Festival gusti unta telah lama diadakan di Turki kira-kira sejak 200 tahun dahulu. Perlawanan gusti ini melibatkan dua ekor unta jantan dan kebiasaanya diadakan pada musim luruh dan awal musim bunga. Ini kerana pada masa ini merupakan masa mengawan bagi unta dan mereka lebih agresif pada masa ini. Dalam post ini kami akan kongsikan gambar disekitar perlawanan gusti unta yang berlangsung di bandar Selcuk, Turki baru-baru ini.

gusti unta biasanya dijalankan pada bulan Januari - Mac setiap tahun

Sebelum perlawanan bermula, unta berkenaan akan diarak keliling bandar dan penonton akan menari dan menyanyi tarian tradisional "Zeybek"

Dah penat berarak, perlawanan akan dimulakan pada hari kedua festival

Terdapat juga penyertaan daripada bandar jiran seperti Istanbul, Antalya, Alanya, dan Izmir

Nama samaran wajib diletakkan pada setiap unta yang akan bertanding

Festival ini dapat mengumpulkan sanak-saudara dan isteri-isteri hehe

Perlawanan gusti ini biasanya bertujuan untuk memikat unta betina

Untuk kelihatan lebih gah dan ganas, setiap unta dipakaikan dengan uniform "perang" masing-masing

Setiap perlawanan hanya berlangsung diantara 10-15 minit sahaja.

Setiap unta dipakaikan dengan alat perlindungan khas diberi nama muzzles untuk mengelakkan kecederaan serius

Pemenang akan diberikan hadiah "permaidani" ("rug" tu permaidani la kan?)

Gaya sang juara!

Walaupun perlawanan gusti unta ini telah lama diwujudkan, ia masih lagi mengikut peraturan asal yang ditetapkan
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment