). Bagi saya bekerja pada waktu malam sangat rileks dan tidak memenatkan.. Walaupun hanya seorang sahaja bekerja di shif malam.. (Department yang lain juga sama, hanya seorang bertugas)

Jadi dipendekkan cerita, semasa bos saya ingin menyusun jadual staf, saya telah meminta kepada bos saya untuk bekerja di shif malam memandangkan tiada sesiapa yang ingin bekerja di shif tersebut. Setelah seminggu saya bekerja di shif ini, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah kisah seram saya bermula pada suatu malam, sewaktu saya sibuk mengemas.. Saya menerima panggilan dari pelanggan (Room service). Waktu tu dalam pukul 4 pagi, saya hairan.. Masih ada yg belum tidur.. Dari skrin telefon, tertera nombor bilik bagi memudahkan pekerja menghantar pesanan.. Saya pun menjawab panggilan tersebut dan kedengaran suara perempuan.. Suaranya agak lemah.

Dia memesan burger dan segelas jus oren.. Tanpa berlengah saya memberi pesanan tersebut kepada kawan saya yang bekerja di bahagian dapur.. Setelah siap, saya menghantar pesanan tersebut.. Saya masih baru dan tidak hafal kedudukan bilik di hotel ini, setelah puas mencari, saya sampai di bilik tersebut.. Saya hairan mengapa pelanggan hotel ni menginap di bilik yg agak jauh dari bilik² yang lain.. Saya menekan loceng bilik beberapa kali, tetapi seperti tiada orang di dalam bilik tersebut..


Selepas beberapa kali saya cuba memanggil, saya mengambil keputusan pergi semula ke bahagian reception untuk meminta bantuan kawan saya menelefon nombor bilik tersebut.. Setelah memberitahu nombor bilik, kawan saya agak terkejut kerana berdasarkan rekod, tiada sesiapa yang menginap di bilik hotel tersebut pada malam itu.. Saya semak semula resit dan memang tertera nombor bilik hotel tersebut.. Tidak mungkin kesilapan sistem.. Muka kawan saya agak pucat dan menyuruh saya kembali ke restoran dan melupakan hal tersebut..

Pada keesokkan harinya, kawan saya yang bekerja di bahagian reception pada malam itu memberitahu kepada saya bahawa bilik tersebut memang agak sedikit ‘keras‘ dan itulah sebab mengapa staf di sini tidak suka bekerja di shif malam.. Dia memberitahu saya yang sebelum ini ada seorang perempuan telah membunuh diri di bilik tersebut dengan menjerut lehernya menggunakan kabel telefon dan perkara ini tidak dihebohkan bagi menjaga nama baik hotel tersebut.. Sejak dari kejadian itu, staf yang bekerja di shif malam sering diganggu dengan panggilan aneh dan misteri dari bilik hotel tersebut…

Kawan² saya sengaja tidak menceritakan hal tersebut kepada saya kerana risau saya akan takut bekerja di situ.. Alhamdulillah sepanjang 2 bulan saya bekerja di situ, hanya sekali itu sahaja saya diganggu.. Suara perempuan itu masih saya ingat sampai sekarang.. Dan untuk pengetahuan anda semua, bilik hotel itu bernombor “202″.


Seram!!Dirasuk 40 kali sehari!!

on Monday, July 22, 2013

Seram!!Dirasuk 40 kali sehari!!

KOTA BHARU: “Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah,” kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.
Sekadar hiasan
Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tingkap dan berlari keluar meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kuning serta meracau dalam bahasa Siam, malah berperwatakan seperti orang tua.

Katanya, masalah misteri itu berlaku selepas 40 hari ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu dan selepas berkahwin dengan suami baru sebelum berlarutan sehingga kini.

“Sejak disihir, apabila ada ‘benda’ memasuki badan, saya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.

Menurutnya, sebelum dirasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada ‘benda’ misteri yang akan memasuki tubuhnya.  Kredit

Mrkopilekat ulas : Daripada Allah kita hidup,kepada Allah kita kembali..Apa yang kita buat pada orang,akan dibalas setimpalnya..Ingatlah,sekuat,setinggi mana pun kekuasaan kita kat dunia ni,Allah lagi Maha Berkuasa..

Inilah 7 Gambar Penampakan Hantu Terbaik Di Dunia

on Thursday, May 9, 2013

Inilah 8 Gambar Penampakan Hantu Terbaik Di Dunia..JOm lihat semua..Cekidot..









Misteri : Gadis Ghaib Kemudian Muncul Di Kawasan Kubur

on Tuesday, March 26, 2013



Misteri : Gadis Ghaib Kemudian Muncul Di Kawasan KuburSebuah keluarga bingung apabila anak gadisnya sering ghaib ketika berada di rumah. Gadis yang sering ghaib ini adakalanya muncul kembali di kawasan tanah perkuburan.

Jika sebelum ini, mungkin ada yang pernah membaca kisah tentang seorang lelaki yang ghaib namun kemudiannya ia muncul di Tanah Suci Mekah. Walaubagaimanapun kisah itu sudah lama berlalu, kini terdapat satu kisah di mana seorang gadis sering ghaib di rumah, namun demikian, ia muncul semula tetapi bukanlah di rumah, tetapi dikawasan kubur. Kisah misteri ini mendapat perhatian dari penduduk setempat.

”Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini.” Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.

Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.

Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.
Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.

Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.
Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.

“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.
Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itudikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.

Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.
Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.

Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.
Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.
Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.

Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.
Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.

“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya.


Ngeri! Wajah Berubah Selepas Seksa Ular

on Monday, March 25, 2013



Ngeri! Wajah Berubah Selepas Seksa Ular | BOGOR, Jawa Barat – Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.

Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.

Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi ‘Kobra’.

Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.

Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.

Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.

Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.

”Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan,” kata temannya.

Adi menjawab, “Ahh… saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.

Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.

Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.

Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.

Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. – AGENSI

Jom Temukan Kejutan Dalam Gambar Ini, Buktikan Keberanian Anda

on Wednesday, February 20, 2013

Berani scroll ke bawah ...? Jika tidak kuat sebaiknya Sampai berfikir semula untuk terus scroll ke bawah


Video Kepala Budak Dipenggal (Kejam!)

on Saturday, February 18, 2012

Isu Syria – Video Kepala Budak Dipenggal (Kejam!) | Umum mengetahui, Syria telah dilanda kezaliman yang terbuka apabila pemerintahan Bashar Asad telah berlaku kejam dengan membunuh beribu-ribu rakyat Syria tanpa belas kasihan (LINK – 40000 Rakyat Mati Dibunuh Pemerintah Syria (Kejam!)). Terbaru, seorang budak perempuan telah dipenggal kepalanya oleh regim Bashar Asad dan kekejaman ini telah mendatangkan kemarahan antarabangsa.

Di atas merupakan video yang dirakamkan oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut. Video ini diambil selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan. Tidak boleh dibayangkan sesiapa yang melihat video ini tapi masih tidak mampu menitiskan air mata melihat kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Di bawah ini ada lagi video kanak-kanak yang dipenggal oleh regim Syria Bashar Asad. Wallahul musta’an.


Sumber: Harian Metro Online

Gadis Mati Akibat Upacara Halau Hantu

on Friday, February 17, 2012

Gadis Mati Akibat Upacara Halau hantu
SEORANG gadis yang disangka bapanya dirasuk oleh ‘hantu’ mati akibat lemas dalam satu upacara menghalau hantu (exorcism).
Bapa kepada Tomomi Maishigi dan seorang sami melakukan ‘rawatan air terjun’ ke atas gadis berusia 13 tahun itu di mana dia dikatakan diikat pada sebuah kerusi dan mukanya diarah ke atas menghadap sebuah pam air selama lima minit di sebuah kuil Buddha di Kumamoto, utara Jepun.
Pasangan tersebut – sami Kazuaki Kinoshita, 56 dan bapa gadis itu Atsushi Maishigi, 50 – ditangkap semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan yang mengakibatkan kematian berikutan upacara tersebut.
Menurut akhbar Mainichi Daily News, bapa gadis itu menahannya di bawah air yang mengalir sementara sami itu membaca mentera pada awal pagi 27 Ogos.
Apabila mangsa pengsan, mereka memanggil ambulans tetapi gadis itu kemudian disahkan mati.
Polis Kumamoto Prefectural berkata, remaja itu disahkan mati akibat kelemasan.
Polis juga berkata, gadis itu pernah menjalani upacara menghalau hantu beratus kali sejak bulan Mac lalu.
Maishigi dilaporkan mendakwa yang anak perempuannya telah dirasuk dan dia mendapatkan seorang sami untuk melakukan upacara untuk menghalau syaitan supaya anaknya boleh sembuh. Tetapi gadis itu melawan dan menjadi ganas.
“Tindakan kami adalah bertujuan untuk menghalau hantu jahat daripada gadis itu dan bukan penderaan fizikal,” kedua-dua lelaki itu dipetik memberitahu penyiasat polis.
Tomomi menghidap penyakit mental dan fizikal sejak dia menjadi pelajar senior sekolah rendah dan tidak menghadiri sekolah sejak April.
Seorang jurucakap untuk kuil utama Nakayamashingoshoshu (satu mazhab Buddha) di Kiyama berkata: “Upacara air dilakukan untuk menjadikan hasrat seorang itu menjadi realiti, tetapi sudah tentu anda tidak boleh menggunakannya untuk melakukan upacara menghalau hantu. Kami juga tidak mengarahkan untuk mengikat kaki dan tangan ketika melakukan upacara berkenaan.”
*Gambar Hiasan

sumber

TANGAN PUTUS DIGIGIT BUAYA 18 SG !!!

Hantu Di Bilik Karaoke? Berhati-hati…

Hantu Di Bilik Karaoke? Berhati-hati...
Amacam kalau tengah baik punya tarik tetiba muncul pocong dalam bilik karaoke anda?
Mahu lari tak ingat dunia.
Klip video di bawah kalau tak silap berasal dari sebuah program realiti ala-ala Wakenabeb dan Bang Bang Boom. Dinamakan Super Trap.
Memang kreatif tapi zalim pun ada gak, tengok ada perempuan tu macam hilang semangat dikerjakan.
Namun yang lagi best, lelaki yang menjerit lagi kuat pada pasangan diaorang. Siap tinggalkan awek sendiri pun ada. Tak guna punya jantan.
sumber


Gambar Kemalangan Vios Dan Saga di Jalan Mantin Branang – 3 Mati

Gambar Kemalangan Toyota Vios Dan Proton Saga di Jalan Mantin Branang – 3 Mati | Tiga individu termasuk sepasang suami isteri, terbunuh dalam kemalangan jalanraya membabitkan dua kereta di Jalan Mantin-Beranang dekat sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Toyota Vios yang dinaiki pasangan suami isteri itu bertembung dengan Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.

Beginilah keadaan Toyota Vios selepas pelanggaran dalam kemalangan jalanraya tersebut.
Mangsa yang maut ialah penumpang belakang Toyota Vios iaitu Lim Fong Len, 74, dan isterinya, Chong Yoon Ying, 57, yang berasal dari Mantin, serta pemandu Proton Saga, Tee Chan Hen, 23, yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor. Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Yusoff Awang, berkata Chong meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Mantin manakala Lim maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.
Katanya, pasangan suami isteri itu dan pemandu Proton Saga meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Beliau berkata, tiga lagi mangsa dalam Toyota Vios itu, iaitu pemandu berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 40-an serta anak saudara perempuan mereka berusia tiga tahun dilaporkan parah dan dirawat di HTJ.
“Ketika kejadian, lima beranak yang menaiki Toyota Vios itu dalam perjalanan menghala ke Beranang manakala Proton Saga itu menghala ke Mantin,” katanya. Mohd Yusoff berkata, pemandu Proton Saga terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vios berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kemalangan jalanraya itu masih disiasat. “Semua mayat dibawa ke HTJ untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga masing-masing,” katanya.
Seorang saksi, Zakaria Mohd Kadir, 23, yang berada berhampiran tempat kejadian sewaktu kemalangan itu, berkata dia bersama tiga lagi rakannya sedang membaiki paip bocor di tepi jalan itu sebelum terdengar dentuman kuat.
Katanya, mereka terkejut apabila mendapati dua kereta remuk teruk selepas bertembung kira-kira 20 meter dari tempat mereka berada. “Saya bersama rakan yang lain terus berkejar ke arah kereta terbabit dan cuba membantu mengeluarkan penumpang dari Toyota Vios yang mengerang kesakitan.
“Pemandu Proton Saga itu pula saya lihat sudah tidak bernyawa dan tersepit dalam kenderaannya yang remuk,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.