Warga MBI Terima Bonus RM500 Mac Ini

on Saturday, February 18, 2012

Warga MBI Terima Bonus RM500 Mac Ini
IPOH – Seramai 2,280 petugas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menerima bonus sebanyak RM500 setiap seorang Mac ini.
Datuk Bandar Datuk Roshidi Hashim berkata, pemberian bonus itu melibatkan peruntukan berjumlah RM1.24 juta.
“Peruntukan bonus ini diambil daripada lebihan kutipan hasil MBI sepanjang tahun lalu di mana kita berjaya mengutip sebanyak RM134.1 juta yang melebihi sasaran awal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Perdana Warga MBI 2012 di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.
Beliau berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai peranan setiap warga MBI yang bertungkus lumus menjayakan pelbagai perancangan yang telah dilaksanakan. — BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment