Kedutaan Amerika Tutup Sempena Hari Presiden

on Friday, February 17, 2012

Kedutaan Amerika Tutup Sempena Hari Presiden
KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup pada Isnin ini sebagai penghormatan kepada Hari Presiden.
Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu kenyataan memberitahu, semua perkhidmatan di kedutaan itu, termasuk yang membabitkan pengeluaran visa dan pasport, akan disambung semula pada Selasa.
“Isnin ketiga pada bulan Februari diperuntukkan sebagai Hari Presiden bagi memperingati hari lahir dua Presiden Amerika yang paling terkemuka iaitu George Washington yang dilahirkan pada 22 Februari dan Abraham Lincoln yang lahir pada 12 Februari,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, bagaimanapun Kedutaan Amerika Syarikat di sini boleh dihubungi menerusi 03-21685000 untuk kes kecemasan.

sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment