2 kumpulan bertempur

on Tuesday, February 14, 2012

BUKTI...kesan darah di tempat kejadian.
BUKTI...kesan darah di tempat kejadian.

PETALING JAYA: Pergaduhan di antara dua kumpulan membabitkan 15 lelaki menyebabkan dua daripada mereka parah di dada dan kepala selepas dilibas dengan pedang samurai serta kapak dalam kejadian di Flat Desaria, di sini, semalam.
Seorang daripada mangsa yang berusia 26 tahun dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terkena libasan pedang samurai sekumpulan 10 lelaki yang menyerangnya di tempat letak kereta flat berkenaan jam 8.30 pagi.

Saksi yang juga penduduk di situ dan hanya mahu dikenali sebagai Rohaya, 40, berkata ketika dalam perjalanan masuk ke rumah daripada bergotong-royong memasak di belakang rumahnya, dia terserempak empat lelaki di depan garaj keretanya.
“Seorang daripadanya parah di dada dan 10 lelaki mengejarnya. Saya melarikan diri apabila melihat sebilah pedang samurai dipegang seorang daripada 10 lelaki itu.

“Seorang lagi memegang rim kereta serta menghentak kepala seorang daripada kawan mangsa. Kejadian itu menyebabkan penduduk ketakutan kerana bimbang turut menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Pengerusi Surau Flat Desaria, Hamsah Samiri, 54, berkata sebelum kejadian dia melihat enam lelaki membawa sebilah pedang samurai yang menegurnya dan tidak menyangka mereka terbabit pergaduhan.

Katanya, dia terkejut selepas melihat seorang lelaki mengalami pendarahan teruk di dada selepas ditetak. Dia berlari meminta bantuan daripada seorang penduduk yang kemudian menghubungi ambulans dan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad, berkata siasatan awal mendapati seorang daripada mangsa yang berusia 26 tahun parah di rusuk manakala identitinya seorang lagi mangsa masih disiasat.
“Mangsa dikejarkan ke PPUM untuk rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil, tetapi masih tidak sedarkan diri,” katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment