Anugerah Kecemerlangan UiTM P.Pinang 20 Feb Ini

on Friday, February 17, 2012

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) UiTM Pulau Pinang 2011 pada 20 Februari ini.
Urusetia HAK UiTM Pulau Pinang, Mohd. Khairul Afzan Mohd. Lazi berkata, program tersebut dianjurkan oleh Unit Aktiviti Pelajar, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Pulau Pinang.
“Sebanyak 50 persatuan dan kelab UiTM Pulau Pinang akan berentap dalam pelbagai kategori dan kemuncak malam anugerah adalah anugerah kelab dan persatuan terbaik,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Khairul berkata, HAK UiTM Pulau Pinang 2011 dijadual diadakan bermula pukul 8 malam di Laman Perdana, UiTM Pulau Pinang.
Menurutnya, anugerah itu bertujuan menghargai penglibatan mahasiswa dalam persatuan dan kelab sepanjang 2011.
Tambahnya, anugerah seperti itu penting bagi melahirkan graduan universiti yang berdaya saing dan pemikiran proaktif serta inovatif untuk diaplikasikan dalam dunia pekerjaan.
Jelasnya, para graduan masa kini bukan sahaja akan menggenggam sijil akademik sahaja tetapi perlu memiliki sijil kemahiran insaniah yang melalui penglibatan dalam aktiviti luar kelas seperti persatuan dan kelab.

sumber
Hari Anugerah Kecemerlangan UiTM P.Pinang 20 Feb Ini
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment