KOTA BHARU: Akibat memperdengarkan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara, seorang penjaga Madrasah Nur Iman di Lebuh Raya Salor dekat sini, menerima ugutan.
Mangsa yang dikenali sebagai Hassan berusia 50-an memberitahu, dia menerima surat ugutan rumahnya akan dibakar sekiranya alunan ayat suci al-Quran tersebut terus diperdengarkan ketika awal pagi.
Menurutnya, surat berbaur ugutan berkenaan diletakkan dalam peti surat rumahnya yang terletak bersebelahan madrasah itu dan disedari selepas pulang daripada bersarapan jam 7.30 pagi pada 31 Januari lalu.
“Berdasarkan surat itu, ada di antara individu tertentu yang tidak berpuas hati dengan cara kami memperdengarkan bacaan al-Quran sebelum azan subuh. Bacaan kira-kira 15 minit sebelum azan ini dikatakan mengganggu orang yang masih tidur termasuk anak-anak kecil,” katanya kepada ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Sementara itu, ahli jawatankuasa masjid, Muhamad Yusof berkata, Jaheaik pernah menyiasat berhubung perkara itu dan tidak melarang supaya berhenti memasangnya.
Bagaimanapun katanya, bermula semalam pihaknya memperlahankan alunan bacaan tersebut kerana mengambil kira daripada penerimaan surat tersebut.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment