Pelajar Warga Nigeria Bebas Tuduhan Edar Heroin

on Saturday, February 18, 2012

Pelajar Warga Nigeria Bebas Tuduhan Edar Heroin
SHAH ALAM – Seorang pelajar kolej  swasta warganegara Nigeria tidak mampu  menggambarkan kegembiraannya apabila dilepas  dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari  ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis heroin  dan syabu, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad memutuskan  untuk tidak memanggil Akalonu Uchenna Bright,  25, membela diri selepas berpuas hati bahawa  pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima  facie bagi pertuduhan itu.
Dalam penghakimannya, beliau bersetuju dengan  hujah pihak pembelaan bahawa dadah jenis syabu  dan heroin tidak boleh diletakkan dalam satu  pertuduhan.
Katanya, mahkamah pula tidak mempunyai bidang  kuasa untuk meminda pertuduhan dan tindakan  sedemikian melanggar peruntukan  undang-undang.
Akalonu didakwa mengedar 1,167 gram heroin  dan 158 gram syabu di alamat No. 05-03-06,  Lagoon Perdana, Jalan PJS9/1A, Bandar  Sunway, Petaling Jaya dekat sini pada pukul 6.05  pagi, 4 Ogos 2009.
Dia didakwa di bawah Sesyen 39B(1)(a) Akta  Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum  mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang  memperuntukkan hukuman mati mandatori jika  sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan  Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar, manakala  tertuduh diwakili peguam Gooi Soon Seng.


sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment