Gadis Mati Akibat Upacara Halau Hantu

on Friday, February 17, 2012

Gadis Mati Akibat Upacara Halau hantu
SEORANG gadis yang disangka bapanya dirasuk oleh ‘hantu’ mati akibat lemas dalam satu upacara menghalau hantu (exorcism).
Bapa kepada Tomomi Maishigi dan seorang sami melakukan ‘rawatan air terjun’ ke atas gadis berusia 13 tahun itu di mana dia dikatakan diikat pada sebuah kerusi dan mukanya diarah ke atas menghadap sebuah pam air selama lima minit di sebuah kuil Buddha di Kumamoto, utara Jepun.
Pasangan tersebut – sami Kazuaki Kinoshita, 56 dan bapa gadis itu Atsushi Maishigi, 50 – ditangkap semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan yang mengakibatkan kematian berikutan upacara tersebut.
Menurut akhbar Mainichi Daily News, bapa gadis itu menahannya di bawah air yang mengalir sementara sami itu membaca mentera pada awal pagi 27 Ogos.
Apabila mangsa pengsan, mereka memanggil ambulans tetapi gadis itu kemudian disahkan mati.
Polis Kumamoto Prefectural berkata, remaja itu disahkan mati akibat kelemasan.
Polis juga berkata, gadis itu pernah menjalani upacara menghalau hantu beratus kali sejak bulan Mac lalu.
Maishigi dilaporkan mendakwa yang anak perempuannya telah dirasuk dan dia mendapatkan seorang sami untuk melakukan upacara untuk menghalau syaitan supaya anaknya boleh sembuh. Tetapi gadis itu melawan dan menjadi ganas.
“Tindakan kami adalah bertujuan untuk menghalau hantu jahat daripada gadis itu dan bukan penderaan fizikal,” kedua-dua lelaki itu dipetik memberitahu penyiasat polis.
Tomomi menghidap penyakit mental dan fizikal sejak dia menjadi pelajar senior sekolah rendah dan tidak menghadiri sekolah sejak April.
Seorang jurucakap untuk kuil utama Nakayamashingoshoshu (satu mazhab Buddha) di Kiyama berkata: “Upacara air dilakukan untuk menjadikan hasrat seorang itu menjadi realiti, tetapi sudah tentu anda tidak boleh menggunakannya untuk melakukan upacara menghalau hantu. Kami juga tidak mengarahkan untuk mengikat kaki dan tangan ketika melakukan upacara berkenaan.”
*Gambar Hiasan

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment