3 Lelaki Didenda RM800 Kerana Merusuh

on Saturday, February 18, 2012

3 Lelaki Didenda RM800 Kerana Merusuh
PETALING JAYA – Dua beradik dan  seorang penghantar surat masing-masing  didenda RM800 atau penjara sebulan oleh  Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas  mengaku bersalah atas tuduhan melakukan  rusuhan dengan bersenjatakan sebilah parang  pada pagi Hari Krismas lalu.
Khairul Zhafri Mohamad, 23, dan abangnya, Shaki  Azhari, 29, serta Mohamad Arres Mohamad  Asrvy, 21, didakwa melakukan perbuatan itu di  pekarangan Jalan Anggerik 7, Puchong Indah,  Bukit Puchong di sini pada pukul 6 pagi, 25  Disember tahun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun  Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34  kanun sama yang memperuntukkan hukuman  penjara sehingga lima tahun atau denda atau  kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan  Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi di  hadapan Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid.
Mengikut fakta kes, kejadian berpunca daripada  pergaduhan di antara Mohamad Arres dengan  dua lelaki yang dikenalinya.
Pengadu dalam kes ini, Abdul Hakim Walid, 21,   yang juga merupakan kawan bagi kedua-dua pihak  cuba meleraikan pergaduhan itu namun  Mohamad Arres menuduh pengadu bersubahat  dengan dua lelaki berkenaan untuk memukulnya.
Khairul Zhafri dan Shaki Azhari yang turut berada  di situ kemudiannya masuk campur dalam  pergaduhan tersebut dan cuba menetak pengadu  dengan sebilah parang

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment