Showing posts with label Sukan Dan Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Sukan Dan Hiburan. Show all posts

Arwah Datin Umi Kalthum Tinggalkan Nota 5 Syarat.

on Friday, August 2, 2013



KUALA LUMPUR: Sekeping nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu.


Nota yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarham hasil perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang disimpan dan perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia.

Noor Kumalasari sedang menabur bunga di pusara arwah ibunya.
Cucu dari suami pertama Allahyarham iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang disimpan Allahyarham sebagai wasiat.

“Saya terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah letakkan di atas meja mekap.

Arwah semasa dizaman kegemilangannya
"Dia seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya,” jelas Amir Noor kepadamStar Online di sini pada Rabu.

Allahyarham Umi Kalthum meninggal dunia pada usia 81 tahun dalam tidur kira-kira pukul 4 pagi di rumah anak hasil perkahwinan pertamanya dengan individu yang dikenali sebagai Jaafar di Ukay Prima di sini pada Rabu.

Beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit hasil dua perkahwinannya termasuklah dengan pelakon Datuk S Roomai Noor.

S Roomai Noor meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan umrah pada 16 Mac 1996 akibat paru-paru berair.

Selain aktres Noorkumalasari, Allahyarham Umi Kalthum turut memiliki seorang anak tiri iaitu penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan terdahulu S Roomai Noor dengan pelakon Siput Sarawak.

Dalam pada itu Amir Noor berkata, lima perkara yang dicatatkan oleh neneknya itu ialah kelengkapan bagi menguruskan jenazahnya iaitu; kain batik untuk menutup dan memandikan jenazah, dua helai kain ihram termasuk milik S Roomai Noor sebagai kain kapan dan selendang putih menutup muka.

Turut ditulis ialah sarung bantal bagi kegunaan melapik kepala jenazah dan dua helai kain putih yang perlu diikat pada batu dan diletakkan di simpang jalan sebagai tanda ada orang meninggal dunia.

Kesemua kelengkapan jenazah itu disimpan rapi dalam sebuah almari dan digunakan sebagai memenuhi impiannya.

Allahyarham juga turut berpesan agar mengebumikan jenazahnya di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang di sini iaitu berdekatan dengan kubur arwah ibunya.

Arwah juga kata Amir Noor pernah melahirkan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah ataupun pada bulan Ramadan.

“Alhamdulillahlah... hajat nenek untuk meninggal dunia pada bulan Ramadan seperti yang diimpikan telah dimakbulkan Allah,” katanya.

Dalam pada itu rakan seangkatan Allahyarham iaitu Datuk Maria Menando, 81, berkata, dia amat terkejut dengan berita kematian itu kerana Umi Kalthum masih dilihat cergas walaupun ketika usianya sudah lanjut.

Katanya, kali terakhir mereka berjumpa ketika menziarahi jenazah Allahyarham Latifah Omar yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.

“Umi seorang rakan yang sangat baik dari segi tutur kata dan tingkah lakunya. Selama mengenalinya, saya amat senang berkawan dengan dia,” kata Maria.

Pelakon Salmah Ahmad, 76, pula berkata, Allahyarham ada berpesan kepadanya agar menjaga kesihatan sebaik mungkin selain mengadu sakit dada.

“Dua hari lepas dia ada telefon saya. Dia nak ajak saya bercuti ke Jakarta. Saya kata tak ada masalah. Kemudian dia bertahu, dadanya sakit sehingga kadang-kadang nak tarik nafas pun susah.

“Kerana masalah itu dia banyak kali supaya saya menjaga kesihatan dengan baik,” katanya yang pernah berlakon dengan Allahyarham dalam filem Yatim Mustapha pada tahun 1961.

Sepanjang hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Watak jahat iaitu Putih yang dipegangnya dalam Bawang Putih Bawang Merah pada tahun 1959 pernah menyebabkan dia dibenci peminat kerana sering mendera adik tirinya iaitu Merah lakonan Latifah Omar.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate selepas solat Zuhur pada Rabu.

Turut menziarahi Allahyarham ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sarimah Ahmad, Aspalela Abdullah, Zalifah Ibrahim, Hayati Tasrip dan Mariani. - mStar

SALUTE TO CHUA BOON HUAT.

on Thursday, August 1, 2013


 ANDA ADALAH ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA, 
KAMI RAKYAT MALAYSIA MERASAI KEHILANGAN ANDA

Anda antara pemain hoki terbaik di dunia
 

KEPADA KELUARGA MENDIANG, BLOG INFODUNIAAKU
MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH, SEMUGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI.





Penyanyi Beyonce Dan Suami Jay-Z Sertai Tunjuk Perasaan.

on Tuesday, July 23, 2013

 


NEW YORK- Pasangan selebriti, Jay-Z dan isterinya, Beyonce hadir dalam satu tunjuk perasaan di sini pada Sabtu lepas.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi menuntut keadilan dberhubung kematian seorang remaja kulit hitam, Trayvon Martin.


Martin, 17, mati ditembak seorang anggota rukun tetangga AS, George Zimmerman pada 26 Februari tahun lalu selepas mereka bertengkar di kawasan komuniti berpagar di Sanford.

Beyonce, 31, dan Jay-Z percaya bahawa undang-undang AS tidak dilaksanakan dengan adil apabila mahkamah membebaskan Zimmerman pada minggu lalu.


Penyanyi lagu Irreplaceable itu dan Jay-Z dilihat bergambar bersama ibu Martin, Sybrina Fulton dan pemimpin hak sivil kulit hitam, Al Sharpton.


Namun, mereka enggan ditemu bual.

Menurut portal hiburan TMZ.com, pasangan popular itu turut mengambil beberapa minit dalam persembahan mereka baru-baru ini untuk memberi penghormatan kepada mendiang.


Betulke Penyanyi One Direction, Harry Styles Gila Sek?.

on Monday, July 22, 2013


Makin lama, makin gila seks pulak si Harry Styles daripada kumpulan One Direction yang masih dan sedang popular sekarang ini. Apa tidaknya, selepas bertukar-tukar teman wanita termasuklah Taylor Swift tidak lama dulu, kini obsesinya terhadap seks semakin meningkat apabila mengundang 12 gadis bermalam di bilik hotelnya.



Kejadian ini berlaku sewaktu Harry Styles menjayakan konsert jelajah One Direction di United Kingdom. yang seorang ini iaitu Harry Styles semakin gila seks.

Salah seorang anggota One Direction yang tidak kurang popularnya iaitu Niall Horan pula memberitahu seorang rakan bahawa sikap penyanyi yang berusia 19 tahun itu semakin melampau dan dia sendiri sudah tidak mampu mengira berapakah gadis yang mendampingi Style setiap kali mereka mengadakan jonsert jelajah mereka.

Satu sumber yang rapat dengan kumpulan ini pula memberitahu bahawa kegilaan seks Harry Styles nyata sudah tidak dapat dibendung lagi.



Dan, dia akan membawa 3 hingga 4 gadis di biliknya setiap malam. Kesemua gadis itu ditemui setiap kali dia mengadakan gigs bersama One Direction.

Dalam setiap gigs tersebut, daia akan mencari gadis yang disukainya dan kemudian men hampirinya dan mengajaknya datang ke bilik hotelnya.

Dalam satu konsert di Belfast minggu lalu, ikon remaja kacak ini telah mengejutkan kesemua peminatnya apabila memberikan nombor telefonnya kepada seorang gadis yang berada di tengah-tengah ribuan penonton dan memintanya datang ke bilik hotelnya.

Sikap Styles itu bertentangan dengan kebanyakan anggota One Direction yang lain. Jika yang lainnya sedang sibuk melepak bersama atau menonton filem atau bermain games komputer, Styles pula sibuk berpoya-poya dengan gadis-gadisnya sehingga batang hidungnya tidak kelihatan pada keesokan harinya

Kini, bapa Styles, Des termasuk masuk campur dan memberi amaran kepada anaknya itu supaya menghentikan sikap kaki perempuannya itu.

Kepada peminat-peminat kumpulan One Direction, jika kumpulan ini datang kenegara anda untuk membuat persembahan, pastikan anak dara anda balik kerumah selepas menonton persembahan mereka............. jangan marah yer Mr. Harry.

Anak Aamir Khan, Junaid Lebih Gemar Jadi Pengarah Filem?



MUMBAI, 12 JULAI 2013: Tidak seperti bapanya Aamir Khan yang ketika ini masih digelar sebagai salah seorang daripada King Khan apabila masih berjaya menguasai industri Bollywood dengan filem-filem dan lakonan yang mengesankan, Junaid Khan yang kini sudah berusia 18 tahun sebaliknya lebih suka berada di belakang tabir untuk bikin filem.

Amir bersama anaknya Junaid dan anak perempuan Aira
semasa tayangan perdana filem "Jaane Tu Ya Jaane Na" 
Tak tahulah samada dia memang tidak berminat untuk berlakon atau sebaliknya, namun Junaid baru-baru ini dilaporkan telah menjadi pembantu pengarah untuk Rakjumar Hirani dalam film terbarunya, Peekay. Filem itu juga bakal menyaksikan penglibatan Aamir Khan sebagai teraju utamanya.

"Saya yang cadangkan pada Junaid supaya dia mempelajari selok-belok mengenai pembikinan filem kerana dengan cara inilah dia dapat mempelajari banyak perkara tentang dunia perfileman Bollywood.

"Masih terlalu awal untuk membuat pilihan sama ada dia akan terlibat dalam bidang lakonan atau pun pengarahan. Semuanya di tangannya untuk memilih mana yang lebih sesuai untuk jiwanya nanti.

"Dengan pengalaman yang dikutipnya itu, ia di harap akan dapat membantunya untuk membuat keputusan tentang pilihan kerjayanya. Ia pasti akan berguna buat dirinya untuk jangka masa panjang," kata Aamir Khan.

Man of Steel Dibenci Peminat Setia Superman?

 


Rasanya telah hampir sebulan filem Man of Steel ditayangkan dipanggung. Filem yang amat dinanti-nantikan oleh peminat Superman seluruh dunia itu hadir dalam bentuk 'reboot' atau pembikinan semula selepas francais pertamanya lakonan Christopher Reeve popular sekitar lewat 1970-an.


Man of Steel arahan Zack Snyder dan diterbitkan oleh Christopher Nolan membariskan aktor Henry Cavill sebagai Clark Kent, Amy Adams sebagai Lois Lane, Russell Crowe sebagai Jor-El, Kevin Costner sebagai Jonathan Kent dan Laurence Fishburne sebagai Perry White. Jika dilihat dari senarai nama-nama ini, sudah tentu harapan tinggi diberikan terhadap Man of Steel.

Pertamanya kerana imej Superman itu sendiri yang sudah dikenali. Tanyalah sesiapa sahaja, siapa yang tidak kenal dengan hero merah biru yang boleh terbang ini. Setiap dari kita mempunyai jiwa tersendiri terhadap imej Superman.

Kedua, nama Christopher Nolan sebagai penerbit. Lelaki ini bertanggungjawab menjadikan francais The Dark Knight atau Batman begitu popular pada dan menjadi ikutan di mata dunia. Ditambah pula dengan arahan dari Zack Snyder, sudah tentu harapan setinggi gunung diletakan oleh peminat Superman pada francais terbaru ini.

Namun, sebaik ditayangkan timbul perasaan kecewa dari sesetengah peminat tegar ikon superhero ini. Rata-rata mereka menyatakan perasaan kecewa terhadap jalan ceritanya yang gagal mencapai expectation yang mereka kehendaki.

Antara puncanya perubahan karekter yang berlaku kepada Superman sendiri. Superman kali ini digambarkan berlainan dari karekter Clark Kent sebelum ini. Tiada sifat-sifat kemanusian pada diri Superman sebaliknya dari aksi pertarungan dia dan watak antagonis, Jeneral Zod memperlihatkan dua makhluk asing bertarung di atas muka bumi. Kesan kemusnahan akibat pertarungan mereka berdua amat teruk sehinggakan manusia kelihatan seperti semut yang mudah-mudah dipijak dan nyawa mereka tidak berharga lagi.

Pertarungan mereka juga dilihat mengambil durasi yang begitu lama sehinggakan timbul rasa jemu dan penonton mengharapkan sesuatu yang lebih segar untuk dimainkan dengan emosi mereka.

Ulasan dari pengkritik filem antarabangsa juga banyak kurang bersetuju dengan jalan cerita Man of Steel. Chicago Sun-Times melaporkan tiada apa yang menarik dan boleh diingati dari filem Superman ini. Aksi pertarungannya terlalu meleret dan kadang kala penataan logik dalam filem ini boleh dipertikaikan. The Denver Post pula menulis masalah terbesar dalam filem ini ialah keseimbangan jalan ceritanya serta bentuk pengarahan. Produksi filem ini cuba bermain dengan emosi audiens sebaliknya mereka gagal menaikan mood penonton dan apa yang terhasil difikiran penonton ialah "bila filem ini akan tamat?

Kritikan-kritikan yang diberikan ini bagaimanapun bersifat kontra pula dengan beberapa pihak lain. Sesetengah penonton suka dengan imej baru serta tona gelap yang dibawakan oleh watak Clark Kent kali ini. Malah ramai yang memuji lakonan Russel Crowe yang dilihat hebat membawakan wataknya sebagai bapa kepada Superman. The Hollywood Reporter melaporkan pembikinan semula francais ini adalah sesuatu yang tidak perlu tetapi filem ini nampak hebat dibawah karya Zack Snyder. Sebahagian blogger juga menganggap karya kali ini jelas menampakan sentuhan Nolan dengan beberapa plotnya disusun dengan tone gelap. Malah mereka juga menyuarakan imej Clark Kent ini adalah selari dengan penampilan Bruce Wayne dari francais The Dark Knight.

Keseluruhannya, konfrantasi yang ditimbulkan ini membuatkan Man of Steel terus menjadi tarikan. Malah pihak Warner Bros telah pun mengumumkan bahawa pengarah Zakc Snyder dan penulis skrip David S.Goyer akan kembali menerajui sekuel filem ini yang dijangka akan muncul pada 2014. Pemerhati filem berpendapat segala kekurangan yang ada dalam filem pertama ini akan ditebus dalam filem kedua, sepertimana yang berlaku kepada filem Batman Begins dan sekuelnya, The Dark Knight.

Dia pembohong - Ashraf Muslim

Gambar pernikahan antara Ashraf dengan Wan Sakinah di Thailand pada 7 Julai lalu mula tersebar di internet.
Ramadan tahun ini barangkali Ramadan paling banyak onak yang harus ditelan oleh pelakon Ashraf Muslim, 32.

Semuanya gara-gara kisah sensasi perkahwinan keduanya yang terbongkar selepas isteri pertamanya, Dayana Lokman, 26, menemui butiran dan dokumen perkahwinannya bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Bangkok, Thailand di dalam beg pakaiannya minggu lalu.


Sekadar rekod, Ashraf dan isteri pertamanya, Dayana telah berkahwin pada tahun 2011 di Mekah manakala dia kemudian berkahwin secara senyap di Thailand dengan Wan Sakinah pada 7 Julai lalu, sehari sebelum Ramadan.

Terus-menerus menerima tohmahan dan persepsi yang pelbagai daripada masyarakat, Ashraf bagaimanapun sedikit pun tidak lari daripada dunia realiti.


Namun, akuinya, sesekali dia mengelak untuk memberi kenyataan kepada pihak media kerana bimbang disalah tafsir.

Bagaimanapun, untuk isu seperti yang ditimbulkan oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bekas tunang isteri keduanya, Wan Sakinah, dia perlu menjawab hal tersebut.

Bukan untuk menegakkan benang yang basah, sebaliknya Ashraf tampil menafikan tohmahan dia sebagai penyebab lelaki itu dan Wan Sakinah putus tunang.


Malah, Ashraf meminta agar masyarakat tidak terlalu ikut campur dalam urusan rumah tangganya. Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan berani untuk berpoligami, dia mahu meledani segala kemungkinan dalam kehidupan dan rumah tangganya sendiri.

Ashraf menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh Kosmo! kepadanya sambil menegaskan, dia tidak pernah menjalin hubungan sulit bersama Wan Sakinah sewaktu wanita itu sedang dalam tempoh bertunang.

Kosmo!: Bagaimanakah dengan keadaan Ashraf sekarang?

ASHRAF: Alhamdulillah, walaupun masih ada yang berterusan bercakap tentang saya, kehidupan saya sangat tenang dan jujurnya juga, dalam situasi sekarang, saya perlu lebih banyak bersabar.

Belum pun reda isu anda berkahwin dua, kini timbul pula isu baharu. Ahad lalu, seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai bekas tunang kepada isteri kedua anda, Wan Sakinah. Dia memberitahu pertunangan mereka putus 25 hari sebelum mereka berkahwin kerana Wan Sakinah menjalinkan hubungan sulit bersama anda. Boleh anda jelaskan tentang pertuduhan tersebut?

Pembohong lelaki itu! Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya! Itu (putus tunang) cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya. Saya sedih apabila perkara sebegini timbul.

Bagaimana boleh anda simpulkan tentang terlalu banyak spekulasi yang melanda anda sekarang terutama apabila ada individu seperti lelaki tersebut yang muncul mengaku sebagai bekas tunang isteri kedua anda?

Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini. Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua. Apabila terlalu ramai yang cuba ambil 'bahagian' dalam hal rumah tangga saya, saya jadi sedih.

Apa yang ingin anda sampaikan kepada masyarakat, terutama kepada segelintir pihak yang suka mereka-reka cerita tentang perkahwinan kedua anda?

Ini hal rumah tangga saya. Dengan rendah hati, saya harap semua pihak dapat menghormati saya dan tidak masuk campur dalam hal ini. - HARYATI KARIM

Sumber  

Justin Bieber Maki Hamun Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton?.

on Tuesday, July 16, 2013



Mamat ni tak habis-habis buat hal, sebelum ni dia belasah paparazzi, mamat inike yang nak kita jadikan contoh oleh remaja kita?

Baru-baru ini penyanyi ini terpaksa meminta maaf kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton diakaun twitternya apabila mengaku semasa membuang air kencing telah mengeluarkan kata-kata kesat pada gambar Bil Clinton disebuah restoran.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton
Menurut Blog rollingstone.com, dikatakan video pelakuannya telah diperolehi oleh TMZ.com dimana dia telah membuang air kencing didalam baldi mop didapur sebuah restoran dan kedengaran suara dibelakangnya yang ketawa dengan perbuatannya dan menggelarnya "budak liar"

Bieber yang menyedari kesalahan yang dilakukannya dikatakan telah menghubungi Clinton melalui telefon dan menawarkan diri untuk memberi apa saja bantuan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat itu jika diperlukan.

Nora Danish The Kick Boxer. (Video)

on Monday, July 15, 2013


Jangan buat hal dengan Nora Danish ni, nampak aje manja, setakat dua tiga jantan nak kacau dia, dia bagi kick boxing aje........ tak percaya jom tonton kat sini........

Adira Bercinta Dengan Orang Kuat Khairy Jamaludin?.

 

Betulke?....... tapi kalau betul apa salahnya, orangnya pulak handsome dan diberitakan anak Dato’ berasal daripada negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan......... fuhhh kembang Adira dapat mamat ni.

Pemuda kacak yang bernama Shahrul Nasrun Kamarudin ini dikatakan salah seorang orang kepercayaan Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin.





Cayalah Adira......... jantan-jantan yang dok ada simpan perasaan dengan Adira yang cantik, manis dan putih melepak ini eloklah hentikan aje niat tu.

Gambar pelakon terkenal Bollywood Salman Khan Dengan Botol Arak Tersebar.


Gambar pelakon terkenal Bollywood Salman Khan tanpa memakai baju dan mendedahkan badannya yang sasa bersama dengan kawan-kawannya dan botol-botol arak diatas meja telah tersebar di web-site sejak setahun yang lalu.

Kebanyakkan yang telah mengunjungi web-site tersebut telah mengecam pelakon yang dikatakan beragama Islam itu dan ada yang mempertikaikan agama sebenarnya.

Gambar yang dikatakan menjadi kontroversi
Salman Khan yang diketahui sangat berahsia tentang cerita-cerita peribadinya dikatakan telah menyiasat siapa diantara kakitangannya yang telah menyebarkan gambar tersebut yang kesemua telah menanggalkan baju masing-masing.

Pelakon Bollywood, Salman Khan Dengan Pelakon Romania Iulia Vantur Ni Ada Apa-Apake?.

Salman Khan dan Iulia Vantur

Ada yang mengatakan bahawa pelakon kacak ini telah membawa 'kekasihnya barunya' Iulia Vantur tinggal bersama-sama keluarganya dan ada cerita terbaru mengatakan beliau telah mendapatkan sebuah appartment untuk ‘kekasihnya’ itu di Jalan Carter di Bandra yang juga berdekatan dengan kediamannya.

Yang kacak dan yang comel
Kediaman rasmi pelakon kacak ini ialah di Galaxy Heights yang sedang diubah suai.

Iulia Vantur yang telah dilahirkan pada 24 July 1980 di Iasi, Romania seorang yang terkenal di television Romania dan diantara pelakon utama.

Pernah mempunyai perhubungan yang lama dan serius dengan pelakon Katrina Kaif
Pelakon dan penyampai television yang mempunyai kelulusan undang-undang ini telah menjadi penyampai dan model semasa berusia 15 tahun dan semasa berusia 19 tahun telah menyertai Stesen Television Europa Nova sebagai penyampai.

Adengan lakonan bersama Aishwarya Rai didalam filem Hum Dil De Chuke Sanam
Kedua-dua pelakon ini menjalani penggambaran di Hyderabad untuk filem mereka berjudul Mental.

Apabila ditanya, Salman Khan berkata “Dia bertemu dengan beribu orang semasa dia sedang berlakon atau pergi kesesuatu tempat, gadis yang dikatakan itu hanyalah kawan, tidak ada yang serius tentang itu, katanya.”

Mereka yang pernah dikaitkan dengan Salman Khan
Salman Khan memang diketahui pernah menjalin perhubungan yang lama dan serius dengan pelakon Bollywood Katrina Kaif dan berpisah pada tahun 2010.

Beliau juga pernah berpasangan dengan Aishwarya Rai didalam filem Hum Dil De Chuke Sanam dan pernah juga dikaitkan dengan Sangeeta Bijlani dan Somy Ali.

Kalau dah hensem sapa aje minat.............

Sumber 

Wow!!!! Legenda Rock, Mick Jagger Nak Kahwin Lagi.


Umur dah 69 tahun tapi legenda rock dari Kumpulan The Rolling Stones ini masih mampu berkahwin lagi dan perkahwinan kali ketiga ini ialah dengan teman wanita yang telah lama dikenalinya L'Wren Scott.

Antara gambar photo Mick Jagger yang paling menarik
 

Teman wanita yang telah dikenalinya hampir 12 tahun itu ialah seorang pereka. Mick Jagger sebelum ini pernah berkahwin dengan Bianca De Macia and Jerry Hall.

Kumpulan The Rolling Stones masa muda2
Kumpulan The Rolling Stones ini cukup popular dengan lagu-lagunya seperti Angie, Sympathy For The Devil, Paint It Black dan banyak lagi yang menjadi kegilaan ramai dari dahulu hingga sekarang.


Rapper Kanye West Angin Satu Badan Dengan Ibu Teman Wanitanya.

 

Rapper Kanye West diberitakan amat marah dengan ibu teman wanitanya Kim Kardashian iaitu Kris Jenner apabila wanita itu telah menunjukkan gambar anaknya yang baru lahir hasil perhubungannya dengan Kim Kardashian kepada wartawan Matt Lauer.


West tidak menyukai Lauer sejak temuramah pada tahun 2010 dan beliau terkejut apabila mengetahui ibu teman wanitanya telah menunjukkan gambar tersebut kepada dia tanpa kebenaran.


Akibat terlalu marah West kini enggan bercakap dengan ibu teman wanitanya....... dulu gitu jugak video lucahnya bersama Kim Kardashian telah dijual oleh ibu teman wanitanya......... tak serik2 orang tua ni.

Pelakon “Glee Didapati Meninggal Dunia Di Bilik Hotel di Vancouver, Canada.


Pihak polis berkata pelakon Cory Monteith, bintang siri televisyen “Glee” didapati telah meninggal dunia disebuah hotel di Vancouver , Canada.

Pelakon berusia 31 tahun itu yang memainkan peranan sebagai Finn Hudson didalam siri tv paling popular itu didapati telah meninggal dunia didalam bilik hotelnya ditingkat 21, di Fairmont Pacific Rim Hotel di Vancouver's waterfront pada hari Sabtu lalu.


Timbalan Ketua Polis Doug Lepard berkata, tiada unsur jenayah disyaki berlaku dan mayatnya dijumpai oleh pekerja hotel apabila mendapati dia tidak mendaftar keluar hotel pada hari tersebut.

Lepard berkata lagi, pihak polis mendapati mendiang telah berjumpa beberapa rakan dan kesemua mereka telah diambil kenyataan.

Monteith pernah secara sukarela untuk mendapatkan rawatan akibat penagihan dadah pada April.